‘Doa Sang Pendosa’ penuh pengajaran

Oleh: Khadijah Ibrahim

PASTI anda sudah menonton telefilem ‘Doa Sang Pendosa’ terbitan Red Bean Productions yang ditayangkan di Astro Prima pada 22 Mac lalu.

Telefilem arahan Issey Fazlisham dan skrip oleh Siti Jasmina itu bukan sekadar tontonan tapi penuh dengan pengajaran kerana ia mengangkat tema kepincangan sosial dan emosi dalam masyarakat.

‘Doa Sang Pendosa’ mengandungi mesej mendalam yang perlu direnungi dan dijadikan iktibar kerana ia berkisar tentang beberapa wanita dengan pelbagai latar belakang dan usia terlibat dalam penggunaan najis dadah menjalani kehidupan dalam tahanan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Kota Bharu.

Issey Fazlisham memaparkan realiti kehidupan dalam telefilem arahannya.

Bagi Issey, dapat merealisasikan ‘pemandangan’ dan pemahaman lewat temu bual bersama klien PUSPEN yang ditemui lebih setahun lalu sewaktu terlbat dalam sebuah acara ke naskhah ‘Doa Sang Pendosa’ adalah sesuatu yang istimewa buatnya.

“Saya boleh katakan ‘Doa Sang Pendosa’ adalah sebuah naskhah yang diambil dari latar inspirasi kehidupan dan realiti klien di dalam PUSPEN yang terlibat dengan dadah.

“Dan ia ditayangkan pada Aidilfitri kerana bulan mulia ini banyak bermain dengan emosi jadi kami sengaja nak menyentuh lebih lagi emosi penonton pada hari raya dengan mesej yang mahu disampaikan dalam ‘Doa Sang Pendosa’,” katanya.

Lebih mengujakan, ‘Doa Sang Pendosa’ juga menampilkan aktres hebat seperti Datuk Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Farah Ahmad dan Nadia Aqila. Malah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut memberi sokongan dan kerjasama penuh bagi menjayakan telefilem tersebut.

“Saya kena ucap terima kasih buat semua pelakon dalam telefilem ini kerana memudahkan kerja kami dengan bakat hebat dan luar biasa mereka.

Ramai pelakon tambahan diperlukan untuk menjayakan ‘Doa Sang Pendosa’ kerana ia berlatar belakangkan kehidupan di PUSPEN Kota Bharu, Kelantan.

“Tontonlah “Doa Sang Pendosa’ kerana bukan hanya banyak mesej yang boleh diambil tetapi naskhah ini menampilkan keseluruhan dikemudi oleh aktres atau pelakon wanita kita,” katanya yang mengaku watak pelakon lelaki hanya muncul dalam satu dua babak sahaja.

Sementara itu, Farah Ahmad menyifatkan pembabitannya dalam naskhah tersebut sebagai satu tanggungjawab yang luar biasa terutama daripada segi karakter yang telah diberikan kepadanya.

“Saya diberi tanggungjawab membawa watak Zaiton, seorang warden yang tegas. Apa yang membuatkan saya rasa karakter ini luar biasa adalah ketegasan yang ada dalam diri Zaiton perlu disulam dengan penuh kasih sayang supaya ‘klien’ di pusat pemulihan menghormati Zaiton,” ujar Farah.

Tambah Farah lagi, ‘Doa Sang Pendosa’ memiliki mesej dan tanggungjawab yang cukup besar untuk diketengahkan, termasuk usaha kerajaan membantu ‘klien bermasalah’ keluar daripada kebimbangan dan belenggu lama mereka.

Farah Ahmad melakonkan watak Zaiton, warden yang tegas.

“Doa Sang Pendosa menarik kerana ia berkisar tentang cerita di sebalik kehidupan pemulihan klien PUSPEN yang perlu dihebahkan. Harapan mereka dan jalan mereka masih ada cahaya jika tekad.

“Sejarah hitam yang berlaku itu tidak mengira umur dan latar belakang juga mengingatkan kita tentang betapa penting kasih sayang dan sokongan keluarga atau orang terdekat.

“Bayangkan ada yang paling muda terjebak dadah umur 12 tahun. Berat untuk memahami hal ini namun ia banyak berlaku dan wujud,” ujar Farah lagi.

Berbicara tentang gandingannya dengan primadona hebat seperti Fatimah Abu Bakar dan Fauziah Nawi yang juga mentuanya, Farah mengaku teruja dan menjadikan ‘Doa Sang Pendosa’ sebagai platform mereka saling berbagi emosi.

“Bila berpeluang berlakon dengan barisan pelakon dahsyat tentu saya lebih teruja untuk berlakon. Apa lagi Fatimah dan Fauziah adalah dua guru lakonan saya. Ia seperti bekerja tetapi pada masa yang sama ‘bermain’ dan saling berbalas energi tanpa ‘membunuh’ satu sama lain.

Gandingan Fatimah Abu Bakar dan Fauziah Nawi memang menjadi kerana mereka adalah pelakon hebat.

“Pendek kata memang seronok meski ada banyak lontaran dialog yang agak berat dan saat menghafal dialog macam boleh tanam ‘pokok krismas’ dan bimbang penonton tidak dapat menerima mesej dengan jelas tapi terlibat dalam ‘Doa Sang Pendosa’ adalah satu lagi catatan karier yang bermakna buat saya,” ujarnya panjang lebar.

Bagi Nadia Aqilah yang melakonkan watak Rina, melihat ‘Doa Sang Pendosa’ daripada perspektif bagaimana sang pengarah mengangkat jalan cerita yang dikemudi kesemua watak utamanya adalah wanita selain mengangkat isu yang cukup hebat untuk dikupas.

“Secara peribadi, ‘Doa Sang Pendosa’ sangat menarik kerana ia menampilkan semua aktres atau pelakon wanita. Ia mengungkap isu-isu wanita yang sudah lama tidak dipaparkan dengan ‘keras’. Selalu kita tonton kalau wanita bawa watak isteri dan adik misalnya tapi itu tidak terjadi dalam telefilem ini,” kata Nadia.

Dan tentu sahaja Nadia tidak akan pernah menolak untuk terbabit dalam sebuah naskhah bersama tiga pemain industri yang dihormatinya iaitu Fauziah, Fatimah dan Farah.

“Akhirnya saya dapat berkongsi satu naskhah dengan tiga figura yang sangat saya hormati dan sayang. Saya juga dapat bekerja buat pertama kali dengan rakan pelakon lain dan Issey yang kini sudah menjadi pengarah kegemaran saya, maka ‘Doa Sang Pendosa’ sangat mengesankan buat saya,” katanya seraya berkata telefilem tersebut seperti menjadi pentas pelakon teater beraksi bersama.

Nadia Aqila gembira dapat bergandingan dengan pelakon hebat dalam telefilem ‘Doa Sang Pendosa’.

Sementara Fatimah Abu Bakar yang memainkan karakter seorang penagih dadah yang mencari ketenangan hidup di dalam PUSPEN menyifatkan ‘permainan’ emosi wataknya, June memberi banyak makna tentang seorang manusia.

“Ini cerita tentang persahabatan, kekuatan, keampunan yang dicari manusia yang walaupun sering membuat kesilapan dengan bimbingan dan insaf kita boleh bangkit menjadi orang yang baik,” katanya.

Fatimah juga melahirkan kesyukuran kerana dapat bermain satu naskhah bersama Fauziah yang dihormati dan pelakon-pelakon muda yang juga dikagumi dan paling penting melakar pengalaman manis berlakon di dalam PUSPEN.

“Saya rindu sebenarnya berlakon di PUSPEN dengan tim yang sangat hebat dan banyak membantu. Saya akan kenang pengalaman berlakon di sini sebagai sesuatu yang manis buat saya,” katanya.

‘Doa Seorang Pendosa’ mengisahkan tentang onak duri June, Maria dan Rina sebagai klien yang mendapatkan bimbingan di PUSPEN bersama warden bernama Zaiton menjalani kehidupan terutama dalam suasana sayu menyambut Aidilfitri.

Latest

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...

Nama Shila Amzah semakin kukuh di China

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana...
spot_img

Jangan Terlepas!

‘Lalok’ Fauziah Nawi menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU bercakap mengenai penjiwaan watak, tidak dapat...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber...

Di Sebalik Kehebatan Di Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0

Oleh: Syed Yusof Wafa Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali...

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Daripada solo, kini Adam berteman

Oleh: Khadijah Ibrahim KITA semua mula mengenali Mohd Aizam Mat Saman sejak beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia musim kedua pada 2004 dan ketika itu...

Rosmaria tak tolak jodoh andai masih ada jodoh baru

Oleh Nafsiah Jani / Foto: Koleksi Syed Wafa/Ehsan Rosemaria Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BILA sebut lagu, Nasi Dagang yang popular satu...

Temui Lee Je Hoon, pelakon Taxi Driver, 11 April ini

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon....