KALAU anda adalah peminat drama bersiri Korea Selatan yang berjudul Taxi Driver, pasti kenal dengan watak Kim Do-gi, lakonan Lee Je Hoon. Drama tersebut berdasarkan webtoon The Deluxe Taxi oleh Carlos dan Lee Jae-jin.
Manakala pengarah yang bertanggungjawab mengarah drama tersebut untuk musim pertama ialah Park Joon-woo, manakala musim kedua diarah oleh Lee-dan bersama Jang Young-seok, dan Kang Bo-seung diberi tanggungjawab mengarah untuk musim ketiga.
Pasti peminat di Malaysia mahu bertegur sapa dengan Lee Je Hoon kan? Jangan risau impian untuk bertentang mata dengan Lee Je Hoon, 42, bakal termakbul kerana pelakon itu akan berkunjung ke Malaysia pada 11 April ini.
Melakonkan watak Kim Do-gi dalam drama bersiri Taxi Driver.
Kehadiran beliau ke Malaysia dianjur oleh Shanghai SanYanSiYu Cultural Creativity bersama TopGallant Show, bagi menjayakan acara 2026 LEE JE HOON FAN MEETING [Our 20th Moment] in Kuala Lumpur yang akan berlangsung jam 6 petang, di Zepp Kuala Lumpur.
Kedatangan Lee Je Hoon ke sini adalah sempena sambutan ulang tahun ke-20 penglibatannya dalam industri hiburan. Acara fan meeting ini diadakan sebagai satu penghargaan dan perkongsian detik bermakna antara Lee Je Hoon dan para peminat yang hadir.
Lakonan mantapnya sebagai Kim Do-gi dalam Taxi Driver dari musim pertama hingga ketiga
menyaksikan beliau memenangi Anugerah Drama SBS – GrandPrize (Daesang) pada 2023 dan 2025, selain menerima Top Excellence Award pada tahun2021.
Lee Je Hoon telah memenangi beberapa anugerah sejak bergelar anak seni.
Beliau turut membintangi drama “Signal” (2016) yang mendapat penarafan tinggi dan akan kembali dengan musim kedua pada tahun ini.
Lee Je Hoon mula meraih perhatian menerusi filem indie “Bleak Night” (2011) sebelum mencatat kejayaan menerusi filem box-office “Architecture 101” (2012).
Antara karya lain yang mendapat sambutan termasuk drama “Move to Heaven” (2021), “Chief Detective 1958” (2024) serta filem “Escape” (2024).
Para peminat boleh menantikan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan istimewa serta sesi interaksi bersama Lee Je Hoon, termasuk peluang sesi tandatangan poster dan fotografi bagi peminat terpilih sebagai sebahagian daripada faedah peminat.
Jika belum membeli tiket untuk acara tersebut, sila layari fantopia.io, my.trip.com dan www.ctrip.com
PENYANYI Shila Amzah melahirkan rasa syukur kerana kedudukannya dalam industri hiburan di China semakin selesa dan diterima ramai kerana untuk menembusi pasaran di sana bukanlah mudah dan banyak peraturan yang perlu dilalui.
Tahun ini rezeki Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, terbentang luas di China kerana beliau berpeluang menjayakan siri jelajah konsert “Say You Love Me Now” yang bermula pada 1 Januari lalu di Chengdu dan di Guangzhou pada 31 Januari 2026.
Pada 21 Mac baru-baru ini, semasa umat Islam di Malaysia merai Aidilfitri, Shila pula sibuk menjayakan konsertnya di Shanghai.
Kelebihan yang dimiliki Shila membuatkan beliau diterima oleh peminat di China.
Meskipun suasananya tak sama tapi Shila tetap gembira kerana beliau didampingi oleh suami, Ubai atau nama lengkapnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli serta dua anaknya menyambut raya di China.
“Konsert saya di Shanghai berlangsung pada hari raya. Kali ini saya bawa dua anak ke sini dan juga adik ipar saya. Memandangkan kita semua raya kat sana terpaksa la bawa makanan segera saja.
“Ini bukan kali pertama beraya di luar negara, dah pernah, cuma konsert saja pertama kali berlangsung pada hari raya kita. Kiranya, anak kedua, Rhea Akira baru pertama kali ke sana dan Seth Uwais sudah pernah saya bawa ke sana,” katanya.
Pada 9 Mei ini bakal berlangsungnya Resonance: Shila Amzah In Harmony – 25 Years of Music & Memories di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP).
Jelas Shila, selain konsert jelajahnya itu, beliau juga sering mendapat tawaran untuk menjayakan beberapa persembahan di sana. Boleh dikatakan dalam sebulan ada dua tiga persembahan di China.
“Orang mungkin tak perasan kerana kadang-kadang saya tak post pun tapi saya memang ulang alik ke sana. Penat tu memang penat la tapi rezeki Tuhan tengah nak bagi. At the same time untuk saya kembali ke China bukan satu perkara mudah.
“Kedudukan saya di China sekarang ini, alhamdulillah, saya memang tak jangka pun dapat sokongan baik daripada peminat di sana. Kita cuba saja tapi alhamdulillah ada rezeki.
Selesa mengadakan persembahan secara langsung dengan iringan pemuzik.
“Entahlah, mungkin kerana penampilan saya berbeza dan cara nyanyian juga berbeza dengan penyanyi di sana. Jadi sebab itu mereka menyokong saya. Tak sangka pula kat sana peminat saya ramai di kalangan lelaki kerana di Malaysia kelompok utama yang sokong saya adalah perempuan,” jelasnya yang bakal meneruskan konsert jelajah tersebut ke Nanjing pada 11 April nanti.
Tambahnya, jelajah konsertnya itu mendapat sokongan daripada peminat di sana kerana populariti lagu “Dao Shi Shuo Ai Wo”, ciptaan Khalid Fong yang dimuat dalam album “My Journey”.
Meskipun ada permintaan agar lagu tersebut dinyanyikan dalam versi bahasa Melayu, namun ia agak sukar kerana itu karya orang lain
“Itu bukan lagu yang saya tulis dan pencipta lagu pun dah meninggal dunia. Agak sukar juga kalau kita nak buat versi Melayu. Dalam masa yang sama kalau lagu Mandarin nak diMelayukan suku katanya susah.
“Pada saya lagu Mandarin kalau diMelayukan akan kedengaran sedikit canggung. Bila menghasilkan lagu (Mandarin), lirik akan mengikut nada perkataan lagu itu,” ulasnya.
Pada hari raya baru-baru ini, Shila perlu melunaskan tanggungjawab sebagai penghibur untuk peminatnya dengan ditemani keluarga.
Selain konsert di China, Shila juga tidak lupa membuat persiapan untuk konsert solonya, Resonance: Shila Amzah In Harmony – 25 Years of Music & Memories di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada 9 Mei ini.
Dalam konsert satu malam di DFP ini, Shila akan diiringi oleh barisan pemuzik untuk mempersembahkan lagu-lagu popular dari album terdahulu, lagu-lagu Mandarin, saduran dan karya dari album terbaharu
“Apabila saya mendapat peluang untuk mengadakan konsert di DFP ini saya sangat teruja kerana ia adalah impian seorang penyanyi dan pemuzik untuk bermain di DFP kerana kita tahu akustik di sini lain dengan venue lain. Jadi ini adalah salah satu kejayaan besar untuk diri saya sendiri.
“Dari segi persiapan untuk senarai lagu, Masih ada beberapa perubahan lagi sebab bila kita nak buat show kat DFP ni nervousnya lain macam sikit.
“Sebab saya ni quite perfectionist, lagi-lagi dah 25 tahun dalam bidang seni dan benda itu yang kadang-kadang menyukarkan kerja orang-orang di samping saya tetapi insya-Allah kita cuba untuk membuahkan hasil yang terbaik untuk semua orang,” katanya.
Sungguh mulia, tidak hanya menghiburkan di pentas, barisan artis Sony Music Entertainment Malaysia membuktikan keprihatinan mereka terhadap masyarakat apabila turun padang menyantuni golongan gelandangan menerusi Program Agihan Makanan Berbuka Puasa sempena Ramadan.
Antara artis terlibat termasuk Atta Rumnan dan Siqma yang sama-sama telah berganding bahu mengagihkan sebanyak 100 pek makanan tajaan The Chicken Rice Shop di Anjung Kembara Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan para artis, malah turut memperlihatkan komitmen pihak Sony dalam menyokong usaha tanggungjawab sosial yang memberi impak kepada masyarakat.
Sepanjang program berlangsung, para artis bersama sukarelawan berganding bahu mengagihkan makanan serta meluangkan masa berinteraksi dengan para penerima.
Kehadiran mereka bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberi makna yang lebih mendalam kepada golongan gelandangan yang disantuni.
Lebih daripada sekadar pemberian makanan, inisiatif ini turut mencerminkan usaha para artis dalam menggunakan platform mereka untuk menyebarkan mesej kasih sayang, empati dan kesedaran sosial.
Antara artis terlibat termasuk Atta Rumnan dan Siqma yang sama-sama telah berganding bahu mengagihkan sebanyak 100 pek makanan tajaan The Chicken Rice Shop di Anjung Kembara Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Pengurus Kanan A&R Sony Music Entertainment Malaysia, Syed Azleem berkata, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat dalam menyumbang kembali kepada masyarakat.
“Kami percaya setiap individu berhak untuk disantuni dengan penuh hormat dan kasih sayang. Diharapkan usaha kecil ini dapat memberi sedikit keceriaan serta membuka lebih banyak ruang untuk masyarakat turut sama menghulurkan bantuan,” katanya.
Beliau turut berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih banyak pihak, sekali gus memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam membantu golongan yang memerlukan.
Menurut Siqma, ini bukanlah kali pertama dia terlibat dengan program pengagihan kepada golongan gelandangan khususnya di bulan Ramadan.
Pengurus Kanan A&R Sony Music Entertainment Malaysia, Syed Azleem berkata, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat dalam menyumbang kembali kepada masyarakat.
“Pengalaman menyantuni golongan gelandangan di pusat transit tersebut membuka mata dan memberi kesedaran tentang pentingnya berkongsi rezeki.
“Program seperti ini mengingatkan kita untuk sentiasa bersyukur dan tidak lupa membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.
Sementara itu, Atta Rumnan turut berkongsi rasa syukur apapabila berpeluang terlibat dalam program seumpama ini.
“Bila kita turun sendiri dan berjumpa dengan mereka, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada. Walaupun kecil, saya harap usaha ini dapat menceriakan hari mereka. Semoga lebih ramai akan terus berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Apa yang pasti, inisiatif sebegini membuktikan bahawa hiburan bukan sekadar pentas dan populariti, tetapi juga platform untuk menyebarkan kebaikan dan nilai kemanusiaan.
Sungguh luar biasa, seakan mengimbau kembali kegemilangan muzik penghujung era 80-an dan awal 90-an, begitulah suasana yang dirasai penonton apabila 10 artis tanah air bergabung menjayakan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 di Saloma, Kuala Lumpur.baru-baru ini.
Dibarisi nama-nama besar seperti Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata serta The Rayhan, kesemua mereka ini bukanlah penyanyi yang calang-calang serta pernah menempa nama dan sejarah dalam industri muzik tanah air sebagai penyanyi penyanyi rakaman profesional dengan kehebatan vokal tersendiri atau genre muzik yang unik dan berbeza.
The Rayhan yang merupakan gabungan bekas anggota Raihan iaitu Nazrey Johani, Afad serta Amran Ibrahim. Bergabung sebagai trio kumpulan, ketiga-tiga mereka membuka tirai persembahan dengan lagu medley Pujian-Pujian dan Syukur serta Iman Mutiara.
Namun, kemunculan Kopratasa dan Dayangku Intan nampaknya lebih menjadi perhatian serta ditunggu-tunggu ramai kerana kedua-dua lagenda ini jarang muncul di stesen televisyen atau membuat persembahan di hadapan publik.
Begitu juga dengan The Rayhan yang merupakan gabungan bekas anggota Raihan iaitu Nazrey Johani, Afad serta Amran Ibrahim. Bergabung sebagai trio kumpulan, ketiga-tiga mereka membuka tirai persembahan dengan lagu medley Pujian-Pujian dan Syukur serta Iman Mutiara.
Noorshila Amin yang semakin cantik, langsing dan awet muda muncul dengan lagu medley Rambu Ramba dan Aku Sudah Jatuh Cinta sebelum mengakhiri persembahannya dengan lagu Kad Ucapan.
Paduan vokal harmoni mereka bertiga sangat baik sekali dan The Rayhan membuktikan mereka masih relevan di dalam industri ini.
Noorshila Amin yang semakin cantik, langsing dan awet muda muncul sejurus selepas itu dengan lagu medley Rambu Ramba dan Aku Sudah Jatuh Cinta sebelum mengakhiri persembahannya dengan lagu Kad Ucapan.
Roy yang masih kental dengan suara jantannya dan gayanya sebagai penghibur sejati apabila membawakan lagu Diary Mimpi serta Ratnaku.
Disusuli dengan Roy yang masih kental dengan suara jantannya dan gayanya sebagai penghibur sejati apabila membawakan lagu Diary Mimpi serta Ratnaku. Di luar dewan, Roy dan Norrshila Amin sempat berduet mempersembahkan lagu Seiring Sejalan dengan energi yang luar biasa.
Lagu-lagu puitis daripada Kopratasa kemudian mengambil alih pentas. Sani Sudin, Usop atau Mohd Yusof Ahmad dan Siso atau nama sebenarnya Syed Indera Syed Omar memulakan persembahan dengan lagu Masihkah Kau Ingat.
Lagu-lagu puitis daripada Kopratasa memulakan persembahan dengan lagu Masihkah Kau Ingat.
Mereka sempat mengimbau saat memulakan rakaman album pertama mereka. Mereka mengakui saat itu mereka tidak punya wang dan Presiden Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez, yang ketika itu memiliki studio Betarecs, telah mengizinkan mereka untuk menggunakan studio rakaman itu secara percuma dan membayar bila album sudah dijual.
Kopratasa yang berjaya menggamit nostalgia penonton dengan lagu mereka yang membuai perasaan turut membawalkan lagu Pertama Untuk Isteri dan Tetamu Senja yang merupakan puisi nukilan Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said.
Mamat membuatkan ramai yang menitiskan air mata apabila membawakan lagu hitnya bersama Exists, Untukmu Ibu.
Mamat membuatkan ramai yang menitiskan air mata apabila membawakan lagu hitnya bersama Exists, Untukmu Ibu serta lagu raya Al-Jawaher, Ku Pohon Restu Ayah Bonda dirakam semula Mamat hingga ramai yang menganggap lagu itu adalah lagu asli nyanyiannya.
Konsert dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada pihak penganjur HS Event & Ent Sdn Bhd u memberikan sumbangan wang berjumlah RM2,000 kepada 23 orang anak-anak seni tempatan yang berdepan dengan masalah kewangan dan kesihatan.
Amyza Aznan dan Shahriza Mahmud antara yang menerima sumbangan pada malam tersebut.
Kesemua 23 orang anak-anak seni tempatan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, misalnya penyanyi, pelakon, pelawak, pengawai perhubungan komunikasi (PR), wartawan serta pengarah drama.
Antara penerima adalah Amyza Aznan, Zaiton Sameon, Aan Ways, Herman Tino, Dr Sam, Ali XPDC, Nine (vokalis Coco), Shahriza Mahmud, Is Wow, pengarah Murali Abdullah, M Jamil (anak seniwati Sarimah Ibrahim) serta wartawan Akmal Abdullah dan Adibah Amin.
Zack yang merupakan vokalis kumpulan Budak Kacamata menyampiakan lagu Bintang.
Sumbangan tersebut disampaikan penganjur majlis iaitu Datin Sri Dr. Riza Dato’ Che Umar bersama rakan kongsi, Mubarak Akhtar.
Persembahan konsert pada malam itu diteruskan lagi dengan Zack yang merupakan vokalis kumpulan Budak Kacamata menerusi lagu Bintang sebelum berduet dengan Zur Eda menerusi lagu Doa Buat Kekasih.
To’ki dengan petikan gitar membawakan lagu Hampa dan Firasat.
Zur Eda yang mendapat jolokan Sade Malaysia tampil dengan gaun labuh ala flamenco saat membawakan lagu Kelmarin sebelum menyudahi persembahannya dengan lagu Pelitaku.
Manakala To’ki dengan petikan gitar membawakan lagu Hampa dan Firasat, disusuli dengan Shima yang membawakan dua lagu hitnya, Teringin dan Luka Dilukai.
Shima yang membawakan dua lagu hitnya, Teringin dan Luka Dilukai.
Biarpun menjadi penyanyi terakhir yang menutup tirai persembahan konsert, Dayangku Intan membuktikan kehebatan vokalnya saat membawakan lagu Kita Insan Biasa, lagu duetnya bersama Allahyarham Jay Jay.
Dayangku Intan akui sejak arwah Jay Jay meninggal dunia, dia lebih senang menyanyikan lagu itu secara solo.
Dayangku Intan membuktikan kehebatan vokalnya saat membawakan lagu Kita Insan Biasa, lagu duetnya bersama Allahyarham Jay Jay.
Penyanyi ini terus menguasai pentas dan penonton dengan lagu Berpaut di Dahan Cinta, Semakin Rindu Semakin Sayang, sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu rayanya, Senandung Hari Raya Untukmu.
Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 yang dikendalikan dua hos berpengalaman, Aidil Ghafar dan Ismahalil ini turut diisi dengan aktiviti kerohanian dan spiritual seperti tadarus al-Quran dan tazkirah sebelum berbuka puasa, disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.
Dibarisi nama-nama besar seperti Shima, To’Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata serta The Rayhan, kesemua mereka ini bukanlah penyanyi yang calang-calang serta pernah menempa nama dan sejarah dalam industri muzik tanah air sebagai penyanyi penyanyi rakaman profesional dengan kehebatan vokal tersendiri atau genre muzik yang unik dan berbeza.
@divawafaKehebatan Dayangku Intan Di Konsert Ijmal!
KALAU bercakap mengenai penjiwaan watak, tidak dapat dinafikan aktres senior Datuk Fauziah Nawi antara yang terbaik. Bagilah watak apapun kepadanya, beliau mampu menghidupkan karakter tersebut mengikut jalan cerita yang dicoret dengan baik.
Walaupun dalam kehidupan sebenar beliau tidak pernah melakukan atau melalui situasi yang dialami oleh watak yang dilakonkan.
Namun kerana darah seni yang mengalir kuat dalam badannya, Fauziah akan tetap melaksanakan kepercayaan yang diberi dengan berkesan seperti dalam naskhah terbaharu lakonannya, ‘Doa Sang Pendosa’.
Fauziah Nawi cuba melakonkan watak Maria sebaik mungkin bagi memenuhi kehendak pengarah, Issey Fazlisham.
Bercerita mengenai naskhah yang diarahkan oleh pelakon Issey Fazlisham itu, Fauziah telah diberikan tanggungjawab menghidupkan watak seorang warga emas bernama Maria yang berulang kali keluar dan masuk Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN Bachok), Kota Bharu, Kelantan.
Aktres tersohor ini mengaku sukar membawa watak seorang penagih dadah kerana pada kehidupan nyata dirinya tidak pernah terlibat dengan najis tersebut.
“Sukar untuk membawa watak seorang penagih dadah pada usia saya 73 tahun. Maria adalah seorang penagih yang asyik keluar masuk pusat pemulihan atau PUSPEN.
Berlakon bersama menantu, Farah Ahmad dalam ‘Doa Sang Pendosa’.
“Tapi dalam kehidupan realiti seorang Fauziah Nawi, saya tidak pernah terlibat dengan sebarang jenis dadah. Sama juga dengan minuman keras. Saya tidak terlibat dengan kedua-duanya.
“Selalu saya dengar sesiapa yang terlibat dengan masalah ini digelar sebagai ‘lalok’. Dan saya tidak tahu macam mana menjadi lalok.
“Cuma sepanjang terlibat dalam ‘Doa Sang Pendosa’, saya memang asyik mengantuk dan nampak macam lalok memanjang sehingga pengarah, Issey pun tegur saya macam seorang penagih dadah kerana ekspresi wajah yang terlibat dalam monitor,” ujar Fauziah.
Setiap watak yang dilakonkan oleh Fauziah Nawi memberi kesan kepada penonton.
Tambahnya, walaupun berlakon dengan pelakon dan pengarah muda, Fauziah tetap bersyukur kerana terlibat dalam ‘Doa Sang Pendosa’ bersama tim produksi hebat.
“Meski ramai pelakon muda termasuk pengarah, Issey, saya melihat kami saling memiliki chemistry yang menjadikan perjalanan ‘Doa Sang Pendosa’ mengalir baik,” katanya.
PASTI anda sudah menonton telefilem ‘Doa Sang Pendosa’ terbitan Red Bean Productions yang ditayangkan di Astro Prima pada 22 Mac lalu.
Telefilem arahan Issey Fazlisham dan skrip oleh Siti Jasmina itu bukan sekadar tontonan tapi penuh dengan pengajaran kerana ia mengangkat tema kepincangan sosial dan emosi dalam masyarakat.
‘Doa Sang Pendosa’ mengandungi mesej mendalam yang perlu direnungi dan dijadikan iktibar kerana ia berkisar tentang beberapa wanita dengan pelbagai latar belakang dan usia terlibat dalam penggunaan najis dadah menjalani kehidupan dalam tahanan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Kota Bharu.
Issey Fazlisham memaparkan realiti kehidupan dalam telefilem arahannya.
Bagi Issey, dapat merealisasikan ‘pemandangan’ dan pemahaman lewat temu bual bersama klien PUSPEN yang ditemui lebih setahun lalu sewaktu terlbat dalam sebuah acara ke naskhah ‘Doa Sang Pendosa’ adalah sesuatu yang istimewa buatnya.
“Saya boleh katakan ‘Doa Sang Pendosa’ adalah sebuah naskhah yang diambil dari latar inspirasi kehidupan dan realiti klien di dalam PUSPEN yang terlibat dengan dadah.
“Dan ia ditayangkan pada Aidilfitri kerana bulan mulia ini banyak bermain dengan emosi jadi kami sengaja nak menyentuh lebih lagi emosi penonton pada hari raya dengan mesej yang mahu disampaikan dalam ‘Doa Sang Pendosa’,” katanya.
Lebih mengujakan, ‘Doa Sang Pendosa’ juga menampilkan aktres hebat seperti Datuk Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Farah Ahmad dan Nadia Aqila. Malah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut memberi sokongan dan kerjasama penuh bagi menjayakan telefilem tersebut.
“Saya kena ucap terima kasih buat semua pelakon dalam telefilem ini kerana memudahkan kerja kami dengan bakat hebat dan luar biasa mereka.
Ramai pelakon tambahan diperlukan untuk menjayakan ‘Doa Sang Pendosa’ kerana ia berlatar belakangkan kehidupan di PUSPEN Kota Bharu, Kelantan.
“Tontonlah “Doa Sang Pendosa’ kerana bukan hanya banyak mesej yang boleh diambil tetapi naskhah ini menampilkan keseluruhan dikemudi oleh aktres atau pelakon wanita kita,” katanya yang mengaku watak pelakon lelaki hanya muncul dalam satu dua babak sahaja.
Sementara itu, Farah Ahmad menyifatkan pembabitannya dalam naskhah tersebut sebagai satu tanggungjawab yang luar biasa terutama daripada segi karakter yang telah diberikan kepadanya.
“Saya diberi tanggungjawab membawa watak Zaiton, seorang warden yang tegas. Apa yang membuatkan saya rasa karakter ini luar biasa adalah ketegasan yang ada dalam diri Zaiton perlu disulam dengan penuh kasih sayang supaya ‘klien’ di pusat pemulihan menghormati Zaiton,” ujar Farah.
Tambah Farah lagi, ‘Doa Sang Pendosa’ memiliki mesej dan tanggungjawab yang cukup besar untuk diketengahkan, termasuk usaha kerajaan membantu ‘klien bermasalah’ keluar daripada kebimbangan dan belenggu lama mereka.
Farah Ahmad melakonkan watak Zaiton, warden yang tegas.
“Doa Sang Pendosa menarik kerana ia berkisar tentang cerita di sebalik kehidupan pemulihan klien PUSPEN yang perlu dihebahkan. Harapan mereka dan jalan mereka masih ada cahaya jika tekad.
“Sejarah hitam yang berlaku itu tidak mengira umur dan latar belakang juga mengingatkan kita tentang betapa penting kasih sayang dan sokongan keluarga atau orang terdekat.
“Bayangkan ada yang paling muda terjebak dadah umur 12 tahun. Berat untuk memahami hal ini namun ia banyak berlaku dan wujud,” ujar Farah lagi.
Berbicara tentang gandingannya dengan primadona hebat seperti Fatimah Abu Bakar dan Fauziah Nawi yang juga mentuanya, Farah mengaku teruja dan menjadikan ‘Doa Sang Pendosa’ sebagai platform mereka saling berbagi emosi.
“Bila berpeluang berlakon dengan barisan pelakon dahsyat tentu saya lebih teruja untuk berlakon. Apa lagi Fatimah dan Fauziah adalah dua guru lakonan saya. Ia seperti bekerja tetapi pada masa yang sama ‘bermain’ dan saling berbalas energi tanpa ‘membunuh’ satu sama lain.
Gandingan Fatimah Abu Bakar dan Fauziah Nawi memang menjadi kerana mereka adalah pelakon hebat.
“Pendek kata memang seronok meski ada banyak lontaran dialog yang agak berat dan saat menghafal dialog macam boleh tanam ‘pokok krismas’ dan bimbang penonton tidak dapat menerima mesej dengan jelas tapi terlibat dalam ‘Doa Sang Pendosa’ adalah satu lagi catatan karier yang bermakna buat saya,” ujarnya panjang lebar.
Bagi Nadia Aqilah yang melakonkan watak Rina, melihat ‘Doa Sang Pendosa’ daripada perspektif bagaimana sang pengarah mengangkat jalan cerita yang dikemudi kesemua watak utamanya adalah wanita selain mengangkat isu yang cukup hebat untuk dikupas.
“Secara peribadi, ‘Doa Sang Pendosa’ sangat menarik kerana ia menampilkan semua aktres atau pelakon wanita. Ia mengungkap isu-isu wanita yang sudah lama tidak dipaparkan dengan ‘keras’. Selalu kita tonton kalau wanita bawa watak isteri dan adik misalnya tapi itu tidak terjadi dalam telefilem ini,” kata Nadia.
Dan tentu sahaja Nadia tidak akan pernah menolak untuk terbabit dalam sebuah naskhah bersama tiga pemain industri yang dihormatinya iaitu Fauziah, Fatimah dan Farah.
“Akhirnya saya dapat berkongsi satu naskhah dengan tiga figura yang sangat saya hormati dan sayang. Saya juga dapat bekerja buat pertama kali dengan rakan pelakon lain dan Issey yang kini sudah menjadi pengarah kegemaran saya, maka ‘Doa Sang Pendosa’ sangat mengesankan buat saya,” katanya seraya berkata telefilem tersebut seperti menjadi pentas pelakon teater beraksi bersama.
Nadia Aqila gembira dapat bergandingan dengan pelakon hebat dalam telefilem ‘Doa Sang Pendosa’.
Sementara Fatimah Abu Bakar yang memainkan karakter seorang penagih dadah yang mencari ketenangan hidup di dalam PUSPEN menyifatkan ‘permainan’ emosi wataknya, June memberi banyak makna tentang seorang manusia.
“Ini cerita tentang persahabatan, kekuatan, keampunan yang dicari manusia yang walaupun sering membuat kesilapan dengan bimbingan dan insaf kita boleh bangkit menjadi orang yang baik,” katanya.
Fatimah juga melahirkan kesyukuran kerana dapat bermain satu naskhah bersama Fauziah yang dihormati dan pelakon-pelakon muda yang juga dikagumi dan paling penting melakar pengalaman manis berlakon di dalam PUSPEN.
“Saya rindu sebenarnya berlakon di PUSPEN dengan tim yang sangat hebat dan banyak membantu. Saya akan kenang pengalaman berlakon di sini sebagai sesuatu yang manis buat saya,” katanya.
‘Doa Seorang Pendosa’ mengisahkan tentang onak duri June, Maria dan Rina sebagai klien yang mendapatkan bimbingan di PUSPEN bersama warden bernama Zaiton menjalani kehidupan terutama dalam suasana sayu menyambut Aidilfitri.
BIDUANITA Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menganggap pemilihan beliau untuk kali kedua sebagai wakil Spotify EQUAL Singapura & Malaysia bagi Mac 2026 merupakan satu penghormatan yang sangat besar buat dirinya.
Sebelum ini, buat pertama kalinya pada 18 Mei 2022, wajah Siti Nurhaliza telah menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York.
Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian luar biasa beliau dalam industri muzik, malah terus mengangkat suara wanita di rantau Asia Tenggara ke pentas yang lebih luas.
Pengiktirafan Siti Nurhaliza sebagai wakil Spotify EQUAL Singapura & Malaysia sekali gus mengangkat suara wanita di rantau Asia Tenggara ke pentas yang lebih luas.
Pemilihan Siti Nurhaliza sebagai wakil Spotify EQUAL Singapura & Malaysia sekali lagi membuktikan pengaruh dan relevansi beliau sebagai ikon muzik serantau, serta menjadi
inspirasi kepada generasi baharu untuk terus berkarya dan mengangkat suara wanita dalam industri muzik.
Mengulas mengenai pencapaian ini, Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur atas penghormatan yang diterima.
“Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas rezeki ini. Terpilih sebagai wakil Spotify EQUAL Singapura & Malaysia merupakan satu penghormatan yang sangat besar buat saya,” ujar beliau.
Menurut Siti Nurhaliza lagi, pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa muzik tidak mengenal batas usia mahupun tempoh masa.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa muzik tidak mengenal batas usia mahupun tempoh masa.
Ujarnya, dalam era digital yang berkembang pesat, pemilihan beliau sebagai wajah kempen yang memperkasakan wanita membuktikan bahawa karya yang berkualiti kekal relevan dan dihargai di platform penstriman global.
Sebagai figura wanita berpengaruh, beliau melihat pencapaian ini sebagai satu representasi buat semua anak seni wanita di rantau ini.
“Ini bukan sekadar kejayaan individu, tetapi satu mesej bahawa suara wanita mempunyai kekuatan luar biasa untuk menyatukan peminat di Malaysia, Singapura dan seluruh dunia,” tambah beliau, sambil merakamkan penghargaan kepada Spotify atas usaha berterusan dalam memperkasakan wanita melalui muzik.
Dalam masa yang sama Siti Nurhaliza turut berkongsi nasihat buat penyanyi wanita muda yang ingin membina kerjaya mampan dalam industri muzik masa kini.
Siti Nurhaliza pesan pada artis wanita muda, jangan hanya mengejar viral, tetapi kejarlah kualiti.
Beliau menekankan kepentingan mengejar kualiti berbanding populariti sementara, serta membina identiti seni yang unik dan konsisten.
“Jangan hanya mengejar viral, tetapi kejarlah kualiti. Identiti yang kuat dan disiplin dalam menjaga vokal akan memastikan anda kekal relevan merentas zaman,” jelasnya.
Siti Nurhaliza turut mengingatkan bahawa industri muzik sentiasa berubah, dan artis perlu bijak menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi serta trend semasa tanpa melupakan asas seni mereka.
Selain itu, katanya, sikap positif dan ketahanan diri juga penting dalam menghadapi cabaran industri. Beliau turut menegaskan bahawa peminat merupakan tunjang utama dalam perjalanan kerjaya seseorang artis.
“Hargai peminat anda kerana tanpa mereka, kita tidak akan berada di mana-mana,” katanya.
PASANGAN duet sensasi yang tular dengan lagu “Cinta Setandan Pisang” atau lebih dikenali sebagai “Bae Soba Bae” iaitu Eda Ezrin dan Den Manjo kembali bersatu dalam single baharu.
Populariti lagu “Bae Soba Bae” yang dikeluarkan pada Disember 2023 ternyata memberi impak besar kepada kedua-dua penyanyi tersebut. Sehingga kini, lagu ciptaan Eddie Hamid yang liriknya ditulis oleh Fadil Turbo dan Mama Ana berjaya mencapai tontonan melebihi 33 juta di saluran YouTube Kijang Music.
Yakin dengan sentuhan Eddie, kini Eda Ezrin dan Den Manjo tampil dengan lagu “Adek Saye Abe Sore” yang dicipta komposer tersohor itu bersama dengan pencipta baharu, Mekiya dan lirik pula ditulis oleh Fadil Turbo, Mama Ana, Jaju dan Te Ha.
Eda Ezrin harap lagu baharu ini dapat membuka ruang untuknya terus mengatur langkah dalam industri hiburan.
Menurut Eddie, “Adek Saye Abe Sore” merupakan kesinambungan daripada lagu “Cinta Setandan Pisang” yang akhirnya sedia menemui peminat.
Cuma kali ini, Eda Ezrin dan Den Manjo bakal menyanyikan lagu yang susunan muziknya dibuat lebih moden berbanding karya sebelum ini.
“Lagu ini dihasilkan dengan muzik yang lebih moden walaupun masih mengekalkan elemen dikir barat. Saya menjangkakan lagu ini juga akan mendapat sambutan baik sebagaimana “Cinta Setandan Pisang”.
“Sebenarnya, saya sudah buat lagu ini lebih setahun lalu, tapi terpaksa disimpan kerana kejadian yang berlaku terhadap Eda Ezrin. Malah ramai penyanyi lain yang meminta lagu ini, namun saya tetap menyimpannya untuk Eda Ezrin.
Den Manjo selesa berkolaborasi dengan Eda Ezrin menerusi karya ciptaan Eddie Hamid.
“Ini kerana genre dan vokal lagu ini sangat sesuai dibawakan oleh Eda Ezrin memandangkan ia adalah kesinambungan daripada karya sebelum ini,” katanya yang berharap lagu “Adek Saye Abe Sore” diterima ramai dan mendapat sambutan baik sebagaimana hits terdahulu.
Bagi Eda Ezrin atau nama lengkapnya, Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 31, peluang yang diberi oleh Eddie untuk beliau kembali bergandingan dengan Den Manjo merupakan saat yang dinanti-nantikan.
“Alhamdulillah, syukur sangat kerana Abang Eddie masih memberi kepercayaan kepada saya untuk menyanyikan lagu ciptaannya.
“Untuk menyanyikan lagu ini, saya tak ada masalah kerana saya pernah berkolaborasi dengan Den sebelum ini, masing-masing tahu tanggungjawab.
“Tempoh rakaman pun tak mengambil masa lama sebab saya dan Den sudah hafal bahagian masing-masing. Sesungguhnya, saya gembira dan bersyukur kerana dapat kembali bekerjasama dengan orang yang sama,” katanya.
Meskipun sudah biasa bekerjasama dengan pasukan produksi yang sama, namun Eda akui hatinya berdebar menunggu maklum balas daripada pendengar.
Eda Ezrin dan Den Manjo harap lagu baharu dendangan mereka mendapat sambutan hangat.
“Bohonglah kalau kata saya tak berdebar sewaktu diberi lagu ini. Saya berdebar sebab tahu mesti orang akan bandingkan dengan lagu sebelum ini.
“Apapun, saya tetap berdoa agar lagu ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan mampu berada di tangga teratas carta lagu,” katanya penuh harapan.
Selepas melalui episod hitam dalam hidupnya sebelum ini, Eda akui rezekinya dalam industri hiburan tetap berjalan lancar dan berharap dengan kehadiran lagu “Adek Saye Abe Sore”, ruang untuknya terus berkarya terbentang luas.
Bagi Den Manjo atau nama sebenarnya Mohamad Hafizzudin Md. Yusof, 30, peluang merakam lagu “Adek Saye Abe Sore” keluaran Kijang Music itu merupakan hadiah yang tak ternilai.
“Selepas sambutan hangat yang diberikan terhadap lagu duet saya dengan Eda Ezrin, memang saya tak sabar untuk bekerjasama lagi dengan dia.
“Walaupun terpaksa tunggu lama tapi saya tetap bersyukur kerana dapat kembali berpadu suara dengan Eda. Saya harap lagu ini juga mendapat sambutan hangat seperti mana lagu duet kami sebelum ini,” katanya.
Lagu “Adek Saye Abe Sore” terbitan Kijang Music dan edaran Nova Music Malaysia boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik digital pada 26 Mac 2026 dan video muzik lagu tersebut boleh mula ditonton di saluran YouTube rasmi Kijang Music pada 25 Mac 2026 di pautan ini: https://youtu.be/cDee7SZwtbk?si=kBnG2y8VmXO-iNIz
Amalan Syawal yang dituntut termasuk menghidupkan malam raya dengan takbir, mandi sunat Aidilfitri, memakai pakaian terbaik, makan sebelum solat, menunaikan solat sunat Aidilfitri, saling bermaafan, dan berpuasa enam hari. Ia bertujuan menyambut kemenangan Ramadan serta mengeratkan silaturahim dengan menziarahi keluarga dan sahabat.
Berikut adalah perincian amalan sepanjang bulan Syawal:
1. Amalan Sunat Pagi 1 Syawal
Menghidupkan Malam Raya:
-Memperbanyakkan takbir, zikir, dan ibadah dari malam sehingga sebelum solat Aidilfitri.
-Mandi Sunat Aidilfitri:
Disunatkan mandi sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
-Memakai Pakaian Terbaik:
Digalakkan memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian (warna putih adalah paling afdal).
-Makan Sebelum Solat:
Sunat memakan sedikit makanan (seperti tamar dalam bilangan ganjil) sebelum keluar ke masjid.
-Solat Sunat Aidilfitri:
Menunaikan solat sunat dua rakaat berjemaah di masjid atau musolla.
Jalan Berbeza: Pergi dan pulang dari tempat solat melalui jalan yang berbeza.
2. Amalan Sepanjang Bulan Syawal
-Puasa Sunat Enam Hari:
Dilakukan pada bila-bila masa dalam bulan Syawal (lebih afdal terus selepas 1 Syawal) untuk mendapat pahala berpuasa setahun.
-Ziarah-menziarahi:
Mengeratkan silaturahim dengan menziarahi keluarga, jiran, dan sahabat.
-Saling Bermaafan:
Mengucapkan tahniah seperti “Taqabbalallahu Minna Waminkum” dan mengeratkan hubungan.
Mengekalkan Amal -Soleh:
Istiqamah dalam ketaatan seperti bersedekah, menjaga solat berjemaah, dan membaca al-Quran.
Amalan-amalan ini menjadikan Syawal bukan sahaja hari perayaan, tetapi juga ruang untuk meningkatkan ketakwaan dan menjaga hubungan sesama manusia.
SETIAP tahun stesen radio Suria FM pasti akan tampil dengan lagu raya yang dinyanyikan oleh penyampainya bagi memeriahkan sambutan Syawal.
Tahun ini juga stesen yang diterajui oleh Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin selaku Pengurus Besar Suria FM tetap meneruskan legasi tersebut.
Cuma kali ini Suria FM dengan bekerjasama dengan Toyota melancarkan lagu dan video muzik raya terbaharu berjudul “Gurindam Aidilfitri”, yang dinyanyikan oleh barisan penyampai Suria FM iaitu Fad, Ajak, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad, dan DJ Lin.
Lagu ciptaan Luca Sickta dan Nazif Analog, manakala liriknya ditulis oleh Luca Sickta, Nazif Analog dan B-Heart itu dilancarkan secara rasmi sejak 9 Mac lalu.
Kalau nak tambah duit raya jangan lupa sertai pertandingan ini.
“Gurindam Aidilfitri” terbitan Lsandbeats Legacy itu, menampilkan muzik yang ceria dengan sentuhan moden dan tradisional, sekali gus mengangkat suasana raya yang penuh nostalgia serta nilai kekeluargaan.
Video muzik “Gurindam Aidilfitri” ini memaparkan momen klasik Aidilfitri seperti memohon kemaafan, kunjung-mengunjungi, berkongsi juadah raya dan merakam kenangan bersama keluarga serta sahabat.
Secara tak langsung karya ini lebih menekankan semangat kebersamaan, memaafkan kesilapan lalu, dan mengeratkan silaturahim.
Penampilan beberapa model kenderaan Toyota dalam video muzik turut menambahkan keceriaan visual sambil menyampaikan mesej perjalanan pulang ke kampung yang selamat dan selesa bersama insan tersayang selari dengan semangat perayaan yang dinantikan setiap tahun.
Perlu ikut syarat yang ditetapkan, jangan buat undang-undang sendiri.
Bagi memeriahkan lagi pelancaran lagu ini, Suria FM turut memperkenalkan “Gurindam Aidilfitri Dance Challenge”, di mana peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM3,000.
Peserta perlu mengikuti langkah tarian rasmi seperti yang dipaparkan dalam muzik video tersebut. Orang ramai juga digalakkan untuk menyertai cabaran ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan kerana konsepnya mudah, lagi ramai, lagi meriah.
Jika anda menang untuk tempat pertama, maka wang bernilai RM1,500 akan menjadi milik anda. Manakala tempat kedua akan menerima wang tunai RM1,000 dan RM500 untuk pemenang tempat ketiga.
Orang ramai boleh menonton muzik video penuh “Gurindam Aidilfitri” di saluran YouTube rasmi Suria FM, Suria Malaysia, serta mengikuti maklumat lanjut mengenai cabaran ini melalui platform media sosial rasmi Suria FM, Suria Malaysia.
Dengan pelancaran ini, Suria FM berharap “Gurindam Aidilfitri” dapat menjadi antara lagu raya yang menceriakan sambutan Aidilfitri 2026 serta mengajak masyarakat meraikan Syawal dengan penuh kegembiraan, kemaafan dan kebersamaan.