Persembahan Misha Omar mantap!

Oleh: Khadijah Ibrahim

“SELAMAT datang ke konsert ‘DiA Misha Omar’. Bila saya tengok anda semua rasa macam goosebumps (merinding) sebab wajah-wajah yang sama. Terima kasih kerana sudi membelanjakan wang dan waktu anda untuk hadir.

“Sudah 23 tahun kita semua berkawan dan saya masih lagi orang yang sama dan begitu juga dengan anda semua. Di dalam dewan ini ramai lovers kerana untuk tempat duduk di bahagian Silver saja habis dijual dalam masa 15 minit saja,” kata Misha menyapa penonton yang hadir menonton konsertnya yang bermula kira-kira jam 8.48 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 29 November, baru-baru ini.

Meskipun lagu-lagu yang didendang banyak bernada tinggi tapi Misha santai saja menyanyikan lagu-lagu tersebut.

Persembahan Misha pada malam itu tidak ditemani oleh penyanyi jemputan walaupun sepanjang kerjaya, beliau pernah berduet dengan beberapa rakan artis lain. Lagu-lagu duetnya seperti “Sembunyi” dan “Terimaku Seadanya” didendangkan bersama-sama penonton yang sentiasa bersedia menyanyi bersamanya.

Namun pada malam itu ramai rakan-rakan artis yang hadir menyokong persembahan Misha, antaranya, Anuar Zain, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Rozita Che Wan, Fazley Yaakob, Sherry Alhadad dan Dato’ Syafinaz Selamat yang juga merupakan guru vokalnya sebagai persiapan untuk menghadapi konsert tersebut.

Rakan duet istimewa Misha iaitu Idris yang mempunyai potensi besar untuk mengikut jejak langkah ibunya dalam bidang seni suara.

Walaupun lagu-lagu dendangan Misha lebih menjurus kepada irama pop balada, namun penonton sedikit pun tidak merasa jemu. Sebaliknya setiap kali beliau mendendangkan lagu, penonton terpegun mendengar lontaran vokalnya dan di waktu yang sama kagum dengan keupayaan Misha mendendangkan lagu bernada tinggi tanpa ada cacat cela.

Katanya, lagu berirama balada tak semestinya tentang cerita sedih sahaja kerana ia banyak pecahan yang boleh dinikmati oleh semua orang dan bukan mereka yang kecewa sahaja.

“Saya orangnya dari muda lagi sangat suka bercinta dan saya rasa semua orang pun macam tu kan, suka dilamun cinta. Lagu seterusnya, saya tujukan kepada AnuarZain dan Sherry yang berkisar tentang mimpi,” katanya sebelum mendendangkan lagu “Untuk Bermimpi” ciptaan Tam Mustafah.

Turun dari pentas untuk mendekati penonton yang hadir.

Seperti kata Misha, Allahyarham komposer Dato’ Adnan Abu Hassan pernah memberitahunya yang suaranya adalah biasa tapi mempunyai sesuatu dalam suara itu. Misha berkongsi kisahnya dengan insan yang nampak bakatnya sejak pertama kali beliau menyertai pertandingan Bintang RTM 2001.

Sebagai tanda penghargaannya kepada komposer yang nampak bakatnya walaupun beliau tidak meraih kejayaan di Bintang RTM itu, Misha mendendangkan tiga lagu popular ciptaan Adnan yang dinyanyikan oleh tiga penyanyi berbeza.

Lagu-lagu yang menjadi pilihan Misha adalah “Jerat Percintaan”, “Gubahan Rindu Puisi Syahdu” dan “Renungan Terakhir” serta lagu yang melonjak namanya dalam bidang seni iaitu “Bunga Bunga Cinta” yang merupakan ciptaan Adnan sebagai penutup persembahannya.

Persembahan yang memukau daripada Misha Omar dan pemuzik yang terlibat pada konsert tersebut.

Konsert anjuran Double M Productions yang diuruskan oleh Altus Prohouse itu turut memberi kejutan kepada penonton, tatkala anak Misha, Muhammad Idris Ezzwa, 9, yang awalnya muncul di pentas bagi memberi ruang kepada Misha untuk bertukar persalinan.

Meskipun beraksi sendirian, kepetahan Idris bercerita tentang perjalanan seni ibunya dalam bentuk ‘choral choir’ itu memukau penonton. Sebelum ini Idris pernah tampil di konsert Misha ‘Back To Basic’. Pada malam itu ibu dan anak bergandingan mendendangkan lagu “Destiny”.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...