Home Blog Page 39

Sushmita Sen Menang Miss Universe Kerana Kain Langsir!

Penyelaras: Syed Yusof Wafa
Sumber/Foto: FB TamilsBolly-TB

Ramai yang tertipu dengan penampilan gah Sushmita Sen semasa beliau dinobatkan sebagai Miss Universe pada tahun 1994 dahulu. Orang ramai menyangka beliau memperagakan gaun mewah rekaan pereka fesyen antarabangsa namun hakikatnya baju itu dijahit di sebuah garaj buruk di Delhi oleh tukang jahit biasa sahaja kerana keluarganya tidak mampu membeli pakaian mahal.

Kisah di sebalik gaun kemenangan itu sangat mengejutkan kerana kain yang digunakan hanyalah kain langsir yang dibeli di pasar lambak Sarojini Nagar. Mereka menggunakan kreativiti luar biasa untuk mengubah kain murah tersebut menjadi sebuah busana yang kelihatan cukup eksklusif dan memukau juri di pentas dunia.

Paling tidak disangka adalah sarung tangan hitam yang kelihatan sangat elegan itu sebenarnya hanyalah stokin yang telah digunting dan diubah suai. Mereka menjahit sedikit renda elastik pada bahagian getah stokin tersebut untuk menutup cacat cela dan menampakkan ia seperti sarung tangan fesyen yang sebenar.

Sushmita Sen telah membuktikan bahawa wang ringgit dan jenama bukanlah penentu kejayaan seseorang wanita. Beliau mengajar kita bahawa keyakinan diri dan personaliti yang dibawa itu nilainya jauh lebih tinggi berbanding harga baju yang tersarung di badan.

#viralchallenge #motivation #fakta

Kebaikan Air Kelapa Muda

Oleh: Syed Yusof Wafa

Air kelapa muda sangat baik untuk menghidrasi tubuh kerana kaya elektrolit (kalium, natrium, magnesium), membantu mengawal tekanan darah tinggi, menstabilkan gula darah, membekalkan antioksidan untuk melawan radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, ginjal, pencernaan, tulang, dan membantu pemulihan otot, menjadikannya minuman semula jadi yang menyegarkan dan berkhasiat.

Kebaikan Utama Air Kelapa Muda

-Hidrasi dan Elektrolit:

Menggantikan cecair dan elektrolit yang hilang, menjadikannya minuman isotonik semula jadi, baik untuk selepas bersenam atau cuaca panas.

-Kesihatan Jantung:

Kalium membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

-Kawalan Gula Darah:

Magnesium, kalium, dan L-arginine membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan menurunkan gula darah, baik untuk penderita diabetes.

-Antioksidan:

Melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas dan melambatkan penuaan kulit.

Photo by Alex Azabache on Unsplash

-Kesihatan Ginjal:

Membantu melancarkan buang air kecil dan mencegah pembentukan batu karang.

-Sistem Pencernaan:

Hidrasi yang baik membantu mencegah sembelit dan menyokong pencernaan yang sihat.

-Kesihatan Tulang:

Mengandungi kalsium yang penting untuk tulang dan dapat membantu mencegah osteoporosis.

-Stamina & Pemulihan Otot:

Membantu meningkatkan tenaga dan memulihkan otot selepas aktiviti fizikal.

-Untuk Ibu Mengandung:

Membekalkan nutrisi penting untuk perkembangan janin dan mengurangkan loya.

Panglima Awang Manusia Pertama Keliling Dunia!

Oleh: Syed Yusof Wafa

Panglima Awang, atau dikenali sebagai Enrique dari Melaka, adalah seorang anak Melayu yang dipercayai sebagai individu pertama yang mengelilingi dunia dengan menyertai pelayaran Ferdinand Magellan pada abad ke-16. Bukti terbaharu daripada manuskrip Sepanyol menyokong dakwaan ini, walaupun pengiktirafan rasmi biasanya diberikan kepada Magellan kerana faktor sejarah dan politik ketika itu.

Peranan Dan Sumbangan Panglima Awang

-Penterjemah Dan Orang Kanan:

Panglima Awang bukan sekadar hamba, tetapi seorang individu yang mahir dalam pelbagai bahasa dari latar belakang Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa ketika itu.

Manuskrip ini mengiktiraf Enrique sebagai jurubahasa rasmi Magellan dan dirakamkan dalam Wasiat Ferdinand Magellan (1519) dan Daftar Armada Maluku ‘Rol de la Armada Magellan 1519’.

-Pembantu Magellan:

Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan orang kanan kepada Ferdinand Magellan dalam misi pelayaran bersejarah itu, dan dilantik untuk menyambung misi sekiranya Magellan meninggal dunia.

-Usaha Dalam Pelayaran:

Panglima Awang merupakan seorang ahli pelayaran yang cukup cekap, membantu melancarkan komunikasi dan urusan sepanjang perjalanan.

Panglima Awang merupakan seorang ahli pelayaran yang cukup cekap, membantu melancarkan komunikasi dan urusan sepanjang perjalanan.

Bukti Dan Pengiktirafan Sejarah

-Manuskrip Sepanyol:

Penemuan manuskrip asli dari Sepanyol mendapati Panglima Awang (Enrique de Malacca) merupakan individu pertama yang berjaya mengelilingi dunia.

Manuskrip ini mengiktiraf Enrique sebagai jurubahasa rasmi Magellan dan dirakamkan dalam Wasiat Ferdinand Magellan (1519) dan Daftar Armada Maluku ‘Rol de la Armada Magellan 1519’.

Panglima Awang bukan sekadar hamba, tetapi seorang individu yang mahir dalam pelbagai bahasa dari latar belakang Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa ketika itu.

-Pengiktirafan rasmi biasanya kekal bersama Ferdinand Magellan kerana penguasa Eropah pada masa itu tidak ingin mencatatkan seorang Melayu sebagai individu pertama yang berjaya mengelilingi dunia, kerana ia akan mengatasi kehebatan bangsa mereka sendiri.

-Kisah ini telah diiktiraf dan diangkat semula melalui pelbagai penulisan dan pameran, seperti Pameran Pelayaran Bersejarah Wira Laut Dunia: Enrique de Malacca @ Panglima Awang anjuran kerajaan negeri Melaka.

Patung Panglima Awang Atau Enrique De Malacca diabadikan di Muzium Singapura.
(Manusia pertama mengelilingi dunia melalui lautan pada tahun 1521 )

Meritus University mahu lahirkan graduan yang mempunyai pendapatan tinggi

Oleh : Nafsiah Jani

Anda inginkan gaji yang besar dan peluang kerja menunggu selepas tamat pengajian. Jadi cepat-cepatlah mendaftar untuk mengikuti pelbagai pengajian di di Meritus University yang terletak di di Chan Sow Lin, Sungai Besi.

Baru-baru ini, Meritus University telah meraikan Konvokesyen 2025 di kampus baharunya di Chan Sow Lin. Majlis ini menandakan satu perjalanan luar biasa daripada visi seorang kapten kapal kepada sebuah institusi pendidikan bertaraf serantau.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh simbolik itu menggambarkan aspirasi universiti untuk menjadi peneraju maritim dan penerbangan di Asia, selaras dengan perubahan landskap ekonomi global yang semakin menuntut tenaga mahir berkemahiran tinggi.

Tan Sri Halim Mohammad ketika menyampaikan amanat sempena majlis Konvokesyen Meritus University.

Dalam ucapan perasmiannya, Pengasas Meritus University, Tan Sri Halim Mohammad, menegaskan bahawa maritim bukan sekadar industri kerana ia adalah denyut nadi negara.

“Lebih 90 peratus dagangan Malaysia bergerak melalui laut, namun kekurangan tenaga profesional masih menjadi cabaran yang perlu ditangani. Dengan pengalaman 11 tahun sebagai pelaut dan bekas kapten kapal, pendekatan pembelajaran di Meritus University dibina berdasarkan keperluan sebenar industri, bukan sekadar teori atau silibus konvensional.

“Saya mengajar sendiri kerana saya tahu apa yang industri perlukan. Pelajar kami belajar cara dunia sebenar berfungsi, bukan sekadar teori. Majlis konvokesyen hari ini juga menandakan kemunculan generasi baharu bakal memimpin Malaysia yang bersedia untuk mengharungi lautan antarabangsa, meneroka laluan udara global dan cemerlang dalam pelbagai industri darat,” katanya.

Pendekatan pengajaran secara one-on-one menjadi kekuatan utama universiti ini, memastikan setiap pelajar benar-benar menguasai kemahiran sebelum terjun ke dunia pekerjaan. Meritus University kekal teguh dengan komitmen terhadap pembangunan negara melalui pendidikan, inovasi dan kerjasama industri yang strategik.

Dengan hubungan kukuh kepada industri maritim, Meritus University merupakan Institusi Pendidikan Tinggi pertama di Malaysia yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaan Maritim bagi memenuhi keperluan bakat dalam ekosistem maritim dan logistik.

Wardina Zulaikha Zulkarnain ketika menerima Anugerah Pengerusi daripada Tan Sri Halim Mohammad.

Universiti turut menawarkan laluan pembelajaran sepanjang hayat melalui program asas, diploma, sarjana serta Doktor Falsafah dalam Perniagaan Maritim dan Pengurusan. Hasilnya, ramai pelajar ditawarkan pekerjaan ketika menjalani latihan industri kerana kurikulum yang direka secara eksklusif mengikut kehendak syarikat antarabangsa.

Konvokesyen tahun ini menyaksikan penganugerahan kepada 19 graduan Bachelor of Science (Hons) Maritime Business, tiga graduan Bachelor of Science (Hons) Finance (Investment Strategy), seorang graduan MBA, 37 graduan Diploma in Aviation (Pilot Training), 96 kadet juruterbang HM Aerospace yang menerima Commercial Pilot Licence, Instrument Rating serta Frozen ATPL, selain seorang graduan Diploma in Hotel Management.

Sejak 2004, kerjasama Meritus University bersama HM Aerospace telah melahirkan lebih 2,500 juruterbang komersial termasuk 92 juruterbang wanita, yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan dunia seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Lion Air, China Airlines, Emirates, Etihad, Singapore Airlines dan banyak lagi. Program latihan merangkumi 900 jam teori, 200 jam penerbangan, penggunaan 26 pesawat latihan Diamond DA40 & DA42 serta simulator FNPT II berteknologi tinggi.

Bagi memastikan lebih ramai anak muda mendapat peluang pendidikan berkualiti, Meritus University menyediakan laluan fleksibel untuk pelbagai latar akademik.

Lepasan SPM dengan lima kredit boleh memasuki program asasi selama setahun sebelum ke peringkat ijazah, manakala lepasan STPM dan diploma diberi akses terus. Pembiayaan PTPTN dan bantuan untuk pelajar B40 turut ditawarkan.

Antara graduan hebat Meritus University di majlis konvokesyen baru-baru ini.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, universiti ini merancang untuk memperluaskan lagi penawaran pengajian kepada program undang-undang maritim, insurans maritim serta keselamatan laut, menghasilkan graduan yang bersedia menyertai agensi seperti TLDM, APMM dan syarikat pelabuhan antarabangsa.

Menurut Tan Sri Halim bangunan kampus baharu ini, bangunan yang suatu ketika dahulu dimiliki Utusan Melayu pernah menjadi tempat beliau menumpang tidur ketika zaman mudanya.

“Ia mengingatkan saya bahawa usaha, ilmu dan izin Allah mampu mengubah kehidupan seseorang. Matlamat Meritus University bukan hanya melahirkan graduan untuk bekerja, tetapi membina individu yang berintegriti, berkemahiran dan berwawasan.

“Kita mahu suatu hari nanti anak-anak muda mampu menyara diri, membantu keluarga, tetapi lebih daripada itu mereka mesti membantu negara menuju kea rah negara yang lebih meju dan membangun,” ujarnya.

Meritus University ialah sebuah Universiti Swasta Penuh berlesen di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Halim Mazmin Group. Sebagai sebuah “True-Blue Ocean University” yang diasaskan oleh seorang ahli maritim, universiti ini dibangunkan atas prinsip bahawa ilmu baharu mesti sentiasa dikejar demi manfaat generasi masa depan.

Sejak memulakan operasi pada 2016, pendekatan unik Meritus University yang menggabungkan pembelajaran pengalaman dengan pendedahan industri penuh telah membuahkan kejayaan ketara dalam kecemerlangan graduannya.

 

Alumni ASWARA pentaskan teater mega muzikal Paduka Cik Siti

Oleh : Nafsiah Jani

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA kini kembali menggegarkan persada seni negara dengan sebuah naskhah muzikal baharu, Teater Muzikal Paduka Cik Siti, yang akan berlangsung dari 19 hingga 21 Disember 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.

Pementasan teater yang menjanjikan persembahan berskala besar dan berimpak tinggi ini akan mengangkat kisah epik dan menampilkan kehebatan luar biasa seorang Raja wanita Melayu, Cik Siti Wan Kembang, yang bangkit mempertahankan maruah, keberanian dan cintanya demi negeri.

Asmidar yang membawakan watak Cik Siti Wan Kembang

Penyanyi Asmidar Ahmad ditampilkan sebagai Cik Siti Wan Kembang manakala Dr Norzizi Zulkifli sebagai Seri Banun iaitu bonda Cik Siti Wan Kembang. Teater ini turut dijayakan Taqim Zaki sebagai Panglima Merah, Syukor Ibrahim Bachik seorang pelakon muzikal yang memiliki kualiti suara yang hebat dan Shahrul Mizad sebagai Raja Siam.

Rektor ASWARA, Prof. Dr. Tan Awang Besar, menyatakan sudah tiba masanya untuk mengangkat sesebuah seni kreatif ini dalam bentuk pementasan.

Beliau menekankan bahawa walaupun kisah Cik Siti Wan Kembang adalah legenda, tugas penting institusi tersebut adalah untuk mengangkat kisah zaman silam kepada zaman hari ini.

Antara adegan aksi-aksi Paduka Cik Siti ketika majlis pra tontonnya baru- baru ini.

“Memang kita tidak ikuti cerita Siti Wan Kembang sepenuhnya. Kita terjemahkannya dalam bentuk persembahan. Sekurang-kurangnya dari segi kehebatan Cik Siti Wan Kembang itu dan peranannya dalam konteks hubungan antara Siam, Kuching dan Kelantan boleh kita angkat melalui persembahan begini,” katanya pada majlis pelancaran Teater Muzikal Paduka Cik Siti.

Prof. Dr. Tan Awang Besar menambah, episod-episod yang dipersembahkan nanti akan memperlihatkan kehebatan Cik Siti Wan Kembang, terutamanya bagaimana beliau menangani “watak jahat” seperti Raja Siam, serta mengangkat kepahlawanan seorang Raja Wanita.

“Saya berharap pementasan ini dapat memperkenalkan watak ikonik seperti Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong kepada generasi muda. Naskhah megah ini menyingkap ketokohan Cik Siti Wan Kembang, satu-satunya waris takhta Tanah Serendah Sekebun Bunga, yang terpaksa memikul amanah diraja.”

Pelakon teater muzikal Paduka Cik Siti bergambar kenangan bersama Rektor ASWARA, Prof. Dr. Tan Awang Besar (duduk baju batik.merah) selepas majlis pelancarannya baru- baru ini.

Teater ini lebih memfokus kepada perjuangan Paduka Cik Siti yang menolak pinangan raja-raja, demi tugas, berdepan cabaran mempersoalkan kewibawaannya oleh pembesar sendiri, diancam oleh Siam, selain menundukkan kehendak hati dan perasaan akibat cinta yang didiamkan.

Sementara itu, Che Kem selaku pengarah teater menyatakan bahawa produksi ini tidak boleh berpaksikan cerita tradisional semata-mata, sebaliknya harus dimasukkan elemen kontemporari.

Rektor ASWARA, Prof. Dr. Tan Awang Besar ketika merasmikan teater muzikal Paduka Cik Siti.

“Selaras dengan tuntutan khalayak hari ini dengan nafas tradisional itu tetap dikekalkan. Kita sering memperkatakan bahawa Cik Siti Wan Kembang ini adalah seorang srikandi, tetapi tidak ada satu cerita, satu skrip atau satu naskah pun yang membincangkan tentang Cik Siti Wan Kembang sebagai seorang srikandi.

“Namun kami akan cuba menampilkan hal-hal kesaktian dan kebijaksanaan Cik Siti Wan Kembang sebagai pemimpin wanita di Kelantan akan diterokai dan diangkat dalam bentuk yang spektakular,” katanya.

Che Kem juga menjanjikan ada beberapa elemen spektakular yang cuba diangkat di pentas, walaupun berdepan cabaran untuk mengubah suai Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin di Putrajaya menjadi pentas teater berskala besar.

Rektor ASWARA, Prof. Dr. Tan Awang Besar ( empat dari kiri) bersama.penaja- penaja teater muzikal Paduka Cik Siti.

Teater muzikal “Paduka Cik Siti” akan dibuka dengan Malam Gala pada 19 Disember, jam 8.30 malam. Ia diikuti pementasan seterusnya pada 20 Disember (jam 3 petang dan 8.30 malam) serta 21 Disember (jam 3 petang).

Kategori tiket pula ialah Paduka Cik Siti: RM150 (untuk 71 kerusi), Seri Banun: RM120 (114 kerusi), Prasat Thong: RM80 (198 kerusi), Puteri Saadong: RM40 (concession-122 kerusi). Pembelian tiket boleh dibuat melalui cloudjoi.com.

Khasiat Bayam Brazil

Oleh: Syed Yusof Wafa

Bayam Brazil kaya nutrisi seperti Vitamin C, A, K, folat, kalsium, dan serat, memberikan banyak khasiat seperti meningkatkan imuniti, menguatkan tulang dan mata (mencegah osteoporosis, degenerasi makula), melancarkan penghadaman (mencegah sembelit), mencegah anemia (kaya zat besi & folat), meningkatkan fungsi otak, serta membantu mengawal gula darah dan menurunkan kolesterol, sesuai dimakan mentah, dimasak ringkas, atau dibuat smoothie untuk kesihatan keseluruhan.

Khasiat Utama Bayam Brazil:

-Tingkatkan Sistem Imun:

Kandungan Vitamin C yang tinggi membantu melawan jangkitan virus dan bakteria.

-Kuatkan Tulang & Gigi:

Tinggi Vitamin K, kalsium, dan kalium untuk penyerapan kalsium dan kepadatan tulang.

-Jaga Kesihatan Mata:

Kaya beta-karoten, lutein, dan Vitamin A untuk mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula.

-Lancarkan Penghadaman:

Serat membantu pergerakan usus dan mencegah sembelit.

-Cegah Anemia:

Kandungan folat dan zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah.

-Tingkatkan Fungsi Otak:

Vitamin B6, folat, dan antioksidan menyokong fungsi kognitif.

Foto https://mangrovesociety.org/brazilian-spinach/

-Kawal Gula Darah & Kolesterol:

Serat membantu mengawal paras gula dan menyingkirkan kolesterol berlebihan.

-Anti-Penuaan & Kecantikan:

Antioksidan membantu mencegah penuaan pramatang dan mengekalkan awet muda.

-Baik untuk Ibu Mengandung:

Menyokong kesihatan ibu mengandung dan perkembangan kanak-kanak.

Cara Penggunaan:

-Makan mentah: Campur dalam salad atau sebagai ulam.

-Masak ringkas: Tumis dengan bawang putih (jangan terlalu lama).

-Smoothie: Blender bersama buah-buahan.

-Ulam: Makan bersama sambal belacan atau budu.

Dia Adikku!

Penyelaras : Syed Yusof Wafa

Sumber/Foto : FB Viral Oh Viral

Budak Jepun membawa mayat adiknya yang meninggal semasa Perang Dunia II, 1945.

Dia berdiri, menunggu gilirannya untuk membakar mayat adiknya yang sudah tidak bernyawa katanya dalam wawancara bersama seorang pengarang foto

(Gambar epik ini telah dirakam oleh seorang jurugambar kor marin AS, Joe O’Donnell)

Cerita ini telah difilemkan berdasarkan fakta cerita sebenar tersebut: yang berjudul “THE GRAVE OF THE FIREFLIES” (kubur Si kunang-kunang) dalam versi filem Anime By Ghibli Studio.

“Budak lelaki itu menggigit bibirnya untuk menahannya daripada menangis, sehinggakan darah keluar dari bibirnya, pengurus pembakaran meminta jasad adiknya dan berkata: beri saya beban yang kamu bawa di sana.”

Budak lelaki itu menjawab: “dia bukan beban, dia adalah adikku” dia menyerahkan mayat itu, menoleh dan pergi.

Cerita ini telah difilemkan berdasarkan fakta cerita sebenar : yang berjudul “THE GRAVE OF THE FIREFLIES” (kubur Si kunang-kunang) dalam versi filem Anime By Ghibli Studio.

Full filem boleh tgk sini.

https://youtu.be/Qq7UUebmEds (Sub malay)

Dalam Islam Memutuskan Tali Persaudaraan Dosa Besar

Penyelaras/Penterjemah: Syed Yusof Wafa
Sumber Dan Foto: FB Revert To Islam

Di Jepun moden, realiti menyayat hati berlaku setiap tahun:
Lebih 30,000 orang tua mati sepenuhnya bersendirian, mayat mereka dibiarkan tidak ditemui selama berminggu-minggu atau bahkan berbulan-bulan. Fenomena tragis ini dikenali sebagai Kodokushi — “kematian dalam kesepian.”

Satu contoh yang menyakitkan ialah seorang lelaki lumpuh berusia 91 tahun dari Osaka. Isterinya, satu-satunya orang yang menjaganya, meninggal dunia terlebih dahulu. Dia kemudian mati kelaparan di sebelahnya. Mayat mereka yang reput hanya ditemui beberapa minggu kemudian.

Anak lelaki mereka telah lama berpindah… dan tidak pernah peduli untuk memeriksa mereka.

Inilah yang berlaku apabila ikatan kekeluargaan ditinggalkan.
Itulah sebabnya Islam menganggap memutuskan tali persaudaraan sebagai dosa besar.

Allah berfirman dalam Al-Qur’an:
“Jika kamu berpaling, adakah kamu akan menyebarkan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan kamu?
Mereka itulah orang-orang yang dilaknat Allah, menjadikan mereka tuli dan buta.” (47:22–23)

Impian Nourul tercapai selepas 30 tahun

Oleh: Khadijah Ibrahim

MESKIPUN terpaksa menunggu lama untuk menjayakan konsert berskala besar, itu tidak mematahkan semangat Nourul Depp, 48, kerana penantiannya selama 30 tahun bakal terlaksana juga.

Impian Nourul itu bakal direalisasikan menerusi konsert ‘For You: Nourul’ yang dianjurkan oleh Rong Geng Entertainment bagi menghargai legasi, ketekunan, dan pencapaian seni beliau sepanjang lebih 30 tahun mewarnai industri muzik Malaysia.

Sebuah persembahan berskala eksklusif itu bakal berlangsung pada 17 April 2026, di Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8 malam.

Nourul bakal mengembalikan nostalgia kepada penonton yang hadir menonton persembahannya nanti.

Menampilkan produksi pentas moden, ritma kontemporari, susunan muzik segar, serta elemen visual premium, konsert ini dijangka menghimpunkan lebih 1,500 penonton daripada pelbagai latar belakang.

“Akhirnya, masa ini tiba. Selepas lebih 30 tahun berkarya, konsert berskala besar ini membawa makna mendalam buat saya. Perasaan kembali ke pentas besar sebagai artis solo adalah sesuatu yang sangat emosional dan penuh syukur.

“Ini adalah antara impian saya yang lama tertangguh. Akhirnya, saya dapat berikan sebuah persembahan yang benar-benar mencerminkan siapa saya sebagai seorang penyanyi, seorang wanita dan seorang insan.

Nourul bersyukur dapat kembali sebagai penyanyi solo untuk menghibur peminat-peminatnya.

“Saya berjanji untuk memberikan sepenuh hati, sepenuh tenaga dan setiap inci jiwa saya kepada penonton kerana mereka yang menjadikan perjalanan 30 tahun ini sesuatu yang bermakna,” kata Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab.

Beliau yang popular dengan lagu “Cinta Azali” dan “Kerana Terluka” itu berjanji bahawa konsert tersebut akan menjadi persembahan paling peribadi, paling jujur dan paling bertenaga dalam kerjayanya, bukan sahaja menghiburkan, tetapi menyentuh dan menginspirasikan.

Untuk pertama kalinya, penonton akan dibawa menyelusuri era muzik Nourul yang penuh warna bermula daripada lagu-lagu hit 90-an sehinggalah single popular era 2000-an yang memperlihatkan kematangan vokal, emosi serta evolusi muzik beliau.

Malah, konsert ini juga bakal menampilkan persembahan energetik dengan susunan muzik moden, segmen akustik “intimate storytelling” khas buat peminat tegar. Selain itu, sepanjang persembahan, Nourul akan diiringi oleh pemuzik profesional tempatan serta tribute visual mengimbau perjalanan seni dan pencapaiannya.

Konsert Nourul turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis lain.

Sementara itu, Pengarah Rong Geng Entertainment, Muhammad Fared Kuswadinata, berkata, konsert tersebut adalah hadiah buat peminat, rakan industri, dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong karya Nourul selama lebih 30 tahun.

“Ia bukan sekadar konsert, tetapi satu perayaan kehidupan, ketabahan dan evolusi seni yang membentuk siapa Nourul hari ini. Kami mahu penonton merasai perjalanan itu secara visual, emosi dan muzik,” kata Muhammad Fared.

Bagi yang ingin menonton persembahan For You: Nourul, tiket-tiket berharga RM105 (GOLD), RM155 (DIAMOND), RM255 (PLATINUM) dan RM355 (VIP) boleh dibeli di platform rasmi ticket2u.

Majlis Tertinggi Rockqueen perjuangan Ella

Oleh: Khadijah Ibrahim 

“PEACE, Love & Rindu”, itulah tema konsert yang bakal dipersembahkan oleh Ratu Rock Malaysia, Ella dan itu bukan sekadar sebagai konsep persembahan, tetapi juga sebagai gerakan yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

Konsert ikonik ini bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, lokasi yang pernah menjadi saksi detik monumental dalam kerjaya seni Ella.

Menurut Ella, pemilihan nama Majlis Tertinggi Rockqueen bukan sekadar simbolik literal dan gelaran umumnya sebagai ratu rock, tetapi juga sebagai satu wadah untuk memberi impak yang lebih bermakna.

Bersama penganjur dan wakil-wakil yang terlibat dalam menjayakan konsert Majlis Tertinggi Rockqueen.

Dalam konsert tersebut, “Peace” melambangkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Gaza, “Love” pula mengacu kepada isu buli merujuk pada institusi pendidikan di Malaysia, manakala “Rindu” didedikasi kepada insan-insan penggiat seni tanah air yang sentiasa berkarya demi industri.

“Saya akan mencapai usia 60 pada tahun 2026, dan sudah tentu saya ingin memberi impak dan legasi berkekalan khususnya dalam aspek kemanusiaan. Majlis Tertinggi Rockqueen adalah terjemahan kepada sebuah gerakan yang mahukan ‘Peace, Love & Rindu’.

“Mengakui sudah lama tidak tampil di pentas sebesar Stadium Nasional Bukit Jalil, Ella melihat cabaran ini sebagai suntikan azam dan pembakar semangatnya.

Ratu Rock Malaysia ini janji akan memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton yang hadir menyokong perjuangannya sebagai anak seni.

Beliau juga berkongsi bagaimana semangat  seni yang membara membantu dirinya mengekalkan momentum selama hampir 40 tahun berkarya, sebuah ketabahan yang hanya dimiliki seorang ratu yang tulus mencintai seni, penggemar dan penontonnya.

“Harapan saya cuma agar, konsert ini mampu memberi sumbangan sebaiknya kepada pertubuhan amal yang terlibat. Manakala generasi muda kelak akan lahir cemerlang dan berjaya manakala para seniman mampu terus berkarya dan terbela pesannya manja.

“Jangan lupa undi ‘Peace, Love atau Rindu’, dan jumpa di Majlis Tertinggi Rockqueen nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal berkata, konsert Ella yang ini berbeza dengan kebanyakan konsert berskala besar lain, kerana acara tersebut bakal menjadi konsert buat rakyat, dengan harga tiket yang mampu milik dan terjangkau buat semua lapisan peminat untuk dapat hadir.

Ella sentiasa “Standing In The Eyes Of The World” kerana lagu-lagu dendangannya malar segar.

“Konsert kali ini, antara intinya adalah kami ingin ‘give back to the people’. Kerana itu kami memilih lokasi besar dengan pilihan harga tiket yang murah namun tidak menafikan pengalaman luar biasa pengunjung konsert, juga sajian audio visual bermutu buat semua yang hadir.

“Setiap pembelian tiket akan dikehendaki untuk mengundi dan memilih tabung sumbangan pilihan mereka sama ada Peace (Persatuan Cinta Gaza Malaysia) , Love (Yayasan Kebajikan Negara) atau Rindu (Yayasan Kebajikan Artis Tanahair) pada waktu pembelian.

“Organisasi yang rerlibat akan menerima sumbangan RM2 bagi setiap pilihan undian melalui tiket yang dibeli,” jelas Rohit.