Album “SA25” simbolik perjalanan seni Shila Amzah

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEMPENA 25 tahun pembabitannya dalam bidang seni suara, penyanyi Shila Amzah tampil dengan album penuh berjudul “SA25’”, yang menjadi simbolik kepada perjalanan 25 tahun beliau dalam industri seni sejak kemunculan pertama pada 2000.

Album “SA25” memuatkan 10 lagu baharu, satu lagu ‘remake’ serta empat ‘bonus track’ yang membawa pendengar menyelusuri beberapa fasa penting dalam hidup dan kerjaya Shila, 35, atau nama lengkapnya, Nurshahila Amir Amzah.

Menurut Shila, pemilihan judul ‘SA25’ mempunyai makna yang cukup peribadi. Menerusi album tersebut, Shila tampil dengan sisi lebih matang sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.

“SA itu mewakili nama saya, Shila Amzah, manakala 25 merujuk kepada ulang tahun saya bergelar anak seni. Ini adalah fasa terbaik dalam hidup dan kerjaya saya.

Menerusi album ini Shila membawa pendengar menyelusuri fasa penting dalam hidup dan kerjayanya.

“Terdapat lagu yang dihasilkan beberapa tahun lalu, termasuk “Tinggal Kenangan” yang ditulis pada 2017, dan ada juga karya baharu yang menggambarkan situasi hidup yang pernah dilaluinya.

“Album ini bukan sekadar kompilasi lagu, tetapi jurnal hidup saya. Setiap lagu mencerminkan fasa dan situasi berbeza yang saya lalui. Walaupun bekerjasama dengan beberapa komposer yang berlainan, DNA muzik saya tetap dikekalkan.

“Mereka semua adalah sahabat yang mengenali saya secara peribadi dan profesional. Itu yang membantu memastikan identiti muzik saya kekal walaupun lagu-lagu tertentu dicipta orang lain,” katanya.

Menurut Shila, antara 10 lagu baharu dalam “SA25”, “Sirna Hati” adalah karya paling mencabar untuk disiapkan.

“Lagu ini berdasarkan kisah sebenar mengenai penderaan emosi dan fizikal yang pernah saya alami. Menulisnya seakan menghidupkan semula memori yang sukar. Namun, Ubai (suami) yang banyak membantu dalam proses menyiapkan lagu ini.

Shila senang bekerjasama dengan rakan-rakan yang mengenalinya secara peribadi dan profesional.

“Ubai galakkan saya menulis untuk menutup buku lama ibarat menulis diari dan kemudian menutupnya untuk selamanya.

“Sementara, lagu yang paling dekat di hati saya pula adalah “Kamu”, “Untukmu” (ditulis khas buat suami), dan “Pernah Punya Aku” yang walaupun bukan kisah diri saya, namun berlaku di depan mata dan memberi kesan mendalam,” jelasnya.

“Pernah Punya Aku” merupakan single pertama daripada album “SA25” yang dikeluarkan empat bulan lalu. Single tersebut adalah naib juara carta ‘ERA 40’ minggu ini dan sebelum ini menjuarai carta ‘Muzik Muzik 40’ buat tiga minggu berturut-turut.

Album “SA25” turut menggabungkan sentuhan beberapa nama yang sudah lama bersama Shila dalam dunia kreatif, antaranya Izzy Musa, Raja Nazrin Shah dan Ubai sendiri sebagai penulis lirik.

“Saya memilih mereka kerana hubungan persahabatan dan kefahaman yang mendalam terhadap diri saya. Album ini sangat peribadi, jadi saya perlukan orang yang benar-benar mengenali perjalanan saya,” katanya.

Shila bersama karyawan yang terlibat dalam pembikinan album baharunya sewaktu majlis pelancaran album tersebut, baru-baru ini.

Empat ‘bonus track’ dipilih berdasarkan nilai sentimental dan pengaruh besar terhadap perkembangan kerjaya dan kehidupan Shila.

Lagu itu adalah, “Penyejuk Hati” (lagu ciptaan Shila untuk anaknya, Seth Uwais, “Jauh Hati” (titik tolak kekuatan baharu Shila dalam fasa kehidupannya), “Tiada Dirimu” (dirakam ketika Shila sedang hamil, sekali gus menjadi karya penting yang membuka jalan kerjasama dengan syarikat rakaman Seventeen Eleven Music dan Nova Music); dan “Khilaf Asmara” (ditulis sepenuhnya oleh sahabat baiknya, Amylea Azizan, ketika Shila baru bersalin anak pertama).

Shila turut merakam semula lagu popular “Memori Tercipta”, yang pernah melonjakkan namanya selepas program ‘One In A Million’.

“Versi asal penuh pengharapan. Versi baharu ini pula adalah mengenai meraikan perjalanan yang sudah ditempuh. Ia bukan untuk menggantikan rakaman lama, tetapi meraikan momen hari ini,” katanya.

Menurutnya lagi, jika “SA25” perlu diringkaskan dalam satu kata, Shila menyifatkannya sebagai kekuatan.

“Setiap lagu membawa mesej bangkit daripada trauma, kecurangan, kesedihan, kehilangan. Ia album yang penuh emosi, ibarat ‘roller coaster’.

Suami (kanan) dan ibu turut hadir menyokong kerjaya seni Shila yang tampil dengan album “SA25”, baru-baru ini.

“Diakui, banyak pihak menjadi sumber inspirasi sepanjang proses pembikinan album ini, termasuk ibu, suami, sahabat-sahabat terdekat dan diri sendiri,” katanya.

Pada masa sama, Shila juga merancang jelajah “SA25” dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat. Konsert terdekat beliau adalah pada 9 Mei 2026 bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

“Saya berharap album ini diterima baik, memberi kekuatan kepada para pendengar, dan meninggalkan impak positif di dalam dan luar negara. Semoga setiap lagu ada tempatnya di hati peminat,” katanya.

Album “SA25” yang diterbitkan secara usahasama antara Nova Music Malaysia dan Leo Music & Entertainment, syarikat rakaman milik Shila Amzah boleh didapati dalam bentuk fizikal di platform e-dagang dalam masa terdekat dan platform digital mulai 25 November lalu.

Sementara itu, video muzik rasmi “Tinggal Kenangan”, single kedua daripada album “SA25” boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Video’ di pautan ini .

Latest

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala...

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...
spot_img

Jangan Terlepas!

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala...

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...

Konsert “Aishah 40 Chapters of Love”, berkonsep penceritaan melalui muzik

Oleh: Khadijah Ibrahim BAGI meraikan empat dekad legasi muzik yang...

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula...

DPDDM DAN DPPKL JALIN RANGKAIAN STRATEGIK, PERKUKUH EKOSISTEM PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN NEGARA

Oleh : Nafsiah Jani Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM)...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula sejak 4 -22 Mei 2026, peminat teater berpeluang menonton pementasan Randai Macbeth di Panggung Eksperimen...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari atau Bombay akui, beliau telah beberapa kali bekerjasama dengan penyanyi Datuk Awie dalam penganjuran konsert...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala besar pada 12 September 2026 ini, di Stadium Merdeka. Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate...