Ogy pelajari banyak perkara sepanjang pembikinan ‘Diam Yang Bergema’

Oleh: Khadijah Ibrahim

PADA 18 November lalu, penulis baru saja menonton filem pendek ‘Diam Yang Bergema’ arahan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Filem berdasarkan cerita asal karya Ogy dengan skrip tulisan A Wahid Nasir bersama SlenFadzil, terbitan Yayasan Amirul Ummah dengan kerjasama Ogy Ventures Network itu terpilih untuk ditayangkan di pawagam GSC bersempena Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35), baru-baru ini.

Bagi Ogy, sejak enam dekad menjadi anak seni, inilah kali pertama beliau mengarah seorang bakat baharu di kalangan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Saya rasa sangat bersyukur dapat mencungkil bakat Irfan melalui satu sesi uji bakat di sebuah rumah penjagaan OKU sebelum penggambaran.

Farid Irfan Ghazali mendapat kepercayaan Ogy untuk melakonkan watak Sufi dalam filem ‘Diam Yang Bergema’.

“Saya nampak bakat Irfan yang sangat organik dan saya mahu tonjolkan dalam ‘Diam Yang Bergema’. Terus terang saya perlu masuk ke dalam dunianya terlebih dulu dan memahami pemikiran, sikap serta kemahuannya.

‘Saya terharu kerana Irfan seorang anak istimewa yang cepat memahami dan mampu berlakon mengikut kehendak skrip. Sebelum itu, saya tidak mengenali mana-mana budak Down Syndrome. Lagi-lagi yang dilahirkan pekak dan bisu, tak ada langsung.

“Ada yang tanya kenapa saya tak ambil pelakon sempurna untuk melakonkan watak tersebut. Bagi saya, bila saya melihat wajah budak-budak Down Syndrome ni, saya dapat melihat kecantikan mereka.

Cikgu Siti Hajar turut berlakon dalam ‘Diam Yang Bergema’.

“Melalui bentuk yang Allah dah cipta. Begitu khas wajah mereka itu, sebab itulah saya ambil yang betul. Tetapi untuk dikaitkan dengan cerita ini, memang tak terfikir langsung dari awal,” kata Ogy terus terang.

Ogy yang merupakan penerima Anugerah Khas Sepanjang Zaman 2, sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35, yang turut menerima wang tunai RM10,000 dan trofi itu berkata, beliau sanggup mengambil risiko menyerahkan watak Sufi kepada Farid Irfan Ghazali kerana yakin dengan kebolehan anak istimewa itu.

‘Diam Yang Bergema’ yang turut dilakonkan oleh Rosnah Johari, Razak Ahmad, Cikgu Siti Hajar Ismail, Mohd Adlhan Mohd Rasdan, Aeron Jeszel Iskandar, Almiera Aryanna Putera Hang Jebat dan Amirul Khairudin Mohd Tarmizi itu mengisahkan Sufi, seorang anak sindrom down yang pekak dan bisu, mendapat isyarat getaran di hatinya setiap kali azan solat berkumandang.

Skrip tulisan A Wahid Nasir bersama SlenFadzil (kiri) khas untuk ‘Diam Yang Bergema’.

Keadaan ini menimbulkan tandatanya kepada dirinya sendiri dan Sufi cuba mencari jawapan sebenar terhadap fenomena spiritual pelik yang dialaminya itu.

“Sebenarnya, saya mendapat idea untuk buat filem ini selepas saya ‘dikejutkan’ jam 3 pagi dari tidur. Hati saya berkata, buat cerita ini, tentang azan.

“Itulah bila Allah yang mengaturkan, semuanya berjalan lancar dan saya masuk buat pitching dengan FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia).

“Walaupun ada idea, tapi kalau ianya hanya tentang azan, konfliknya kurang. Apa kata, kita menunjukkan kebesaran Allah dengan wujudnya satu karakter, pekak dan bisu. Tetapi dia (karakter) Allah mengizinkan dia mendengar azan. Itu cerita yang sebenarnya,” jelasnya yang mendapat sokongan Dana Pemangkin berjumlah RM50,000 daripada FINAS dan Kementerian Komunikasi untuk menghasilkan filem tersebut.

Ogy perlu menyelami dan memahami karakter Farid Irfan sebelum mengarah beliau berlakon

Enggan membiarkan karyanya terbengkalai begitu saja, Ogy berhasrat untuk menghantar filem tersebut menyertai pertandingan di luar negara.

“Sebenarnya, saya ada menggunakan seorang wakil. Menghantar filem ini untuk memasuki pertandingan Islamic Film Festival di luar negara, di Kazakhstan.

“Selain daripada itu, kita pun ada berbincang dengan beberapa pihak lain. Saya juga nak cuba masuk ke beberapa platform penstriman. Filem pendek ni kalau kita nak tayang kat pawagam, kita yang perlu bayar panggung.

“Saya juga ada terfikir nak tayang filem ini kat universiti untuk pelajar perfileman tengok,” ujarnya.

Latest

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis,...
spot_img

Jangan Terlepas!

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis,...

The Vazz Society anjurkan BANGKIT bantu artis berbakat

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP orang ada kelebihan masing-masing, dan semua...

Sudarmaji tak benarkan Ayu berlakon?

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Sahri kembali bangkit mengatur langkah

Oleh: Khadijah Ibrahim MUNGKIN ada di antara peminat muzik tanah...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BAGI para pelakon baru pada era Studio Jalan Ampas, mendapat tawaran...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema' hanyalah 30 minit saja, tapi pembikinan karya arahan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy itu bukanlah...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori 2.0 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 8 November lalu, kini kumpulan Exists mengatur langkah...