Home Blog Page 19

Konsert Dewa 19, mengulangi sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim

PADA 6 Jun lalu, stesen LRT (transit aliran ringan) Bukit Jalil sesak kerana berlakunya pertembungan dua acara besar iaitu Konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia yang berlangsung di Unifi Arena Bukit Jalil dan di sebelahnya, Stadium Nasional Bukit Jalil pula ada konsert, G.E.M’s I Am Gloria World Tour 2.0, penyanyi dari Hong Kong.

Peminat-peminat kumpulan Dewa 19 yang dikenali sebagai Baladewa dan Baladewi, pasti seronok kerana dapat menonton persembahan kumpulan tersebut yang turut menampilkan kumpulan Padi Reborn sebagai pembika tirai persembahan.

Memang betullah kumpulan Dewa yang ditubuhkan di Surabaya pada 1986 dan dianggotai oleh Ahmad Dhani (pemain keyboard, vokalis), Andra Ramadhan (gitar), Agung Yudha (dram), Yuke Sampurna (bes) itu telah menaburkan cinta dalam kalangan peminat tempatan.

Tiga penyanyi yang menjayakan konsert Dewa 19-Cintaku Tertinggal di Malaysia, Ello (dari kiri), Ari Lasso dan Virzha.

Mana taknya, hampir setiap lagu yang dinyanyikan oleh vokalis Dewa 19 turut disambut oleh penonton yang menjadikan konsert tersebut seolah-olah ‘pusat karaoke’ bagi mereka.

Ini bukan kali pertama Dewa 19 menampilkan Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe atau Ello sebagai vokalis di pentas yang sama. Ketiga-tiga mereka pernah bergabung sewaktu menjayakan konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa di Stadium Axiata Arena, pada 10 September 2022.

Sayang, Once Mekel yang pernah menjadi vokalis Dewa 19 dan hadir menjayakan konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa sebelum ini tidak tersenarai dalam pilihan Ahmad Dhani selaku tonggak utama Dewa 19.

Vokalis Padi Reborn, Fadly membuka tirai persembahan sebelum kemunculan Dewa 19.

Semua sedia maklum antara Ahmad Dhani dan Once ada berlaku perselisihan faham, dan penyanyi tersebut dilarang mendendangkan lagu-lagu ciptaan Ahmad Dhani (lagu Dewa 19) tiap kali membuat persembahan.

Biarpun tanpa Once, konsert pada malam itu tetap meriah kerana faktor utamanya lagu-lagu Dewa 19 rata-ratanya malar segar dan bukan popular untuk semusim dua saja.

Dewa 19 memulakan persembahan pada pukul 9.50 malam, selepas Padi Reborn selesai mendendangkan lapan buah lagu termasuk lagu popular mereka, “Menanti Sebuah Jawaban”, “Jangan Datang Malam Ini”, “Begitu Indah”, “Ego”, “Hitam” dan “Sahabat Selamanya”, lagu nyanyian Padi Reborn untuk animasi Upin Ipin.

Sebagai orang kuat Dewa 19, Ahmad Dhani memulakan persembahan dengan lagu “Cinta Gila sebelum Virzha tampil meneruskan persembahan dengan lagu Pengeran Cinta”, “Perempuan Paling Cantik Di Negeriku Indonesia” dan “Larut”.

Al Ghazali, anak Ahmad Dhani menggantikan tempat Tyo Nugros bermain dram mengiringi persembahan Virzha.

Turut dipaparkan juga video pemain dram undangn, Tyo Nugros yang menyatakan rasa sedih kerana tidak dapat hadir untuk menjayakan konsert di Malaysia kerana masalah dengan imigresen.

Tempat Tyo yang sepatutnya mengiringi Virzha atau Di Muhammad Devirzha sewaktu menyanyikan lagu “Perempuan Paling Cantik Di Negeriku Indonesia” diganti oleh anak sulung Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali atau nama lengkapnya, Ahmad Al Ghazali Kohler.

Ternyata kejadian yang sama pernah berlaku sewaktu ‘Dewa 19 Reunion Live in Concert’ di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 2 Februari 2019.

Ketika itu Ahmad Dhani tidak dapat hadir kerana masalah undang-undang dan diganti oleh anaknya, Abdul Qodir Jaelani (Dul Jaelani), anak ketiganya bersama bekas isteri, Maia Estianty untuk bermain keyboard.

Ello mendendangkan lagu Dewa 19 dengan gaya tersendiri.

Selepas Virzha, muncul pula Ello mendendangkan lagu “Arjuna”, “Dewi” dan “Sudah”.

“It’s good to be back. Inilah masanya untuk you guys to joget-joget sikit,” kata Ello yang gaya persembahannya ala-ala mendiang Freddie Mercury, vokalis utama kumpulan Queen yang ditubuhkan di London pada 1970.

Kemudian muncul pula Ari Lasso yang merupakan penyanyi terawal mewakili Dewa 19 berbanding Virzha dan Ello. Beliau memulakan persembahan dengan lagu “Aku Milikmu”, “Kirana” dan “Satu”.

Kehadiran Javier Parissi bukanlah sebagai vokalis untuk Dewa 19 tapi sebagai penyanyi jemputan kerana penampilannya ibarat klon kepada John Lennon yang merupakan vokalis dan pemain gitar rythm untuk kumpulan The Beatles.

Selain menjadikan kumpulan Queen sebagai rujukan kerjaya seninya, Ahmad Dhani juga menjadikan karya mendiang John Lennon sebagai ‘gurunya’.

Ahmad Dhani juga mendendangkan lagu “Sedang Ingin Bercinta” dan “Madu 3” selain bermain keyboard.

Pada malam itu Javier Parissi, penyanyi kelahiran Argentina itu mendendangkan lagu “Flowers In The Desert”, ciptaan Ahmad Dhani yang dimuatkan dalam album “Republik Cinta” pada 2006 serta lagu popular John Lennon, “Imagine”.

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berdurasi kira-kira tiga jam lebih itu menampilkan lebih 24 buah lagu dan yang pasti penonton terhibur mendengar lagu-lagu yang menjadi sebahagian daripada nostalgia kehidupan masing-masing.

Bagi yang ingin berulang kali menjayakan konsert seperti Dewa 19, pastikan lagu-lagu yang dikeluarkan mampu menarik perhatian ramai dan bukan popular sementara sahaja.

Jika lagu yang dikeluarkan berjaya ‘melekat’ di hati pendengar, maka karya tersebut tidak akan ada tarikh lupus.

‘Seksa Jiwa’ Andi Bernadee berakhir dengan ‘Ding Geding’

Oleh: Khadijah Ibrahim

SELEPAS sembilan tahun menunggu, akhirnya Andi Bernadee berjaya mengeluarkan album sulung yang berjudul “Ding Geding”.

Untuk mengeluarkan album perdana tersebut bukanlah mudah kerana Andi atau nama penuhnya, Andi Azrul Andi Mapangile, 35, telah melalui pelbagai cabaran.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau berdepan pelbagai cabaran termasuk gangguan kesihatan fizikal dan mental, namun tetap meneruskan proses rakaman serta penghasilan album.

“Sejujurnya saya rasa sangat lega dan bersyukur. Saya menunggu selama sembilan tahun untuk menghasilkan album pertama dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan.

Andi Bernadee terpaksa melalui pelbagai dugaan sebelum berjaya mengeluarkan album sulungnya, baru-baru ini.

“Saya pernah melalui fasa di mana suara tidak keluar dan badan menggeletar, tetapi saya tetap ke studio dan meneruskan perjuangan selagi ada kudrat,” katanya.

Pengalaman tersebut turut mengubah perspektif Andi terhadap kehidupan dan kerjayanya sebagai seorang anak seni. Baginya, proses dan perjalanan yang dilalui kini lebih bermakna berbanding hanya memberi fokus kepada hasil akhir semata-mata.

Menerusi “Ding Geding”, Andi turut memperkenalkan sisi dirinya yang lebih berani bereksperimen dan terbuka untuk mencuba perkara baharu dalam muzik.

Walaupun masih mengekalkan identiti yang dikenali peminat, beliau percaya album ini menunjukkan perkembangan dirinya sebagai seorang pengkarya.

Nama “Ding Geding” pula diinspirasikan daripada sebuah babak ikonik dalam filem klasik Melayu “Ahmad Albab”, melibatkan watak anak jin yang menyebut frasa “berding-geding”.

Lagu “Seksa Jiwa'” menguji Andi Bernadee kerana mencuba genre baharu.

Daripada inspirasi tersebut, Andi mula membentuk idea untuk menghasilkan karya yang bersifat playful, mudah melekat dalam ingatan dan mampu mencipta pengalaman mendengar yang menyeronokkan.

“Saya mahu sesuatu yang apabila orang dengar, mereka terus tertarik dan tertanya-tanya. Sama seperti album ini, setiap lagu mempunyai warna dan identitinya yang tersendiri,” katanya yang sebelum ini popular dengan lagu “Satu Peluang” dan “Donde”.

Album tersebut menampilkan 12 buah lagu dengan pelbagai tema dan emosi. “Ding Geding menjadi refleksi perjalanan hidup, pengalaman serta perkembangan seni Andi sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu.

Menurut Andi, album tersebut boleh digambarkan sebagai “permulaan satu rentak” yang menghimpunkan pelbagai perasaan dan pengalaman dalam satu karya.

“Album ini ada momen seronok, kecewa, bingung dan bahagia. Semua emosi itu ada dalam satu album kerana itulah realiti kehidupan sebenar. Emosi manusia sentiasa berubah-ubah dan saya mahu pendengar merasai perjalanan tersebut bersama saya,” katanya.

Salah satu lagu yang paling memberi kesan mendalam kepada Andi ialah “Seksa Jiwa”, sebuah lagu berentak soul ballad yang mencabar dirinya untuk keluar daripada zon selesa.

Album “Ding Geding” menampilkan sisi beza Andi Bernadee yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini.

Genre tersebut bukanlah kebiasaan buat Andi, namun proses menghasilkan lagu itu akhirnya menjadikan ia antara karya kegemarannya dalam album ini.

“Menyiapkan “Seksa Jiwa” bukan sesuatu yang mudah kerana rentak itu bukan makanan saya. Tetapi apabila lagu itu siap sepenuhnya, ia menjadi antara lagu kegemaran saya dalam album ini. Lagu itu benar-benar memberi kesan apabila didengari seorang diri,” jelasnya.

Melalui “Ding Geding”, Andi berharap setiap lagu yang dihasilkan mampu menjadi teman kepada para pendengar dalam apa jua situasi yang sedang mereka lalui.

“Saya harap selepas mendengar album ini, mereka akan rasa bahawa mereka tidak keseorangan. Jika ada mana-mana lagu yang boleh menjadi teman, memberi semangat atau membuatkan mereka rasa difahami, itu sudah sangat bermakna untuk saya sebagai seorang pengkarya.”

Album “Ding Geding” kini boleh mula didengarkan di semua platform penstriman digital sejak 5 Jun lalu.

Yusry serahkan “Jiwa & Raga” untuk penilaian peminat

Oleh: Khadijah Ibrahim

SELEPAS konsert GenKRU selesai, Datuk Yusry tidak berhenti di situ saja. Anggota trio KRU itu yang sempat tampil dengan album “Kaset bersama Datuk Norman dan Edry sempena konsert GenKRU, kini meneruskan perjuangannya sebagai penyanyi solo.

Kali pertama Yusry Abdul Halim, 53, tampil dengan album solo adalah pada 2003 menerusi album berjudul “Yusry” dan antara lagu popular dari album tersebut adalah “Dekat Padamu” dan “Jika Kau Tiada”, duet bersama Erra Fazira.

Kini beliau kembali dengan single solo terbaharu berjudul “Jiwa & Raga” yang diterbitkan oleh Sony Music Entertainment.

Karya berentak balada moden penuh emosi, yang mengangkat tema cinta, pengorbanan dan keikhlasan yang lahir daripada hati itu merupakan ciptaan dan penulisan penyanyi rap serta penulis lagu, Luca Sickta.

BAGI Yusry, “Jiwa & Raga” menggambarkan seseorang yang mencintai dengan sepenuh hati dan bukan sekadar kata-kata.

Menurut Yusry, perkara pertama yang benar-benar menyentuh hatinya sewaktu pertama kali mendengar demo “Jiwa & Raga” adalah kekuatan emosi yang dibawa oleh lagu tersebut.

“Bila saya dengar demo lagu ini buat pertama kali, saya terus rasa ada sesuatu yang sangat jujur dalam melodi dan liriknya. Ia bukan sekadar lagu cinta biasa, ia ada rasa kehilangan, pengorbanan dan ketulusan yang dekat dengan kehidupan sebenar.

“Bagi saya, lagu ini menggambarkan seseorang yang mencintai dengan sepenuh hati, bukan separuh jalan, dan bukan sekadar kata-kata. Apabila seseorang sanggup memberi ‘Jiwa & Raga’, itu adalah tahap cinta yang paling dalam,” katanya yang merupakan suami kepada pelakon Datin Lisa Surihani.

Tambah Yusry, “Jiwa & Raga” membawa maksud cinta yang diberikan sepenuhnya tanpa syarat, sehingga seseorang sanggup menyerahkan seluruh jiwa dan dirinya demi insan yang dicintai.

Walaupun terkenal dengan vokal dan gaya persembahan yang cukup ikonik sepanjang
kerjayanya, Yusry mengakui cabaran terbesar ketika merakamkan lagu ini bukanlah dari sudut teknikal nyanyian, tetapi bagaimana untuk menyampaikannya secara tulus dan sederhana.

Pertama kali dengar demo lagu ciptaan Luca Sickta, Yusry sudah dapat rasakan ada aura yang menarik.

“Lagu ini tidak memerlukan nyanyian yang terlalu besar atau berlebihan. Cabaran sebenar adalah untuk buat pendengar percaya pada setiap rasa yang disampaikan. Kadang-kadang emosi yang paling perlahan itulah yang paling kuat,” ujarnya.

Meskipun “Jiwa & Raga” membawa tema cinta, kesetiaan dan pengorbanan, Yusry percaya mesej yang disampaikan dalam lagu ini bersifat “universal” dan dekat dengan pengalaman
ramai pendengar.

Menurut beliau, setiap insan pasti pernah melalui fasa-fasa tertentu dalam kehidupan yang melibatkan cinta, kehilangan, kerinduan atau pengharapan, menjadikan emosi yang dibawakan dalam lagu ini mudah untuk difahami dan dihayati.

“Siapa sahaja yang tidak pernah melalui pengalaman mencintai, merindui atau kehilangan
seseorang dalam hidup? Saya rasa itulah yang menjadikan lagu ini dekat dengan ramai orang. Emosi yang ada dalam “Jiwa & Raga” bukan milik seorang individu sahaja, tetapi sesuatu yang boleh dirasai oleh sesiapa sahaja,” jelasnya.

Bagi memastikan mesej dan emosi lagu ini dapat disampaikan dengan sebaiknya, Yusry menggunakan pendekatan yang lebih ‘natural’ ketika sesi rakaman berlangsung.

“Saya cuba sampaikan lagu ini dengan sejujur mungkin. Bagi saya, lagu seperti ini tidak
memerlukan nyanyian yang berlebihan kerana kekuatannya sudah ada pada cerita dan
emosinya. Saya hanya mahu pendengar dapat rasakan setiap bait lirik itu dengan cara mereka sendiri,” akuinya.

Dalam masa sama, Yusry turut memuji keupayaan Luca Sickta dalam menghasilkan karya yang bukan sahaja mudah melekat di ingatan, tetapi juga memiliki emosi yang mendalam.

“Luca ada kelebihan menghasilkan melodi yang terus ‘masuk’ bila kita dengar, tapi pada masa sama dia sangat bijak bermain dengan emosi dalam penulisan lirik. Itu yang menjadikan “Jiwa & Raga” lebih istimewa,” kata Yusry tanpa berselindung.

Lagu ini bersifat “universal” dan dekat dengan pengalaman ramai pendengar.

Beliau juga menyifatkan lagu tersebut sebagai antara karya solo paling mendalam pernah
dirakamkannya sepanjang perjalanan seninya.

Yusry berharap lagu tersebut mampu menjadi teman emosi kepada sesiapa yang pernah mencintai dan memberi sepenuh hati dalam sebuah hubungan.

“Saya harap lagu ini dapat menemani mereka yang sedang melalui rasa kehilangan, kesetiaan atau pengorbanan dalam cinta. Kadang-kadang kita cuma perlukan sebuah lagu untuk faham bahawa setiap perasaan itu pernah dirasai oleh orang lain,” katanya yang kini popular dengan watak Datuk Muzaffar dalam drama “Dendam Seorang Mentua”.

Watak tersebut berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan penonton, sekali gus memperlihatkan aura dan karisma beliau yang terus kukuh sebagai figura hiburan tanah air.

Sementara itu, kata Luca, sejak awal proses penciptaan, beliau sudah membayangkan suara Yusry kerana percaya penyanyi itu mempunyai kematangan dan kejujuran yang diperlukan untuk menghidupkan emosi karya tersebut.

“Saya mahu “Jiwa & Raga” kedengaran jujur dan dekat dengan kehidupan sebenar. Lagu ini berkisar tentang cinta, kesetiaan dan pengorbanan yang ramai pernah lalui.

“Sejak awal lagi, saya dapat membayangkan Yusry menyampaikan emosi itu dengan cara yang sangat tulus dan bermakna,” ujar Luca.

“Jiwa & Raga” kini boleh distrim di semua platform penstriman digital utama seperti Apple Music, Spotify dan YouTube.

Kerinduan Dan Air Mata….MPO Berjaya kembalikan Nostalgia Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini

Oleh: Syed Yusof Wafa & Faizah Yasmine Tan Sri Mustapa
Foto: Ehsan MPO
Terima Kasih: Hisham Abdul Jalil
Communications Management
Communications & Creative Services (CCS)
Dewan Filharmonik PETRONAS

Malam yang penuh kerinduan dan air mata penonton, sahabat dan peminat buat seorang bintang legenda negara Allahyarham Biduanita Datuk Sharifah Aini yang tiada gantinya di konsert “A Tribute to Sharifah Aini”

Sungguh luar biasa, Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)berjaya dengan cemerlang mempersembahkan sebuah konsert bertemakan
“A Tribute to Sharifah Aini” meraikan legasi muzik salah satu suara paling merdu di Malaysia pada Sabtu yang lalu di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP).

Khadijah Ibrahim berjaya mengalunkan lagu hit Allahyarham iaitu Hapuslah Airmatamu, Kudaku Lari dan medley Kau Tinggi Di Awan Biru,Terbang Helang dan Rindu.

Allahyarham Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini, merupakan satu nama besar yang gah mewarnai muzik tanah air dengan lagu-lagu yang malar segar sehingga kini dan beliau dikenali dengan gaya yang sungguh anggun dan memukau setiap kali muncul di pentas.

Walaupun telah kembali ke rahmatullah sejak tahun 2014, keunggulan vokal dan kerjaya beliau yang luar biasa sering diperkatakan dengan penuh kekaguman dan tanpa jemu oleh peminat.

Salamiah Hassan berjaya mengembalikan nostalgia Allahyarham
Serta membawa penonton mengimbau kenangan melalui lagu Kenang Daku Dalam
Doamu, Tiada Maaf Bagimu dan medley Inggeris Forever And Ever, I Have A
Dream dan Will You Still Love Me Tomorrow.

Allahyarham begitu menyerlah kredibiliti dan aura yang tiada galang ganti dari segi kualiti serta pengaruh besar dalam industri muzik tempatan.

Digelar ‘anak emas EMI’, jualan album Allahyarham mencapai tahap Emas dan Platinum,
menjadikan beliau antara artis rakaman paling laris sepanjang zaman.

Asmidar pula memukau
dengan lagu hit pertama Sharifah, Seri Dewi Malam, medley tradisional Di Pinggir
Kayangan, Sayang Musalmah, Gunung Banang dan medley pop Oh Di Mana, Surat
Dari Seberang dan Yang Ditunggu Tak Tiba.

Sepanjang kerjaya, Allahyarham telah merakamkan kira-kira 700 buah lagu dan melahirkan lebih daripada 100 album termasuk kompilasi, runut bunyi, kolaborasi dan album Inggeris.

Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini dirancang dengan penuh teliti bagi mengembalikan nostalgia lagu-lagu hit Allahyarham serta mencerminkan setiap sisi seni beliau, dari irama pop, balada, tradisional ke lagu filem dan Inggeris.

Shiha Zikir memberi penghormatan kepada mentornya melalui lagu Mawar Putih Untuk Mama dan
Bunga Tanjung yang pernah digelar sebagai “lagu yang sukar tapi mampu
dibawakan dengan penuh sensitiviti dan keyakinan oleh Sharifah Aini” oleh majalah
Asean Review pada tahun 1977.

Pilihan karya ini merangkumkan diskografi beliau yang luas dan menjadikan ia sebuah konsert yang membangkitkan nostalgia dan mengingatkan kita akan kekuatan muzik Allahyarham yang tiada batas.

Konsert ini berjaya menampilkan penyanyi legenda dan juga sahabat baik Allahyarham iaitu Datuk Khadijah Ibrahim dan Salamiah Hassan.

Khadijah Ibrahim berjaya mengalunkan lagu hit Allahyarham iaitu Hapuslah Airmatamu, Kudaku Lari dan medley Kau Tinggi Di Awan Biru,Terbang Helang dan Rindu.

Di akhir persembahan artis terlibat bersama penonton menyayikan lagu “Seiring Sejalan”.

Manakala Salamiah Hassan berjaya mengembalikan nostalgia Allahyarham Serta membawa penonton mengimbau kenangan melalui lagu Kenang Daku Dalam Doamu, Tiada Maaf Bagimu dan medley Inggeris Forever And Ever, I Have A Dream dan Will You Still Love Me Tomorrow.

Artis muda Asmidar pula memukau dengan lagu hit pertama Sharifah, Seri Dewi Malam, medley tradisional Di Pinggir Kayangan, Sayang Musalmah, Gunung Banang dan medley pop Oh Di Mana, Surat Dari Seberang dan Yang Ditunggu Tak Tiba.

Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini dirancang dengan penuh teliti bagi mengembalikan nostalgia lagu-lagu hit Allahyarham serta
mencerminkan setiap sisi seni beliau, dari irama pop, balada, tradisional ke lagu filem dan Inggeris.

Penyanyi popular Shiha Zikir memberi penghormatan kepada mentornya melalui lagu Mawar Putih Untuk Mama dan Bunga Tanjung yang pernah digelar sebagai “lagu yang sukar tapi mampu dibawakan dengan penuh sensitiviti dan keyakinan oleh Sharifah Aini” oleh majalah Asean Review pada tahun 1977.

Di akhir persembahan artis terlibat bersama penonton menyayikan lagu “Seiring Sejalan”.

Kesemua lagu diberi gubahan khas untuk MPO oleh sentuhan emas Azhad Sulaiman, Shahhakam Mokhtar, Jenny Chin, Ilham Subri, Luqman Aziz dan Ahmad Muriz sendiri, membolehkan penonton menikmati legasi ini dalam interpretasi yang belum pernah didengari sebelum ini.

Tinggal kenangan… Kak Pah bersama sahabat media beliau dalam sebuah majlis.

Konsert malam tersebut turut dihadiri oleh anak kesayangan Allahyarham iaitu Haji Aliff Omar Ali serta isteri Dr. Ira, Misha Omar, Atilia dan Dee Jangan Ketawa.

Keseluruhan penonton begitu terhibur dengan persembahan artis di Konsert tersebut dan merupakan kejayaan cemerlang anjuran MPO mengembalikan detik sejarah penuh emosi dan indah seorang Biduaita Negara bernama Sharifah Aini…..Al-Fatihah buat Allahyarham.

Jason Mraz kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun

Oleh: Khadijah Ibrahim

BAGI peminat-peminat Jason Mraz jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan penyanyi kesukaan anda kerana beliau akan hadir lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert.

Penyanyi, pencipta lagu dan gitaris itu akan menjayakan Konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Zues Event, pada Sabtu, 31 Oktober 2026, di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Pemenang Anugerah Grammy yang sering memberi inspirasi kepada pelbagai generasi menerusi lagu-lagu penuh semangat dan emosi yang melangkaui identiti akustik-pop dengan gabungan elemen folk, reggae, R&B dan disko itu
memulakan kerjayanya sebagai penghibur jalanan dan penyanyi di kafe sebelum mendapat kontrak rakaman.

Jason Mraz bukan sekadar menyanyi, beliau juga seorang pencipta lagu dengan lirik yang penuh mesej

Sejak bergelar penyanyi rakaman yang muncul dengan album perdana pada 2002, “Waiting For My Rocket To Come” hingga kini penyanyi yang nama penuhnya Jason Thomas Mraz, 49, telah berjaya mengeluarkan sembilan album studio, termasuk album bertaraf platinum dan multi-platinum.

Sebagai penerima penghormatan Songwriters Hall of Fame, diskografi Jason Mraz dipenuhi lagu-lagu malar segar seperti “I Won’t Give Up”, “Lucky” bersama Colbie Caillat, “Have It All”, “I Feel Like Dancing” serta “The Remedy (I Won’t Worry)” yang terus dimainkan dan dinyanyikan di seluruh dunia.

Beliau bukan sekadar aktif dalam seni suara, malah pernah mencuba bakatnya dalam bidang lakonan sebagai pelakon utama dalam muzikal Broadway “Waitress” karya Sara Bareilles. Beliau juga pernah menjadi penerbit eksekutif dokumentari “The Opener”.

Naib juara rancangan Dancing with the Stars Musim ke-32 itu juga merupakan seorang aktivis kemanusiaan dan menubuhkan Jason Mraz Foundation bagi menyokong program pendidikan seni inklusif dan memperjuangkan kesaksamaan.

BAGI peminat Jason Mraz, inilah masanya untuk menonton persembahan beliau secara langsung.

Semua keuntungan daripada album 2020 beliau, “Look for the Good”, disalurkan kepada organisasi yang memperjuangkan keadilan sosial dan kesaksamaan.

Dengan topi fedora ikonik dan petikan gitarnya, Jason Mraz dijangka menghidangkan persembahan penuh irama dan lirik menerusi deretan lagu popular serta material baharu yang pasti mengubah mengubah stadium menjadi pesta nyanyian beramai-ramai.

Sementara itu, Pengarah Zues Event, Jeffery Chin berkata, ramai rakyat Malaysia membesar dengan lagu-lagu Jason Mraz, dan muziknya masih relevan hingga hari ini kerana membawa mesej positif, emosi dan keaslian.

“Kami meneruskan momentum daripada kejayaan konsert K-pop kami baru-baru ini dengan membawa pengalaman berbeza yang penuh hubungan emosi dan tenaga positif.

Tiket untuk konsert Jason Mraz mula dijual pada 11 Jun ini.

“Kami percaya kepulangan Jason Mraz ke Kuala Lumpur bukan sahaja akan menarik peminat setianya, malah pencinta muzik yang mahukan pengalaman persembahan langsung bertaraf dunia yang menghiburkan. Malam itu juga dijanjikan dengan pertunjukan percikan api dan langit dihiasi dron,” katanya.

Tiket akan mula dijual menerusi etix.my pada Khamis, 11 Jun bermula jam 10.50 pagi dengan harga RM688 (Jazzy), RM588 (Acoustic), RM488 (Soulful), RM388 (Originals), RM288 (Nostalgic) dan RM158 (Signature – Restricted View), tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Semua kategori tiket adalah tempat duduk. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Zues Event di Facebook dan Instagram

Nazim ‘dibenci’ kerana Razman, lakonannya menjadi

Oleh: Khadijah Ibrahim

BAGI yang mengikuti Griya atau Griya: Rahsia Seorang Lelaki, drama bersiri genre thriller misteri yang disiarkan di platform penstriman iQIYI Internatianol dan Netflix, pasti geram melihat watak Razman lakonan Nazim Othman itu.

Drama 10 eisod, terbitan Skop Productions hasil arahan Faisal Ishak itu menampakkan perwatakan yang jarang dilakonkan oleh Nazim, namun beliau berjaya membuat penonton tidak sabar untuk mengetahui apa kesudahan nasib Razman.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 42, berkata, untuk melakonkan watak Razman yang psiko memang mencabar tapi berbekalkan pengalaman dalam bidang lakonan, beliau dapat menjayakan peranan tersebut dengan berkesan.

Nazim Othman melakonkan watak Razman, duda kaya yang mempunyai pelbagai personaliti.

“Watak Razman, dia bukan narsistik tapi dia ada personality disorder. Dia bukan sekadar personaliti tapi mentally dan lain daripada narsistik. Dia perlu dapatkan profesional help kerana itu bukan anxiety depresi.

“Nak kata susah untuk ‘hidupkan’ watak sebegitu ya juga. Apapun saya bersyukur sebab dengan pengalaman dalam kehidupan dan pengalaman sebagai pelakon membantu saya untuk menjayakan watak Razman. Selain itu saya ada team yang sangat bagus,” katanya yang sempat pergi ke Phuket untuk mendalami watak yang bakal dilakonkan sebelum penggambaran dilakukan pada tahun lalu.

Tambah Nazim, beliau bukan sahaja didampingi barisan pelakon dan tenaga kru yang baik dan komited dengan tugasan masing-masing, malah s penerbit (Syamin Yusof) juga membantunya.

“Untuk cerita ini, Syamin sediakan saya personal trainer dan plan makanan untuk besarkan badan sikit kerana waktu itu saya kurus. Jujur, saya memang suka berlakon dengan team ini kerana kami saling membantu.

“Tak ada sesiapa boleh bekerja seorang diri. Sebagus mana pun pelakon itu, dia tak boleh bekerja sendiri. Saya sangat menghargai bukan saja barisan pelakon dan pengarah, tapi kru di sebalik tabir,” akuinya.

Bercerita tentang karakter Razman, seorang duda kaya yang berkarisma dan misteri serta suspek utama Dektektif Liana berikutan kehilangan dan kematian dua bekas isterinya, Nazim perlu menampakkan kelainan dalam lakonannya.

“Untuk karakter Razman ini saya banyak main mata untuk membezakan karakter saya dengan lakonan terdahulu. Saya kurangkan kerdip mata dan saya fokus dengan melihat ke mata pasangan lakon. Dari segi emosi tu, saya tak ada masalah.

Untuk watak Razman, Nazim banyak bermain dengan pandangan mata yang penuh persoalan.

“Saya tak mengambil masa lama untuk bawa watak ini sebab berdasarkan pengalaman. Bila kita guna pengalaman sebaliknya dan fokus memang tak mengambil masa yang lama untuk menjiwai watak” katanya lagi.

Namun di sebalik lakonan yang ditonjolkan, Nazim tidak dapat menolak rasa bersalah apabila dalam satu adegan jatinya tercocok mata Nia Antasha yang berlakon sebagai Sara (isteri kedua Razman).

“Dalam adegan di basement (bawah tanah) saya berlakon sama Nia dan Dynas. Untuk scene tu saya kena mengasari watak Nia. Jadi dalam nak cari sudut kamera yang baik, secara tak sengaja tercucuk mata dia.

“Saya terus kena anxiety masa tu sebab kasar is one thing walaupun berlakon, lepas tu tak berjaya menipu (angle kamere trick) dan terkena pula. Sudah tentu saya disulam rasa bersalah. Saya rasa takut sebab kena mata orang, perempuan pula tu. Saya rasa bersalah sangat tapi saya salute pada Nia kerana dia pelakon profesional, individu yang sangat matang dan dia pula yang menenangkan saya.

“Mestilah saya risau sebab mata sangat sensitif tapi alhamdulillah. Lepas saya tercucuk mata Nia, saya tertampar Dynas pula. Watak Razman memerlukan dia ganas tapi saya sangat bersyukur untuk watak ini,” akuinya.

Bercakap mengenai watak, kata Nazim jika diberi ruang beliau ingin berlakon dalam karya genre aksi tapi belum berkesempatan.

“Sebagai pelakon saya nak mewarnai saya punya portfolio. Antara watak yang saya idamkan adalah watak aksi sebelum saya punya circle berakhir. Kita ada circle, kita kena berpihak di bumi nyata.

Mendapat rakan lakon yang komited memudahkan tugasan Nazim Othman.

“Selagi saya masih sihat dan ada kudrat, saya harap sangat dapat peluang itu. Tapi saya tak nak sangat terlalu berharap, saya percaya pada rezeki kerana itu semua Allah yang tentukan.

“Kalau tanya saya sebagai pelakon, ya saya idamkan watak aksi berpakain uniform sebab bapa saya dulu TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Teringin juga watak military. Saya yakin berdasarkan pengalaman saya dan keyakinan diri saya sekarang, saya mampu untuk menjayakan watak sebegitu. Cuma menunggu ruang saja,”katanya terus terang.

Tambahnya lagi, jika ada watak yang ditawar memerlukan beliau membotakkan kepala, Nazim tidak keberatan.

“Kalau ada tawaran untuk botakkan kepala, saya sangat terbuka. Orang ada satu naratif pada saya iaitu Nazim ni terlalu menjaga penampilan. Dia mat smart dan tak willing untuk ubah penampilannya demi untuk menjayakan sesuatu watak.

“Itu cuma persepsi orang terhadap saya. Saya tahu apa yang saya nak dan kemampuan saya berdasarkan keyakinan diri saya dan pengalaman saya terbuka.

“Kalau watak itu kena botak dan saya rasa sesuai dengan jalan cerita, kenapa tidak. Saya terbuka dari dulu lagi cuma mungkin orang tak nampak,” ujarnya.

Normadiah seniwati paling ‘versatile’

Oleh: SYED WAFA
Foto Koleksi Syed Wafa
Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan)

APABILA bercakap mengenai Allahyarham Seniwati Normadiah pasti terbayang di minda anda hanya ‘watak hitam’ yang pernah dilakonkannya dan membuatkan penonton ‘benci’ antaranya isteri curang dalam filem “Semerah Padi” (1956) dan ibu tiri yang garang dalam “Lela Manja” (1960).

Khabarnya babak Dang Suri (Normadiah) memukul Manja (Bat Latiff) dalam babak setelah sayong berisi air pecah bukanlah lakonan semata-mata sebaliknya ia adalah realiti dan memang menyakitkan. Tetapi kalau sudah itu kehendak skrip sama ada Normadiah atau Allahyarham Bat Latiff, mereka melaksanakannya dengan cemerlang!

SENIWATI ‘versatile’…Normadiah bukan setakat boleh berlakon malah beliau boleh menari dan menyanyi.
SATU babak dari filem “Lela Manja.”
Tanpa perasaan belas Dang Suri (Normadiah) memukul Manja (Bat Latiff) kerana sayong yang mengandungi air jatuh dan pecah.

Itulah Seniwati Normadiah dilahirkan sebagai Edith Sumampouw dan berasal dari Menado, Sulawesi Utara, Indonesia. Beliau adalah anak kepada Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanne Mathilde Huwae.

Setelah memeluk Islam, beliau menukar namanya kepada Norma Abdullah. Beliau yang dilahirkan dalam keluarga seni memulakan kerjaya seninya apabila berhijrah ke Singapura pada tahun 1940-an sebagai guru tari dan penyanyi kumpulan bangsawan.

Apabila ramai pelakon bangsawan beralih ke filem Normadiah mencuba nasib dan “Seniwati” (1953) adalah filem pertama lakonannya.

NORMADIAH sebagai Melati ‘tarzan wanita’ dalam satu babak filem “Belantara.”
KRU di lokasi pengambaran filem “Belantara” terbitan tahun 1957.

Allahyarham Seniman AR Tompel sebagai pengarah bersama filem berkenaan ketika beliau temui di Nusantara Film Corporation adalah orang yang bertanggungjawab menukar nama Norma Abdullah kepada Normadiah. Alasan AR Tompel nama itu akan membuatkan beliau lebih dekat di hati para peminat filem Melayu!

Menelusuri seorang Normadiah, beliau bukan calang-calang seniwati bukan sahaja sejak zaman Studio Jalan Ampas malah sehingga hari ini belum ada seorang seniwati yang boleh menandingi kehebatan dan keberanian isteri kepada Allahyarham Seniman Aziz Jaafar.

Normadiah berjaya bawa perlbagai watak!
NORMADIAH bersama Allahyarham Seniman Shariff Dol (tengah) di set pengambaran sebuah filem.

Beliau sememangnya dilahirkan sebagai ‘seorang seniwati yang versatile’ dan satu-satunya ‘bintang yang bergemerlapan’ dengan bakat dan anugerah-Nya yang tidak dimiliki oleh seniwati lain.

Realitinya selain berbakat dalam bidang lakonan dan mampu menyantuni pelbagai watak dan karakter bukan sahaja sebagai ibu tiri yang garang dan isteri curang malah beliau juga boleh membuatkan penonton ketawa dengan lawaknya.

DI ZAMAN popularitinya, NORMADIAH turut diundang menjadi penghias muka depan Majalah Filem dan Sport.
NORMADIAH sebagai Aloyah dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok.”
Selain berlakon beliau juga merupakan salah seorang anggota Panca Sitara. Filem ini adalah yang terakhir menggandingkan Normadiah dengan P. Ramlee.

Beliau juga berbakat sebagai penari dan pereka tari tarian tradisional Melayu bukan sahaja untuk babak dalam filem pada zaman kegemilangan filem Melayu, malah pada era 1980-an beliau mempunyai kumpulan penarinya yang dikenali Normadiah Dancers dan sering mengiringi persembahan para artis dalam program hiburan terbitan RTM.

Memiliki suara yang lunak didengar Normadiah juga pernah berduet dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem “Bujang Lapok, Panggilan Pulau, Perjodohan dan Siapa Salah.”

Dalam filem “Siapa Besar”(1964) bersama Aziz Sattar.
SENIWATI Studio Jalan Ampas yang menjadi pujaan ramai ketika era filem Melayu 1950-an.
Duduk kiri: Normadiah dan Allahyarham Mariam.
Berdiri kanan: Saadiah dan Dayang Sofia.

Lagu duet Normadiah dengan P. Ramlee antaranya “Bulan dan Juga Angin, Mengapa Riang Ria dan Kumbang dengan Bunga.”

Bukan itu sahaja malah Normadiah adalah ahli asal kumpulan Panca Sitara yang kemudian diganti oleh Saloma. Tetapi setelah Saloma meninggal dunia pada 24 April 1983, beliau menyertai semula Panca Sitara sehingga akhir 1990-an yang dianggotai oleh Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarham Seniman Datuk Aziz Sattar, Aziz Jaafar dan Allahyarham Nasir P. Ramlee.

Setelah “Seniwati,” Normadiah berhijrah ke Malay Film Production (MFP) di Studio Jalan Ampas. Bersama MFP beliau membintangi sebanyak 26 filem dengan dua daripadanya berpasangan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem “Salah Siapa,” (1953), “Panggilan Pulau” (1954) dan filem terakhir bersama MFP ialah “Raja Bersiong” (1968).

Antara barisan artis yang berangkat ke Congo pada 3 April 1961.
Bersama seniwati Hashimah Yon di Congo (1961)
Kenangan manis di Congo.

Sementara itu, Normadiah juga berpeluang berlakon dalam tiga filem arahan P. Ramlee iaitu “Semerah Padi” (1956), “Bujang Lapok” (1957) dan “Ali Baba Bujang Lapok” (1961).

Sepanjang perjalanannya sebagai pelakon, Normadiah mencatatkan sejarahnya tersendiri sebagai Seniwati paling berani melakonkan babak bersama ular sawa bukan sahaja pada era kegemilangan filem Melayu di Studio Jalan Ampas malah sehingga hari ini belum ada seorang pelakon yang sanggup menjalani babak bersama ular sawa melainkan babak itu dilakonkan oleh pelakon lagak ngeri!

Bukan sekali beliau harus bergelut dengan ular sawa malah dua kali iaitu dalam filem “Belantara” (1957) dan “Lubalang Daik” (1962).

PERDANA Menteri ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman bergambar bersama Seniwati dari Studio Jalan Ampas.
Dari kiri: Seniwati Datuk Dr. Sarimah, Allahyarham Seniwati Normadiah, Allahyarham Seniwati Rahmah Rahmat dan Allahyarham Seniwati Datin Saadiah.
ALLAHYARHAM P. Ramlee (berkemeja warna pucuk pisang) bersama seniwati dan seniman Studio Jalan Ampas.
Dari kiri: Ali Fiji, S. Sudarmaji dan Zaiton.
Dari kanan: Aziz Sattar dan Normadiah.

Filem “Belantara” arahan S. Ramanathan, sebagai Tarzan wanita yang juga gadis pulau bernama Melati, berminggu-minggu Normadiah berlatih untuk babak berlawan, bergelut dengan ular sawa, berenang dalam laut bergelombang dan berenang menentang arus sungai yang deras, menunggang gajah dan melompat dari pokok ke pokok. Semuanya beliau berjaya lakukan sendiri.

Malang tidak berbau apabila penggambaran yang melibatkan Normadiah bergelut dan bergusti dengan seekor ular sawa liar yang pernah menelan seekor binatang dengan ganas membelit badan Normadiah sehingga sukar bernafas, menggigit tangannya yang mana akhirnya beliau pengsan!

Nasib menyebelahinya apabila Allahyarham Seniman Nordin Ahmad dan kru yang berada di situ dengan pantas menangkap dan melepaskan belitan ular sawa berkenaan.

Berikutan kejadian itu, beliau dikejarkan ke hospital dan dua minggu beliau berehat. Walaupun kejadian ngeri yang dialami, namun beliau bersyukur kerana kandungannya selamat. Tanpa pengetahuan semua, ketika penggambaran babak itu beliau sedang mengandungkan Sharifah Hasnor, anak sulung bersama suaminya, Syed Hassan.

Selepas sihat, Normadiah meneruskan penggambaran babak tersebut dan kali ini, Pete, ular sawa liar dan ganas sepanjang 20 kaki itu yang dibeli dengan harga 75 ringgit tewas di tangan Melati (Normadiah).

NORMADIAH, Hashimah Yon dan Dayang Sofia bersama aktres Hollywood, Elizabeth Taylor di Festival Filem Asia Pasifik, di Tokyo pada tahun 1950-an.
FILEM “Aksi Kucing” menggandingkan Normadiah, Aziz Sattar dan Zaiton.

Selain Normadiah, “Belantara” turut dibintangi Nordin Ahmad, Allahyarham Salleh Kamil, Allahyarham Ibrahim Pendek, Allahyarham S. Shamsuddin tetapi sayangnya filem berkenaan musnah akibat banjir besar yang melanda Studio Jalan Ampas!

Lima tahun kemudian, sekali lagi dan kali ini dalam filem “Lubalang Daik” (1962), Normadiah diberi watak yang melibatkan babak bergelut dengan ular sawa tetapi tidak seganas Pete. Bagaikan telah dijanji dalam filem ini juga Normadiah sedang hamil dan beliau mengandungkan Azlina Aziz, anak sulung beliau bersama Aziz Jaafar.

Hampir empat dekad dalam dunia seni, Normadiah telah membintangi hampir 60 filem dengan filem terakhir “Orang Kampung Otak Kimia” (1990).

KEJELITAAN Normadiah terserlah dan menjadi kegilaan peminat filem Melayu ketika itu.
NORMADIAH bergaya dengan kebaya.
NORMADIAH bersama Zaiton.

Normadiah yang pernah berkahwin tiga kali iaitu Abdul Rahman dan Syed Hassan Sahab yang berakhir dengan perceraian sementara Aziz Jaafar kekal sehingga akhir hayatnya, dikurniakan lima orang anak antaranya Sharifah Hasnor dan Syed Hasnorolekzan Syed Hassan Alshahah atau lebih dikenali Ekzan, Azlina dan Liza Aziz.

Seniwati Normadiah juga bersama seniwati Hashimah Yon, Allahyarham S.M. Salim, Allahyarham Ismail Botak serta Allahyarham Hamzah Dolmat telah mewakili Tanah Melayu ketika itu ke Congo selama sebulan pada 3 April 1961 untuk bertemu anggota Malayan Special Forces (MSF) serta menghiburkan anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang lain.

NORMADIAH tampak manis dengan berselindang
TIGA bintang…Allahyarham Puan Sri Saloma, Normadiah dan Datuk Rosnani.

Selama bergelar anak seni beliau pernah menerima Anugerah Khas Juri bagi Rekaan Pakaian Tradisional Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-3 (FFM3) pada tahun 1982.

Sementara pada Festival Filem Malaysia ke-6 (FFM6) pada tahun 1986 beliau menerima Anugerah Khas Pelakon Wanita Veteran.

PASANGAN bahagia…Normadiah bersama suami tercinta, Allahyarham Aziz Jaafar.
AZIZ Jaafar dan isteri tersayang, Normadiah.

Pada Festival Filem Malaya 1955, Normadiah menerima Anugerah Aktres Terbaik kerana lakonannya dalam filem “Empat Isteri” (1955).

Lakonannya sebagai Dang Suri, ibu tiri yang garang dalam filem “Lela Manja” telah melayakkan beliau dianugerahkan Aktres Pembantu Terbaik pada Festival Filem Malaya 1960.

ANAK-anak kesayangan pasangan suami-isteri, Aziz Jaafar dan Normadiah.
Berdiri dari kiri: Azlina Aziz, Syed Ekzan dan Liza Aziz bersama rakan mereka.
KE MANA tumpahnya kuah…Azlina dan Liza Aziz mewarisi bakat ayah dan ibu mereka.
SHARIFAH Hasnor pandai menari, nampaknya beliau mewarisi bakat ibunya, Normadiah.

Normadiah juga pernah menerima Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman di Konsert Diva 2000 yang diadakan di Singapura.

Beliau juga menerima Anugerah Panggung Era di Anugerah Era 2001.

Saya juga tidak akan lupa pengalaman bersama seniwati legenda ini.Beliau seorang yang begitu ramah dan mudah berkongsi pengalaman jika ditanya pengalaman sepanjang bergelar anak seni.Seni sudah menjadi darah daging bagi beliau,malah hidup dan matinya adalah sebagai anak seni.

Kenangan indah Syed Wafa (Penulis) bersama seniwati legenda Normadiah.

Normadiah meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada usia 67 tahun kerana penyakit apendiks dan kencing manis pada 8 Ogos 2000.

Kami di Ladybosz mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam golongan orang beriman… Amin.

NORMADIAH disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Kredit: Terima kasih Ladybosz.com dan Dato Seri Rozita Ramelan

“RINDU INI TETAP ADA” KISAH BENAR ROZITA ROHAIZAD

Oleh : Syed Yusof Wafa

Penyanyi legenda Rozita Rohaizad terus menyerlah, selepas pengedaran lagu raya Rindu Aidilfitri pada bulan Mac lalu, beliau kembali menghasilkan single terbaharunya yang berjudul “Rindu Ini Tetap Ada”.

Sebuah karya balada menyentuh jiwa yang diinspirasikan daripada kisah benar tentang kehilangan, pengorbanan dan keikhlasan cinta yang kekal mekar dalam ingatan.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer berbakat Lieynur Liey, manakala liriknya ditulis
bersama oleh Rozita Rohaizad dan Lieynur Liey.

Sentuhan susunan muzik dan penerbitan pula dikendalikan oleh Fauzi Aisunam. Proses rakaman telah dijalankan di FGI Studio manakala pengedaran rasmi single ini dikendalikan oleh Melissa Record.

Sebuah karya balada menyentuh jiwa yang diinspirasikan
daripada kisah benar tentang kehilangan, pengorbanan dan keikhlasan cinta yang kekal mekar
dalam ingatan.

Kemunculan semula Rozita Rohaizad menerusi lagu ini membuktikan bahawa suara dan
penghayatan beliau masih mampu menyentuh hati pendengar pelbagai generasi.

Menurut Rozita, lagu ini sangat dekat dengan perjalanan hidup dan pengalaman yang pernah dilalui.

“Ada cinta yang tidak dapat dimiliki, namun tetap hidup dalam kenangan. Ada rindu yang tidak pernah hilang walaupun masa terus berlalu. Itulah kisah yang ingin saya sampaikan melalui lagu ini,” ujar Rozita Rohaizad.

Single ini juga menjadi simbol kerinduan Rozita kepada ahli keluarga dan insan seni terkemuka yang telah pergi meninggalkan beliau. Rozita bersyukur kerana masih diberi peluang menyambung legasi mereka dan terus berkarya.

Beliau turut memilih lagu ini kerana mempunyai ciri-ciri album 1990 beliau yang berjudul Hingga Keakhirnya, album kegemaran arwah ibunya Seniwati Mariani Ismail.

Sebenarnya lagu “Rindu Ini Tetap Ada” mengisahkan seorang insan yang masih menyimpan kenangan terhadap cinta yang telah pergi.

Walaupun perpisahan menjadi takdir, kerinduan tetap hidup dan menemani perjalanan hidup seseorang. Lagu ini membawa pendengar menyelami perasaan rindu yang mendalam namun penuh reda, pengorbanan dan keikhlasan.

“RUMPUN SUARA WARISAN” KUMPULAN MARHABAN ARTIS LEGENDA

Oleh: Syed Yusof Wafa

Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) telah mengumumkan penubuhan sebuah Kumpulan Marhaban baharu yang dikenali sebagai “Rumpun Suara Warisan”, yang dianggotai oleh seramai 15 orang ahli terdiri daripada artis-artis veteran dari pelbagai latarbelakang seni.

Penubuhan kumpulan ini adalah sebagai satu usaha memperkasakan seni warisan
Islam dan budaya Melayu tradisional melalui alunan marhaban, selawat dan lagu-lagu
berunsurkan kerohanian serta perpaduan masyarakat.

Selain menjadi platform mengeratkan silaturahim sesama ahli, kumpulan ini juga bertujuan memelihara warisan seni tradisional agar terus dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang.

Kumpulan ini bersedia menerima tempahan untuk majlis-majlis khatam Al-Quran,
cukur jambul, aqiqah dan lain-lain. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi admin di
talian 013-3510433.

Presiden PKAVM, Puan Sandakiah Azez berkata “Rumpun Suara Warisan” akan terlibat dalam pelbagai program kemasyarakatan, majlis keagamaan, sambutan majlis rasmi, aktiviti kebajikan dan acara budaya di seluruh negara.

“Penglibatan artis veteran dalam kumpulan ini diharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat serta membuktikan bahawa golongan penggiat seni veteran masih aktif menyumbang kepada pembangunan budaya dan perpaduan negara. PKAVM percaya bahawa seni marhaban bukan sahaja mampu menyatukan masyarakat, malah menjadi medium dakwah dan hiburan berunsur positif yang penuh dengan nilai murni, adab dan keharmonian,” ujar Sandakiah.

Kumpulan ini diketuai oleh Hamidah Urif, dengan anggota lain seperti Norlia Ghani, S.
Mariam, Ayati Tasrip, Datin Fadilah Mansor, Asiah Urif, Raftah Bachik, Mak Wan Latah,
Khatijah Abu Hassan, Noraini Atan, Zalifah Ibrahim, Lydia Shahibullah, Maya DFKL,
Datin Zorida Mat Piah dan Rozita Rohaizad.

Kumpulan ini diketuai oleh Hamidah Urif, dengan anggota lain seperti Norlia Ghani, S.
Mariam, Ayati Tasrip, Datin Fadilah Mansor, Asiah Urif, Raftah Bachik, Mak Wan Latah,
Khatijah Abu Hassan, Noraini Atan, Zalifah Ibrahim, Lydia Shahibullah, Maya DFKL,
Datin Zorida Mat Piah dan Rozita Rohaizad.

Sehubungan itu, PKAVM mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak termasuk
agensi kerajaan, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat
umum bagi menjayakan aktiviti serta perkembangan kumpulan “Rumpun Suara
Warisan”. Sebarang bentuk penajaan adalah dialu-alukan.

Kumpulan ini bersedia menerima tempahan untuk majlis-majlis khatam Al-Quran,
cukur jambul, aqiqah dan lain-lain. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi admin di
talian 013-3510433.

Filem 5 Bomoh papar aksi ‘scammer’ sebagai pengajaran

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEJAK 4 Jun lalu, filem 5 Bomoh arahan Syed Fariz terbitan bersama Global Station, Skop Productions, Primeworks Studios, Aizu Group dan Mask Team ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Melihat kepada judul filem, yang skripnya ditulis oleh Fairul Nizam Ablah, pasti ada yang kata mesti filem seram dan tahayul!

Ala! Kenapa nak gelabah tak tentu pasal. Apa yang diketengahkan dalam filem ini bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Eksekutif di syarikat produksi Global Station Sdn Bhd. , Alia Ramly atau Zetty Alia Ramly berkata, filem genre komedi itu mempunyai maksud yang tersirat.

Wajah-wajah bomoh yang beraksi dalam filem arahan Syed Fariz.

“Ini bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu Malaysia. Dari dulu sampai sekarang mesti kita dengar macam-macam cerita. Nak SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) cari bomoh, nak cari jodoh jumpa bomoh, nak naik pangkat jumpa bomoh.

“Tapi macam mana 5 Bomoh ini yang merupakan lakonan komedi yang membawa hiburan dan budaya tempatan yang sangat relatable untuk penonton tapi kita tak boleh menilai sesiapa.

“Saya harap filem yang dilakonkan oleh barisan pelako dan tenaga kerja yang sangat luar biasa, mampu memberi teladan kepada penonton selain hiburan,” kata Alia.

Filem 5 Bomoh mengetengahkan kisah komedi mengenai sindiran masyarakat moden terhadap bomoh penipu (scammer), isu keluarga, dan obsesi segelintir pihak terhadap keputusan peperiksaan.

Bomoh yang ditonjolkan dalam filem ini ada pelbagai peringkat kerana dalam realiti kehidupan, inilah antara bomoh atau scammer yang sentiasa mengaut keuntungan di atas keperitan atau kesudahan orang lain.

Pelakon Datuk Afdlin Shauki melakonkan watak Bomoh Mbah Slamet, Datuk Amy Search sebagai Bomoh Alami, Aedy Ashraf menjadi Bomoh Dr Neo, Ozlynn Waty tampil sebagai Bomoh Ngok Tawong dan Johan menjadi Bomoh Siam Semchai.

Filem 5 Bomoh bukan sekadar tontonan kerana di sebalik komedi ada pengajarannya.

Lain-lain pelakon yang merupakan tonggak jalan cerita 5 Bomoh ialah Datuk Aaron Aziz sebagai Rashdan, Scha Alyahya melakonkan watak Sakinah, Ungku Hariz membawa peranan Alam, Tiara Suraya Rose sebagai Nisa, anak kepada Rashdan dan Sakinah serta Khairy Jamaludin sebagai Mr. k.

Menurut Syed Fariz , mengarahkan filem yang dibintangi ramai bintang dan nama besar bukanlah sesuatu yang sukar.

“Sebenarnya tidak susah untuk mengarahkan mereka kerana walaupun mereka berstatus bintang, mereka sangat kuat bekerja dan sangat berdisiplin. Selain itu, mereka tahu peranan masing-masing.

“Walaupun ada sesetengah babak kita biarkan mereka melakukan ad-lib (spontan) selagi ia dalam konteks cerita, mereka tetap tahu ruang masing-masing serta karakter mana yang perlu ditonjolkan. Bagi saya, ini memang memudahkan kerja dan sangat menarik,” katanya.

Tambahnya, watak-watak bomoh yang ditonjol adalah sebagai ‘pewarna’ dalam jalan cerita.

“Jika dilihat pada teras ceritanya, ia adalah mengenai seorang ayah yang terlalu obses dengan keputusan SPM anak dan takut anaknya gagal.

“Saya rasa semua rakyat Malaysia boleh rasa ia sangat dekat kerana di Malaysia, SPM dianggap sebagai penentu masa depan.

“Bila tiba waktu itu, semua orang gementar dan takut. Ibu bapa pula, atas rasa risau dan sayang, kadang-kadang terlebih aksi apabila melihat keputusan peperiksaan percubaan.

“Watak Aaron sebagai Rashdan sanggup percaya apa sahaja demi untuk ‘bergantung’ dan menenangkan hatinya sendiri, sehingga ada kalanya membuatkan si anak terlalu bimbang akibat tekanan ibu bapa,” katanya.

Syed Fariz menjelaskan tidak ada masalah baginya mengarah barisan pelakon ternama.

Bagi Bomoh Alami, beliau sendiri agak terkejut apabila ditawar untuk berlakon dalam filem 5 Bomoh kerana sudah lama tidak beraksi di layar lebar.

Dulu Amy atau Suhaimi Abdil Rahman, 68, pernah berlakon filem Kembara Seniman Jalan (1986), Rozana Cinta 87, Fenomena, Isabella dan Tan-Ti-Ana (2024).

“Waktu saya ditawar untuk berlakon filem ini, saya tanya betul ke ni? Tapi saya sahut cabaran ini dan ia sebuah adegan yang saya rasa kelakar sebab jadi Bomoh Alami tu macam mana ya. Tertanya-tanya juga apa tugas dia.

“Agak mencabarlah bagi saya yang bukan pelakon seperti pelakon lain dalam filem ini. Mana nak hafal dialog lagi dan sebagainya. Namun saya mahu mencabar diri, alhamdulillah saya dapat melakonkan watak dengan bimbingan pengarah.

“Ada satu scene yang paling saya tak akan lupa adalah scene di bawah pokok. Di mana di atas pokok tu ada penyengat. Sepanjang melakonkan adegan itu dalam hati berdebar saja, takut kena sengat,” kongsi Amy tentang pengalamannya di set penggambaran dan mengaku merujuk watak-watak bomoh dari filem Thailand dan Indonesia.

Amy berharap kemunculannya dalam filem 5 Bomoh dapat diterima baik oleh penonton yang menantikan lakonannya serta peminat filem komedi.