Soma ada “NPD” untuk dikongsi dengan peminat

Oleh: Khadijah Ibrahim

LAGU yang sering mendapat perhatian ramai adalah lagu yang berkisar tentang cinta abadi atau putus cinta.

Jarang sekali penyanyi nak ambil risiko menyanyikan lagu tentang penyakit, terutamanya tentang NPD (Narcissistic Personality Disorder atau Gangguan Personaliti Narsisistik)

Untuk makluman, NPD ialah sejenis gangguan kesihatan mental di mana seseorang mempunyai rasa kepentingan diri yang ekstrem, memerlukan kekaguman atau pujian berterusan, dan kurang mempunyai empati terhadap orang lain.

Bagi penyanyi Soma atau nama sebenarnya Rosmah S.Sengari@ Basar, merakam lagu berjudul “NPD” ciptaan Belle Fatah dan untuk single baharunya dibuat berdasarkan keadaan semasa.

“Sebelum lagu ini saya tak fikir pun nak buat pasal NPD. Saya memang minat menulis dan suka tulis tentang sesuatu cerita. Saya buat NPD ini sebab tengok apa isu sekarang.

“Walaupun kita berkarya tapi kita masih boleh bawa sesuatu yang lain sikit dan bukan hiburan semata-mata. Saya mengambil masa sehari saja untuk tulis lirik NPD ini.

“Apabila melodi dah ada, saya fokus pada penulisan lirik mengikut kaedah sendiri. Apa itu NPD? Bagaimana cara untuk menyelesaikannya dan juga bagaimana untuk mengatasi dan menghadapinya.

“Jadi saya buat dulu macam satu cerita ringkas dan kemudian saya mula menulis. Itulah cara saya menghasilkan lirik untuk lagu tersebut,” jelasnya tentang karya nukilannya itu.

Soma lebih senang mengetengahkan bakat daripada bersaing.

Soma yang mementingkan melodi dalam setiap karya yang dihasilkan, setakat ini sudah menulis lirik untuk lima buah lagu.

“Lirik pertama tulisan saya adalah “Perjalanan”, “Aku Tetap Raya” “NPD” yang ketiga. Lirik untuk lagu “Curahan” dan “Dugaan” sebelum ini saya berkolaborasi dengan abang Den J,” jelasnya yang berasal dari Telok Panglina Garang, Klang, Selangor.

Naib juara pertandingan Bintang Nostalgia RTM 2009 dan tampil dengan album mini sulung, “Perjalanan” pada 2024 masih meneruskan kerjasama dengan Belle Fatah kerana komposer itu memahami kehendaknya.

“Masa nak keluarkan mini album dulu saya bekerjasama dengan abang S.Atan (arwah) dan abang Belle pun ada juga ketika itu.

“Sebenarnya, lagu ini patut keluar dalam album ‘Perjalanan’ tapi tak sempat sebab saya ni jenis kejar masa. Disebabkan lagu ini tak selesai lagi kita letak tepi dulu dan teruskan dengan apa yang ada kerana saya tak suka kerja bertangguh.

“Saya bincang dengan abang Belle. Saya beritahu dia nak tukar genre lain, Saya bagi contoh dan dia cepat faham dan dia pun buatlah melodi. Lepas dapat melodi penuh barulah saya buat lirik.

“Saya tak kisah bekerjasama dengan mana-mana komposer pun, asalkan melodi yang dihasilkan menarik perhatian saya dan boleh diterima ramai,” katanya yang terbuka untuk menerima mana-mana karya daripada komposer lama atau baharu untuk projek seterusnya.

Soma yang bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana label syarikat rakaman, berharap “NPD” mendapat tempat untuk siaran di stesen radio dan sekali gus mampu untuk menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) mahupun Anugerah Industri Muzik (AIM).

“Apa saja lagu yang saya buat, memang saya harap dapat masuk AJL atau AIM walaupun banyak lagu lain yang diterbitkan. Bagi saya setiap orang ada rezeki masing-masing.

“Saya tak anggap itu satu persaingan, kalau kita anggap itu persaingan mesti kita nak menang kan? Kalau kalah mesti kita rasa hampa. Matlamat saya bukan nak bersaing tapi saya nak buat apa yang saya suka,” katanya terus terang.

Latest

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...

Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis,...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sudarmaji tak benarkan Ayu berlakon?

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Hannah Delisha selesa dengan Elfi Jewellery

Oleh: Khadijah Ibrahim SEJAK Julai 2025, pelakon Hannah Delisha sudah...

‘Kisah cinta Aini dengan Abang Beraim’ popularkan Aini Jasmin

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BAGI para pelakon baru pada era Studio Jalan Ampas, mendapat tawaran...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema' hanyalah 30 minit saja, tapi pembikinan karya arahan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy itu bukanlah...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori 2.0 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 8 November lalu, kini kumpulan Exists mengatur langkah...