PADA 5 dan 12 Julai ini, kumpulan Wings bakal mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe sempena promosi album terbaharu mereka menerusi showcase istimewa bertajuk “Wings Sunday Night Live”.
Dua lokasi yang bakal menjadi saksi kepada kemuncak “Wings Sunday Night Live” ialah Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (5 Jun) dan diikuti oleh Hard Rock Cafe Melaka.
Showcase eksklusif tersebut dianjurkan dengan kerjasama Awie Entertainment bersama Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, serta disokong oleh RPM Label sebagai pihak pengurusan baharu bagi Wings.
Penganjuran “Wings Sunday Night Live” bukan sekadar sebuah persembahan muzik, sebaliknya menjadi platform istimewa untuk memperkenalkan karya-karya baharu Wings kepada para peminat, di samping mempromosikan album Wings New Era.
Awie bukan saja akan mengadakan persembahan bersama Wings, beliau juga bakal mengadakan konsert solo.
Menurut Datuk Awie, asalnya, siri ini dirancang sebagai jelajah Rock To Rock Tour. Namun, atas kekangan tertentu, penganjur mengambil keputusan untuk memfokuskan penganjuran kepada dua lokasi utama yang dijangka menghimpunkan peminat setia dari seluruh negara.
“Wings bakal tampil dengan persembahan bertenaga berdurasi satu jam setengah menerusi sebuah set istimewa yang merangkumi sekitar 20 buah lagu.
“Penonton akan dihidangkan dengan gabungan lagu-lagu hits yang menjadi kegemaran sepanjang zaman, serta seleksi karya baharu daripada album baharu Wings,” jelas Awie.
Selain Awie sebagai vokalis utama, kumpulan rock legenda itu turut dianggotai oleh Edrie Hashim (gitar), Sham (gitar), Ilham (bass) dan Pae (dram).
Dalam masa yang sama, Wings berharap showcase tersebut dapat menyemarakkan lagi industri seni muzik tempatan serta mengangkat semangat persembahan live dalam kalangan peminat muzik tanah air, selain memperkenalkan dua anggota baharu kepada peminat kumpulan tersebut.
“Kami suka dapat bekerjasama dengan Hard Rock kerana ia satu jenama antarabangsa. Selain itu kami nak suasana yang lebih dekat dengan peminat, menghibura mereka dalam suasana santai.
“Kos juga lebih terkawal kerana ini adalah sebahagian daripada promosi dan kolaborasi jenama,” katanya.
Meskipun setiap kali persembahan, penonton tidak jemu mendengar lagu-lagu hits Wings yang dikeluarkan sejak awal kemunculan tersebut, sebagai penggiat seni Awie berkata, mereka perlu tampil dengan karya baharu.
Tahun ini Wings bakal keluarkan dua album sekali gus bagi memeriahkan perjalanan seni mereka.
“Kami akan keluarkan Dua album tahun ini, satu terbitan Edrie dan satu lagu sentuhan Datuk M.Nasir. Awal-awal tu kita tak fikir nak keluar dua album sekali gus pada tahun ini.
“Tapi along the way bila kita dah duduk dan berbincang, idea tu datang. Bila kita dah jalankan karya Datuk M.Nasir punya, saya rasa best juga kalau kita buat satu lagi untuk target pasaran lain daripada kebiasaan.
“Jadi semua anggota setuju dan kita lantik Edry sebagai muzikal director dan produser, dan kami semua membantu Edry. Kita perlu ada persetujuan semua baru jalankan.
“Kita nak buat eksperimen sebab rasanya dalam Malaysia belum keluar lagi dua album serentak, jadi kita buatlah. Saya rasa kapasiti nak buat ada sebabnya kerana kita ada studio semua, tak mustahillah untuk kami mencipta satu barang baharu.
“Wings dah jenama baharu jadi kita nak create satu barang baharu. Bila orang dengar sekali keluar ada 20 buah lagu, jadi mereka boleh buat pemilihan lagu-lagu apa yang akan kami pentaskan nanti. Kalau boleh kita nak mainkan lagu baharu la,” cerita Awie tentang perancangan Wings.
Menyentuh mengenai pemilihan karya M.Nasir yang sebelum ini pernah mencipta lagu Sejati (dari album Teori Domino 1990), Peronda Jaket Biru dan Opera Dalam Kenangan, yang mengangkat nama Wings di persada seni, Awie berkata, komposer tersebut ada keistimewaan tersendiri.
“Dia ni ada satu touch yang luar biasa. Satu komposisi dia yang luar biasa yang kita tengok live. Dia duduk bermain gitar dan melodinya di situ. Benda macam ni tak ada kat semua orang. Adalah beberapa orang tapi tak sebagus itu.
“Magis yang dia miliki itu boleh membuat satu lagu popular dan album pun popular. Kami nak cipta ‘barang baharu’ biar keluar 20 lagu sekali gus supaya pendengar boleh buat pilihan,” ujarnya.
KONSERT For You Nourul yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Mei 2026, dimulakan dengan lagu Impianku.
Lagu ciptaan Allahyarham Jay Jay dan lirik oleh Nourul itu merupakan salah satu lagu yang dimuat dalam album sulung beliau yang diterbitkan pada 1995, berjudul Nurul.
Impianku seolah-olah menggambarkan isi hati Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 49, yang lama menyiimpan impian untuk menjayakan konsert solo sendiri.
Suara Nourul masih power seperti di awal kemunculan walaupun beliau jarang menjayakan konsert sebelum ini.
“Terima kasih dan selamat datang pada semua. Kerana pilih untuk datang ke sini. Malam ini amat bermakna bagi saya, yang saya simpan sejak 32 tahun lalu.
“Better late then never. Saya sangat excited pada malam ini. Saya bukan sekadar penyanyi tapi saya juga penganjur, ND Entertainment. Inilah cabaran bagi saya. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga mengadakan konsert ini dan sekali gus memenuhi impian saya.
Selain berduet dengan Nourul, Mimi Fly sempat mendendangkan lagu solo,Temberang.
“Saya sangat teruja kerana orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam dunia rakaman ini, Datuk Aziz Bakar dan isteri pun ada. Beliaulah yang membawa saya masuk ke BMG Music,” ucap Nourul selepas mendendangkan lagu Cinta Azali dan sebelum itu lagu Tika Cinta.
Nourul yang kini menetap di Bali, Indonesia dan sesekali saja kembali ke Malaysia atas urusan perniagaan rangkaian kesihatan di bawah jenama Herbalife itu tutut melahirkan rasa terharu kerana ada beberapa rakan artis hadir memberi sokongan.
Antara selebriti yang hadir ialah Salamiah Hassan, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Ning Baizura, Azura Aziz, Dee, Datuk Fazley Yaacob dan Datuk Seri Vida.
Zach berjaya memukau penonton dengan gayanya yang tersendiri.
Dalam durasi persembahan selama dua jam lebih itu, ibu kepada empat orang anak itu turut menyelitkan segmen inspirasi.
Untuk segmen tersebut Nourul memilih beberapa lagu daripada penyanyi tempatan yang diminati dan memberi inspirasi kepadanya selama ini.
Lagu pilihan beliau adalah Janji Manismu (Datuk Aishah), Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Ramlah Ram), Madah Berhelah (Ziana Zain) dan Sembilu (Ella).
Suzi dan Wan pasangan suami isteri yang dipilih oleh Nourul untuk berduet dengannya.
Wow! Tarikan suara Nourul pada nada tinggi untuk lagu Madah Berhelah dan Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, sangat memukau. Beliau menyanyi sambil berlutut di hadapan penonton.
Sementara penyanyi antarabangsa yang ingin ditemui Nourul ialah Celine Dion. Meskipun belum berkesempatan, namun beliau berjaya menghibur penonton dengan lagu popular Celine iaitu That’s The Way It Is.
Malah Nourul turut mendendangkan lagu dalam bahasa Perancis, Audjourdhui yang pernah dirakam sebelum ini.
Ning Baizura antara rakan artis yang hadir memberi sokongan kepada konsert Nourul.
Sebagai ibu yang menghargai bakat anak, Nourul turut memberi peluang kepada Zachary atau Zach untuk beraksi di pentas dengan lagu Joget Kenangan Manis (dendangan asal Allahyarham Datuk Sudirman), memang rare lagu pilihan anak bujang Nourul itu.
Selepas Zach selesai menyanyi, Nourul kembali dengan busana berwarna merah untuk menyampaikan lagu Duniaku, ciptaan Julfekar yang dianggotai dekat dengan dirinya.
“Bukan saya tak boleh pilih penyanyi lelaki yang ada untuk berduet dengan saya, tapi saya sengaja nak beri peluang kepada peminat-peminat untuk berduet dengan saya.
Nourul bersedia untuk menjayakan konsert solonya di tempat lain jika ada permintaan.
“Dalam ramai yang tag saya, pasangan suami isteri ini, Suzi dan Wan yang berjaya memikat hati saya,” kata Nourul yang berduet dua lagu dengan pasangan tersebut iaitu Seiring & Sejalan dan Sehati & Sejiwa.
Selain itu beliau turut bergandingan dengan Mimi Fly mendendangkan lagu Persamaan dan Keliru, ciptaan Aidit Alfian yang melonjak namanya dengan Ajai sebagai pasangan duet popular.
Pada malam itu, beliau sempat turun dari pentas dan menuju kepada Ning Baizura yang hadir untuk memberi sokongan kepadanya. Tidak menghampakan penonton apabila Ning berduet dengan Nourul menerusi lagu Selagi Ada Cinta, ciptaan Ajai dan lirik oleh Nourul.
Ramai yang hadir memberi Cinta Azali kepada Nourul kerana rindu untuk dengar nyanyiannya secara langsung.
Menariknya pada malam itu satu dewan berkaraoke lagu Cinta Azali sewaktu menunggu Nourul bertukar pakaian ketiga warna gold.
Nourul yang diiringi oleh pemuzik profesional yang diketuai oleh Eddie Slam selaku pengarah muzik turut mendendangkan lagu, Ikhlasnya Cintaku, Tangis Syukur dan Tertutup Hati secara medley. Tidak ketinggalan juga beliau mendendangkan lagu Rinduku Padamu dan Aku Cinta Aku Rindu.
“Ini lagu baharu saya, Andai Ku Kenaliku, ciptaan Yasin Sulaiman, sudah lama ada dalam simpanan saya. Saya mengambil masa lama kerana selama 15 tahun saya membina keluarga dan tak pernah saya tinggalkan bidang seni.
“Atas sokongan keluarga juga saya berjaya memenuhi impian yang sudah lama saya simpan dan harap lepas ini saya berpeluang mengadakan persembahan seperti ini di tempat lain,” katanya yang menutup tirai persembahan dengan lagu Kerana Terluka.
Oleh SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa
Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan)
SIPUT Sarawak, satu nama yang cukup sinonim dengan watak antogonis dalam filem-filem Melayu sejak era 1950-an. Nama itu tetap kekal di hati para peminat filem Melayu sejak dahulu sehingga hari ini.
Walaupun ramai yang ‘membencinya’ kerana watak yang dilakonkan itu tetapi hakikatnya ramai yang merindui seniwati yang seorang ini.
DENGAN kecantikan yang dimiliki walaupun sering melakonkan watak ‘perempuan jahat’ … Siput Sarawak tetap menjadi pujaan para peminat filem Melayu.
Berilah apa jua watak kepadanya sama ada ibu tiri yang kejam, kekasih yang curang dan isteri derhaka, dia mampu membuatkan penonton benci dan meluat malah mendoakan ‘beliau’ mendapat pembalasan kerana kejahatannya.
Itulah Allahyarham Seniwati Siput Sarawak yang berjaya mewarnai setiap watak antoganis yang diberikan dalam setiap filem lakonannya!
Penghayatannya yang begitu ‘mendalam dan berkesan’ bukan sahaja membuatkan penonton benci dan sakit hati tetapi apa yang pasti sehingga hari ini belum ada pelakon yang mampu menandinginya.
ALLAHYARHAM Dollah Sarawak yang memperkenalkan anaknya, Siput Sarawak dalam dunia lakonan bermula sebagai pelakon bangsawan “Siput Kuyung” pada tahun 1932.
Siput Sarawak atau nama sebenarnya Ramlah Mohamad memulakan kerjayanya sebagai ‘anak seni’ pada usia 11 tahun apabila berlakon bangsawan “Siput Kuyung” bersama bapanya, Mohamad Sulaiman yang lebih dikenali Dollah Sarawak.
Walaupun Siput Sarawak mempunyai kelemahan iaitu tidak lancar membaca tetapi beliau seorang yang terang hati kerana hanya sekali skrip filem lakonannya yang dibacakan oleh seseorang untuk beliau dan pasti seniwati hebat ini boleh menghafalnya dengan mudah. Filem “Singapura Di Waktu Malam” (1947) adalah filem pertama lakonan beliau.
SIPUT Sarawak yang kadangkala membuatkan para peminat filem Melayu ‘benci’ apabila beliau melakonkan watak ‘perempuan jahat.’SIPUT Sarawak dan P. Ramlee dalam satu babak filem “Chinta” yang diterbitkan pada tahun 1948.
Sejak itu, satu demi satu filem dilakonkan. Sepanjang 28 tahun kariernya sebagai pelakon, Siput Sarawak telah berlakon hampir 40 filem terbitan Malay Film Productions (Studio Jalan Ampas), Cathay Keris, Studio Merdeka dengan filem terakhir “Layar Lara” terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd.
“Layar Lara” arahan Shuhaimi Baba dengan skrip oleh Fatimah Abu Bakar, menampilkan Siput Sarawak sebagai ibu Auntie Zai (lakonan Allahyarham Azean Irdawaty) diterbitkan pada tahun 1997. Turut berlakon Allahyarham Seniman Aziz Jaafar (Uncle Aziz), Allahyarham Seniman Datuk Mahmud June (Uncle Jeff), Allahyarham Datuk Aziz Sattar (Uncle Osman).
SIPUT Sarawak dan Roomai Noor dalam satu babak filem “Chinta” yang akhirnya membawa mereka hidup sebagai suami isteri.
Antara filem-filem lakonannya yang telah meletakkan namanya di kelasnya yang tersendiri adalah “Rachun Dunia” (1950), “Hujan Panas” (1951), “Korban Fitnah” dan “Noor Islam” (1959), “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang” (1961), “Patong Chendana” (1965) dan “Naga Tasik Chini” (1966).
Khabarnya “Hujan Panas” adalah antara filem yang melekat di hati Siput Sarawak kerana wataknya sebagai Aminah, seorang isteri yang curang sanggup meninggalkan suami, Amir (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee) untuk mengikut kekasihnya, Hassan (Allahyarham Haji Mahadi). Sejak dari filem itu, Siput Sarawak terus mendapat peluang melakonkan watak jahat!
Apa yang pasti pada zaman kegemilangan filem Melayu di Studio Jalan Ampas ketika itu, selain Allahyarham Seniman Salleh Kamil, Siput Sarawak adalah pelakon yang menjadi kebencian penonton kerana keberkesanan lakonannya!
SAAT bahagia…Siput Sarawak dan S. Roomai Noor sebagai suami isteri pada 1951 sehingga 1953.SIPUT Sarawak dan S. Roomai Noor dalam satu babak filem “Pembalasan” arahan Tan Sri L. Krishnan yang diterbitkan pada tahun 1951.
Bagaimanapun filem “Chinta” (1948) arahan B.S Rajhans meninggalkan kesan yang begitu indah dalam hidupnya apabila bertemu jodoh dengan Allahyarham Datuk S. Roomai Noor. Pasangan ini berkahwin pada tahun 1951 dan dikurniakan seorang anak yang diberi nama Ithnaini yang lebih dikenali sebagai Anita Sarawak yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun rumahtangga yang dibina atas dasar cinta itu tidak kekal lama apabila akhirnya pada tahun 1953 mereka bercerai.
Zaman kegemilngan Siput Sarawak sering menjadi model jenama terkenal.KEJELITAAN dan bakat Siput Sarawak membuatkan beliau menjadi rebutan para pengarah pada era kegemilangan filem Melayu sejak tahun 1950-an.Zaman kegemilangan Siput Sarawak.Walaupun Siput Sarawak tidak lancar membaca tetapi beliau mudah menghafal skrip.
Sebelum itu, Siput Sarawak pernah berkahwin dengan Biduan, Ismail Kassim pada tahun 1945 dan bercerai pada tahun 1947. Perkahwinan pertama ini, Siput Sarawak dianugerahkan seorang anak iaitu Murni Ismail Kassim yang lebih dikenali Murni Sarawak.
Khabarnya setelah setahun Murni Sarawak berkahwin dengan Seniman Dollah Dagang, pasangan ini bercerai pada tahun 1963. Empat tahun kemudian, Murni Sarawak berkahwin dengan jejaka dari Indonesia, Maryono Sastro Surip pada tahun 1967 dan menetap di sana walaupun suaminya meninggal dunia pada tahun 1998. Murni Sarawak meninggal dunia pada usia 70 pada 7 April 2016 dan dikebumikan di Taman Permakaman Umum, Menteng Pulo, Jakarta Selatan, Indonesia.
SIPUT Sarawak tanpa secalit bedak tetap cantik!SIPUT Sarawak bergaya seksi dan manja.
Disebabkan kehebatan Siput Sarawak dalam mewarnai watak antoganis yang dilakonkan dan pengalamannya serta popularitinya sebagai seniwati hebat pada era 1940-an dan 1950-an, ianya telah menarik perhatian Pengarah Urusan Cathay Keris, Tom Hodge untuk memberinya peluang mengarah filem.
Apabila mengetahui akan perancangan Tom Hodge, Siput Sarawak telah menggunakan duit sendiri membayar seorang jurutaip menaip skrip karya pertamanya, “Mata Shaitan.”
WALAUPUN hanya mengenakan mekap yang ‘nipis’ keayuan wajah Siput Sarawak tetap terserlah!GAYA seorang seniwati hebat…Siput Sarawak.
Melalui perbincangan antara Tom Hodge dengan penulis skrip tetap Cathay Keris, Allahyarham Hamzah Hussein bersetuju Siput Sarawak mengarah filem berkenaan. Beliau telah mengeluarkan kenyataan rasmi Siput Sarawak dilantik sebagai pengarah baharu di Cathay Keris.
Malangnya, perlantikan itu dibantah oleh Kesatuan Pekerja Cathay Keris Film yang bernaung di bawah Persatuan Sayap Kiri yang amat berpengaruh. Persatuan itu menganggap Siput Sarawak tidak layak kerana tiada pengalaman dan banyak kekurangan iaitu tidak lancar membaca. Kerana sikap dengki mereka, musnahlah impian Siput Sarawak untuk menjadi Pengarah Filem Melayu Wanita Pertama!
MURNI Sarawak mengikut jejak ibunya, Siput Sarawak. Beliau telah berlakon 18 filem tetapi wataknya sebagai ‘Cikgu Murni’ dalam filem “Nasib Si Labu Labi” (1964) membuatkan para peminat filem mengingatinya.Anita Sarawak banyak persamaan dengan ibu tercinta, Siput SarawakSIPUT Sarawak bersama anaknya, Anita Sarawak dan suaminya, Broery Marantika. Pasangan ini berkahwin pada tahun 1981 di Singapura.
Akhirnya skrip itu diserahkan kepada Pengarah Hussein Haniff dan dua filem arahannya “Hang Jebat” (1961) dan “Dang Anom” (1962) mencapai kutipan tiket box-office ketika itu.
Walaupun Siput Sarawak turut berlakon dalam filem berkenaan namun terkilan kerana karya asalnya yang menggambarkan seorang wanita yang lembut penuh emosi namun setelah diolah ia bertukar menjadi wanita yang kejam.
Sepanjang 28 tahun menjadi anak seni, lakonan Siput Sarawak dalam filem “Rachun Dunia” (1950) telah melayakkan beliau menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Pesta Filem Malaysia/Singapura pada tahun 1947-1950.
SIPUT Sarawak menerima Anugerah Artis Veteran pada Festival Malaysia ke-9 (FFM9) daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib pada 2 Jun 1991 sambil diperhatikan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin.POSTER ” Layar Lara” filem terakhir lakonan Siput Sarawak arahan Shuhaimi Baba terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd. pada tahun 1997.
Sementara pada tahun 1964 pada Pesta Filem Malaysia/ Singapura, beliau dianugerahkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik melalui filem “Wan Perkasa” (1964).
Pada Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 bagi kategori Khas Juri, Siput Sarawak menerima Anugerah Artis Veteran.
Walaupun di dalam filem kebanyakkan watak Siput Sarawak sebagai wanita yang jahat tetapi di luar filem beliau seorang yang begitu lemah lembut bila berbicara. Ini terbukti ketika saya bertemu beliau dalam satu majlis anjuran FINAS dan saya berkesempatan berbual bersama seniwati legenda ini. Pastinya itu kenangan yang amat berharga buat saya bertemu dengan insan hebat bernama Siput Sarawak!
PENULIS, Syed Wafa merakamkan kenangan indah bersama Siput Sarawak.
Siput Sarawak meninggal dunia di rumahnya di Kempas Road, Singapura pada usia 78 tahun pada 3 Jun 1999. Jenazah Allahyarham disemadikan di Pusara Abadi, di Lim Chu Kang, Singapura.
Kami di Ladybosz mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman…Amin.
Kredit: Terima kasih Ladybosz.com dan Dato Seri Rozita Ramelan
Assalamualaikum semua…
Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar dan ikhlas…
Amin
Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered yang diadakan di EQ Kuala Lumpur.
Pertemuan ini bagi membincangkan kerjasama strategik dalam menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) DPDDM bersama Standard Chartered.
Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal Hashmi berkata, pertemuan tersebut, turut membuka ruang kepada pelbagai cadangan dan idea-idea bernas bagi memperkasakan lagi kedua-dua belah pihak.
“Kami harap melalui kerjasama yang erat ini dapat membantu dalam usaha memperkukuhkan agenda kebajikan masyarakat, pembangunan pendidikan, pemerkasaan usahawan, bantuan komuniti serta program-program berimpak tinggi yang mampu memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.
Pelancaran program CSR itulah yang dibincangkan pihak Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia bersama Standard Chartered
“Kerjasama antara institusi korporat dan organisasi masyarakat seperti ini amat penting dalam membina jaringan strategik yang mampu membawa perubahan positif kepada negara dan generasi akan datang.”
Nor Hasnal menambah, Pihak DPDDM amat menghargai komitmen serta kesediaan pihak pengurusan Standard Chartered yang sentiasa terbuka untuk bekerjasama dalam menjayakan pelbagai program CSR yang dirancang.
“Komitmen sebegini bukan sahaja memberi impak kepada komuniti, malah memperkukuhkan semangat keprihatinan sosial dalam kalangan sektor korporat. Perbincangan yang berlangsung dalam suasana profesional dan harmoni ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan pada masa akan datang.
“Semoga segala perancangan dan usaha yang dibincangkan hari ini dipermudahkan serta mampu direalisasikan demi kesejahteraan masyarakat, pembangunan ekonomi dan masa depan yang lebih baik untuk semua. Semoga segala usaha yang dilaksanakan akan terus memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat serta warga Standard Chartered khususnya.
“Diharapkan agar jalinan kerjasama yang terjalin melalui kunjungan hormat ini akan terus diperkasakan dan menjadi titik permulaan kepada pelaksanaan lebih banyak program CSR bersama Standard Chartered. Saya juga ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.”
Gambar kenangan selepas perbincangan DPDDM bersama Standard Chartered.
Menurut Nor Hasnal Hashmi yang juga Ahli Lembaga Penasihat Dewan Perniagaan Pendidikan Kuala Lumpur (DPPKL), keutamaan DPDDM kini adalah untuk memperluas jaringan dan kapasiti keusahawanan di seluruh negara. Dengan keahlian yang merentasi pelbagai sektor industri, DPDDM berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi jambatan antara kerajaan, komuniti perniagaan dan usahawan baharu.
“Melalui pelbagai kerjasama yang terjalin, DPDDM berhasrat melahirkan kelompok usahawan tempatan yang bukan sahaja berdaya tahan dalam pasaran domestik, tetapi juga bersedia menembusi pasaran antarabangsa. Usaha ini sejajar dengan aspirasi Ekonomi MADANI, yang menekankan prinsip inklusif, nilai tambah dan kesejahteraan bersama.”
Sementara itu, Ketua Bahagian Segmen Bumiputera Weatlh & Retail, Masera Shah menambah, mereka gembira dengan kerjasama yang bakal terjalin tidak lama lagi.
“Kerjasama dengan DPDDM ini merupakan satu penghormatan buat kami dalam melaksanakan program CSR kepada masyarakat. Program sebegini dapat mendekatkan kami bersama masyarakat bagi memudahkan kami untuk memperkenalkan produk-produk terbaru Standard Chartered terutamanya kepada golongan bumiputera di negara ini.”
Orang ramai yang berminat untuk menyertai rangkaian DPDDM dalam memperkasakan agenda Malaysia Madani boleh layari laman web rasmi di https://dpddm-gov.com/
MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara.
Filem arahan Nadiah Hamzah yang diterbitkan oleh Wayangworks dan Filmscape itu menampilkan barisan pelakon baharu sebagai peneraju utama.
Antara pelakon utama Kata Hati ialah Nia Atasha sebagai Ayra Natasha, Yusof Hashim atau Ucop sebagai Imran Firdaus dan Fazziq Muqris melakonkan watak antagonis, Zayn Mikhail.
Nia Atasha melakonkan watak Ayra Natasha dalam filem Kata Hati.
Menurut Nadiah, untuk filem kedua arahannya (sebelum ini filem Motif – 2019) beliau sengaja memilih untuk ketengahkan filem komedi romantik.
“Lepas pengalaman filem yang sangat serius saya terfikir nak buat sesuatu yang fun and relaxing. Saya rasa macam tak ada orang nak buat romantik komedi.
“Masa Covid, saya throwback semua filem romantik yang lama. Saya mula dengan Femina iaitu filem arahan Aziz M.Osman. Lepas tu saya nonton Notting Hill. Saya nak buat satu filem fun and light serta romantik.
“Cerita Kata Hati mula ditulis sejak 2020 kerana cerita asal daripada saya. Sekitar 2024, saya dan produser (Wayangworks) jumpa Filmscape dan ini adalah kolaborasi pertama kami.
Yusof Hashim atau Usop membawa watak Imran Firdaus, pemandu e-hailing dalam filem Kata Hati.
“Saya memang nervous dan ada orang pernah cakap kat saya, kalau nak buat cerita untuk skrin mesti besar. Sebab itu saya buat cerita yang bukan biasa-biasa dan sebab itu ada elemen aksi juga,” ceritanya tentang permulaan tercetus idea menghasilkan filem Kata Hati.
Tatkala ditanya tentang keberaniannya menampilkan wajah-wajah baharu sebagai peneraju utama dan pelakon popular sebagai cameo, Nadiah berkata, beliau ada alasan tersendiri.
“Kalau cerita cinta apa yang penting adalah chemistry antara pelakon. Kalau saya ambil pelakon top sekali pun tapi tak ada chemistry tak guna. Untuk pemilihan pelakon kasting sangat lama untuk dapatkan keserasian yang paling tepat.
“Bila kita audition mereka ini paling menonjol dan sebelum ini pun Ucop dan Nia belum diberi peluang untuk lead tapi masa mereka datang untuk kasting, they really surprised me.
Kata Hati merupakan filem kedua arahan Nadiah Hamzah selepas Motif.
“Semua pelakon yang dipilih berdasarkan uji bakat dan memang ada pelakon nama besar yang datang juga. Apapun kita go by chemistry. Lagi satu, saya go by instinct juga. Saya ikut rasa kerana chemistry itu boleh ditonjolkan di skrin.
“Nia datang kasting dan paling kena dengan watak itu. Kelakarnya, masa saya tulis skrip tu saya pernah guna nama watak Mia Natasha tapi kemudian ditukar kepada Ayra Natasha.
“Masa tulis skrip tu saya tak ada bayangkan nama-nama pelakon yang akan bawa watak dalam filem ini. Semua pelakon dipilih berdasarkan uji bakat yang diadakan.
“Walaupun Faziq, Ucop dan Nia, orang baharu tapi mereka sudah pernah berlakon. Tak dinafikan, nak bawa cerita kat skrin besar ada juga rasa takut. Kita ada kelas lakonan dengan Bella Rahim sebelum memulakan penggambaran dan semua orang komited, saya terkejut juga. Generasi muda ini pandai lawan balik dan suka bertanya,” katanya yakin dengan barisan pelakon yang dipilih.
Pelakon utama Kata Hati pada majlis Gala Premier yang diadakan baru-baru ini.
Tambah Nadiah, Kata Hati adalah cerita orang muda tapi semua orang boleh rasa. Apa yang membuat sesuatu filem itu menjadi universal language adalah emosi. Bila kita rasa sedih, semua orang boleh rasa sedih atau gembira. Untuk filem ini saya pertaruhkan rasa. Filem ini lulus tanpa potongan
“Filem ini memang satu pertaruhan tapi saya rasa we need love ini this world dan saya rasa filem begini sesuai. Saya suka juga tengok filem tumbuk-tumbuk tapi saya stres.
“Kita dah stres kat tempat kerja dan dunia, so saya nak hilangkan stres dengan tengok filem. Itu yang saya nak penonton rasa apabila tonton filem Kata Hati,” katanya yang berharap penonton dapat merasai sendiri keindahan dan kejujuran dalam kisah cinta yang dipaparkan dalam filem tersebut.
Filem Femina arahan Aziz M.Osman memberi inspirasi kepada Nadiah Hamzah untuk mengarah filem komedi romantik.
Kata Hati berkisar mengenai Ayra Natasha, seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik dan mendapat perhatian ramai. Kemunculannya dalam sebuah filem aksi bersama teman lelaki yang juga pelakon terkenal, Zayn Mikhail
Namun dalam satu insiden memalukan yang tular dan disaksikan seluruh negara, kehidupan Ayra yang sebelum ini tampak sempurna mula retak.
Pada masa yang sama, di tengah kekecohan tersebut, dia bertemu Imran Firdaus, seorang pemandu e-hailing yang langsung tidak terjesan dengan kegilaan dunia selebriti.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila Imran terpaksa verseyuju dengan rancangan Maya (Scha Al-Yahya) kakak yang juga merangkap pengurus Ayra untuk menjadi pemandu peribadi Ayra.
Gaya hidup moden yang melibatkan duduk terlalu lama, postur yang tidak betul dan kurang pergerakan telah menyebabkan masalah sakit lutut, tulang belakang serta kesakitan kronik dalam kalangan masyarakat.
Seiring dengan ini, MMW Bone Alignment Centre secara rasmi memperkenalkan pendekatan pelarasan struktur badan tanpa pembedahan melalui sistem yang dikenali sebagai MMW Method yang diiasaskan Dr Max Wong.
MMW Bone Alignment Centre terus mengukuhkan jenamanya dalam industri penjagaan kesihatan alternatif menerusi pembukaan cawangan keduanya di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya.
Dr. Wong berkata, pusat rawatan kesihatan alternatifnya diwujudkan untuk memperkenalkan pendekatan pelarasan struktur badan secara non-invasive.
Dr. Max Wong menunjukkan replika tulang manusia.
“Fokus utama MMW adalah keselamatan dan pemulihan fungsi tubuh secara berperingkat. Kami percaya banyak masalah sakit badan bukan hanya berpunca daripada bahagian yang sakit, tetapi daripada ketidakseimbangan keseluruhan struktur badan.
“MMW Method ialah satu pendekatan pelarasan struktur badan tanpa pembedahan yang memberi fokus kepada keseimbangan struktur tubuh, pergerakan badan dan tekanan pada sendi secara menyeluruh melalui pendekatan seni bela diri, biomekanik dan pengetahuan tradisional pelarasan tulang.
“MMW Method bukan urutan biasa dan juga bukannya pelarasan secara kasar yang memaksa tubuh. Sebaliknya MMW Method fokus kepada struktur, imbangan dan fungsi badan. Kami tidak hanya melihat di mana seseorang itu sakit, tetapi mencari mengapa bahagian itu menerima tekanan berlebihan.”
Jelas Dr Wong, semakin ramai orang mengalami masalah lutut dan tulang belakang kerana gaya hidup moden dan mereka lebih suka duduk berbanding berjalan.
“Duduk yang terlalu lama, kurang bergerak, mempunyai postur yang salah dan tidak sedar bahawa tubuh mereka berada dalam keadaan tekanan struktur setiap hari. Lama-kelamaan, masalah ini boleh menyebabkan sakit kronik, degenerasi sendi dan gangguan pergerakan.
Dr. Max Wong melakukan demonstrasi rawatan kepada tetamu kehormat, Nor Najila Budin.
“Sebelum mendapatkan rawatan, setiap individu yang mendapatkan perkhidmatan di MMW Bone Alignment Centre akan melalui proses pemeriksaan dan penilaian tubuh sebelum sebarang pelarasan dilakukan bagi memastikan pendekatan yang digunakan bersesuaian dengan keadaan tubuh masing-masing.”
Menurut Dr. Wong lagi, ramai yang tidak sedar bahawa kesakitan yang dialami bukan hanya berpunca daripada kawasan yang sakit semata-mata, tetapi akibat tekanan berpanjangan daripada keseluruhan struktur tubuh.
“Banyak masalah seperti sakit lutut, sakit pinggang, sakit belakang dan ketegangan badan sebenarnya berlaku apabila tubuh berada dalam keadaan tidak seimbang untuk tempoh yang lama. Jika struktur badan tidak diperbetulkan dari asas, kesakitan itu mungkin akan terus berulang.
“Masalah lutut tidak semestinya berpunca daripada lutut sahaja. Kadang-kadang ia berkaitan dengan pinggul, tulang belakang, postur dan keseluruhan garis daya tubuh.
MMW Method tidak hanya melihat kepada kawasan yang sakit sebaliknya ia, memberi fokus terhadap rawatan pelarasan tubuh.
Dr Max Wong ketika melakukan demonstrasi kepada tetamu kehormat, Datuk Liew Bin.
Rawatan pelarasan tubuh dilakukan bukan sekadar urutan biasa atau teknik pelarasan secara kasar yang memaksa tubuh berubah secara mendadak. Sebaliknya, MMW Method menekankan pendekatan yang lebih terkawal, berperingkat dan memberi fokus kepada struktur, imbangan serta fungsi badan secara menyeluruh.
Kata Dr. Wong lagi, keselamatan merupakan aspek paling utama dalam MMW Method dan setiap pelarasan dilakukan secara terkawal tanpa memaksa tubuh melakukan gerakan di luar kemampuan individu.
“Bagi sesetengah individu, apabila struktur badan mula kembali seimbang, mereka dapat bergerak dengan lebih selesa, mengurangkan tekanan pada sendi dan meningkatkan keyakinan untuk menjalani aktiviti harian dengan lebih baik.”
“Matlamat kami bukan sekadar mengurangkan rasa sakit sementara, tetapi membantu tubuh kembali kepada struktur dan fungsi yang lebih baik.”
Gambar kenangan mereka yang hadir memeriahkan pembukaan kedai kedua MMW Bone Alignment Centre di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya.
Ujar Dr. Wong, ramai individu mengalami kesakitan bukan semata-mata kerana kecederaan pada bahagian tertentu, tetapi akibat struktur tubuh yang tidak seimbang untuk tempoh yang panjang.
“Banyak masalah seperti sakit lutut, sakit pinggang dan ketegangan badan sebenarnya berkait dengan keseluruhan garis daya tubuh. Jika struktur tidak diperbetulkan, rawatan yang hanya menumpukan kepada kawasan sakit mungkin hanya memberi kelegaan sementara.”
“Berbeza daripada pendekatan konvensional, MMW Method menekankan prinsip keselamatan, pelarasan berperingkat dan penilaian individu. Setiap pelanggan akan dinilai mengikut keadaan tubuh masing-masing sebelum sebarang pelarasan dilakukan.
MMW Bone Alignment Centre turut menekankan bahawa pendekatan ini bukan bertujuan menggantikan rawatan perubatan atau pembedahan, sebaliknya menawarkan satu pilihan alternatif bagi mereka yang ingin memperbaiki fungsi tubuh, postur dan keseimbangan struktur badan secara non-invasive.
Keselamatan adalah prinsip utama dan setiap pelarasan dilakukan berdasarkan keadaan tubuh individu. Masalah badan tidak boleh hanya dilihat daripada kawasan sakit. Struktur badan perlu dinilai secara menyeluruh. MMW Method membantu membetulkan ketidakseimbangan struktur secara berperingkat. Matlamatnya adalah membantu tubuh kembali kepada fungsi yang lebih baik.
Sambutan yang cukup memberangsangkan bagi membeli barangan negara China secara terus daripada pengedar di Ekspo Lanhua Malaysia ke-2 (Pameran dan Ekspo Jenama China (Shandong)- Malaysia 2026) telah berlangsung dengan jayanya di IOI City Mall, Kuala Lumpur pada penghujung Mei lalu.
Ekspo yang diadakan buat kali kedua ini sekali gus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi antara Wilayah Shandong, China dan Malaysia.
Majlis perasmian disempurnakan beberapa tetamu kehormat termasuk Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Chan Foong Hin, Presiden Dewan Perniagaan Qilu Shandong Malaysia, Puan Fu Qinglan, Pengarah Pusat Kerjasama Inovasi Teknologi China–Shanghai Cooperation Organization (Malaysia), Wang Dawei, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Parti, dan Naib Pengerusi dan Presiden Eksekutif Kumpulan Shandong Lanhua Group, Liu Jian.
Presiden Dewan Perniagaan Perusahaan China di Malaysia (CECCM), Ni Qingjiu ketika berucap mengenai kerjasama Shandong dan Malaysia.
Presiden Dewan Perniagaan Perusahaan China di Malaysia (CECCM), Ni Qingjiu, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Aidi Azli Wahit, Timbalan Presiden The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia, Datuk Lua Choon Han dan Presiden Malaysia-China Chamber of Commerce, Loh Kok Seong.
Dalam ucapannya, Fu Qinglan berkata, pihaknya sentiasa komited memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan budaya antara Shandong dan Malaysia.
“Malaysia kini merupakan rakan dagang terbesar Shandong dalam kalangan negara ASEAN. Banyak syarikat dari Shandong seperti Haier dan SITC Logistics berjaya berkembang di pasaran Malaysia.
“Saya berharap, ekspo ini dapat menjadi jambatan strategik bagi memperluaskan kerjasama dua hala serta mewujudkan platform penanda aras baharu untuk hubungan ekonomi kedua-dua buah negara.”
Sementara itu, Liu Jian turut memperkenalkan bandar Linyi di Shandong yang terkenal sebagai pusat perdagangan utama di China, selain berkongsi perkembangan portfolio perniagaan pelbagai sektor milik Shandong Lanhua Group.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Chan Foong Hin ketika memberi ucapan sempena Pameran dan Ekspo Jenama China (Shandong)- Malaysia 2026 baru-baru ini.
“Kedudukan strategik Malaysia di Asia Tenggara, persekitaran perniagaan yang kondusif dan potensi pasaran yang besar menjadikan negara ini sebagai pintu masuk penting bagi syarikat Shandong menembusi pasaran ASEAN.
“Ekspo tahun ini menghimpunkan ribuan produk premium dari Shandong yang dipilih khas bagi memenuhi permintaan pengguna Malaysia yang pelbagai.
“Kami juga merancang untuk terus memperkukuh operasi Malaysia Overseas Mall bagi membantu syarikat dari kedua-dua negara mengembangkan pasaran antarabangsa dan meningkatkan kerjasama ekonomi China–Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”
Sementara itu, Datuk Lua Choon Han pula menyifatkan Shandong antara wilayah ekonomi dan pembuatan terpenting di China yang memiliki asas industri kukuh.
“Ekspo ini turut membuka peluang kepada syarikat-syarikat di Malaysia untuk meneroka pelbagai jenama dari Shandong selain membantu syarikat China memperluaskan pasaran ke ASEAN.
“Diharap melalui kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan kedua-dua negara dalam bidang perdagangan, pertanian, teknologi, pelancongan dan kebudayaan.”
Antara tarikan -tarikan pakej percutian menarik yang syarikat pelancongan tawarkan.
Dalam pada itu, Ni Qingjiu berkata Shandong mempunyai kelebihan besar dalam sektor pembuatan maju, pertanian moden dan peralatan pintar, manakala Malaysia pula mempunyai kelebihan dari segi lokasi strategik, industri halal dan akses pasaran ASEAN.
Katanya, kombinasi kekuatan kedua-dua ekonomi membuka peluang kerjasama yang amat luas, khususnya dalam pembangunan jenama, padanan perniagaan dan peluasan rangkaian pasaran.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin turut memuji potensi kerjasama antara Shandong dan Malaysia dalam sektor pertanian dan industri makanan.
“Kepakaran Shandong dalam pemprosesan pertanian, pertanian pintar dan logistik rantaian sejuk melengkapi kekuatan Malaysia dalam sumber pertanian dan sistem pensijilan halal yang diiktiraf antarabangsa.
“Kerjasama dalam pengiktirafan standard keselamatan makanan, penyelidikan bersama dan pembangunan jenama mampu memberi manfaat besar kepada komuniti dan perniagaan di kedua-dua buah negara,” katanya.
Pameran anjuran bersama Shandong Lanhua Group yang berlangsung selama tiga hari itu, turut disertai lebih 160 syarikat dari China dan Malaysia. Antara produk yang dipamerkan termasuk makanan dan minuman, produk keselamatan dan perkakasan, aksesori automotif, produk luar, tekstil rumah serta perabot pejabat.
Selain pameran produk dan sesi padanan perniagaan, lapan forum khas melibatkan topik pensijilan halal, e-dagang rentas sempadan, operasi TikTok e-dagang serta strategi percukaian dan pematuhan perniagaan luar negara turut diadakan.
Forum ini bagi membantu syarikat mengembangkan pasaran dan memperkukuh hubungan perdagangan Malaysia–Shandong.
Menyedari ramainya rakyat Malaysia yang mengalami masalah obesiti sehingga Malaysia menduduki ranking pertama dunia membuatkan Persatuan Kebajikan Cahaya Qasih Malaysia (PKCQM) terpanggil mengadakan program Kempen Cegah Obesiti 2.0.
Langkah PKCQM ini sekaligus menjadi orang tengah membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menarik lebih ramai komuniti peka menjaga kesihatan. Program Kempen Cegah Obesiti #JomKawal telah berjaya dilaksanakan pada 17 Mei lalu bertempat di Madrasah Al Ehsaniah, Taman Ampang Indah.
Ahli Majlis MPAJ Zon 10, Puan Akidah Awang menyampaikan hamper kepada penderma darah terawal.
Timbalan Pengerusi PKCQM, Azliza Mustaffa berkata, program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan, mengamalkan gaya hidup sihat serta mencegah masalah obesiti yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat masa kini.
“Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dijalankan sepanjang program berlangsung antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, kempen derma darah, pameran kesihatan, cabutan bertuah, sesi perkongsian pemakanan sihat serta aktiviti komuniti yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat.
“Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk para petugas kesihatan, pihak Madrasah Al Ehsaniah, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya, Persatuan Wanita Berdaya Maju, Pemadam, Farm Fresh serta Ahli Jawatankuasa program serta para pengunjung yang hadir memeriahkan program ini.
Penduduk-penduduk sekitar Taman Ampang Indah begitu bersemangat membuat pemeriksaan kesihatan percuma yang turut diadakan.
“Kerjasama dan komitmen semua pihak telah memastikan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih sihat, aktif dan peka terhadap penjagaan kesihatan diri serta keluarga.”
Perasmian program Kempen Cegah Obesiti 2.0 disempurnakan Puan Akidah Awang Ahli Majlis MPAJ Zon 10. Manakala Dr Umi Kalsom Md Ariffin juga turut menyampaikan ceramah berkenaan tip pemakanan dan Obesiti.
Menurut Azliza, program ini julung-julung kalinya dianjurkan di Selangor selepas mendapat kerjasama sepenuhnya dari KKM.
Demonstrasi buat jamu kesihatan turut diadakan.
“Sebelum ini kami buat kempen larian obesiti di Alor Setar, Kedah. Kali ini kami buat di Lembah Jaya ini kerana madrasah dan Pusat Khidmat Masyarakat Zon Lembah Jaya ini turut memberi kerjasama sepenuhnya.
“Kempen sebegini dah lama kami plan nak buat, namun masalah lokasi menyebabkan ianya tertunda. Disaat akhir semuanya berjalan lancar dan kami bertuah kerana komuniti di sini begitu baik dan memberi komitmen sepenuhnya dengan program anjuran kami ini,” katanya gembira kerana kempen derma darah sebanyak 30 bag berjaya dicapai.
Timbalan Pengerusi PKCQM, Azliza Mustafa gembira dengan kejayaan dan sokongan penduduk setempat terhadap Program Kempen Cegah Obesiti 2.0#Jomkawal.
Azliza menambah, selepas ini sesiapa saja boleh mengadakan program kesihatan ditapak yang sudah PKCQM sediakan.
“KKM juga ada menyediakan dana khas untuk NGO atau komuniti yang ingin menganjurkan sebarang program atau kempen berkaitan kesihatan. Mereka tak perlu lagi risau mencari dana kerana kami dah sediakan laluan untuk mereka bergerak sendiri.
“Selepas ini, kami akan bersama sebuah kementerian bagi menganjurkan program untuk golongan B40 pelajar-pelajar perempuan seluruh Negeri. Tajuknya menjurus kepada keselamatan para-pelajar bertajuk cara menangani gangguan seksual.
Gambar kenangan mereka yang terlibat dengan Program Kempen Cegah Obesiti 2.0 di Taman Ampang Indah baru- baru ini.
“Persatuan bukan saja anjurkan program tapi bagi sumbangan pada warga-warga yang terpinggir, membantu komuniti asnaf dan ibu tunggal. Setakat ini kami dah merangka pelbagai program hingga tahun depan. Selepas ini mungkin kami buat majlis makan malam untuk cari dana dan macam-macam lagi.
“Harapan saya semoga ada individu atau syarikat korporat yang sudi bagi bantuan atau sumbangan kepada tabung PKCQM. Buat masa ini kami mempunyai 300 orang ahli terdiri daripada golongan asnaf di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Mereka yang bermurah hati boleh hubungi saya ditalian 0136115873.”
SETIAP wanita mahu kelihatan cantik dan sebab itulah pelbagai jenama produk kecantikan diguna pakai. Apa yang penting kecantikan itu akan lebih menyerlah jika wanita berkenaan turut tampil dengan kecantikan dalaman.
Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti wanita yang sentiasa memberikan sokongan berterusan kepqda jenama kecantikan Soora Miguhara Malaysia, telah menganjurkan acara eksklusif “Soora Glow & Flow”.
Program yang membawa tema “Move, Glow & Flow” yang berlangsung di Nadi Tenang, Seksyen 13, Shah Alam, bukan sahaja mengetengahkan aktiviti yoga yang sinonim dengan kecantikan luaran, malah memberi fokus terhadap keseimbangan emosi, keyakinan diri serta kesihatan dalaman wanita moden Asia.
Acara gaya hidup sihat itu diwujudkan bagi meraikan wanita yang sentiasa berusaha menjadi versi terbaik diri mereka dalam jalani kehidupan seharian yang semakin mencabar.
Fatin merupakan Pengarah Urusan Soora Miguhara Malaysia.
Program ini turut membawa mesej bahawa kecantikan sebenar bermula daripada kesejahteraan diri secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, mental dan emosi.
Pada acara tersebut, pelbagai aktiviti berinspirasikan gaya hidup sihat dan kecantikan holistik bersama komuniti Soora Miguhara diadakan.
Para peserta berpeluang menikmati sesi yoga bersama jurulatih profesional dari Nadi Tenang yang membantu wanita meningkatkan keyakinan diri secara menyeluruh.
Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara Soora Miguhara dan para pengguna setia yang sentiasa menyokong perkembangan jenama ini.
Menambahkan lagi kemeriahan acara, Juara Dewi Remaja 2025, Nylea turut hadir sebagai penampilan istimewa dan simbol wanita muda yang sangat mengutamakan penjagaan diri dari aspek luaran serta dalaman.
Mengetengahkan aktiviti yoga yang sinonim dengan kecantikan luaran, serta kesihatan dalaman wanita moden.
Kehadiran figura muda penuh inspirasi ini memberi suntikan semangat kepada para peserta untuk lebih menghargai diri sendiri dan menjaga kecantikan secara menyeluruh.
“Saya sangat gembira dapat bersama Soora Miguhara dalam acara ini kerana bagi saya, kecantikan bukan hanya tentang rupa luaran tetapi bagaimana kita menjaga diri, kesihatan dan emosi setiap hari.
“Remaja wanita perlu tampil yakin setiap hari dan saya percaya Soora Miguhara membawa mesej yang sangat positif untuk semua wanita,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Soora Miguhara Malaysia, Fatin berkata, acara “Glow & Flow” itu dianjur sebagai simbol penghargaan kepada komuniti wanita yang sentiasa percaya dan menyokong jenama tersebut sejak awal penubuhannya.
Beliau berkata, Soora Miguhara sentiasa komited menghasilkan produk berkualiti tinggi yang membantu wanita tampil lebih yakin dengan penjagaan kulit yang efektif, selamat dan sesuai digunakan setiap hari.
“Kami mahu wanita bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi turut merasa sihat, yakin dan positif dari dalam. Soora Glow & Flow adalah ruang untuk wanita berehat seketika daripada kesibukan harian dan meraikan diri mereka bersama komuniti yang positif,” ujarnya.
Acara “Glow & Flow” dianjur sebagai simbol penghargaan kepada komuniti wanita.
Fatin turut menambah bahawa Soora Miguhara menitikberatkan penggunaan bahan berkualiti tinggi serta selamat untuk pengguna.
Produk keluaran jenama ini juga telah menerima pengiktirafan Vegan Certified, sekali gus membuktikan komitmen Soora Miguhara dalam menawarkan produk penjagaan kulit yang lebih selamat, mesra pengguna dan selari dengan gaya hidup kecantikan moden yang lebih beretika.
Dalam acara ini, Soora Miguhara turut mengetengahkan dua produk utama mereka iaitu Rose Collagen Blooming Mist Serum dan Rose Collagen UV Tone Up SPF50 PA++++ yang semakin mendapat perhatian pengguna.
Rose Collagen Blooming Mist Serum diformulasikan dengan kandungan kolagen dan ekstrak mawar premium yang membantu memberikan hidrasi mendalam, menjadikan kulit lebih anjal, berseri serta tampak glowing secara semula jadi.
Manakala, Rose Collagen UV Tone Up SPF50 PA++++ pula menawarkan perlindungan maksimum terhadap sinaran UVA dan UVB selain membantu mencerahkan tona kulit secara serta-merta tanpa rasa melekit.
Soora Miguhara Malaysia berharap acara tersebut akan menjadi permulaan kepada lebih banyak program komuniti pada masa akan datang.