Home Blog Page 7

KamiSempoi Golden Award 2025 raikan kecemerlangan Live Host KSIA

Oleh: Khadijah Ibrahim

TAHUN ini merupakan penganjuran KamiSempoi Golden Award 2025, anjuran KamiSempoi International Agency (KSIA), yang keempat.

Malam anugerah tersebut diadakan bagi mengiktiraf, menghargai dan meraikan pencapaian para pencipta kandungan digital serta hos TikTok Live yang berada di bawah naungan KSIA dari seluruh negara dan juga rantau Asia Tenggara.

Bagi edisi tahun ini, sebanyak 20 kategori dipertandingkan bagi mengiktiraf pelbagai pencapaian dalam ekosistem KamiSempoi sepanjang tahun lalu.

Adelyn Heng mengekalkan kedudukannya bagi kategori Top Creator of the Year dan My Creator of the Year 2025.

Kategori-kategori tersebut merangkumi pengiktirafan khusus kepada Live Host, selain kategori yang turut meraikan pencapaian Sub Agency, Gifter dan Main Sponsor yang memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan komuniti serta ekosistem KSIA.

Turut menjadi antara pengiktirafan utama ialah kategori mengikut pasaran iaitu Top Host Malaysia, Top Host Singapore dan Top Host Indonesia.

Bagaimanapun, bagi edisi KamiSempoi Golden Award 2025, kategori Top Host Indonesia tidak tersenarai dalam senarai pengiktirafan.

Pencapaian utama para pemenang turut mengambil kira prestasi pendapatan dan jumlah diamond yang direkodkan sepanjang Januari hingga Disember 2025, sekali gus memberikan pengiktirafan kepada usaha dan konsistensi mereka sepanjang tahun.

Riezman Khuzaimi merupakan duta KamiSempoi.

Jumlah keseluruhan nilai penganjuran dan hadiah yang ditawarkan pada edisi kali ini dianggarkan mencecah RM600,000, menjadikan KamiSempoi Golden Award antara acara penting dalam kalendar komuniti KSIA.

Majlis tersebut turut mendapat sokongan daripada M Route 19 sebagai penaja utama dan MK Media Studios sebagai penaja bersama.

Meskipun banyak nama yang tercalon untuk merebut gelaran dalam pelbagai kategori, namun nama Adelyn Heng tetap menarik perhatian ramai kerana bekas pegawai bank yang berasal dari Muar, Johor itu berjaya mengekalkan kedudukannya bagi kategori Top Creator of the Year dan My Creator of the Year 2025.

Pencapaian tersebut menyaksikan Adelyn meneruskan rekod kejayaannya untuk empat tahun berturut-turut, sekali gus membuktikan konsistensi, komitmen dan usaha berterusan beliau dalam bidang Live Host TikTok.

Bagi Adelyn, kemenangan tersebut bukan sekadar satu pencapaian peribadi, malah turut menjadi pembakar semangat untuk beliau terus memperbaiki diri dan meningkatkan kualiti sebagai seorang Live Host TikTok.

Pakcik Chin Swee tak sangka akan menerima motor Harley-Davidson Road Glide CVO (kiri) daripada M Route 19 selaku penaja utama.

“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana sekali lagi diberi kepercayaan untuk menerima pengiktirafan ini. Kemenangan empat tahun berturut-turut ini sangat bermakna buat saya dan pastinya menjadi pembakar semangat untuk saya terus belajar, berkembang dan menjadi Live Host TikTok yang lebih baik.

“Pada masa yang sama, saya juga ingin melihat rakan-rakan Live Host TikTok yang lain turut berjaya. Saya percaya kita boleh bersaing secara sihat tetapi dalam masa yang sama saling menyokong, berkongsi ilmu dan membantu antara satu sama lain untuk berkembang.

“Bagi saya, kejayaan bukan hanya apabila kita berjaya seorang diri, tetapi apabila kita dapat melihat lebih ramai orang di sekeliling kita turut naik dan mencapai kejayaan,” katanya.

Selain Adelyn, nama lain yang sering naik turun pentas menerima anugerah di acara KamiSempoi Golden Award 2025 ialah IsseyMiyakeSg, Live Host TikTok dari Singapura.

Masing-masing bertarung untuk merebut gelaran dengan melakukan live dalam masa yang singkat, Adelyn Heng (dua dari kanan) berjaya mengumpul jumlah penonton Tertinggi.

Kehadiran IsseyMiyakeSg turut mencerminkan perkembangan positif komuniti Live Host KSIA di pasaran Singapura, selain memperlihatkan kepelbagaian bakat dan potensi yang terus berkembang dalam ekosistem KamiSempoi International Agency.

Kemunculan barisan Live Host dari pasaran berbeza juga memperlihatkan bahawa perkembangan industri live streaming kini semakin melangkaui sempadan negara, dengan komuniti digital mempunyai peluang untuk membina pengaruh dan kerjaya di peringkat serantau.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif KamiSempoi International Agency (KSIA) dan juga Live Host TikTok, Pakcik Chin Swee atau To Chin Swee, kejayaan penganjuran KamiSempoi Golden Award untuk tahun keempat berturut-turut merupakan satu pencapaian yang cukup bermakna buat dirinya dan seluruh komuniti KamiSempoi.

“Bagi saya, kejayaan penganjuran setiap tahun sebenarnya membawa maksud yang sama, iaitu kita cuba menghargai semua anak-anak KamiSempoi yang telah memberikan usaha, komitmen dan semangat yang tidak pernah berputus asa. Ini adalah malam untuk menghargai mereka, untuk mereka berseronok , menerima anugerah dan meraikan kerja keras daripada hasil usaha mereka.

Antara pencipta kandungan digital serta hos TikTok Live yang berada di bawah naungan KSIA.

“Sebenarnya, dari tahun ke tahun, dunia media sosial dan TikTok semakin banyak cabaran. Bukan sesuatu yang senang. Tetapi saya masih percaya kepada diri sendiri, saya percaya kepada pasukan saya dan saya percaya kepada anak-anak saya, iaitu para Live Host TikTok, untuk kita terus mahu dan berkembang dalam platform TikTok,” katanya.

Hadiah tersebut diberikan menerusi penghujung acara, sekali gus menambahkan lagi elemen kejutan dan kemeriahan kepada malam anugerah berkenaan.

Selain meraikan pencapaian komuniti KSIA, KamiSempoi Golden Award 2025 turut menjadi platform pelancaran KamiSempoi Premier Academy, sebuah inisiatif KSIA untuk melatih dan membangunkan generasi baharu profesional Live Host yang mahu menjadikan bidang live streaming sebagai kerjaya.

Akademi ini akan memberi fokus kepada aspek penting seperti kemahiran komunikasi, pengendalian LIVE, pembangunan kandungan, personal branding, penampilan dan grooming, persembahan, interaksi bersama penonton serta kualiti produksi LIVE.

KamiSempoi mahu melahirkan lebih ramai hos TikTok Live.

Penubuhan KamiSempoi Premier Academy mencerminkan komitmen KSIA untuk membawa industri live streaming ke tahap yang lebih profesional, selain memperkukuh peranannya dalam membangunkan bakat, komuniti dan peluang ekonomi digital bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia Tenggara.

Melalui akademi ini, KSIA berharap dapat melahirkan lebih ramai Live Host yang bukan sahaja yakin di hadapan kamera, tetapi turut memiliki ilmu, kemahiran dan profesionalisme untuk membina kerjaya dalam ekonomi digital.

Mak Nani Terharu Dengan Kemurahan Hati Tan Sri Adnan Yaakob, Kenang Jasa Legenda Perfileman Melayu

Oleh: Syed Yusof Wafa
Foto: Syed Yusof Wafa

JANDA BAIK, BENTONG, PAHANG – Seniwati veteran terkenal negara, Datuk Hajah Rosnani Jamil, atau lebih mesra disapa Mak Nani, menzahirkan rasa terharu dan amat menghargai keprihatinan serta kemurahan hati mantan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob, yang meluangkan masa menziarahinya di kediaman beliau di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Kunjungan tersebut berlangsung sempena Majlis Tautan Kasih Krew-Krew Filem 70an-90an, sekali gus menjadi satu simbolik ziarah kasih seorang tokoh pemimpin berjiwa rakyat kepada seorang seniwati yang telah menabur bakti selama puluhan tahun dalam dunia perfileman tanah air.

Bagi Mak Nani, kunjungan itu bukan sekadar kunjungan seorang pemimpin, tetapi merupakan tanda penghargaan terhadap perjuangan dan pengorbanan generasi seniman terdahulu yang telah membina asas kepada perkembangan industri filem Melayu.

Mak Nani antara seniwati Melayu yang begitu jelita dan berbakat besar.

Rosnani Jamil – Legenda Dari Studio Jalan Ampas

Nama Rosnani Jamil begitu sinonim dengan zaman kegemilangan filem Melayu klasik. Dilahirkan sebagai Rosnani Ludin, beliau memulakan perjalanan seninya di Singapura dan kemudiannya menjadi antara seniwati yang menyerlah di Malay Film Productions (MFP), Studio Jalan Ampas.

Beliau mula mencipta nama menerusi filem Lupa Daratan pada tahun 1952 sebelum meneruskan kerjaya dalam pelbagai bidang seni. Sepanjang perjalanan panjangnya, Rosnani bukan sahaja dikenali sebagai pelakon, malah turut menceburi bidang penulisan skrip, pengarahan, penerbitan, drama radio dan televisyen serta kerja-kerja alih suara.

Mak Nani bersama suami tercinta, Allahyarham Datuk Jamil Sulong

Lebih membanggakan, Rosnani merupakan antara wanita terawal yang berani melangkah ke belakang tabir sebagai pengarah filem Melayu ketika bidang pengarahan masih kuat didominasi kaum lelaki.

Lakonannya sebagai Mak Munah dalam filem Jasmin arahan suaminya, Allahyarham Datuk Jamil Sulong, turut mencatat sejarah apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-5 pada tahun 1984.

Jamil Sulong – Suami, Sahabat Seperjuangan dan Tokoh Besar Perfileman

Di sisi Rosnani sepanjang sebahagian besar perjalanan hidup dan seninya ialah Allahyarham Datuk Jamil Sulong, seorang tokoh besar perfileman Melayu yang bukan sahaja dikenali sebagai pengarah, malah turut aktif sebagai penulis, penyair, pencipta lagu dan karyawan pelbagai bidang.

Bersama P. Ramlee dalam sebuah filem.

Rosnani dan Jamil Sulong mendirikan rumah tangga pada 12 November 1953 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jamil Sulong bermula dalam industri perfileman sebagai penterjemah dan kemudian menjadi pembantu pengarah sebelum mengembangkan kerjayanya sebagai pengarah. Antara karya arahannya yang terus dikenang sehingga hari ini termasuk Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari, Raja Bersiong dan Ranjau Sepanjang Jalan.

Lakonannya sebagai Mak Munah dalam filem Jasmin arahan suaminya, Allahyarham Datuk Jamil Sulong, turut mencatat sejarah apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-5 pada tahun 1984.

Beliau juga mempunyai hubungan seni yang rapat dengan tokoh-tokoh besar Studio Jalan Ampas, termasuk Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, malah pernah menghasilkan lirik dan lagu yang menjadi sebahagian daripada khazanah muzik Melayu klasik. Antara karya yang dikaitkan dengan beliau ialah Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya dan Selamat Hari Raya.

Kisah kehidupan Rosnani dan Jamil Sulong sebagai pasangan suami isteri serta anak seni Studio Jalan Ampas turut menjadi sumber penting dalam usaha mendokumentasikan sejarah perjuangan seniman generasi terdahulu. Rosnani sendiri pernah berkongsi pengalaman suka duka kehidupan anak seni ketika zaman tersebut, termasuk kesukaran yang dihadapi oleh para pekerja filem dalam memperjuangkan nasib mereka.

Adnan Yaakob meluangkan masa melihat sekitar perpustakaan Jamil Sulong.

Perpustakaan Jamil Sulong – Warisan Untuk Generasi Akan Datang

Dalam kunjungan tersebut, Adnan Yaakob turut merasmikan Perpustakaan Jamil Sulong, sebuah usaha yang amat dekat di hati Mak Nani.

Perpustakaan tersebut menghimpunkan pelbagai bahan dan khazanah berkaitan Allahyarham Jamil Sulong, termasuk buku, poster filem lama, skrip serta pelbagai bahan dokumentasi dan peninggalan seni yang mempunyai nilai sejarah tinggi.

Bagi Mak Nani, usaha mendirikan perpustakaan itu bukan semata-mata untuk mengenang suaminya, tetapi juga bagi memastikan sejarah dan khazanah perfileman Melayu tidak hilang ditelan zaman.

Adnan Yaakob turut menyampaikan cenderahati kepada penggiat seni tanah air.

Lebih menyentuh hati, Mak Nani amat terharu apabila Adnan Yaakob tampil membantu merealisasikan impian tersebut dengan sumbangan daripada sumber kewangan peribadi beliau sendiri.

Bagi beliau, kemurahan hati itu merupakan satu penghargaan yang amat besar terhadap warisan seni Allahyarham Jamil Sulong dan perjuangan generasi lama yang telah mengabdikan kehidupan mereka kepada dunia perfileman.

Lebih membanggakan, Rosnani merupakan antara wanita terawal yang berani melangkah ke belakang tabir sebagai pengarah filem Melayu ketika bidang pengarahan masih kuat didominasi kaum lelaki.

“Mak sangat terharu. Tan Sri bukan sahaja datang menziarah, tetapi turut membantu merealisasikan impian Mak untuk mewujudkan sebuah perpustakaan bagi mengenang arwah Jamil. Sumbangan daripada poket sendiri itu amat besar maknanya kepada Mak. Ini bukan sekadar bantuan, tetapi satu tanda kasih dan penghargaan terhadap sejarah seni kita, malah hari ini juga beliau turut memberi sumbangan kepada seniman dan seniwati legenda yang hadir, ” kata Mak Nani terharu.

Perpustakaan itu diharapkan dapat menjadi ruang rujukan dan pusat warisan kecil untuk generasi muda, pelajar, pengkaji, penggiat seni dan pencinta filem Melayu mengenali dengan lebih dekat perjalanan serta sejarah perkembangan perfileman tanah air.

Tetamu dihidangkan dengan masakan yang sungguh menyelerakan dari air tangan Mak Nani dan anak beliau, Herdawatie.

Ziarah Kasih Pemimpin Berjiwa Rakyat

Tan Sri Adnan Yaakob, yang pernah menerajui Pahang sebagai Menteri Besar ke-13 dari tahun 1999 hingga 2018, turut dikenali sebagai pemimpin yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan pelbagai lapisan rakyat.

Kunjungannya ke kediaman Mak Nani di Janda Baik memperlihatkan satu sisi kepimpinan yang menghargai tokoh seni, jasa budaya dan warisan bangsa, tanpa mengira usia atau latar belakang.

Menurut beliau, insan seni seperti P. Ramlee, Datuk Aziz Satar dan ramai lagi seperti seorang pejuang yang amat berjasa kepada negara, seharusnya jasa mereka ini sentiasa dikenang.

Suasana majlis bertambah meriah apabila Adnan Yaakob turut sudi menghiburkan para tetamu dengan persembahan vokalnya yang mantap dan berduet bersama Zaiton Sameon antaranya lagu Sri Mersing, mencetuskan suasana penuh nostalgia dan kemesraan.

Pertemuan itu menjadi lebih bermakna apabila beberapa nama besar dunia seni turut hadir, antaranya Datuk Rahim Razali, Othman Hafsham, Herdawatie, A.R. Badul, Mak Jah, Sandakiah Aziz, Zaiton Sameon, Abby Saiful serta beberapa penggiat seni yang pernah bekerja dan berkongsi pentas perjuangan bersama Mak Nani.

Suasana majlis bertambah meriah apabila Adnan Yaakob turut sudi menghiburkan para tetamu dengan persembahan vokalnya yang mantap dan berduet bersama Zaiton Sameon antaranya lagu Sri Mersing, mencetuskan suasana penuh nostalgia dan kemesraan.

Penghargaan Buat Tokoh-Tokoh Seni

Dalam majlis yang penuh bermakna itu, Adnan Yaakob turut menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan kepada beberapa tokoh seni tanah air yang hadir dan telah memberikan sumbangan besar kepada industri perfileman Malaysia antaranya Datuk Rahim Razali, Syed Muhammad Benyahya, Othman Hafshn, Ali Hussein, Indra Che Muda dan Sandakiah Aziz.

Penyampaian cenderahati tersebut menjadi satu simbolik penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para penggiat seni yang telah mewarnai perjalanan industri filem Melayu serta terus membawa nama seni tanah air.

Datuk Rahim Razali memberi ciuman kepada Adnan Yaakob sebagai tanda penghargaan kepada beliau.

Menghidupkan Kembali Memori Anak Seni Lama

Pertemuan di Janda Baik itu akhirnya bukan sekadar sebuah majlis, tetapi menjadi pertemuan antara sejarah, persahabatan dan penghargaan terhadap insan seni.

Di sebalik usia yang semakin meningkat, Mak Nani tetap membawa bersama cerita sebuah zaman – zaman ketika filem Melayu di Studio Jalan Ampas menjadi nadi hiburan masyarakat, ketika seniman bekerja dengan penuh semangat walaupun berdepan pelbagai cabaran, dan ketika karya seni dihasilkan dengan jiwa serta pengorbanan yang begitu besar.

Hari ini, tanggungjawab untuk memelihara kisah tersebut terletak pada generasi baharu.

Bergambar kenangan.

Perpustakaan Jamil Sulong di Janda Baik diharapkan menjadi salah satu tempat yang dapat memastikan nama, karya dan perjuangan Allahyarham Jamil Sulong, Rosnani Jamil serta generasi seniman terdahulu terus dikenang, dikaji dan diwariskan kepada anak cucu.

Kerana sejarah perfileman Melayu bukan sekadar tentang filem yang pernah ditayangkan.

Ia adalah tentang manusia yang pernah bermimpi, berjuang, berkorban dan mencipta sejarah.

Dan Mak Nani adalah antara insan yang masih hidup untuk menceritakan sejarah itu kepada kita.

Wani Kayrie, Asmidar, Wany Hasrita meriahkan Cultural Night, MAHA

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEJAK 28 Ogos lalu, tapak Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang berpusat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor tak henti dikunjungi orang ramai.

Memang sesak tapi jangan risau kerana 10,000 tapak pakir disediakan untuk pengunjung dan turut disediakan kemudahan bas serta tram ulang-alik percuma untuk bergerak dari satu zon ke zon lain kerana sepanjang acara berlangsung pengunjung boleh singgah ke 2,000 pempamer atau tapak niaga/vendor di seluruh tapak penganjuran.

Sejak 2006, MAHA mula diadakan di tapak tetapnya di MAEPS Serdang dan setiap hari pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung.

Persembahan Cultural Night dimulakan oleh Nusantara Drum.

Pada 2 September lalu, penulis sempat pergi ke MAHA pada waktu malam untuk tengok persembahan Wani Kayrie, Asmidar dan Wany Hasrita sempena konsert ‘Rhythm Of The Farmers’ (ROTF) yang berlangsung di Pentas Utama ROTF, MAEPS, Serdang.

Tak sangka pula, individu yang diberi tanggungjawab untuk menjadi pengacara setiap kali konsert berlangsung ialah Zoey Rahman.

Berdasarkan pengalamannya mengendali program ‘Gerak Geri Gasing’ sebelum ini, Zoey tidak memerlukan skrip untuk memastikan acara tersebut berjalan lancar.

Sewaktu Wani Kayrie mendendangkan lagu “Original Sabahan”.

Zoey menjalankan tangungjawabnya dengan santai dan berinteraksi dengan penonton berdasarkan isu semasa dan apa yang berlaku di depan mata.

Pada malam Cultural Night (Malam Tradisional / Irama Malaysia), tirai persembahan dimulakan dengan Nusantara Drum sebelum Wani Kayrie tampil di pentas kira-kira pukul 9.10 malam dengan mendendangkan lagu baharunya, “Pulang”, ciptaan bersama dengan
Iqie Hugh dan Aniq Iffat.

Untuk lagu kedua, Wani Kayrie atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 26, yang berasal dari Sandakan , Sabah memilih lagu “Original Sabahan” kerana lirik lagu tersebut mengangkat tema kebanggaan sebagai anak jati Sabah.

Asmidar yang bermula sebagai penyanyi balada kini cenderung kepada irama tradisional.

Wani Kayrie yang sebelum ini bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL 40) dalam kategori lagu etnik atau irama Malaysia menerusi lagu “Cak Cak Cekuk” turut mendendangkan lagu tersebut pada malam itu.

Dapat dilihat lagu ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh itu turut disukai oleh anak-kanak yang turut menyanyi dan menari sewaktu Wani Kayrie persembahkan di pentas.

“Terima kasih semua kerana sudi hadir. Anda membawa semangat positif walaupun hari kerja,” katanya bangga dengan kehadiran penonton.

Wany Hasrita seronok melihat reaksi penonton, terus mendendangkan lima buah lagu.

Penyanyi kedua yang diundang untuk memeriahkan Cultural Night ialah Asmidar. Beliau memulakan persembahan dengan lagu “Biar Sampai Ke Bintang” yang dipetik daripada album pertamanya, “Kali Pertama” yang diterbitkan pada 2011.

Pada malam itu lagu ciptaan Ajai yang berentak pop balada itu telah digubah menjadi versi keroncong kerana irama tradisional tetap menjadi jiwa dan keutamaannya.

Kemudian Asmidar atau nama penuhnya, Norhasmidar Ahmad, 40, meneruskan persembahan dengan lagu “Kurek Kundi” dan “Joget Kenangan Manis”.

Setiap persembahan artis berlatar belakangkan imej yang berbeza tapi menarik.

Beliau yang sibuk mempromosi single baharu “Srikandi” yang merupakan runut bunyi untuk telefilem epik keluaran RTM itu berkata, kehadiran pengunjung ke MAHA bukan sekadar untuk membeli-belah tapi juga berpeluang mengenali sesuatu yang baharu.

“Bagi yang suka bercucuk tanam, datanglah ke sini kerana anda akan temui pokok yang jarang dilihat. Banyak perkara baharu dapat kita rasai,” katanya berkongsi pengalaman.

Selepas Asmidar, Wany Hasrita pula mengambil alih pentas dengan mendendangkan lagu “Lembayung Tari” sebagai tanda perkenalan kepada penonton.

Zoey Rahman sebagai pengacara pada malam itu sering berinteraksi dengan penonton.

Menariknya ketiga-tiga penyanyi wanita pada malam itu bukan sekadar mendendangkan lagu yang diminati penonton, malah penampilan mereka juga memukau penonton dengan busana tradisional.

Jika Wani Kayrie dan Asmidar hanya mendendangkan tiga buah lagu, Wany Hasrita ‘tapau’ lima lagu. Kalau ikut senarai, selepas lagu pertama, Wany Hasrita meneruskan persembahan dengan lagu “Canggung” dan disudahi dengan lagu popularnya “Menahan Rindu”.

Tapi penyanyi yang nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, telah ‘membelanja’ penonton dengan dua lagu tambahan iaitu “Empat Dara” dan disudahi dengan lagu dangdut “Yang Penting Happy”.

Asmidar popular dengan lagu “Biar Sampai Ke Bintang”.

Ketiga-tiga penyanyi amat menghargai penonton dan sanggup turun pentas untuk berduet dengan peminat mereka.

Selain menonton persembahan artis, penonton yang hadir juga berpeluang mendapat hadiah menerusi cabutan bertuah setelah mendaftar secara atas talian.

Sehingga hari keenam 1.87 juta pengunjung direkodkan hadir ke MAHA dengan jumlah kenderaan keluar masuk mencecah 375,000.

Ada penonton yang selesa menonton persembahan artis sambil duduk.

Penganjur menyasarkan empat juta pengunjung hadir sebelum acara berakhir pada 6 September dan sasaran jualan RM58 juta.

Bagi yang belum berkunjung ke MAHA 2026, jangan lepaskan peluang kerana di situ anda berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, masuk adalah percuma.

Kunjung hormat delegasi Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) ke MAHSA University

Oleh: Nafsiah Jani

Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan kunjungan hormat ke MAHSA University dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka peluang kerjasama antara komuniti perniagaan dan institusi pendidikan tinggi.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh profesional dan mesra ini menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan potensi kerjasama strategik yang mampu memberikan manfaat kepada dunia pendidikan, keusahawanan, industri dan pembangunan modal insan negara.

DPDDM diketuai Presiden, Datuk (Dr.) Nor Hasnal Hashmi bersama barisan kepimpinan kanan DPDDM. Manakala pihak MAHSA University diketuai Dato’ Dr. Shahril Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa, Pengarah Urusan Kumpulan dan MAHSA Group.

Datuk Nor Hasnal Hashmi bersama barisan kepimpinan kanan DPDDM sempena kunjungan hormat ke MAHSA University baru- baru ini.

Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal Hashmi berkata, dalam pertemuan tersebut banyak perkara bermanfaat yang dibincangkan antara kedua-dua belah pihak.

“Antara perkara yang turut menjadi fokus perbincangan adalah usaha memperkukuh jaringan industri dan akademik, pembangunan keusahawanan, latihan profesional, peluang kerjaya, pembangunan bakat serta pendedahan mahasiswa kepada ekosistem perniagaan sebenar.

“DPDDM melihat kerjasama bersama institusi pendidikan tinggi seperti MAHSA University  sebagai satu langkah penting dalam membina jambatan yang lebih kukuh antara dunia akademik dan sektor industri.

“Dalam pertemuan tersebut DPDDM juga turut ditawarkan tempat untuk membawa masuk 300 orang pelajar dari negara India bagi mengikuti pengajian di MAHSA University. Peluang ini merupakan satu langkah kepada kami untuk terus membantu dan memperkenalkan DPDDM di mata dunia selaras dengan matlamat menghubungkan perniagaan, pendidikan dan peluang untuk masa hadapan.”

Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA University, Dato’ Dr. Shahril bin Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa (tengah) memberi penerangan mengenai MAHSA University kepada
Datuk Nor Hasnal Hashmi bersama barisan kepimpinan kanan DPDDM sempena kunjungan hormat tersebut.

Nor Hasnal menambah, kunjungan hormat ini juga mencerminkan komitmen DPDDM untuk terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti perniagaan, institusi pendidikan, industri dan pemegang taruh strategik, di samping memperluaskan jaringan kerjasama yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi dan modal insan Malaysia.

”DPDDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MAHSA University dan MAHSA Group, khususnya kepada Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa serta seluruh barisan pengurusan atas sambutan yang amat baik dan keterbukaan dalam membincangkan potensi kerjasama bersama DPDDM.

“Semoga kunjung hormat ini menjadi titik permulaan kepada satu hubungan strategik yang lebih erat, berterusan dan berimpak tinggi, serta membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif bersama demi memperkasakan pendidikan, keusahawanan, industri dan generasi masa hadapan.”

Datuk Nor Hasnal Hashmi (kiri) bersama barisan kepimpinan kanan DPDDM diberi penerangan sempena kunjungan hormat ke MAHSA University baru- baru ini.

Melalui jaringan strategik ini, DPDDM berharap lebih banyak ruang dapat diwujudkan untuk mahasiswa dan graduan mendapatkan pendedahan kepada dunia perniagaan, membina rangkaian profesional, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta meneroka peluang keusahawanan yang lebih luas.

Dalam masa yang sama, beliau menyatakan bahawa DPDDM berada dalam kedudukan strategik kerana keahlian dewan merangkumi pelbagai sektor industri sekali gus membolehkannya menjadi ‘jambatan emas’ bagi menghubungkan pendidikan, perniagaan dan pembangunan usahawan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA University, Dato’ Dr. Shahril Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa berkata, pihaknya amat berharap kerjasama tersebut dapat membantu melahirkan graduan MAHSA University yang bukan sahaja berwibawa tetapi juga selari dengan hasrat kerajaan Madani yang menekankan nilai kemanusiaan, keilmuan dan daya tahan.

Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal Hashmi ( lapan dari kiri) bertukar-tukar cenderahati bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA University, Dato’ Dr. Shahril bin Prof. Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa sempena kunjugan hormat tersebut.

“Saya berharap hubungan antara DPDDM dan MAHSA University dapat terus diperkukuh bagi membantu negara melahirkan lebih ramai graduan yang mampu bersaing dalam keadaan ekonomi semakin mencabar,” katanya

Dengan keahlian yang merentasi pelbagai sektor industri, DPDDM berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi `jambatan emas’ kepada MAHSA University untuk bersama-sama kerajaan Madani dalam melahirkan komuniti berpendidikan, perniagaan dan usahawan baharu.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang inovasi, memperkasa pendidikan, memacu keusahawanan, membina masa depan negara dan kejayaan pada masa hadapan demi manfaat masyarakat, institusi pendidikan serta komuniti perniagaan Malaysia.

Suara Merdeka Kencana 2026 Anjuran Illa Sabry Paling Meriah!

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEMPENA merai sambutan Hari Kebangsaan ke-69, baru-baru ini, sementara menunggu pertunjukan bunga api, 12 finalis pertandingan nyanyian Suara Merdeka Kencana 2026, beradu bakat di Bazaria Laman Kencana, Dataran Selayang Mutiara, untuk merebut gelaran juara dan menerima wang tunai RM500 beserta hamper.

Pertandingan nyanyian yang dijuri oleh penyanyi Ila Sabry, Fairuz Selamat, bekas vokalis kumpulan Q-Face, Zazleen Zulkifli, wartawan hiburan, Syed Wafa dan penyampai radio Kool FM, Jamal Jamaludin sebagai pengacara itu memilih Maimunah Mohd Daud, yang menyanyikan lagu “Keangkuhanmu” dendangan asal oleh Ramlah Ram itu sebagai juara.

Manakala tempat kedua yang menawarkan wang bernilai RM200, dimenangi oleh Nor Atiqah Mohamad Amzah, yang mendendangkan lagu “Laksamana Raja Di Laut”, nyanyian asal oleh Iyeth Bustami dari Indonesia.

Jamal Jamaludin (tengah) menjadi penari pengiring sewaktu peserta Norpaizah Nordin mendendangkan lagu “Bossanova”.

Tempat ketiga yang menawarkan hadiah wang tunai RM100 dimenangi oleh Azlan Mohsin yang memilih lagu “Teratai” (Sweet Charity) dan Faraziana Mohd Jani yang memilih lagu “Ya Maulai”, dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selaku penganjur, Ila Sabry atau nama sebenarnya Fasillah Sabry, 47, yang popular dengan lagu “Keranamu Kekasih” tak sangka pertandingan yang terbuka untuk peserta berusia 17 tahun ke atas itu mendapat sokongan ramai.

“Alhamdulillah, ini merupakan projek pertama yang saya lakukan di sini sejak mengendalikan Bazaria Laman Kencana, Dataran Selayang Mutiara ini, lapan bulan lalu.

Pengunjung yang hadir menikmati makanan di situ juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang diadakan pada malam itu.

“Daripada 30 orang yang mendaftar dan menjalani saringan sebelah siang tadi, kami telah pilih 12 peserta untuk peringkat akhir.

“Kebanyakan peserta adalah penduduk di kawasan Selayang dan yang berhampiran. Pertandingan ini dianjur bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka yang berbakat dalam bidang nyanyian.

Pertandingan nyanyian yang dijuri oleh penyanyi Ila Sabry, Fairuz Selamat, bekas vokalis kumpulan Q-Face, Zazleen Zulkifli, wartawan hiburan, Syed Wafa dan penyampai radio Kool FM, Jamal Jamaludin sebagai pengacara itu memilih Maimunah Mohd Daud, yang menyanyikan lagu “Keangkuhanmu” dendangan asal oleh Ramlah Ram itu sebagai juara.

“Mungkin mereka ada impian nak menjadi penyanyi tapi belum begitu berani untuk sertai acara yang lebih besar, jadi di sini adalah platform untuk mereka mencuba bakat,” jelas Illa yang pernah menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) sebelum ini.

Selain menilai persembahan peserta, Illa bersama rakan juri lain turut menghibur pengunjung yang hadir.

Menariknya, para peserta dan saudara mara mereka yang hadir memberi sokongan sangat ‘sporting’ kerana turut menari sewaktu Zazleen menyanyikan lagu “Seperti Mati Lampu”.

Pemenang bergambar kenangan bersama juri dan urus setia program pada malam itu.

Suasana seperti itu sangat menarik kerana tanpa mengenali antara satu sama lain, mereka disatukan menerusi muzik.

Jelasnya lagi, selain ingin memberi peluang kepada orang ramai mengetengahkan bakat mereka, Illa juga menganjurkan pertandingan nyanyian itu sebagai salah satu cara untuk mempromosi medan selera di kawasan tersebut.

Dari kiri, Nor Atiqah Mohamad Amzah, Maimunah Mohd Daud, Faraziana Mohd Jani dan Azlan Mohsin merupakan pemenang untuk pertandingan, Suara Merdeka Kencana 2026, baru-baru ini.

“Tak sangka saya boleh buat sendiri program nyanyian ini dalam tempoh dua minggu saja dan alhamdulillah dapat sokongan daripada orang sekeliling.

“Acara ini adalah sebahagian daripada promosi untuk perniagaan di sini. Bila buat macam ni ramai yang boleh menyanyi di kawasan Selayang, datang sertai.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan di saat akhir ada juga yang nak taja hadiah hamper. Acara nyanyian ini tidak akan henti di sini saja, saya cadang akan adakan lagi di masa akan datang,” katanya tersenyum puas.

Illa Sabry mengeluarkan banyak kos untuk mempromosi Bazaria Laman Kencana, Dataran Selayang Mutiara.

Selain itu, di medan selera yang mempunyai 30 gerai dengan pelbagai menu itu, beroperasi setiap hari dari tengah hari hingga ke jam 12 tengah malam. Untuk hujung minggu, tempoh operasi dilanjutkan hingga dua pagi.

Memandangkan orang sekitar Selayang meminati hiburan, Illa berhasrat untuk mengadakan sudut karaoke berbayar di situ. Bagi kanak-kanak pula pihak pengurusan menyediakan gelongsor angin, dengan kadar bayaran yang berpatutan.

@divawafa Wow…Meriahnya Sambutan Merdeka 2026 Di Laman Kencana Selayang Mutiara! #illasabry #lamankencanadataranselayangmutiarab #lamankencana ♬ bunyi asal – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂ – ꧁ R.kay_OfficiaL ꧂

`Wisdom’ penting untuk pastikan Malaysia terus maju

Oleh : Nafsiah Jani

Kemerdekaan Malaysia bukan sekadar hasil perjuangan politik dan diplomasi, sebaliknya lahir daripada kebijaksanaan (wisdom) pemimpin serta institusi negara dalam menentukan hala tuju masa depan negara.

Pengerusi Kehormat dan Canselor Olympia Education Malaysia, Tan Sri Dr. Mohamed Yusof Noor menegaskannya ketika membuka bicara khas ‘Wisdom Merdeka’ yang menghimpunkan tokoh berpengalaman bagi berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai perjalanan negara sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

“Istilah ‘Wisdom Merdeka’ dipilih bagi mengingatkan generasi muda bahawa kebijaksanaan ialah elemen dan asas penting kepada kemajuan negara dan perlu terus dipupuk sebagai bekalan menghadapi cabaran masa depan.

“Kalau tak ada `wisdom’, saya fikir tak mungkin berlaku kemerdekaan. Sampailah masa ini, apabila kita cungkil sejarah bangsa dan negara kita, memang sangat rapat hubungannya dengan `wisdom’.

“Tanpa wisdom, pada fikiran saya tidak akan tercapai kejayaan seperti yang ada hari ini di Malaysia,” katanya ketika membuka Forum Wisdom Merdeka bertajuk ‘Merdeka Minda Membina Negara’ anjuran Olympia Education Malaysia menerusi Institut Merdeka Malaysia di Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Forum berkenaan menampilkan bekas Menteri Pendidikan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; penganalisis politik, Prof Azmi Hassan; Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Raduan Che Rose dan Presiden Pertubuhan Melayu-Polynesia Dunia, Prof Emeritus Datuk Wan Hashim Wan Teh sebagai ahli panel.

Mohamed Yusof berkata, kebijaksanaan bukan sekadar kepandaian berbicara atau memiliki pengetahuan akademik yang tinggi, tetapi merangkumi keupayaan berfikir secara matang, membuat pertimbangan tepat serta menangani cabaran dengan berhemah.

“Oleh itu, institusi pendidikan khususnya universiti wajar memberi perhatian lebih besar terhadap penerapan elemen kebijaksanaan dalam kurikulum supaya graduan bukan sahaja berilmu, malah mampu menggunakan pengetahuan secara berkesan dalam kehidupan dan profesion masing-masing.

“Itu sebabnya, Olympia Education Malaysia ditubuhkan bagi melengkapi usaha kerajaan dan institusi pendidikan sedia ada dalam memperkukuh pendidikan serta pembangunan negara dan bukannya untuk bersaing dengan institusi sedia ada.”

Mohamed Yusof menambah, sebanyak 10 memorandum persefahaman (MoU) sudah ditandatangani, manakala dua lagi MoU baharu dimeterai bersama Lincoln University College dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi menyuburkan elemen `wisdom’ menerusi pendidikan.

Ahli-ahli panel forum bercakap mengenai ‘Merdeka Minda Membina Negara’ menampilkan (dua dari kiri) bekas Menteri Pendidikan yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Raduan Che Rose, Presiden Pertubuhan Melayu-Polynesia Dunia, Prof Emeritus Datuk Wan Hashim Wan Teh dan penganalisis politik, Prof Azmi Hassan.

“MoU ini memfokuskan kepada penyelidikan dan pengambilan mahasiswa, bukan sahaja pelajar tempatan tetapi juga pelajar asing. Olympia akan turut menjadi saluran untuk membawa masuk pelajar asing seperti mana institusi pengajian tinggi swasta lain.

“MoU berkenaan tidak mempunyai tempoh khusus dan boleh diteruskan selagi kedua-dua pihak melihatnya masih relevan, selain boleh ditambah baik atau diubah suai mengikut keperluan semasa.”

Sementara itu, Pengarah Akademi Olympia Education Malaysia, Prof Dzuljastri Abdul Razak berkata, kerjasama dengan institusi pendidikan turut merangkumi aspek perancangan pendidikan, penganjuran forum serta pelbagai inisiatif akademik.

“Pengambilan pelajar hanyalah sebahagian daripada skop kerjasama, manakala program pendidikan yang dirancang Olympia lebih menjurus kepada golongan dewasa yang sudah bekerja.

“Bidang pengajian merangkumi program pascasiswazah, doktor falsafah (PhD), sarjana, sarjana mudanselain program eksekutif dan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) eksekutif.

“Olympia mengkhususkan program pendidikan kepada golongan dewasa yang sudah bekerja. Berbanding pendidikan akademik konvensional, fokus kami lebih kepada program-program eksekutif,” katanya.

Peserta Kembara Merdeka Olympia 2026 .

Dalam pada itu, Olympia Education Malaysia turut menganjurkan Konvoi Merdeka buat julung kali membabitkan kira-kira 50 peserta dengan 20 kereta dan motosikal yang bergerak dari Memorial Tun Abdul Razak menuju ke Mukim Ayer Hitam, Melaka selepas forum berkenaan.

“Melaka dipilih sebagai destinasi susulan sokongan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam terhadap usaha menyuburkan elemen kebijaksanaan dalam pendidikan.

“Diharap penganjuran Forum Wisdom Merdeka dan Konvoi Merdeka akan menjadi platform menyemarakkan semangat kemerdekaan, selain membawa mesej bahawa pengalaman, ilmu dan kebijaksanaan generasi terdahulu perlu diwariskan kepada generasi akan datang bagi memastikan kemajuan Malaysia dapat diteruskan.” Kata Prof Dzuljastri lagi.

3Diva – Kris Dayanti, Ruth Sahanaya, Titi DJ kembali bersatu 

Oleh: Khadijah Ibrahim

SIAPA di sini yang merupakan peminat Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ. Mereka digelar Diva kerana ketiga-tiga figura tersebut merupakan penyanyi wanita yang sangat terkenal dan masyhur di Indonesia.

Malah lagu-lagu dendangan mereka masih diminati oleh peminat hingga kini termasuklah peminat generasi terkini.

Siapa yang tak suka dengan lagu “Menghitung Hari” (1998) dan “Mencintaimu” (2000), dendangan Kris Dayanti. Manakala lagu dendangan Ruth Sahanaya, “Kaulah Segalanya” (1992) dan “Keliru (1999) terus menjadi pilihan apabila berkaraoke. Begitu juga dengan lagu “Sang Dewi” (2001), “Jangan Berhenti Mencintaiku” (2001), nyanyian Titi DJ tetap malar segar hingga kini.

Trio 3Diva ini mula bergandingan sejak 2006, walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya solo.

Jika nak dengar penyanyi yang anda minati itu bersenandung secara langsung di hadapan anda, jangan ketinggalan untuk hadir ke konsert ‘3 Diva Live In Malaysia 2026 (Timeless)’ yang bakal berlangsung di Unifi Arena, Kuala Lumpur, pada 22 November nanti.

Timeless membawa tema “Three Voices. One Legacy.”, meraikan perjalanan tiga nama ikonik yang telah mewarnai industri muzik serantau selama beberapa dekad menerusi karya dan persembahan yang terus dekat di hati peminat.

Bukan sekadar menyaksikan persembahan tiga diva di atas pentas, Timeless turut menawarkan pengalaman lebih dekat bersama Kris Dayanti, 51, Ruth Sahanaya, 60, dan Titi DJ, 60, menerusi Hi-Bye, Sound Check, sesi foto serta After Party eksklusif, bergantung kepada kategori tiket.

Menurut Pengarah Urusan T-Rex Studio Sdn. Bhd, Audrey Wan Yuen Theng selaku penganjur, Timeless dirancang bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya sebagai sebuah perayaan terhadap perjalanan dan legasi 3Diva yang telah bertahan selama dua dekad.

Jika beli tiket awal ada harga istimewa kerana penganjur mengalu-alukan pembeli ‘early bird’.

“Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ mempunyai hubungan cukup istimewa dengan peminat di Malaysia. Lagu-lagu mereka telah menemani kita selama bertahun dan masih terus didengari sehingga kini.

“Dengan Timeless, kami mahu peminat bukan sahaja datang menyaksikan sebuah konsert tetapi kembali menikmati memori, lagu dan perjalanan tiga figura yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah muzik serantau.

“Sebab itu kami turut memperkenalkan harga Early Bird dan pakej ‘Semua Jadi Satu’ supaya peminat boleh datang bersama keluarga dan sahabat, selain menyediakan beberapa pengalaman eksklusif yang membawa mereka lebih dekat dengan 3Diva,” katanya.

Tambahnya lagi, Timeless hadir pada tahun yang cukup signifikan apabila 2026 menandakan Dua dekad perjalanan 3Diva, sejak Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ disatukan sebagai sebuah trio pada 2006. Ketiga-tiga mereka sudah pun memiliki kerjaya solo yang kukuh ketika 3Diva diperkenalkan.

Harga yang ditawarkan, jangan ketinggalan untuk membeli awal.

Penyatuan tiga karakter, kekuatan vokal dan katalog muzik berbeza, kemudiannya membentuk sebuah kolaborasi yang mempunyai identiti tersendiri dalam industri muzik Indonesia dan serantau. Malah sempat menghasilkan dua album, “Semua Jadi Satu'” (2006) dan “3 Diva” (2008), album mini yang popular dengan single “A Lotte Love”.

Hubungan 3Diva dengan Malaysia juga mempunyai sejarah tersendiri. Trio itu pernah mengadakan persembahan di Malaysia pada 2007.

Walaupun masing-masing terus aktif dengan kerjaya solo, mereka kembali berkongsi pentas sebagai 3Diva dalam beberapa persembahan selepas itu termasuk Synchronize Fest 2022 dan pada Januari 2025, mereka turut bergabung dengan penyanyi generasi baharu sempena Super Diva di Indonesia Arena, Jakarta.

Peminat berpeluang bertemu dengan 3Diva selepas konsert, berdasarkan tiket yang dibeli.

Sementara itu, tiket 3Diva Timeless mula dijual pada 5 September ini, serendah RM138 untuk promosi Early Bird, pakej VIP “Semua Jadi Satu” serta pengalaman Hi-Bye dan After Party antara tarikan istimewa buat peminat.

Tiket-tiket dalam pelbagai kategori dengan harga yang telah ditetapkan, boleh dibeli di platform MAISEAT.

Warga Siti Khadijah, bértelekung di perbarisan Hari Kebangsaan ke-69

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan 2026 ke-69 tahun, yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2026, Siti Khadijah, jenama telekung premium buat pertama kalinya menyertai perbarisan, atas jemputan agensi kerajaan, sebagai sebahagian daripada Sektor Ekonomi di bawah Kluster 5: Kesejahteraan dan Ekonomi Rakyat.

Penyertaan tersebut bukan aktiviti pemasaran, sebaliknya membawa makna tersendiri buat Siti Khadijah sebagai sebuah jenama tempatan yang telah berkembang bersama masyarakat dan ekonomi Malaysia selama 17 tahun sejak ditubuhkan pada 2009 oleh pengasas, Padzilah Enda Sulaiman.

Padzilah merupakan seorang suri rumah yang memulakan perniagaan pada usia 46 tahun, kini berjaya membuka 65 buah kedai di seluruh negara yang dikendalikan oleh lebih 600 warga kerja tempatan.

Jenama Siti Khadijah membuktikan bahawa perniagaannya mendapat sambutan ramai.

Perjalanan daripada sebuah perniagaan tempatan kepada sebuah organisasi yang menyediakan peluang pekerjaan dan membina ekosistem perniagaan tempatan menjadikan penyertaan ini lebih daripada sekadar berada dalam sebuah perbarisan nasional.

Sebaliknya, ia membawa bersama kisah tentang bagaimana sebuah idea kecil boleh berkembang, membuka peluang dan memberi sumbangan kepada ekonomi rakyat.

“Bagi kami, jemputan untuk menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan ini merupakan satu penghargaan yang cukup bermakna. Siti Khadijah bermula kecil, tetapi berkembang kerana sokongan masyarakat Malaysia dan usaha warga kerja kami selama 17 tahun.

Siti Khadijah memilih tema Geng Masjid untuk perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-69, baru-baru ini.

“Hari ini, kami bukan sekadar membawa nama Siti Khadijah dalam perbarisan. Kami membawa bersama sebuah perjalanan yang dibina oleh anak-anak tempatan dan kepercayaan rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin.

Seramai 47 warga Siti Khadijah mengambil bahagian dalam kontinjen tahun ini selepas melalui tujuh sesi latihan sebagai persediaan menjelang 31 Ogos.

Menambah identiti tersendiri kepada penyertaan tersebut, kontinjen Siti Khadijah tampil dengan konsep “Geng Masjid”, diinspirasikan daripada sesuatu yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia — pakaian ke masjid.

Siti Khadijah antara perniagaan bumiputera yang berkembang maju.

Kontinjen wanita tampil dalam persalinan telekung dan sarung suri manakala kontinjen lelaki mengenakan kain pelikat dan kurta.

Bagi Siti Khadijah, penyertaan ini menjadi satu momen untuk meraikan bukan sahaja perjalanan sebuah jenama, tetapi juga semangat keusahawanan tempatan, peluang pekerjaan dan kemampuan perniagaan Malaysia untuk terus berkembang bersama rakyat.

Suria FM bersama 988 FM bersiaran luar, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim

TEMA sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 ialah Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati.

Walaupun Malaysia adalah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, namun kita semua tetap hidup harmonis di bawah naungan bendera Jalur Gemilang yang melambangkan kecemerlangan, perpaduan dan kedaulatan negara.

Seiring dengan itu, semangat patriotisme dan perpaduan rakyat Malaysia terus disemarakkan oleh Suria FM, stesen radio swasta berbahasa Melayu di bawah pengurusan Rimakmur Sdn. Bhd, dan 988 FM, stesen radio swasta berbahasa Cina yang diuruskan oleh Star RFM Sdn. Bhd., bergabung tenaga menerusi siaran luar bersama dari Dataran Putrajaya bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pada 31 Ogos, baru-baru ini.

Chiwan bersama rakan penyampai 988 sempat berswafoto di Dataran Putrajaya.

Kedua-dua stesen radio di bawah Star Media Group Berhad itu bertindak sebagai rakan strategik yang membuat liputan siaran luar semasa raptai penuh dan pada hari kemuncak sambutan, di samping membawa semangat perpaduan melalui kempen CHAM2GETHER.

CHAM2GETHER merupakan kempen Merdeka kolaborasi Suria dan 988 yang meraikan kepelbagaian budaya serta komuniti di Malaysia.

Kempen ini membawa simbolik bahawa perbezaan latar belakang, budaya dan bahasa boleh disatukan menjadi sesuatu yang harmoni.

Menerusi konsep “Unity Goes Beyond Language”, CHAM2GETHER menonjolkan bagaimana rakyat Malaysia boleh terus bersama dan meraikan kepelbagaian sebagai satu kekuatan.

Kolaborasi antara dua stesen radio tersebut bukan sahaja menyatukan dua jenama radio, malah membawa mesej bahawa semangat perpaduan rakyat Malaysia melangkaui bahasa dan perbezaan.

Penyampai Suria, Fad Bocey dan Elly Ariffin bergandingan bersama penyampai radio 988.

Sepanjang siaran luar, para penyampai berinteraksi secara langsung dengan pengunjung, berkongsi suasana sekitar Dataran Putrajaya, menampilkan temu bual bersama tetamu jemputan serta membawakan pelbagai aktiviti interaktif yang menyemarakkan lagi sambutan.

Bagi melengkapkan pengalaman bersama di lokasi, Suria dan 988 turut menyediakan kit sarapan kepada pengunjung dan petugas pada kedua-dua hari, iaitu semasa raptai penuh dan sambutan rasmi Hari Kebangsaan.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 menyaksikan perarakan pelbagai kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan, pasukan keselamatan, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti.

Acara turut diserikan dengan persembahan pancaragam, aset dan kenderaan ikonik, demonstrasi pasukan keselamatan, pertunjukan udara serta persembahan kebudayaan yang melambangkan kepelbagaian dan perpaduan rakyat Malaysia.

Semoga sambutan tahun ini terus menyemarakkan semangat cintakan negara, memperkukuhkan perpaduan dan menginspirasikan kita semua untuk bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan bersatu.

Pak Nil manfaatkan teknologi AI menerusi “Musa”

Oleh: Khadijah Ibrahim

DI era kini, AI (Artificial Intelligence) atau kecerdasan buatan telah menjadi penggerak utama dalam menggubah cara kita hidup, bekerja dan berinteraksi.

Teknologi ini bukan lagi sekadar masa depan, tetapi realiti harian yang menyentuh pelbagai sektor termasuklah digunakan untuk mencipta teks, imej, video dan muzik secara automatik untuk media sosial dan pemasaran.

Meskipun ramai penggiat seni tidak mengiktiraf penggunaan AI, tapi Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra dengan panggilan Pak Nil, memilih untuk menggunakan teknologi tersebut.

Pengacara televisyen tersohor dan penyampaian radio di Kool FM itu menganggap penggunaan AI dalam penghasilan muzik tidak sewajarnya dilihat sebagai fenomena yang yang menafikan peranan manusia dalam seni, sebaliknya sebagai perkembangan teknologi yang boleh memperluas kemungkinan kreatif seseorang pengkarya.

Aznil Nawawi atau Pak Nil menggunakan teknologi AI untuk merealisasikan eksperimennya dalam bidang muzik.

Justeru itulah Pak Nil, 63, memilih untuk bereksperimen serta memanfaatkan teknologi tersebut dalam evolusi muzik.

Hos program Talk To My Manager dan Akademi Fantasia, musim pertama hingga kelima yang suka mencuba sesuatu yang baharu itu. Beliau, mula mendalami penggunaan AI dalam muzik selepas mempelajari cara membentuk ‘prompt’ yang tepat bagi menghasilkan struktur bunyi, irama dan suasana muzik yang menepati gambaran kreatifnya.

“Bagi saya, AI seperti satu lagi alat dalam dunia muzik. Kita sudah lama menggunakan teknologi untuk membantu menghasilkan muzik. Bezanya sekarang, alat itu semakin pintar dan mampu memberi lebih banyak kemungkinan.

“Sejarah muzik sendiri memperlihatkan bagaimana teknologi berulang kali menggubah kaedah manusia menghasilkan karya daripada teknologi rakaman, instrumen elektronik dan synthesizer misalnya, kepada produksi muzik berasaskan komputer serta teknologi digital sesuai dengan evolusi muzik,” jelas Pak Nil tentang pendiriannya.

Anggota kumpulan Kalam dipilih berdasarkan uji bakat, kecuali Isa Khan yang mendapat perhatian Pak Nil sewaktu bersiaran langsung.

Justeru itulah, Pak Nil yang lebih 26 tahun dalam bidang pengacaraan menganggap AI sebagai kesinambungan daripada evolusi tersebut dan bukannya pengakhiran kepada kreativiti manusia.

“Bagi saya, kehadiran AI bukan untuk menggantikan manusia, ia cuma membuka satu lagi ruang untuk manusia mencuba sesuatu yang sebelum ini mungkin mengambil masa atau memerlukan pendekatan yang berbeza.

“AI adalah alat dan yang menentukan bagaimana alat itu digunakan tetap manusia. Apa yang penting bukan semata-mata siapa atau apa yang menghasilkan bunyi itu. Persoalannya bagaimana manusia menggunakan teknologi tersebut dan bagaimana kita bertanggungjawab terhadap hasilnya,” jelasnya lagi.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya yang diberi julukan Pengacara Nombor 1 Malaysia itu mencipta sejarah baharu sekali gus merealisasikan impian yang telah lama disimpan.

Maka dengan niat memanfaatkan AI sebagai sebuah eksperimen, Pak Nil bekerjasama dengan AG Coco yang membantunya menghasilkan single “Musa”, dendangan kumpulan Kalam yang dianggotai oleh Isa Khan, 33, Danny, 22, Zulhilmi Zolkefli, 28, dan Allif Firdaus, 25.

Pembikinan “Musa” lahir daripada eksplorasi antara kreativiti Pak Nil dan AG Coco yang disatukan dengan bentuk melodi dan irama bersesuaian konsep yang diinginkan.

Lebih mengujakan, lirik “Musa” juga mempunyai dimensi kerohanian kerana ia menggunakan ayat terjemahan al-Quran daripada Surah Taha dan Surah An-Nami.

Bagaimanapun, proses penghasilan “Musa” tetap mempunyai sentuhan manusia dalam aspek produksi dan vokal dibawah bimbingan AG Coco sebagai penerbit. Manakala rakaman suara Kalam dilakukan di studio Kamar Seni, milik beliau.

Sebagai seorang yang profesional dan jujur dalam berkarya, Pak Nil tidak menganggap “Musa” sebagai ciptaan peribadi. Beliau sangat memegang erat soal etika sebagai prinsip utama dan turut menyentuh tentang pengiktirafan terhadap penerbitan “Musa”.

Walaupun lagu “Musa” tidak dapat tembusi pertandingan lagu, namun Kalam tetap gembira kerana mempunyai single sendiri.

“Saya sama sekali tak akan mengaku, lagu “Musa” adalah ciptaan saya. Bagi saya, soal pengiktirafan itu penting. Kalau kita menggunakan AI dalam proses menghasilkan karya, kita kena jujur tentang bagaimana karya itu dihasilkan.

“Bagi saya mudah saja, kalau kita menggunakan AI untuk membantu menghasilkan sesuatu, kemudian kita ambil seluruh kredit dan mengaku itu ciptaan kita, itu tidak beretika.

“Sebab itulah saya tidak pernah dan akan mengaku yang “Musa” adalah lagu ciptaan saya,” katanya terus terang.

Malah Pak Nil sedar, lagu tersebut tidak boleh dipertandingkan. Namun beliau melihat karya tersebut sebagai sebuah eksperimen kreatif yang cuba mempertemukan teknologi kontemporari dengan mesej yang jauh lebih besar daripada dirinya sendiri.

“Saya tahu mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tidak boleh terima dengan pendekatan ini. Apa pun saya terima dengan berlapang dada.

“Secara peribadi saya berpendapat, jika teknologi yang ada hari ini boleh digunakan untuk membawa seseorang lebih dekat dengan kalam Allah, saya rasa itu sesuatu yang wajar diusahakan,” katanya lagi.

Tegas Pak Nil, nilai sebenar eksperimen itu bukan sejauh mana teknologi AI mampu menghasilkan sebuah lagu atau siapa yang mendapat kredit, tapi pada apa yang mungkin tercetus selepas mendengarnya.

“Kalau selepas mendengar lagu “Musa” ada yang rasa ingin membuka al-Quran, mencari Surah Taha atau Surah An- Nami dan membaca sendiri, bagi saya itu sudah cukup bermakna,” akuinya.