Siti Nurhaliza hargai kerjasama insan-insan di belakang tabir

Oleh: Khadijah Ibrahim

“Alhamdulillah, anugerah ini bukan untuk diri saya seorang. Anda semua tengokkan macam mana rakan-rakan lain bekerja keras di belakang tabir. Ramai insan, saya boleh katakan beribu orang yang terlibat untuk konsert Legacy 30 dan Gema Bumantara.

“Mereka inilah sebenarnya saya dedikasikan anugerah ini kerana kerja keras kita bersama. Kalau saya seorang tanpa mereka semua pun tak jadi sehebat dan gah konsert yang saya dah persembahkan pada tahun ini,” kata Siti Nurhaliza yang sentiasa ingat akan jasa orang sekeliling.

Bagi merai insan-insan yang menjadi ‘tulang belakang’ kejayaan Konsert Legacy 30 dan Konsert Tradisional Gema Bumantara, Siti berbesar hati menganjurkan Malam Apresiasi di KLGCC Convention, pada 1 November, baru-baru ini

Pada malam itu, Siti bukan setakat meraikan tetamu, beliau turut dirai oleh ASEAN Records dan Asia Records. Biduanita Negara itu mendapat pengiktirafan daripada ASEAN Records kerana berjaya meraih jumlah penonton terbesar bagi dua konsert solo berskala stadium oleh artis rakaman berbahasa Melayu (Largest Combined Audience for Two Solo Stadium Concerts by a Malay-Language Recording Artist).

Menerima penghargaan daripada Asia Record kerana berjaya mengumpul penonton yang rama sewaktu konsert Gema Bumantara.

Rekod berkenaan mencatatkan seramai 145,000 orang penonton secara keseluruhan menerusi penganjuran Konsert Legacy 30 (10 Januari 2026) dan Konsert Tradisional Gema Bumantara (17 Oktober 2026) yang dijayakan dalam tempoh 10 bulan sahaja.

Malah nama beliau juga turut tercatat dalam Asia Records menerusi konsert solo muzik tradisional wanita yang terbesar dan paling ramai dihadiri (Largest and Most-Attended Solo Traditional Music Concert by a Female Recording Artist).

Menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, kira-kira 73,000 penonton hadir menonton Siti mendendangkan 34 buah lagu tradisional secara langsung selama lebih tiga jam 30 minit.

“Saya memilih untuk menjayakan konsert terbesar Gema Bumantara kerana itu adalah hasrat saya. Dari awal waktu nak jual tiket pun saya kata saya akan buat ini sebab saya tak tahu saya boleh buat konsert besar macam ni lagi tak di masa akan datang?

Menerima dua anugerah yang disampaikan oleh  Penasihat Rekod ASEAN dan Asia Tan Sri Profesor Abdul Latiff Abu Bakar, baru-baru ini.

“Kalau ada mata yang terbuka, badan-badan yang berminat untuk memberi saya peluang untuk buat lebih bagus dan besar lagi, itu saya kira rezeki untuk team yang terlibat bersama dengan saya.

“Buat masa ini saya boleh katakan permintaan tu ada untuk buat konsert lagi, macam minta saya ulang buat Gema Bumantara 2.0 tapi saya perlu masa, perancangan yang teliti kalau nak buat yang lebih besar.

“Mungkin sama atau harus ada pembaharuan dan nilai-nilai yang perlu saya angkat dalam muzik tradisional. Saya perlu masa. Untuk bawa keluar negara setakat ni tak banyak berbanding yang minta saya ulang konsert tu di sini. Kalau nak bawa keluar negara perlu kos yang besar lagi.

Mengajak Haziq Rosebi untuk berduet dengannya di Malam Apresiasi .

“Saya pun masih tak move on lagi sebenarnya. Saya nak nikmati momen-momen mereka yang datang, kerana ada yang pertama kali datang dan ada yang tak sangka sehebat itu muzik tradisional. Saya masih lagi dalam mood itu,” katanya sambil tersenyum.

Siti turut berkongsi berita yang beliau sedang dalam perbincangan untuk mengadakan konsert di Singapore Indoor Stadium. Tawaran tersebut datang selepas beliau menjayakan konsert Gema Bumantara.

“Saya ada undangan untuk buat konsert di Singapura tapi masih lagi berbincang untuk konsep macam mana.Tawaran datang selepas Gema Bumantara, untuk buat persembahan di Indoor Stadium.

“Itu yang saya tengah fikir apa yang patut saya bawa. Tradisional tu akan tetap saya bawa sebab muziknya yang luar biasa itu. Saya rasa kalau nak buat konsert yang lain ke, tahun depan la,” katanya.

Peminat mahu Siti Nurhaliza buat konsert Gema Bumantara 2.0.

Bagi menghargai sokongan peminat dan insan-insan di belakang tabir yang bertungkus lumus menjadikan kedua-dua konsertnya itu berjaya, Siti berhasrat untuk mengumpul semua kenangan itu dalam bentuk dokumentari.

“Saya memang ada hasrat untuk tayang di pawagam. Saya kalau boleh nak tayang dokumentari tentang konsert di pawagam. Tapi saya kena fikirkan banyak perkara, kalau tak dapat pawagam kita pergi ke Netflix.

“Untuk Legacy 30 kita dah siap edit, tengah berbincang dengan pihak terbabit. Untuk Gema Bumantara belum lagi edit, tak tahu sama ada gabung atau asing-asing,” jelasnya.

Latest

Juicy Luicy kembali temui peminat di Malaysia, tahun depan

Oleh: Khadijah Ibrahim KEBELAKANGAN ini kalau kita lihat media sosial,...

Pantun, Kebaya dan Tarian Singa Jadi Tarikan Festival Pertukaran Budaya 2026

Oleh: Nafsiah Jani Pantun, keanggunan kebaya dan kepelbagaian seni persembahan...

Sharifah Hanim terkenal kerana “Masam-Masam Manis”

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber: Ladybosz (Terima Kasih...

Hadiah bernilai RM20,000 untuk penonton konsert ‘Elegant Selamanya’

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Oktober lalu, penulis sempat menghadirkan...
spot_img

Jangan Terlepas!

Hadiah bernilai RM20,000 untuk penonton konsert ‘Elegant Selamanya’

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Oktober lalu, penulis sempat menghadirkan...

Utamakan integriti dan patuhi undang-undang, teras perniagaan Cindai Gold Palace

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU dalam perjalanan menuju ke Horizon Square,...

YKAT gigih berusaha cari dana bantu artis veteran

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN tanpa sumbangan atau bantuan daripada pihak...

Juicy Luicy kembali temui peminat di Malaysia, tahun depan

Oleh: Khadijah Ibrahim KEBELAKANGAN ini kalau kita lihat media sosial,...

Protox Cikgu Ayu boleh diguna tanpa ragu, ada sijil halal

Oleh: Khadijah Ibrahim TAk pernah mengguna tapi berani mendakwa produk...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Juicy Luicy kembali temui peminat di Malaysia, tahun depan

Oleh: Khadijah Ibrahim KEBELAKANGAN ini kalau kita lihat media sosial, ada saja isu yang dibangkitkan oleh rakyat negara jiran tentang Malaysia. Daripada rakyat hinggalah ke pemimpin,...

Pantun, Kebaya dan Tarian Singa Jadi Tarikan Festival Pertukaran Budaya 2026

Oleh: Nafsiah Jani Pantun, keanggunan kebaya dan kepelbagaian seni persembahan tradisional antara tarikan Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya 2026 yang berlangsung di Pekarangan Muzium...

Sharifah Hanim terkenal kerana “Masam-Masam Manis”

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA Sumber: Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan)  APABILA sebut nama Seniwati Sharifah Hanim tidak boleh tidak pasti akan membuatkan...