Ernie Zakri meraih tuah berganda

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEMPENA lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis, Emmanuel Macron ke Malaysia, baru-baru ini, beliau sempat berpadu suara dengan penyanyi Ernie Zakri di majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Di majlis tersebut Ernie dan Macron mendendangkan lagu klasik Perancis, “La Vie En Rose”,
sekali gus menyatukan keindahan muzik dan hubungan diplomatik antara dua negara.

Apabila suara, seni dan diplomasi bertemu, terciptalah sebuah momen yang melangkaui bahasa dan sempadan.

Bagi Ernie, peluang yang diperolehi itu merupakan satu penghormatan, satu kebanggaan dan pastinya satu kenangan yang tidak ternilai buat dirinya.

“Diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, merupakan detik yang amat bermakna dalam perjalanan seni saya.

Ernie Zakri terima anugerah “Celebrity Entrepreneur of the Year” pada SEBA ASEAN Elites Edition 2025/2026, baru-baru ini

“Peluang menyanyikan ‘La Vie En Rose’ bersama beliau menjadikan pengalaman ini lebih istimewa dan akan kekal sebagai kenangan yang saya hargai sepanjang hayat.

“Saya amat bersyukur atas kepercayaan yang diberikan untuk membawa suara dan seni Malaysia ke pentas ini,” kata Ernie.

Belum habis merai kegembiraan bergandingan suara dengan pemimpin Perancis itu, kini Ernie diberi penghargaan sebagai penerima anugerah “Celebrity Entrepreneur of the Year” pada SEBA ASEAN Elites Edition 2025/2026.

Anugerah tersebut diberi sebagai penghargaan terhadap pencapaian kerjaya, kecemerlangan seni serta sumbangan beliau kepada industri muzik Malaysia.

Pengiktirafan ini meraikan perjalanan Ernie sebagai anak seni yang terus berkembang, memperluas pengaruh dan membina kedudukan kukuh dalam industri hiburan.

Penganugerahan ini tertumpu pada pencapaian profesional, sumbangan artistik serta pengaruh Ernie sepanjang kerjaya.

Asas penganugerahan ini tertumpu pada pencapaian profesional, sumbangan artistik serta pengaruh beliau sepanjang kerjaya, dan bukannya pemilikan perniagaan.

Memulakan kerjaya muzik pada usia 17 tahun, Ernie mencipta detik penting apabila muncul sebagai juara termuda Bintang RTM pada 2009.

Berbekalkan keupayaan vokal yang luar biasa, disiplin dan kesungguhan, beliau terus mengukuhkan nama sebagai antara vokalis terkemuka Malaysia, dengan pelbagai pengiktirafan industri termasuk anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu.

Perjalanan kerjaya Ernie memasuki fasa baharu selepas beliau bernaung di bawah Universal Music Malaysia, sekali gus membuka ruang lebih luas untuk memperkukuh kehadiran di peringkat serantau.

Kejayaan lagu “Masing Masing”, yang melepasi 280 juta penstriman serta menerima Anugerah Platinum, menjadi antara pencapaian penting yang memperluas jangkauan muzik beliau di Asia Tenggara, khususnya Indonesia.

Pengaruh Ernie turut mendapat perhatian antarabangsa menerusi dua penampilan pada papan iklan digital di Times Square, New York.

Ernie memulakan kerjaya muzik pada usia 17 tahun dan muncul sebagai juara termuda Bintang RTM pada 2009.

Pencapaian tersebut menambah keterlihatan bakat Malaysia di pentas dunia dan mencerminkan perkembangan kerjaya beliau merentas sempadan.

Selain kejayaan rakaman dan persembahan, Ernie turut menyumbang kepada usaha memperkenalkan muzik serta identiti budaya Malaysia kepada khalayak antarabangsa, termasuk menerusi penglibatan beliau dalam lagu tema Visit Malaysia 2026.

Peranan ini memperlihatkan keupayaan anak seni untuk menghubungkan masyarakat melalui muzik, di samping membawa imej negara ke pentas yang lebih luas.

Penganugerahan “Celebrity Entrepreneur of the Year” ini turut mengiktiraf konsistensi, ketabahan dan keupayaan Ernie untuk terus relevan dalam industri yang sentiasa berubah.

Perjalanan beliau menjadi sumber inspirasi kepada generasi baharu artis tempatan untuk mengasah bakat, mengekalkan mutu karya dan berani meneroka peluang di luar negara.

SEBA ASEAN Awards dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia dan kini memasuki edisi ke-12.

Anugerah ini memberikan pengiktirafan kepada individu cemerlang serta personaliti berpengaruh daripada pelbagai industri atas pencapaian dan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.

Latest

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema'...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori...

Sudarmaji tak benarkan Ayu berlakon?

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Sahri kembali bangkit mengatur langkah

Oleh: Khadijah Ibrahim MUNGKIN ada di antara peminat muzik tanah...

MISTERI TIGA LEGENDA DUNIA, PERGI DALAM USIA MUDA

Oleh: Syed Yusof Wafa Ada manusia yang hidupnya singkat, tetapi...

Soma ada “NPD” untuk dikongsi dengan peminat

Oleh: Khadijah Ibrahim LAGU yang sering mendapat perhatian ramai adalah...

The Vazz Society anjurkan BANGKIT bantu artis berbakat

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP orang ada kelebihan masing-masing, dan semua...

Hannah Delisha selesa dengan Elfi Jewellery

Oleh: Khadijah Ibrahim SEJAK Julai 2025, pelakon Hannah Delisha sudah...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Mak Enon primadona bangsawan tersohor

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) BAGI para pelakon baru pada era Studio Jalan Ampas, mendapat tawaran...

Rosnah kembali jadi pelajar demi watak Cik Yam

Oleh: Khadijah Ibrahim DURASI tayangan filem pendek 'Diam Yang Bergema' hanyalah 30 minit saja, tapi pembikinan karya arahan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy itu bukanlah...

Exists pulang ke kampung halaman jayakan konsert

Oleh: Khadijah Ibrahim BARU saja selesai menjayakan Konsert Memento Mori 2.0 di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 8 November lalu, kini kumpulan Exists mengatur langkah...