Utamakan integriti dan patuhi undang-undang, teras perniagaan Cindai Gold Palace

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEWAKTU dalam perjalanan menuju ke Horizon Square, Dengkil, Sepang untuk majlis pelancaran dan pembukaan kedai emas Cindai Gold Palace pada 31Oktober, baru-baru ini, penulis tertanya kenapa pemilik kedai tersebut memilih lokasi berkenaan.

Ini kerana Horizon Square bukanlah sebuah kawasan perumahan, tetapi merupakan sebuah pembangunan komersial. Apapun pandangan orang luar, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cindai Gold Palace, Datuk Seri Zainal Omar mempunyai alasan tersendiri.

“Kedudukannya amat strategik serta berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Insya-Allah, kami berhasrat menjadikan lokasi ini sebagai hub pelancongan emas utama di Selangor khasnya, dan di Malaysia secara amnya,” katanya tentang pemilihan lokasi cawangan pertama Cindai Gold Palace itu.

Zainal Omar di hadapan kedai Cindai Gold Palace yang beroperasi di Horizon Square, Dengkil, Sepang, Selangor.

Sempena pembukaan kedai emas Cindai Gold Palace itu, Zainal turut membuka peluang kepada orang ramai untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Acara itu semestinya dinanti ramai terutama bagi lebih 1,000 peserta yang telah menghantar penyertaan cabutan bertuah sejak diumumkan baru-baru ini.

Peserta cabutan bertuah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama sebuah kereta BMW model G30 530.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk memiliki rekaan barang kemas terkini dan menceburi bidang perniagaan emas pada acara pembukaan tersebut.

“Pengunjung berpeluang menikmati dan memiliki koleksi barangan kemas terkini dengan variasi rekaan moden yang eksklusif.

Bersama Zara Zya yang turut hadir memeriahkan perasmian dan pelancaran kedai Cindai Gold Palace, baru-baru ini.

“Cindai Gold Palace membuka ruang dan peluang perniagaan emas bersama kami bagi mereka yang berminat menceburi bidang ini.

“Hadiah-hadiah menarik menanti para pengunjung menerusi sesi cabutan bertuah yang diadakan khas sempena majlis pelancaran ini,” kata beliau.

Menyentuh tentang sambutan majlis pelancaran dan pembukaan, Zainal amat menghargai sambutan serta sokongan orang ramai (ada yang datang dari Kelantan) yang ditunjukkan sejak sekitar awal Oktober lagi.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan luar biasa daripada orang ramai. Promosi pembelian emas 10 gram sebelum ini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai cabutan bertuah apabila ia melepasi 1,000 penyertaan.

“Alhamdulillah, memang sudahpun melepasi angka itu. Pelbagai hadiah menarik yang disediakan, termasuk hadiah utama berupa kereta BMW, motosikal dan pelbagai hadiah iringan lain,” katanya.

Antara barangan kemas yang terdapat di kedai Cindai Gold Palace, Horizon Square, Dengkil, Sepang.

Dalam pada itu, Cindai Gold Palace juga mengutamakan pematuhan standard yang ditetapkan pihak-pihak berkuasa serta mengutamakan aspek integriti dalam menjalankan perniagaan emas.

“Komitmen penuh terhadap kelulusan dan pematuhan standard garis panduan pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Majlis Perbandaran Sepang, serta agensi-agensi kerajaan berkaitan.

“Kami juga mengutamakan soal integriti, tadbir urus yang telus serta pematuhan undang- undang sebagai teras perniagaan,” ujarnya lagi.

Memandangkan pada masa ini sistem pembelian emas untuk simpanan secara digital semakin mendapat tempat, Zainal menyifatkan ia sebagai satu kemudahan terutama bagi mereka yang menjalani gaya hidup yang sibuk saban hari.

“Pembelian emas secara digital sebenarnya memudahkan pengguna masa kini yang mempunyai kekangan masa untuk membuat transaksi emas secara pantas dan selamat.

Penyanyi lagu ‘Adek Saye Abe Sore’ Eda Ezrin dan Den Manjo bersama komposer Eddie Hamid turut hadir menghiburkan pengunjung pada sebelah petang.

“Selain itu, ia juga dapat memberi fleksibiliti serta aksesibiliti tanpa memerlukan pelanggan hadir secara fizikal ke kedai emas,” katanya.

“Cindai Gold Palace akan sentiasa memastikan aspek kepercayaan, keselamatan dan ketelusan kepada pelanggan terjaga rapi dalam setiap urusan pembelian emas.

“Kami sentiasa memastikan setiap produk emas memenuhi standard ketulenan dan kualiti tertinggi.

“Selain itu, kami juga menawarkan rekaan emas terbaharu secara konsisten bagi memenuhi kehendak serta cita rasa pasaran tempatan,” tambah beliau lagi.

Difahamkan, Cindai Gold Palace menyasarkan golongan umur pertengahan serta golongan muda bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan simpanan dan pelaburan emas.

Kumpulan Inteam pula menghibur pengunjung di sebelah malam.

Justeru, Zainal berkongsi visi serta perancangan dalam melaksanakan perniagaan emas menerusi Cindai Gold Palace.

“Kami ingin membina platform pemilikan emas yang mesra rakyat dengan bermula pada harga serendah RM50 sahaja.

“Selain itu, kami juga ingin memastikan seluruh lapisan masyarakat berpeluang memiliki dan menyimpan emas sebagai aset masa depan.

“Insya-Allah selepas ini, kami menyasarkan pembukaan sehingga 10 buah cawangan baharu menjelang 2027 menerusi perniagaan francais, bermula dari negeri Johor.

“Kami bakal menawarkan program francais berkonsepkan penyediaan lima kilogram emas serta sokongan lengkap persediaan premis perniagaan emas bersama rakan niaga atau pemegang francais,” katanya.

Shiha Zikir pun turut hadir memeriahkan majlis.

Beliau juga menyeru orang ramai untuk mula membuat simpanan dalam bentuk aset emas demi membina manfaat dalam jangka masa panjang.

“Saya ingin mengajak masyarakat untuk mula mengalihkan sebahagian simpanan wang tunai kepada bentuk aset emas bagi membina portfolio kewangan yang lebih kukuh dan berdaya saing.

“Orang ramai wajar mengambil peluang berdasarkan trend nilai emas semasa yang dijangka terus meningkat berlipat ganda pada masa hadapan,” ujarnya.

Salah seorang pengguna yang telah menjadikan emas sebagai aset simpanan ialah pelakon Zara Zya yang turut hadir pada hari pembukaan dan pelancaran kedai emas Cindai Gold Palace itu.

“Saya bukan duta Cindai Gold Palace, saya hanya diminta buat promosi saja. Saya akui dulu saya menyimpan aset dalam bank saja, bila saya sudah mengenali Cindai Gold Palace ni, minda saya sudah terbuka untuk kumpul aset dengan cara lain.

“Dulu bila emak suruh beli emas buat aset, saya tak ikut pun. Sewaktu berada dalam keadaan terdesak barulah saya sedar bahawa bila kita susah tiada siapa yang akan tolong melainkan diri sendiri.

“Alhamdulillah, saya sudah memperlengkapkan masa depan saya dengan cara ini supaya tidak lagi terkesan jika tawaran berlakon kurang,” katanya.

Latest

Juicy Luicy kembali temui peminat di Malaysia, tahun depan

Oleh: Khadijah Ibrahim KEBELAKANGAN ini kalau kita lihat media sosial,...

Siti Nurhaliza hargai kerjasama insan-insan di belakang tabir

Oleh: Khadijah Ibrahim "Alhamdulillah, anugerah ini bukan untuk diri saya...

Pantun, Kebaya dan Tarian Singa Jadi Tarikan Festival Pertukaran Budaya 2026

Oleh: Nafsiah Jani Pantun, keanggunan kebaya dan kepelbagaian seni persembahan...

Sharifah Hanim terkenal kerana “Masam-Masam Manis”

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber: Ladybosz (Terima Kasih...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sharifah Hanim terkenal kerana “Masam-Masam Manis”

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber: Ladybosz (Terima Kasih...

Hadiah bernilai RM20,000 untuk penonton konsert ‘Elegant Selamanya’

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Oktober lalu, penulis sempat menghadirkan...

Juicy Luicy kembali temui peminat di Malaysia, tahun depan

Oleh: Khadijah Ibrahim KEBELAKANGAN ini kalau kita lihat media sosial,...

YKAT gigih berusaha cari dana bantu artis veteran

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN tanpa sumbangan atau bantuan daripada pihak...

Siti Nurhaliza hargai kerjasama insan-insan di belakang tabir

Oleh: Khadijah Ibrahim "Alhamdulillah, anugerah ini bukan untuk diri saya...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Juicy Luicy kembali temui peminat di Malaysia, tahun depan

Oleh: Khadijah Ibrahim KEBELAKANGAN ini kalau kita lihat media sosial, ada saja isu yang dibangkitkan oleh rakyat negara jiran tentang Malaysia. Daripada rakyat hinggalah ke pemimpin,...

Siti Nurhaliza hargai kerjasama insan-insan di belakang tabir

Oleh: Khadijah Ibrahim "Alhamdulillah, anugerah ini bukan untuk diri saya seorang. Anda semua tengokkan macam mana rakan-rakan lain bekerja keras di belakang tabir. Ramai insan,...

Pantun, Kebaya dan Tarian Singa Jadi Tarikan Festival Pertukaran Budaya 2026

Oleh: Nafsiah Jani Pantun, keanggunan kebaya dan kepelbagaian seni persembahan tradisional antara tarikan Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya 2026 yang berlangsung di Pekarangan Muzium...