Erma Fatima fokus kerja, tidak tahu kisah sebaliknya

Oleh: Khadijah Ibrahim

JIKA sebelum ini kita akan mencari orang terdekat untuk meluahkan perasaan, sekarang ini dengan adanya kecanggihan teknologi ada sesetengah orang lebih gemar meluahkan perasaan mereka di media sosial.

Isi hati yang diluahkan secara terbuka itu ada kesan baik dan buruknya kerana ramai orang membaca dan membuat tafsiran sendiri, jadi orang yang meluah itu perlu bersedia menerima komen positif ataupun negatif.

Tidak dinafikan media sosial juga dijadikan gelanggang untuk ‘bergaduh’ dan yang tular baru-baru ini adalah ‘balas membalas’ antara Puteri Balqis dengan Mia Sara Nasuha.

Kisah antara dua pelakon yang mula mencipta nama dalam bidang seni lakon sejak kanak-kanak lagi mula tercetus apabila Puteri Balqis, 19, mendakwa yang Mia Sara, 20, pernah memburukkan ibunya selain menyifatkan pelakon terbabit menangis ketika ditemu bual sebagai cubaan meraih simpati.

Kedua-dua mereka pernah berlakon di bawah arahan dan penerbit Erma Fatima, pemilik produksi Rumah Karya Cipta sebelum ini.

Meskipun Puteri Balqis dan Mia Sara pernah berada di lokasi penggambaran drama arahannya, namun Erma mengaku tidak mengetahui dakwaan perselisihan faham membabitkan dua bintang muda tersebut.

Erma Fatima anggap ramai yang jadikan media sosial seperti diari kehidupan.

Jelas Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali, 58, setiap kali berada di lokasi, tumpuan utamanya adalah terhadap mutu lakonan pelakon, bukannya perkara di belakang kamera.

“Rasanya tiada apa-apa yang berlaku di set ketika itu. Saya memang tak tahu dari mana perkara itu tercetus, jadi bagi saya drama ‘Akulah Balqis’ bukan pencetus (pergolakan).

“Saya pula jenis apabila buat kerja mengarah, saya cuma duduk depan monitor serta fokus terhadap tugas sepanjang penggambaran berlangsung.

“Mereka pun masuk set macam biasa dan ‘beri’ watak sepatutnya. Cerita di belakang tabir, itu saya tak tahu,” katanya ketika ditemui pada di Saloma Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun Erma tidak menjadikan persengketaan antara kedua-dua pelakon itu mendapat liputan berita dan perharian neuizen.

“Sebenarnya saya sudah lama tiada di Kuala Lumpur dan baru balik malam tadi. Memang saya tak tahu tentang isu membabitkan mereka.

“Bukan tak ikuti perkembangan semasa, tapi saya dan pasukan sibuk dengan pembikinan drama bersiri ini (Walid) yang bakal disiarkan Ramadan ini,” ujarnya.

Berkenaan luahan atau ketidakpuasan hati artis muda terhadap sesuatu isu di media sosial, Erma menyifatkan tindakan tersebut sebagai lumrah dengan perkembangan teknologi, selain bukan hanya dilakukan golongan muda.

“Saya tak rasa muda saja buat begini, orang tua pun lakukan hal (luahan) sama kerana media sosial sudah jadi macam diari kepada semua orang.

“Siapa nak menulis, apa yang ditulis itu adalah hak masing-masing. Sama ada mereka rasa perkara itu perlu dikongsi atau tidak, itu keputusan pihak berkenaan,” katanya.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

Busana Kitar Semula ‘Eco Futuristik Lestari’ Juara Persona Lestari FELDA

Oleh : Nafsiah Jani JENGKA, 8 Julai – Kreativiti mengubah...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...