Home Blog Page 3

Emas Sri Semantan hadiahkan banglo kepada SSPC

Oleh: Khadijah Ibrahim

TIDAK perlu mengeluarkan modal untuk memiliki sebuah banglo yang dilengkapi dengan empat bilik?

Eh! Betulkah berita itu? Siapa yang nak bagi rumah secara percuma kalau kita tak mengeluarkan wang. Nak uruskan rumah ‘abadi’ (kubur) pun perlukan kos.

Namun selepas penulis hadir ke tapak pembinaan Perumahan Sri Semantan, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan pada 25 September lalu, perasaan curiga itu terus lenyap kerana bukti di depan mata.

Sebanyak 15 buah rumah yang setiap sebuah bernilai kira-kira RM350,000 sedang dalam proses pembinaan. Malah bakal pemilik rumah juga turut hadir pada majlis penyerahan kunci rumah Freedom (simbolik) untuk melihat kediaman yang akan mereka diami kelak.

Penerima rumah tersebut merupakan ahli Sri Semantan Privillage Club (SSPC) dari seluruh negara selepas mereka berjaya mencapai tahap jualan emas berjumlah 20 kilogram secara berkumpulan.

Mohamad Hafizal Mahmood (tengah) bersama dua orang ‘kuat’ KESS yang sentiasa bekerja keras memastikan jenama Emas Sri Semantan dikenali ramai.

Pengerusi Kedai Emas Sri Semantan (KESS), Mohamad Hafizal Mahmood berkata, kesemua yang hadir pada hari tersebut, bukan setakat untuk majlis pecah tanah tapi untuk meraikan pencapaian para Freedom dan menyaksikan satu penghargaan yang lahir daripada pencapaian tersebut.

“Perumahan Sri Semantan ini untuk para Freedom. Ia adalah satu bentuk penghargaan kepada mereka yang telah melalui perjalanan, perjuangan dan pengorbanan sehingga mencapai tahap Freedom.

“Penerima terdiri daripada ahli dari Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor. Ini merupakan projek fasa pertama pemberian kediaman kepada ahli yang mencapai tahap Freedom,”
katanya tentang perumahan yang bernilai kira-RM4.5 juta itu.

Untuk makluman, Freedom dalam konteks KESS merujuk kepada pangkat, status atau gelaran tertinggi yang dicapai oleh ahli dalam program ahli gabungan mereka yang dikenali sebagai Sri Semantan Privillage Club (SSPC) atau ‘Road To Freedom’.

“Rumah ini merupakan pencapaian tertinggi bagi mereka selepas melalui beberapa fasa tertentu dalam komuniti, bermula daripada Affiliate, Assistant Manager, Manager, Master Manager sebelum mencapai tahap Freedom.

Bekas pemandu e-hailing, Mohd Din Sudiman bersyukur kerana kehidupannya lebih selesa selepas mendaftar sebagai ahli SSPC.

“Sebelum ini, mereka turut berpeluang menerima pelbagai ganjaran termasuk kereta, pakej melancong, umrah dan emas untuk simpanan peribadi,” katanya bangga dengan pencapaian ahli SSPC.

Tambahnya lagi, pemberian rumah berkenaan, bukan sekadar penghargaan terhadap pencapaian ahli malah sebahagian daripada usaha membina komuniti yang dapat berkongsi manfaat daripada aktiviti berkaitan emas.

“Lagipun ada di antara mereka bukan daripada golongan yang hidup mewah. Ada yang sebelum ini berniaga kecil-kecilan, menjaja dan ada juga penerima asnaf.

“Kami mahu mereka sama-sama berkongsi rezeki dan membantu masyarakat melalui komuniti yang dibentuk,” katanya.

Ujar Mohamad Hafizal, untuk fasa pertama, penyerahan rumah berkenaan dimulakan di Kelantan sebelum konsep sama dikembangkan ke negeri lain pada masa akan datang.

Seramai 15 ahli SSPC bakal memiliki rumah sendiri selepas berjaya mencapai jualan sebanyak 20 kilogram emas.

Beliau berkata, Emas Sri Semantan bukan sebuah syarikat pemaju perumahan, sebaliknya hanya menjalankan perniagaan emas dan kediaman itu merupakan inisiatif penghargaan kepada ahli yang mencapai tahap membanggakan dalam perniagaan emas.

Salah seorang penerima rumah tersebut ialah bekas pemandu e-hailing, Mohd Din Sugiman, 61, yang awalnya juga tidak sangka beliau bakal memiliki kediaman sendiri.

Mohd Din berkata, sebelum ini beliau mencari pendapatan sebagai pemandu e-hailing selama lima tahun dan sering bekerja jarak jauh hingga ke beberapa negeri bagi mencari rezeki.

“Saya memang orang yang kehidupannya amat daif, asnaf. Saya pernah memandu Grab dari Kuantan, Pulau Pinang, Perlis hingga Johor untuk mencari makan.

Inilah tapak perumahan Sri Semantan yang bakal didiami oleh ahli SSPC hasil daripada kerja keras mereka.

“Saya mula menyertai Emas Sri Semantan pada 2 Jun 2025 dan mencapai pencapaian pertama lima kilogram emas sekitar November tahun lepas sebelum akhirnya mencapai tahap Freedom dalam tempoh kira-kira setahun,” katanya.

Kata Mohd Din lagi, sebelum menerima banglo berkenaan, beliau terlebih dahulu memperoleh beberapa ganjaran termasuk sebuah Toyota Vios dan Vellfire hasil pencapaian yang dicapainya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana bukan lagi penerima bantuan asnaf selepas memperoleh pendapatan melalui aktiviti jualan emas bersama komuniti tersebut.

“Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana diberi peluang menggubah kehidupan daripada dulu bukan siapa-siapa, tetapi sekarang dapat mencapai kejayaan seperti ini,” katanya.

Festival Gema Siswa ASWARA 2026 hargai karya Bapa Irama Malaysia

Oleh: Khadijah Ibrahim

AKADEMI Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),
bakal menganjurkan Festival Gema Siswa ASWARA 2026 yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026 di Kampus ASWARA, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Festival Gema Siswa ASWARA 2026 merupakan platform utama untuk mengangkat potensi para pelajar ASWARA ke tahap yang lebih tinggi.

Secara tak langsung festival berskala besar ini akan menghimpunkan serta menampilkan hasil karya, kreativiti dan bakat para pelajar ASWARA.

Penganjuran festival yang mengangkat tema kepelbagaian seni dan kreativiti tanpa sempadan itu, menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan pengisian menarik.

Antara persembahan istimewa dan paling dinantikan sempena festival ini ialah Showcase Malam Kemala Irama: Mengenang Pak Ngah, sebuah persembahan khas bagi memperingati warisan lagu-lagu ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Bapa Irama Malaysia.

Showcase Malam Kemala Irama: Mengenang Pak Ngah sempena Festival Gema Siswa ASWARA 2026 pada Oktober ini.

Persembahan ini bakal mengimbau kembali karya-karya ikonik beliau yang pernah mengangkat martabat muzik tradisional tanah air ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, sempena festival tersebut turut diadakan forum dan bual bicara bersama penggiat seni tentang pengalaman mereka.

Turut diadakan juga pertandingan dan anugerah serta pengiktirafan kepada warga seni dan pendidik, masterclass dan bengkel iaitu sesi pembelajaran berasaskan kemahiran kreatif.

Lain-lain aktiviti yang diadakan sempena festival tersebut adalah
rakaman dan tayangan karya visual dan perfileman pelajar, persembahan pentas iaitu pertunjukan seni persembahan secara langsung dan pameran serta jualan barangan kraf, hasil kreatif serta gerai viral.

Sempena penganjuran festival ini, ASWARA mengalu-alukan penyertaan orang ramai, pelajar, penggiat seni serta warga pendidik untuk menyertai pelbagai pertandingan dan anugerah yang dianjurkan.

Ini adalah peluang terbaik bagi menyerlahkan bakat serta meraih pengiktirafan di peringkat pentas seni negara.

Antara pertandingan yang dianjurkan ialah Pertandingan Teater Pendek, Pertandingan Dikir Barat, Pertandingan Gema Breaking, Pertandingan Kompang, Pertandingan Battle of The Band dan Pertandingan Pencarian Bakat Seni Visual.

Selain itu, festival ini turut mengiktiraf jasa dan sumbangan melalui Anugerah Penulis Guru, Anugerah Aspirasi Teater, Anugerah Bakat Seni Pendidikan Tari serta Anugerah Guru Harapan Pendidikan Seni Visual.

Lebih menarik lagi, festival ini turut menganjurkan Program Keusahawanan Pelajar (Gema Niaga). Penganjuran Gema Niaga ini bertujuan untuk menerapkan serta memantapkan ilmu keusahawanan dalam kalangan pelajar ASWARA.

Seluruh warga awam, penggiat seni, pelajar sekolah, serta pencinta seni tanah air dijemput hadir bagi memeriahkan dan menyokong penganjuran festival ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai tentatif program dan aktiviti terkini, sila layari laman Instagram rasmi ASWARA di @ASWARA.official

Tun M Kagum Dengan Datuk Dr. Zairita Azlin, Harumkan Nama Malaysia Di Mata Dunia

Oleh: Syed Yusof Wafa

Daripada sebuah kegagalan, lahir sebuah kebangkitan.

Begitulah kisah wanita hebat, Datuk Dr. Zairita Azlin, yang memilih untuk bangkit selepas melalui episod sukar dalam kehidupan sebelum mengubah pengalaman tersebut menjadi sumber kekuatan dan inspirasi buat orang lain.

Kisah perjalanan hidupnya kini bukan lagi sekadar cerita peribadi. Sebaliknya, ia telah dibawa ke pentas antarabangsa menerusi karya penulisannya, She Chose to Rise, yang mendapat perhatian pembaca di Malaysia dan luar negara.

Malah, buku berkenaan dilaporkan telah menembusi 35 negara dengan jualan mencecah 2,000 naskhah di Amazon.

Kisah inspirasi Zairita itu turut diketengahkan dalam program “From Malaysia to the World” anjuran Ezcape Travel Tech Sdn. Bhd. yang berlangsung pada 17 September lalu.

Datuk Dr. Zairita Azlin, yang memilih untuk bangkit selepas melalui episod sukar dalam kehidupan sebelum mengubah pengalaman tersebut menjadi sumber kekuatan dan inspirasi buat orang lain.

Program berkenaan menghimpunkan usahawan, pemain industri serta rakan perniagaan dari Malaysia dan luar negara dalam usaha membuka lebih banyak ruang untuk jaringan profesional dan kerjasama merentas pasaran.

Berteraskan tema “Connecting Businesses • Building Partnerships • Expanding Horizons”, program itu memberi peluang kepada peserta memperkenalkan perniagaan masing-masing, bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama di peringkat antarabangsa.

Bukan sekadar acara jaringan perniagaan, program berkenaan turut menjadi pentas perkongsian ilmu dan inspirasi apabila dua buah buku dilancarkan, iaitu She Chose to Rise karya Datuk Dr. Zairita Azlin dan The Unstoppable Millionaire: 9 Simple Steps to Stay Undefeated karya Dr. Tahir Hussain.

Bukan sekadar acara jaringan perniagaan, program berkenaan turut menjadi pentas perkongsian ilmu dan inspirasi apabila dua buah buku dilancarkan, iaitu She Chose to Rise karya Datuk Dr. Zairita Azlin dan The Unstoppable Millionaire: 9 Simple Steps to Stay Undefeated karya Dr. Tahir Hussain.

“Saya gagal, tapi saya pilih untuk bangkit”

Wafa News berkesempatan menemui Zairita untuk berkongsi mengenai buku She Chose to Rise yang ditulis berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri.

Menurut Zairita, buku itu lahir daripada pengalaman kegagalan yang pernah dilaluinya, termasuk kegagalan dalam rumah tangga.

“Saya menulis buku ini setelah saya gagal dalam kehidupan. Saya gagal dalam rumah tangga. Dari situ saya bangkit dan terus bangkit untuk buktikan kepada mereka di luar sana bahawa kegagalan bukanlah alasan untuk kita mengalah.

“Kita boleh bangkit dan terus berjaya,” katanya.

Bagi Zairita, pengalaman pahit yang dilalui bukan sesuatu yang perlu disembunyikan, sebaliknya boleh dijadikan kekuatan untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Menariknya, She Chose to Rise diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan dari United Kingdom dan mengangkat perjalanan seorang wanita dalam berdepan cabaran, membina semula keyakinan diri serta mengejar cita-cita dan tujuan hidup.

Apa yang menjadikan karya ini lebih dekat dengan pembaca ialah ia tidak hanya bercerita mengenai kejayaan.

Sebaliknya, Zairita memilih untuk berkongsi sisi kehidupan yang pernah jatuh, kecewa dan terluka — sebelum memilih untuk bangun semula.

Katanya, dia turut menerima maklum balas daripada wanita di Malaysia dan luar negara yang mengakui tersentuh serta mendapat inspirasi selepas membaca buku tersebut.

Kisah perjalanan hidupnya kini bukan lagi sekadar cerita peribadi. Sebaliknya, ia telah dibawa ke pentas antarabangsa menerusi karya penulisannya, She Chose to Rise, yang mendapat perhatian pembaca di Malaysia dan luar negara.

Tun M turut beri dorongan

Lebih menarik, karya berkenaan turut mendapat restu dan dorongan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Tun M.

Zairita menyifatkan Tun M sebagai antara tokoh yang sangat disanjunginya.

Bagi beliau, perjalanan Tun M dalam membawa nama Malaysia ke pentas dunia turut menjadi inspirasi kepada aspirasi yang mahu diketengahkan menerusi program From Malaysia to the World.

Daripada kisah individu kepada jaringan perniagaan, mesej yang dibawa cukup jelas — kejayaan tidak seharusnya terhenti di sempadan negara.

Zairita menyifatkan Tun M sebagai antara tokoh yang sangat disanjunginya.

Dari Malaysia ke pentas dunia

Pencapaian Zairita juga tidak terhenti melalui penulisan.

Baru-baru ini, beliau turut mencipta pencapaian tersendiri apabila muncul sebagai rakyat Malaysia pertama yang dinobatkan sebagai “She For The Nation – Season 2” dalam satu acara yang berlangsung di kediaman Perdana Menteri Sri Lanka, Temple Trees di Colombo.

Pencapaian tersebut menjadi satu lagi detik yang membanggakan dalam perjalanan beliau membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Bagi seorang wanita yang pernah melalui kegagalan, perjalanan Zairita membuktikan bahawa hidup tidak semestinya berakhir pada saat kita jatuh.

Kadangkala, di situlah bermulanya cerita baharu.

Antara Anugerah dalam negara dan luar negara yang pernah dimenangi oleh Zairita.

“The Unstoppable Millionaire” turut dilancarkan

Dalam majlis sama, buku The Unstoppable Millionaire: 9 Simple Steps to Stay Undefeated karya Dr. Tahir Hussain turut dilancarkan.

Buku tersebut mengetengahkan pendekatan mengenai ketahanan diri, kejelasan tujuan serta bagaimana kegagalan tidak seharusnya dianggap sebagai penghujung perjalanan.

Sebaliknya, kegagalan boleh menjadi sebahagian daripada proses untuk seseorang terus belajar, bergerak dan memperbaiki diri.

Pelancaran kedua-dua buku itu disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC), Tengku Khairul Adena Almarhum Tengku Abdullah.

Majlis From Malaysia to the World yang dianjurkan Ezcape Travel Tech Sdn. Bhd. bukan sekadar sebuah program pertemuan biasa, program selama lima jam itu membuka ruang kepada usahawan dan pemain industri untuk bertemu secara bersemuka, memperkenalkan perniagaan masing-masing serta memahami keperluan bakal rakan kerjasama.

Bukan sekadar program networking

Sementara itu, From Malaysia to the World yang dianjurkan Ezcape Travel Tech Sdn. Bhd. bukan sekadar sebuah program pertemuan biasa.

Program selama lima jam itu membuka ruang kepada usahawan dan pemain industri untuk bertemu secara bersemuka, memperkenalkan perniagaan masing-masing serta memahami keperluan bakal rakan kerjasama.

Lebih penting, ia memberi peluang kepada peserta untuk membina hubungan yang boleh dikembangkan selepas program berlangsung.

Menurut Zairita, jaringan yang bermakna merupakan antara langkah awal yang penting untuk usahawan tempatan meneroka peluang di luar pasaran Malaysia.

Program itu turut membuka ruang kepada peserta dari luar negara untuk mengenali potensi kerjasama dengan komuniti perniagaan Malaysia.

Perkongsian pengalaman dan idea daripada peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang juga diharap dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama merentasi sempadan.

Pelancaran kedua-dua buku itu disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC), Tengku Khairul Adena Almarhum Tengku Abdullah.

Dari sebuah kegagalan, lahir sebuah inspirasi

Kisah Datuk Dr. Zairita Azlin mungkin bermula dengan kegagalan, tetapi perjalanan selepas itu membawa beliau ke pentas yang jauh lebih besar.

Daripada bangkit membina semula kehidupan, menulis buku, menembusi pasaran antarabangsa sehinggalah membawa nama Malaysia ke peringkat dunia — semuanya menjadi sebahagian daripada perjalanan seorang wanita yang memilih untuk tidak berhenti apabila diuji.

Seperti judul bukunya, She Chose to Rise.

Dia memilih untuk bangkit.

Dan mungkin itulah mesej paling besar daripada kisah Zairita — kita tidak boleh memilih bagaimana kehidupan menguji kita, tetapi kita masih boleh memilih bagaimana kita mahu bangkit selepas jatuh.

Kami di Wafa News mendoakan semoga Datuk Dr. Zairita Azlin terus melakar kejayaan, terus menginspirasi lebih ramai wanita dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

@divawafa Eksklusif! Siapa Datuk Dr Zairita Azlin Yang Begitu Dikagumi Oleh Tun M ? #datukzairitaazlin #tunmahathir #frommalaysiatotheworld ♬ bunyi asal – Wafa TV

“Malam Rawan” bersama Rizky Febian

Oleh: Khadijah Ibrahim

TERNYATA kehadiran Rizky Febian tidak menjemukan peminat-peminat yang di Malaysia. Justeru itulah penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia tersebut bakal hadir pagi ke sini.

Kehadiran kali ini adalah bagi menjayakan konsert “Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur”, yang akan berlangsung pada 29 November 2026 di Zepp KL.

Dibawakan oleh Kumho International dan dianjurkan oleh AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia, konsert ini bakal menjadi satu lagi pertemuan istimewa antara Rizky dan peminat Malaysia yang sentiasa menunjukkan sokongan serta keterujaan terhadap setiap kemunculannya di negara ini.

Bakal memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat-peminatnya.

Menerusi “Malam Rawan”, Rizky Febianatau nama sebenarnya, Rizky Febian Adriansyah Sutrisna,28, bakal membawa penonton menyelami sisi muziknya melalui sebuah persembahan yang menghimpunkan karya-karya popular, melodi yang dekat dengan jiwa serta momen istimewa bersama peminat.

Dikenali dengan karakter vokal tersendiri dan karya yang banyak menyentuh tentang cinta, kerinduan serta perjalanan perasaan, Rizky dijangka menghidupkan suasana romantik dan penuh rasa di Zepp KL, sambil mengajak penonton menyanyi bersama sepanjang malam.

“Saya sangat senang dapat kembali bertemu dengan peminat di Kuala Lumpur. Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam perjalanan muzik saya dan saya tahu ramai yang sudah menantikan untuk bernyanyi bersama-sama.

“Kali ini, saya ingin memberikan sebuah persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan kenangan yang istimewa buat semua yang hadir,” katanya.

Tiket-tiket sudah boleh dibeli untuk hadir ke konsert Rizky Febian.

Rizky Febian mula mencipta nama menerusi karya popular seperti “Kesempurnaan Cinta”, “Penantian Berharga”, “Cuek”, “Makna Cinta”, “Terlukis Indah” dan “Hingga Tua Bersama”.

Lagu-lagu yang dekat dengan kisah cinta dan kehidupan ini turut mengukuhkan namanya sebagai antara penyanyi popular Indonesia yang mempunyai tempat tersendiri dalam muzik pop serantau.

Dengan karakter vokal dan gaya persembahan yang tersendiri, suami kepada penyanyi Mahalini Raharja itu, terus mendapat sambutan daripada peminat, termasuk di Malaysia yang sentiasa teruja untuk menyaksikan beliau beraksi secara langsung.

Beliau yang juga anak kepada pelawak Sule itu berkata, persembahannya yang bakal ditonjol nanti bukan sekadar sebuah malam untuk menikmati muzik, tapi turut menjadi ruang untuk beliau berkongsi emosi, cerita dan pengalaman bersama peminat menerusi lagu-lagu yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup serta kerjaya seninya.

Tiket-tiket bagi kategori CAT 1- RM228 (Standing), CAT 2- RM248 (Premium Seat) dan CAT 3 – RM238 (Normal Seat) boleh dibeli secara dalam talian menerusi Malam Rawan Diorama by Rizky Febian | Ticket2u

Mamat Exist Kongsi Pengalaman Bersama Pelajar Menerusi Program “Kenali Anak Kita” Anjuran PENGASIH

Oleh: Syed Yusof Wafa
Foto: Ehsan PENGASIH

KUANTAN, 19 September 2026 – Usaha meningkatkan kesedaran golongan muda mengenai bahaya penyalahgunaan dadah terus diperkasakan menerusi penganjuran Program “Kenali Anak Kita” (KAK) anjuran Persatuan PENGASIH Malaysia dengan kerjasama Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS), Pahang.

Program yang berlangsung di Auditorium Tuanku Canselor, Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah itu mengetengahkan pendekatan pendidikan dan pencegahan yang memberi penekanan kepada peranan keluarga, golongan pendidik serta masyarakat dalam mengenal pasti lebih awal risiko penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.

Program berkenaan berlangsung pada 19 September 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, dengan pengisian merangkumi seminar, forum, pameran serta persembahan artis.

Penganjur menerusi tema program menekankan usaha bersama untuk “menyelamatkan anak bangsa daripada dadah dan bahan terlarang”, selain membentuk golongan remaja yang mempunyai daya tahan serta mampu membuat keputusan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Program “Kenali Anak Kita” (KAK) anjuran Persatuan PENGASIH Malaysia dengan kerjasama Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS), Pahang.
Program yang berlangsung di Auditorium Tuanku Canselor, Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah itu mengetengahkan pendekatan pendidikan dan pencegahan yang memberi penekanan kepada peranan keluarga, golongan pendidik serta masyarakat dalam mengenal pasti lebih awal risiko penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.

Membina remaja berdaya tahan

Antara pengisian utama ialah forum bertajuk “Remaja Berdaya Tahan, Generasi Bebas Penagihan” yang menampilkan barisan panel daripada PENGASIH dan bidang kaunseling.

Forum tersebut menampilkan Presiden PENGASIH Malaysia, Hafizi Harun, bersama Abdul Ghafar Zaini serta Mohd Al Kamarudin atau lebih dikenali Mamat Exist.

Perbincangan memberi ruang kepada para pelajar untuk mendengar pandangan dan pengalaman daripada individu yang mempunyai latar belakang dalam bidang berkaitan pemulihan, kaunseling serta pencegahan penyalahgunaan dadah.

Penglibatan golongan muda dalam program seperti ini dilihat penting kerana pencegahan bukan hanya bergantung kepada penguatkuasaan, sebaliknya memerlukan pendidikan, kesedaran dan sokongan daripada keluarga serta masyarakat.

Kajian berkaitan program Kenali Anak Kita yang direkodkan dalam repositori LPPKN sebelum ini turut menunjukkan bahawa program tersebut mempunyai objektif meningkatkan kesedaran keluarga dalam mencegah tingkah laku berisiko, khususnya penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja.

Program tersebut turut dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia.

Mamat Exist tampil berkongsi pengalaman

Turut menarik perhatian ialah kehadiran penyanyi terkenal tanah air Mamat Exist yang berkongsi pengalaman peribadi beliau ketika berdepan dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Perkongsian secara terus daripada individu yang pernah melalui pengalaman tersebut memberikan dimensi berbeza kepada program berkenaan kerana para pelajar bukan sahaja menerima penerangan secara teori, tetapi turut berpeluang mendengar kisah kehidupan sebenar serta kesan yang boleh berlaku apabila seseorang terjebak dengan penyalahgunaan bahan terlarang.

Pengalaman beliau menjadi insan terkenal saat remaja ketika berusia 12 tahun, seperti itu juga boleh menjadi peringatan kepada golongan muda bahawa keputusan yang dibuat pada usia remaja mampu memberi kesan panjang terhadap masa depan, keluarga, pendidikan, kerjaya dan kehidupan seseorang.

Dalam masa sama, pendekatan perkongsian pengalaman membolehkan isu penagihan dilihat daripada sudut pemulihan dan peluang untuk berubah, bukan semata-mata sebagai isu hukuman.

Dalam ucapan beliau, Mohd Shahar yang mempunyai latar belakang membesar di kawasan FELDA Panching Selatan, Kuantan, Pahang turut menyentuh kebimbangan terhadap penglibatan golongan muda di kawasan FELDA dengan masalah dadah.

“Cabaran Dadah Dalam Kalangan Remaja Masa Kini”

Selain forum, program turut menampilkan sesi ceramah bertajuk “Cabaran Dadah Dalam Kalangan Remaja Masa Kini”.
Ceramah tersebut disampaikan oleh Tuan Aman Mustapha, Pengarah AADK Negeri Pahang, manakala sesi berkenaan dikendalikan oleh Wan Norizan W Othman selaku moderator forum.

Pemilihan tajuk tersebut amat berkait rapat dengan cabaran yang dihadapi golongan remaja hari ini, termasuk pengaruh rakan sebaya, persekitaran sosial dan perubahan bentuk penyalahgunaan bahan.

PENGASIH sendiri sebelum ini turut memberi perhatian kepada kemunculan bahan psikoaktif baharu dan risiko penyalahgunaan bahan melalui medium seperti cecair vape.

Dalam laporan pada 2022, Hafizi Harun ketika itu pernah memberi pandangan mengenai golongan muda yang mendapatkan rawatan selepas terlibat dengan bahan psikoaktif baharu.

Penaung PENGASIH Malaysia, Abd Halim Mohd Hussin, dalam perkongsian beliau menekankan kepentingan semua pihak, khususnya kerajaan dan agensi berkaitan, memainkan peranan dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah.

Keluarga sebagai benteng awal

Program Kenali Anak Kita turut membawa mesej bahawa ibu bapa perlu lebih peka terhadap perubahan yang berlaku kepada anak-anak.

Antara perkara yang boleh diberi perhatian ialah perubahan tingkah laku, perubahan kumpulan rakan, perubahan emosi, masalah disiplin, prestasi pelajaran yang merosot secara mendadak serta perubahan rutin harian.

Presiden PENGASIH Malaysia, Hafizi Harun, berharap program seperti Kenali Anak Kita dapat diteruskan dan diperluaskan ke seluruh negara.

Namun, mengenal pasti perubahan tersebut perlu disertai komunikasi yang baik dan tidak semata-mata pendekatan menghukum.
Hubungan yang mempunyai unsur kepercayaan antara ibu bapa dan anak boleh menjadi ruang penting untuk membolehkan anak mendapatkan bantuan lebih awal apabila berhadapan dengan masalah.

Pendekatan yang meletakkan keluarga sebagai sebahagian daripada proses pencegahan dan pemulihan juga selari dengan pengalaman program-program PENGASIH sebelum ini.

Dalam satu program bersama MAIS pada 2023, PENGASIH menekankan kepentingan ahli keluarga dan penjaga sebagai pendukung utama dalam proses pemulihan dan kepulihan.

Program turut menampilkan sesi ceramah bertajuk “Cabaran Dadah Dalam Kalangan Remaja Masa Kini”yang disampaikan oleh Tuan Aman Mustapha, Pengarah AADK Negeri Pahang.

PENGASIH mahu kerjasama kerajaan diperkukuh

Sementara itu, Penaung PENGASIH Malaysia, Dato’ Dr. Abd Halim Mohd Hussin, dalam perkongsian beliau menekankan kepentingan semua pihak, khususnya kerajaan dan agensi berkaitan, memainkan peranan dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah.

Beliau turut menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi organisasi masyarakat dalam mendapatkan kerjasama dan sokongan bagi melaksanakan usaha pencegahan serta pemulihan.

Menurut beliau, isu dadah memerlukan pendekatan secara bersama dan tidak boleh dipikul oleh satu pihak sahaja.

Sesi forum berkenaan dikendalikan oleh Wan Norizan W Othman selaku moderator forum.

Kerjasama antara kerajaan, agensi penguatkuasaan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan, keluarga dan masyarakat amat diperlukan supaya usaha pencegahan dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh.

PENGASIH Malaysia sendiri terus menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh rawatan, pemulihan dan sokongan komuniti.

Pada Mac 2026, delegasi PENGASIH yang diketuai Dato’ Dr. Abd Halim bersama Presiden PENGASIH, Hafizi Harun, turut mengadakan kunjung hormat kepada Menteri Kesihatan bagi membincangkan isu rawatan, pemulihan dan reintegrasi individu yang berdepan masalah penagihan.

Penyampaian cenderahati.

Hafizi Harun mahu program diperluas

Presiden PENGASIH Malaysia, Hafizi Harun, pula berharap program seperti Kenali Anak Kita dapat diteruskan dan diperluaskan ke seluruh negara.

Menurut beliau, usaha meningkatkan kesedaran perlu melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, guru, pelajar dan komuniti setempat.

PENGASIH juga mempunyai pengalaman panjang dalam kerja-kerja pemulihan dan sokongan komuniti. Rekod aktiviti pertubuhan itu menunjukkan Hafizi Harun pernah terlibat dalam program pemulihan yang memberi penekanan kepada sokongan keluarga serta komuniti dalam membantu individu yang sedang melalui proses pemulihan.

Turut menarik perhatian ialah kehadiran penyanyi terkenal tanah air Mamat Exist yang berkongsi pengalaman peribadi beliau ketika berdepan dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Mohd Shahar turut hadir merasmikan program

Program tersebut turut dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia.

Dalam ucapan beliau, Mohd Shahar yang mempunyai latar belakang membesar di kawasan FELDA Panching Selatan, Kuantan, Pahang turut menyentuh kebimbangan terhadap penglibatan golongan muda di kawasan FELDA dengan masalah dadah.

Tambah beliau, perkara itu menjadi antara aspek penting kerana isu penyalahgunaan dadah bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah turut memberi kesan kepada keluarga, komuniti dan pembangunan sosial sesuatu kawasan.

Mohd Shahar meluangkan masa melihat sudut pameran.

“Pendidikan dan pencegahan perlu bergerak seiring Program Kenali Anak Kita memperlihatkan bahawa usaha menangani masalah dadah dalam kalangan remaja memerlukan pendekatan yang lebih luas.

“Pencegahan boleh bermula daripada rumah melalui hubungan yang sihat antara ibu bapa dan anak, diteruskan di sekolah dan institusi pendidikan melalui pendidikan serta bimbingan, manakala komuniti pula boleh menyediakan sokongan kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Dalam konteks pemulihan, masyarakat juga mempunyai peranan untuk memastikan individu yang sedang atau pernah melalui masalah penagihan tidak terpinggir daripada kehidupan sosial,” kata Mohd Shahar dengan tegas.

Antara aktiviti diadakan.

PENGASIH dalam pelbagai programnya turut membawa pendekatan sokongan komuniti dan reintegrasi, termasuk usaha membantu individu kembali menjalani kehidupan dalam masyarakat selepas melalui proses pemulihan.

Satu mesej kepada generasi muda Program yang berlangsung selama lima jam itu akhirnya membawa satu mesej utama – remaja perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kekuatan diri dan sokongan supaya mampu menolak pengaruh yang boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah.

Kehadiran pelajar, tokoh pemulihan, kaunselor, agensi kerajaan dan personaliti seni seperti Mamat Exist menjadikan program tersebut bukan sekadar seminar biasa, tetapi sebuah ruang perkongsian pengalaman dan kesedaran.

Bergambar kenangan

Usaha seperti ini juga memberi peluang kepada golongan muda untuk memahami bahawa masalah dadah bukan sesuatu yang berlaku secara terasing. Ia boleh memberi kesan kepada pendidikan, hubungan keluarga, kesihatan sosial dan masa depan seseorang.

Justeru, mesej “Remaja Berdaya Tahan, Generasi Bebas Penagihan” yang dibawa menerusi forum tersebut wajar dilihat sebagai usaha membina generasi yang lebih berpengetahuan, berani mendapatkan bantuan dan mampu membuat pilihan yang selamat dalam kehidupan.

Program Kenali Anak Kita merupakan satu inisiatif PENGASIH Malaysia bersama UNIQSAAS dalam usaha mendekati golongan muda dan masyarakat melalui pendidikan pencegahan, perkongsian pengalaman serta penglibatan pelbagai pihak.

Kenangan Majlis Pelancaran Kempen “Kenali Anak Kita”
Telah dilancarkan pada 1 November 2009 di Angkasapuri RTM secara langsung yang dianjurkan oleh
Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) dan PETRONAS (turut disokong oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara – LPPKN) yang dirasmikan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali turut hadir.

Asal solo, kini Kaka Azraff berpasangan untuk “Lepaskan”

Oleh: Khadijah Ibrahim

MANUSIA hanya merancang dan Allah yang menentukan. Begitulah ketentuan lagu “Lepaskan” yang asalnya dirancang untuk dirakam secara solo, tapi akhirnya menjadi lagu duet.

“Lepaskan” sebuah karya pop sarat emosi yang mengangkat tema keberanian untuk melepaskan beban, luka dan perkara yang terlalu lama dipendam ditulis oleh Yonnyboii dan Kaka Azraff.

Lagu itu dihasil ketika Yonnyboii dan Kaka sibuk menghasilkan album MPT milik Kaka yang dilancarkan pada Februari 2026.

Namun, proses penghasilan lagu tersebut terhenti selepas mereka merasakan ia agak mencabar untuk dibawakan Kaka secara solo, terutama dari segi stamina dan tuntutan vokal ketika persembahan langsung.

Lagu ” Lepaskan” menggambarkan emosi Kaka Azraff ketika proses penulisan.

“Lagu “Lepaskan” sebenarnya terjadi secara spontan. Masa tu Kaka di studio Yonny dan kami memang tak datang dengan satu konsep yang terlalu rigid.

“Bila mula berbual dan masuk dalam proses menulis, melodi dan lirik tu macam keluar sendiri,” kongsi Kaka.

Tambah Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqah Noor Azraff, 37, perkataan “lepaskan” turut menggambarkan emosi yang dirasainya ketika proses penulisan, khususnya tentang usaha melepaskan sakit, beban, dendam dan perkara yang terlalu lama tersimpan dalam hati.

“Bila lagu ni jadi duet, energy untuk karya ini terus berubah. Kehadiran Yonny bagi satu lagi perspektif kepada lagu ni, bukan sekadar dari segi vokal tapi dari segi emosi.

“Ada bahagian yang bila Kaka nyanyikan seorang diri, terasa sangat berat. Tapi bila Yonny masuk, macam ada ruang untuk Kaka ‘bernafas’ dan membalas emosi yang dia bawa,” kata Kaka.

Yonnyboii harap “Lepaskan” dapat menjadi teman kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar.

Walaupun pada awalnya lagu tersebut dirancang untuk MPT, namun tidak sempat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

Bagi Kaka, “Lepaskan” memperlihatkan sisi dirinya yang lebih vulnerable dan raw. Berbeza
daripada imej persembahan bertenaga yang sering dikaitkan dengannya, lagu ini memberi ruang untuk mengakui bahawa setiap manusia pernah penat, terluka dan berasa kalah.

“Ini bukan lagu tentang Kaka nak nampak kuat. Sebaliknya, ia tentang mengakui yang kita pernah penat, pernah terluka, pernah rasa kalah. Tapi dalam keadaan tu pun kita masih cuba untuk berdiri,” akuinya.

Bagaimanapun, Yonnyboii melihat potensi besar pada karya berkenaan dan enggan membiarkannya begitu sahaja.

Selepas mempertimbangkan beberapa pilihan termasuk mencari penyanyi lain, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menjadikan “Lepaskan” sebagai sebuah single yang menampilkan mereka berdua.

“Saya rasa lagu ni ada banyak potensi dan saya tak nak ia sekadar jadi satu lagi lagu dalam album. Saya rasa lagu ni layak untuk dikeluarkan sebagai single, jadi saya ambil lagu ni dan buat ia berlaku,” jelas Yonnyboii.

Keputusan tersebut membawa kepada versi duet yang memberikan dimensi baharu kepada “Lepaskan”. Kehadiran Yonnyboii bukan sekadar melengkapkan bahagian vokal, malah membantu mengembangkan perjalanan emosi lagu tersebut.

Dari segi muzik, “Lepaskan” menampilkan pendekatan pop segar dengan sentuhan inspirasi K-pop, namun masih mengekalkan identiti Melayu.

Yonnyboii, yang turut bertindak sebagai penulis dan komposer bersama Kaka Azraff, memberi fokus kepada melodi serta korus yang catchy, di samping mesej yang dekat dengan kehidupan pendengar. Lagu tersebut diterbitkan oleh Lonlioni.

“Saya rasa bunyi lagu ni agak berbeza daripada lagu-lagu pop yang pernah saya buat sebelum ini, sebab itu saya bangga dengan arah yang kami ambil,” ujar Yonnyboii.

Beliau turut mengaitkan mesej lagu tersebut dengan perjalanan dirinya sendiri, terutama usaha meninggalkan kesilapan lalu, bergerak ke hadapan dan memilih untuk melihat kehidupan dengan perspektif yang lebih positif.

“Untuk saya, ‘Lepaskan’ lebih kepada cuba mengatasi masa lalu dan kesilapan yang pernah saya buat. Ia tentang bergerak ke hadapan, kekal berada dalam masa sekarang dan sentiasa melihat ke arah masa depan,” jelas Yonnyboii.

Kedua-dua penyanyi berharap “Lepaskan” dapat menjadi teman kepada pendengar yang
sedang melalui fasa sukar atau masih membawa luka yang belum diluahkan.

Seiring pelancaran “Lepaskan”, Yonnyboii turut mendedahkan bahawa lagu itu menjadi
sebahagian daripada perjalanan menuju album terbaharunya. Dua lagi single telah disiapkan dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, album tersebut bukan sekadar himpunan lagu, sebaliknya sebuah pengalaman yang ingin membawa pendengar menyelami satu perjalanan yang lebih menyeluruh.

“Saya nak orang bukan sekadar dengar lagu-lagu ni sebagai single. Saya nak mereka tutup mata dan betul-betul experience album tu.

“Saya nak bawa mereka dalam satu adventure, bayangkan saya bawa anda pergi ke angkasa, ke universe, dan kita berseronok di sana. Itu pengalaman yang saya nak album ni berikan,” katanya lagi.

“Lepaskan” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

Ultra Kalcer Malaysia 2026 tampilkan 19 artis serumpun

Oleh: Khadijah Ibrahim

PADA 7 dan 8 November ini bakal berlangsung festival muzik Ultra Kalcer Malaysia 2026 di The Volume, Kuala Lumpur.

Festival dua hari itu akan menggabungkan 19 penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia.

Barisan artis Indonesia yang ditampilkan pada festival anjuran Neptunes Presents termasuklah diva tersohor Kris Dayanti, Naykilla, Barasuara, Biru Baru, Pamungkas, Sal Priadi, Danilla, Good Morning Everyone, Lomba Sihir, Rumah Sakit, Hindia, Romantic Echoes & The Moonlight Knights.

Seramai 19 artis dari Malaysia dan Indonesia akan menjayakan festival muzik Ultra Kalcer Malaysia 2026.

Manakala, artis tempatan yang juga tuan rumah yang turut memeriahkan festival ini ialah Okirama, Dukes, The Alif, Belia Benci Club, Citykops dan Rangkaian Fugo.

Neptunes Presents, selaku penganjur menerusi jurucakapnya, Nabila Huda Suhaimi berkata, pihaknya bangga dapat bersama meraikan acara festival muzik yang menampilkan barisan penyanyi terbaik dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia itu.

“Pasukan kreatif produksi juga bertungkus lumus mendapatkan barisan penyanyi yang terdiri daripada nama hebat dalam industri muzik Indonesia dan Malaysia untuk menjayakan festival ini.

Romantic Echoes & The Moonlight Knights dari Indonesia.

“Selain itu, lagu nyanyian artis ini juga menduduki carta muzik teratas dan mendapat tempat di hati peminat kedua negara.

“Setiap penyanyi juga sedang giat membuat persiapan untuk memastikan persembahan paling hebat untuk menghiburkan pengunjung pada festival nanti.

“Bagaimanapun, senarai lagu disampaikan barisan penyanyi masih dirahsiakan sehingga hari persembahan,” kata anak kepada rockers terkenal, Datuk Amy Search itu.

Kumpulan Belia Benci Club dar Malaysia bakal menghibur penonton yang hadir ke Ultra Kalcer Malaysia 2026 nanti.

Mengulas soal pemilihan lokasi pula, Nabila berkata, KL Festival Park, Kuala Lumpur dipilih kerana ia sesuai dengan acara tersebut.

“Hasil perbincangan, pihak kami memilih KL Festival Park kerana ia lokasi yang strategik untuk penganjuran festival besar ini.

“Pada masa sama, lokasi ini juga dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung kerana mampu memuatkan kapasiti lebih 20,000 penonton dalam satu masa,” jelasnya.

Peminat Pamungkas jangan ketinggalan untuk menonton persembahannya nanti.

Justeru itu, jualan tiket dengan harga mampu milik untuk semua bagi menyaksikan festival ini sudah mula dijual sejak 4 September lalu dan boleh didapati menerusi laman web www.bbo.events.com

Sebelum ini, Neptunes Presents pernah bekerjasama dengan rakan kongsi lain menganjurkan Festival Muzik Nyalafest yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 November 2024.

Naykilla juga ada di Ultra Kalcer Malaysia 2026.

Seramai lapan artis terkenal dari dua negara terbabit dalam festival itu terdiri dari artis terkenal Indonesia, Feby Putri, Pamungkas, Bernadya, Diskoria, Romantic Echoes, Bilal Indrajaya, manakala, artis tuan rumah pula dibarisi Noh Salleh X Restoe Iboe dan Fugo.

Iman Troye tetap sama, walau jana pendapatan tinggi

Oleh: Khadijah Ibrahim

PADA 25 Disember ini usianya baru mencecah 24 tahun, namun Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali dengan nama Iman Troye sudah mampu menjana pendapatan sehingga RM2.5 juta pada tahun lalu.

Sedangkan Iman baru saja lapan tahun membabitkan diri dalam bidang seni, kita yang bekerja lebih daripada itupun belum berjaya mencapai pendapatan sedemikian.

Namun begitu, kita semua patut bersyukur kerana Allah sentiasa melimpahkan rezeki tanpa putus walaupun tidak semewah orang lain.

Justeru itu, perlu bijak mengurus harta benda kerana hidup ini ibarat roda, ada masa di atas dan di waktu lain di bawah.

Iman Troye (kanan) berduet dengan Asslahierah dalam lagu “Jung Jung Inai”.

Iman yang merupakan artis pertama yang ditandatangani oleh XO House dan menjadi antara wajah utama label tersebut, menganggap apa yang diperolehinya itu hasil daripada kerja kerasnya.

Dengan pengalaman selama enam tahun bersama XO House dalam industri muzik dan hiburan tempatan, beliau telah membina nama menerusi muzik, personaliti serta kerjasama bersama pelbagai jenama multinasional.

Pencapaian RM2.5 juta pada tahun 2025 mencerminkan daya tarikan komersial dan pengaruhnya sebagai seorang artis dan penghibur.

Pada tahun lalu Iman tampil dengan single “Janji Happy Raya”, “Rahsia Si Kemboja” dan “Kita”. Malah beliau juga dilantik sebagai duta untuk sebuah jenama siri telefon pintar pada penghujung 2025.

Malah beliau juga pernah menjadi duta bagi Pusat Peningkatan Akademik (PTTI) yang sering turun padang menerusi siri jelajah serta menyuntik semangat pelajar untuk meningkatkan gred peperiksaan.

Iman Troye berjaya menjana pendapatan tinggi kerana usaha kerasnya.

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas XO House, Adib Hamid mengakui penyanyi itu mempunyai tempat yang sangat istimewa dalam XO House.

“Iman merupakan artis pertama yang kami tandatangani ketika kami memulakan perjalanan ini. Saya kenali dia sejak usia 17 dan sekarang dah 24 tahun.

“Selama tujuh tahun ini memang baik untuk Iman. RM2.5 juta bukan mudah untuk dapat dan kami bangga dengan kejayaan Iman pada 2025. Tahun ini lebih daripada tahun lepas.

“Melihat sejauh mana dia telah berkembang daripada permulaan kerjayanya bersama kami sehingga mencapai RM2.5 juta hasil pendapatan pada tahun 2025, merupakan sesuatu yang sangat membanggakan bagi saya.

“Kami telah melihat perkembangan Iman bukan sahaja sebagai seorang artis, tetapi juga sebagai penghibur dan bakat komersial yang kuat.

“Pengiktirafan sebagai Diamond Artist ini mencerminkan segala usaha, konsistensi dan dedikasi yang telah diberikan olehnya.

“Sebagai artis pertama kami, pencapaian ini juga membawa makna yang besar kepada XO House, dan saya sangat bangga kerana kami dapat berkembang bersama sepanjang perjalanan ini.

”Dengan kerjayanya yang terus berkembang dan ruang kreatif yang semakin luas, Iman kekal sebagai antara nama yang mendapat perhatian dalam industri hiburan Malaysia,” ulas Adib mengenai artis yang membawa tuah kepada XO House itu.

Iman Troye merupakan artis pertama yang bernaung di bawah label XO House.

Justeru itu XO House telah mengatur pelbagai program untuk memastikan Iman terus melangkah maju dalam bidang seni.

“Kita mahu Iman kekalkan momentum dia setiap raya ada lagu. Selepas itu kita ada lagi ruang untuk rock balada juga.

“Tahun depan kita rancang satu mini album pada first quarter dan pada third quarter pula mini album kedua. Total minima ada 10 lagu untuk Iman.

“RM2.5 juta yang dijana oleh Iman pada tahun lalu datang daripada royalti iaitu RM500,000 dan RM 2 juta datang daripada endorsement dan show. Kami bangga untuk memiliki Iman di bawah label kami dan membuktikan anak muda ini boleh berjaya,” kata Adib terus terang.

Sementara itu, Iman yang baru tampil dengan single “Jung Jung Inai” duet bersama Asslahierah berkata, awalnya lagu tersebut mahu dikeluarkan lewat lagi.

“Lagu ini siap awal bulan tahun ini. Kita dapat demo lagu ini daripada produser XO sendiri. Kita orang dah rekod lagu ini awal dah, cuma dalam perancangan sedang menyusun bila nak release.

“Kalau ikutkan kita orang nak perap dulu lagu ini untuk tahun depan supaya boleh prepare lagi. Sebab Iman sendiri ada perancangan untuk release album pop etnik.

“Sebenarnya lagu “Jung Jung Inai” salah satu lagu dalam album pop etnik tersebut. Tiba-tiba kita rasa kenapa tidak release lagu “Jung Jung Inai” ini sebab Iman rasa sekarang waktu yang sesuai.

“Bila kita orang dengar balik lagu ni, Iman terus terfikir nama Asslah dan hantar lagu ini kepada dia, dan Asslah kata sedap. Lepas tu Iman tanya dia nak berduet tak? Sebab ada orang tanya Iman lepas ni tak nak berduet lagi dengan Asslah ke? Sebab sebelum ni kita buat lagu raya bersama dan dapat sambutan.

Selain menyanyi, Iman Troye juga banyak mendapat tawaran menjadi duta pelbagai produk.

“Iman pun rasa lagu “Jung Jung Inai” ini lagu terbaik untuk kami berkolaborasi sekali lagi selepas lagu raya. Di sinilah kami bersatu,” jelas Iman tentang single baharunya yang telah meraih lebih 1,500,000 streams, sebelum video muziknya dilancarkan.

“Jung Jung Inai” oleh Iman Troye dan Asslahierah ditulis dan dicipta oleh Amirul Azhar, Amir Firdaus dan Iman Alyssa itu merupakan sebuah karya moden yang mengetengahkan elemen muzik tradisional Melayu, menggabungkan nilai budaya dengan bunyi yang lebih kontemporari.

Berteraskan melodi tradisional serta sarat dengan kata-kata yang penuh pengajaran, lagu ini mengingatkan pendengar untuk sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan, menjaga adab dan budi bahasa, serta mengambil iktibar daripada pengalaman hidup.

Dengan rentak yang ceria dan elemen tradisional yang tersendiri, “Jung Jung Inai” meraikan warisan Melayu dalam bentuk yang lebih segar,sambil membawa mesej yang masih relevan untuk pendengar masa kini.

Untuk video muzik lagu ini, jelas Iman, beliau berpenampilan sebagai Puteri Gunung Banang dan Asslah memegang watak sebagai Puteri Gunung Ledang.

“Untuk video muzik ni agak lain sikitlah. Kami tidaklah menggunakan cerita asal tapi kami buat kelainan. Contoh, Puteri Gunung Banang ada kuasa istimewa.

“Dalam cerita ini Iman sendiri adalah seorang Puteri Gunung Banang dan kami adalah dari dunia yang berbeza. Jadi saya sendiri dalam kes ini ada tiga orang mak, dua mak tiri dan mak saya meninggal.

“Jadi dalam cerita tersebut kita nampak macam berebut harta dan seangkatan dengannya. Saya tak boleh hidup dalam keluarga macam ni walaupun bergelar seorang Puteri. Saya tak suka situasi itu dan saya larikan diri dan pergi ke dunia nyata.

“Asslah pula seorang Puteri Gunung Ledang yang melarikan diri dari keluarga dan pergi ke dunia nyata dan terjumpa lelaki yang sama. Tapi kami tahu dia adalah suami orang yang wife dia pun sedang hamil. Kita sebenarnya nak balas dendam untuk isterinya,” cerita Iman tentang jalan cerita yang ditonjolkan dalam video muzik “Jung Jung Inai”.

OLYMPIA EDUCATION MALAYSIA DAN THINK PLUS CONSULTING JALIN KERJASAMA STRATEGIK UNTUK MEMPERKASA ESG, KELESTARIAN DAN EKONOMI MAMPAN

Oleh: Nafsiah Jani

KUALA LUMPUR – Olympia Education Malaysia dan Think Plus Consulting Sdn. Bhd. hari ini memeterai kerjasama strategik menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), dalam memperkukuh pendidikan berteraskan kelestarian, pembangunan keupayaan profesional, penglibatan industri serta kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

MoU tersebut ditandatangani Pengarah Akademik dan Pengarah Ekonomi Islam Mampan, Olympia Education Malaysia, Prof. Dr. Dzuljastri Abdul Razak, manakala Think Plus Consulting Sdn. Bhd. diwakili, Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan, Pengasas Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif. Pemeteraian tersebut disaksikan oleh Dr. Hassan Marzhuki, Pendaftar Olympia Education Malaysia, dan Nadira Alia Akmal Azman, Perunding Kelestarian, Think Plus Consulting Sdn. Bhd.

Kerjasama strategik ini menggabungkan keupayaan pendidikan dan institusi Olympia Education Malaysia dengan kepakaran industri serta jaringan serantau dan antarabangsa Think Plus Consulting. Ia bertujuan memperkukuh kerjasama pendidikan, memperluas penglibatan di peringkat serantau dan antarabangsa, serta membuka lebih banyak peluang dalam sektor ekonomi halal dan kelestarian di seluruh Asia dan peringkat global.

Menerusi kerjasama ini, kedua-dua organisasi akan meneroka pelbagai inisiatif merangkumi latihan, pelaporan ESG, khidmat perundingan, penyelidikan, pensijilan profesional dan pembangunan kapasiti. Tujuh bidang utama telah dikenal pasti untuk kerjasama, iaitu Ekonomi Mampan dan Kewangan Hijau; Latihan Penulisan Laporan Kelestarian; Ekonomi Halal; Persekitaran Binaan Mampan; Pengurusan Fasiliti dan Aset Mampan; Pertukaran Karbon, Sifar Bersih dan Tindakan Iklim; serta Belia, Akademia dan Bakat Masa Hadapan.

Prof. Dr. Dzuljastri Abdul Razak berkata, kerjasama itu mencerminkan komitmen Olympia dalam memastikan bidang pendidikan kekal relevan dan responsif terhadap keperluan industri serta ekonomi mampan yang sentiasa berkembang.

“Kelestarian perlu melangkaui perbincangan dan kesedaran semata-mata. Institusi pendidikan mempunyai peranan penting dalam menterjemahkan ESG, kelestarian dan ekonomi hijau kepada pengetahuan praktikal, kompetensi profesional serta peluang yang mampu memberi manfaat kepada industri, komuniti dan generasi akan datang.

“Menerusi kerjasama ini, kami berhasrat memperkukuh hubungan antara pendidikan, industri dan kelestarian, di samping mewujudkan peluang untuk perkongsian ilmu, pembangunan keupayaan serta pelaksanaan inisiatif yang mampu menghasilkan impak yang bermakna dan boleh diukur.”

Beliau menambah bahawa pengetahuan serta kompetensi berkaitan kelestarian semakin penting ketika organisasi memperkukuh amalan ESG, meningkatkan pelaporan kelestarian, menangani cabaran berkaitan iklim serta beralih kepada model perniagaan yang lebih mampan.

“Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pelajar, golongan profesional, institusi, industri dan komuniti menerusi latihan, penyelidikan, pensijilan profesional, pembangunan keupayaan ESG, pembangunan kapasiti serta pelbagai inisiatif berasaskan industri.”

Gambar kenangan…Pihak pengurusan dan warga kerja kedua-dua belah pihak selepas majlis MoU.

Sementara itu, menurut Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan, kerjasama tersebut membuka peluang untuk menggabungkan pengetahuan institusi, kepakaran industri serta jaringan yang lebih luas bagi menyokong pembangunan ekosistem kelestarian yang lebih kukuh.

“Peralihan ke arah kelestarian memerlukan kerjasama merentasi sektor dan sempadan. ESG, kewangan mampan, tindakan iklim, pembangunan bakat serta pertumbuhan ekonomi yang bertanggungjawab tidak boleh ditangani secara berasingan.

“Kerjasama kami dengan Olympia Education Malaysia menyediakan platform penting untuk menghubungkan pendidikan dengan kepakaran industri, pembangunan profesional dan jaringan yang lebih luas, di samping menterjemahkan aspirasi kelestarian kepada program yang praktikal, keupayaan yang lebih kukuh serta kerjasama jangka panjang.”

Kerjasama ini turut selari dengan GSED dan Ekosistem Ekonomi Mampan (Sustainable Economy Ecosystem) yang memberi penekanan kepada pengukuhan hubungan antara pendidikan, industri, kelestarian, kewangan, pembangunan profesional dan bakat masa hadapan.

Menerusi pendekatan berasaskan ekosistem ini, Olympia Education Malaysia dan Think Plus Consulting berhasrat untuk melangkaui inisiatif kelestarian yang dilaksanakan secara berasingan dengan menyediakan platform yang lebih menyeluruh bagi memudah cara perkongsian ilmu, pembangunan keupayaan profesional, penglibatan industri, kerjasama strategik serta peluang ekonomi mampan.

Kerjasama ini turut mencerminkan pemahaman bersama bahawa kelestarian semakin berkait rapat dengan daya saing perniagaan, pelaburan, pembiayaan, pembangunan bakat, inovasi serta daya tahan institusi.

Daripada melihat ESG semata-mata sebagai keperluan pematuhan, kerjasama ini bertujuan membantu organisasi dan golongan profesional memahami bagaimana prinsip kelestarian boleh diterapkan dalam strategi, pelaporan, operasi serta penciptaan nilai jangka panjang.

Menurut Prof. Dr. Dzuljastri lagi, Olympia Education Malaysia kini sedang membuat persiapan untuk menganjurkan SUSTAIN 2026, Malaysia Sustainability & ESG Conference, pada 10 November 2026 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Kajang, Selangor.

“SUSTAIN 2026 bakal menjadi platform strategik yang menghimpunkan pemimpin dan wakil daripada kerajaan, industri, sektor kewangan, akademia serta ekosistem kelestarian, dengan matlamat memperkukuh dialog dan tindakan berkaitan ESG, pembiayaan mampan, pelaporan kelestarian serta transformasi ekonomi. ”

Persidangan tersebut menyasarkan penyertaan antara 300 hingga 500 peserta, termasuk pemimpin industri dan pemegang taruh utama, dengan penglibatan lebih 20 penceramah tempatan dan antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai SUSTAIN 2026, termasuk program, barisan penceramah, rakan strategik serta butiran penyertaan, akan diumumkan secara berperingkat.

Kerjasama strategik antara Olympia Education Malaysia dan Think Plus Consulting, bersama-sama Ekosistem Ekonomi Mampan GSED serta platform seperti SUSTAIN 2026, mencerminkan aspirasi yang lebih luas untuk menghubungkan pengetahuan dengan pelaksanaan, pendidikan dengan industri, serta komitmen kelestarian dengan hasil yang boleh diukur

Penganjuran SUSTAIN 2026 turut melengkapi agenda kelestarian Olympia Education Malaysia yang lebih luas dengan menyediakan platform untuk perkongsian ilmu, penglibatan industri, pembangunan kapasiti serta perbincangan bermakna berkaitan peralihan ke arah ekonomi yang lebih mampan.

Olympia Education Malaysia turut menekankan kepentingan kerjasama strategik dalam mewujudkan peluang pendidikan yang bermakna serta memperkukuh hubungan institusi dan industri di peringkat serantau dan antarabangsa.

Cheng Lei terharu dengan sokongan peminat Malaysia

Oleh: Khadijah Ibrahim

RAMAI peminat sanggup datang awal ke Sunway Velocity Mall, pada 13 September lalu, semata-mata nak melihat aktor dari China, Cheng Lei.

Cheng Lei atau nama sebenarnya Yang Huixiang, 33, aktor kelahiran dari Dongguan, Guandong, China itu cukup dikenali peminat tempatan kerana lakonannya dalam drama “Follow Your Heart”, “Shadow Love”, “Legend of the Female General”, “Footprints of Change” dan “How Dare You!?” yang ditayang di platform penstriman IQIYI.

Selaku Duta Global Antarabangsa iQIYI, Cheng Lei yang juga dikenali dengan nama Ryan Cheng dan pertama kali menjejak kaki ke Malaysia kerana tugasan berharap kunjungannya ke negara ini tidak berakhir di situ sahaja.

Walaupun kehadirannya tidak lama, namun beliau tetap mengambil kesempatan untuk pergi ke beberapa lokasi menarik di sekitar ibu kota untuk merakam foto sebagai kenangan.

Peminat sanggup menunggu lama kerana mahu melihat aktor popular itu dari dekat selepas menonton lakonan Cheng Lei di platform iQIYI.

Sewaktu pengacara, memperkenalkan beliau di pentas, Cheng Lei yang kelihatan santai itu tersenyum melihat kehadiran peminat yang menunggunya di kawasan concourse (ruang legar) hingga ke aras tiga pusat membeli-belah tersebut.

“Apa khabar, saya cinta kamu,” salam perkenalan yang diucapkan Chen Lei dalam bahasa Melayu kepada peminatnya atau Cheng Tuo.

Bukan setakat itu saja, beliau juga tidak kisah untuk melafazkan beberapa ungkapan lain dalam bahasa Melayu yang diajar oleh pengacara.

Beliau tidak takut untuk belajar atau mencuba sesuatu yang baharu dan kesungguhannya itu secara tidak langsung menceriakan suasana serta mencuri hati para peminat.

Cheng Lei bergambar bersama tetamu kehormat dan peminat yang hadir pada majlis anjuran iQIYI, baru-baru ini.

“Ini merupakan kali pertama saya menyertai iQIYI STARSHIP di Malaysia dan saya sangat gembira dapat bertemu dengan semua peminat di sini.

“Sambutan yang diberikan sangat luar biasa dan melihat sendiri keterujaan semua orang menjadikan kunjungan kali ini lebih bermakna dan sukar dilupakan.

“Saya amat menghargai segala sokongan yang diberikan dan berharap dapat kembali ke Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

Sepanjang tempoh lebih kurang satu jam lebih melayan peminat, Cheng Lei dilihat menjadi dirinya sendiri dan setiap soalan yang dijawab ikhlas tanpa menonjolkan yang beliau adalah aktor popular.

Bersama pihak media yang hadir untuk membuat liputan dengan Cheng Lei.

Mungkin kerana sikap merendah diri itu membuatkan peminat menyenangi Cheng Lei walaupun baru pertama kali bertentang mata.

Memandangkan beliau mempunyai ramai peminat di Malaysia, Cheng Lei tidak keberatan untuk berlakon dengan produksi tempatan jika kena dengan caranya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kanan iQIYI Asia Tenggara, Dinesh Ratnam berkata, membawa iQIYI STARSHIP ke Malaysia buat kali kedua pada tahun ini mencerminkan kekuatan pasaran Malaysia serta peningkatan minat dan penglibatan peminat tempatan terhadap hiburan dari China.

“Selepas kemunculan artis seperti Luo Zheng, Chen Zheyuan dan Esther Yu sebelum ini, kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran Cheng Lei dan mendekatkannya dengan peminat Malaysia.

Cheng Lei banyak berlakon dalam drama epik.

“Menerusi promosi drama, acara bersama peminat dan pengalaman eksklusif, iQIYI STARSHIP membolehkan kami membawa pengalaman hiburan melangkaui skrin, di samping mengeratkan hubungan antara artis China dan penonton tempatan,” katanya.

Tambah Dinesh, populariti Cheng Lei terus berkembang dalam kalangan penonton antarabangsa, didorong oleh portfolio drama-drama China yang mendapat sambutan luas.

Drama lakonannya, “How Dare You!?” kini menjadi antara drama China paling popular di iQIYI International, dengan wataknya sebagai Xiahou Dan, seorang “maharaja yang berpindah dunia” dengan sisi perwatakan yang penuh kontras, berjaya menarik perhatian dan mendapat tempat di hati penonton. Para peminat juga tidak sabar menantikan kemunculan drama terbaharunya, “Leading Stars”.