Aliff Syukri boleh terima teguran tapi jangan keterlaluan

Oleh: Khadijah Ibrahim

MANUSIA mana yang tidak pernah melakukan kesilapan kerana kita bukan maksum (terpelihara, bebas daripada dosa atau tidak tercela).

Adakalanya kerana kekhilafan itulah akan mengajar kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Siapa kita nak menghukum seseorang, sedangkan kita sendiri tidak sempurna.

Tidak salah untuk menegur tapi biarlah kena caranya kerana hidup ini ibarat roda berputar.

Dek teguran ‘tak bertapis” daripada netizen, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 39, yang selama ini dikenali sebagai individu ceria turut merasa sedih.

Jelas Aliff, beliau bukanlah orang yang tidak boleh ditegur tapi teguran itu biarlah berhemah.
Beliau menjadi perhatian kerana ada penceramah bebas menegur agar memperbetulkan bacaan dalam solat sewaktu membaca surah al- Fatihah dan al-Fil.

Aliff Syukri dan isteri, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid sewaktu sidang media di Wisma D’Herbs, baru-baru ini.

“Terlebih dahulu saya nak bagi tahu, ketika saya buat video itu, niat saya hanya menyembang dengan anak-anak, ketika itu isteri saya tak ada.

“Saya buat video itu sebab saya dah penat bekerja dan saya hanya buat suka-suka. Saya buat live saya tu waktu bersembang dan bermain dengan anak-anak.

“Saya beritahu pada follower, saya nak berhenti sebab nak solat. Ketika itu saya tak ada niat pun nak tunjuk skil saya sembahyang ke apa. Niat saya, nak berkongsi saja macam kita tengok kat TV solat Jumaat.

“Secara jujurnya, itu adalah satu fasa dalam kehidupan saya yang saya nak kongsi.Bila saya buat live, orang tanya, saya tak solat ke, tak mengaji ke?,” katanya terus terang.

Jelas Aliff lagi, apa yang beliau paparkan di media sosial (bersolat) adalah secara tak sengaja dan tiada niat untuk mempermainkan agama.

“Bagi saya apa yang saya buat itu adalah secara tak sengaja. Saya tak pernah pun nak memperlekeh atau memperendahkan agama saya. Saya buat itu dengan nama Allah tak ada niat apa-apa.

“Saya baca macam saya baca biasa tapi adat kekhilafan kita, kadang kita tertinggal ayat, kekurangan dan sebagainya.
Bila saya buat satu kesalahan yang kecil tapi dihina melampau.

Pasangan usahawan ini turut melayan pembeli yang hadir ke Wisma D’Herbs untuk berbelanja.

“Mereka itu memprovokasi saya, seolah-olah saya ni mainkan agama. Sedangkan saya hanya ingin berkongsi dengan semua orang, saya juga manusia.

“Kalau saya cerita benda yang indah, kata saya kaya, nanti kata saya riak pula. Kenapa anda kejam dengan saya. Banyak lagi orang lain yang buat perkara mengarut-ngarut tapi hina saya melampau. Saya baca semua komen tau.

“Ada kata saya melampau, disambar api neraka, ikut ajaran sesat. Kalau bacaan saya salah, itu antara saya dengan Allah dan saya berusaha untuk memperbetulkan. Tapi penghinaan itu melampaulah.

“Bila awak menghina saya, anak-anak saya sampai malu. Mereka tanya, abah kenapa macam ni? Awak tahu tak, saya nak baca al-Quran pun tak betul kerana saya ada penyakit. Saya ada masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan disleksia. Nak hafal tu saya struggle.

“Bila saya dapat mengaji dengan anak-anak saya, sebelum ini saya tak pernah buat. Umur saya 33 tahun saya berkata nak bersama dengan keluarga, nak ajak follower buat benda-benda baik. Bila baca komen tu saya terus down.

“Saya baru saja nak ambil kelas agama dan nak kongsi cara bacaan saya. Orang lain bolehlah cakap sebab anda normal. Saya yang kurang sempurna ni bila dapat mengaji dan hafal satu surah, saya seronok.

“Saya selalu menyendiri dan bertanya pada diri, kenapa saya ni bodoh. Saya nak membaca dan menghafal seperti orang lain. Nombor telefon isteri pun saya tak hafal. Orang yang menghina itu membuatkan saya lebih down.

“Saya tak nak komen lebih-lebih dan gaduh dengan orang. Cukuplah apa yang saya lalui ini memang saya rasa sedih,” luahnya sewaktu ditemui di majlis pelancaran YES (Year End Sale Promotions) D’Herbs di Kota Damansara, semalam (7 November 2026).

Latest

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis,...
spot_img

Jangan Terlepas!

MISTERI TIGA LEGENDA DUNIA, PERGI DALAM USIA MUDA

Oleh: Syed Yusof Wafa Ada manusia yang hidupnya singkat, tetapi...

The Vazz Society anjurkan BANGKIT bantu artis berbakat

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP orang ada kelebihan masing-masing, dan semua...

Sudarmaji tak benarkan Ayu berlakon?

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis,...

Soma ada “NPD” untuk dikongsi dengan peminat

Oleh: Khadijah Ibrahim LAGU yang sering mendapat perhatian ramai adalah...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BAGI para pelakon baru pada era Studio Jalan Ampas, mendapat tawaran...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema' hanyalah 30 minit saja, tapi pembikinan karya arahan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy itu bukanlah...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori 2.0 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 8 November lalu, kini kumpulan Exists mengatur langkah...