TIDAK ada perasaan menyesal atau serik untuk meneruskan minatnya menakluk gunung yang terdapat di muka bumi ini. Itulah semangat diri yang ada pada RJ Nagarajan, rakyat Malaysia kedua yang berjaya menawan puncak Everest pada Mei 2023.
Kejayaan yang diraih oleh Nagarajan atau lebih mesra dipanggil RJ mahupun Rajan yang kini berusia awal 60-an itu ada impak pada dirinya.
Malang tidak berbau kerana ketika dalam perjalanan turun dari puncak tertinggi dunia itu menuju ke kem empat Everest, beliau mengalami simptom buta salji.
Simptom itu berlaku kerana kesan pantulan pancaran sinar matahari ke atas salji menyukarkan penglihatan dan membataskan pergerakan turun Nagarajan, selepas menawan puncak Everest pada ketinggian 8,848 meter menerusi misi program ZeroTo8000.
Dr. Adzim dan Nagarajan sewaktu sidang media baru-baru ini.
Pada ketika itu beliau turut mengalami radang dingin (frostbite) di kedua-dua tangan dan kaki serta pipi kesan cuaca sejuk ekstrem melebihi – 40 darjah Celcius.
Akibat daripada permasalahan tersebut beliau perlu menjalani rawatan secara intensif dan selepas kembali ke tanah air, Nagarajan mendapat perhatian UKM Specialist Centre (UKMSC) untuk merawatnya.
Kes yang dialami oleh Nagarajan, merupakan satu cabaran perubatan yang luar biasa, khususnya apabila beliau mengalami severe pan-digital frostbite yang melibatkan kesemua lima jari tangan kanannya, iaitu keadaan yang amat jarang berlaku dan sangat kompleks di negara beriklim tropika seperti Malaysia.
Namun pasukan multidisiplin UKMSC berjaya memelihara fungsi tangan Nagarajan melalui proses rekonstruksi kompleks selama 10 bulan selepas beliau mengalami kecederaan radang dingin (frostbite) yang teruk ketika ekspedisi Gunung Everest sebelum ini.
Berbanding memilih amputasi keseluruhan tangan yang boleh menjejaskan keupayaan pesakit untuk menjalani aktiviti harian secara kekal, pasukan perubatan UKMSC mengambil pendekatan rekonstruktif yang inovatif bagi memelihara sebanyak mungkin fungsi tangan pesakit.
Pengarah Perubatan, UKM Specialist Centre, bangga kerana mempunyai pakar yang komited dengan tugasan masing-masing.
Kejayaan rawatan ini dicapai hasil kerjasama erat antara Dr. Adzim Poh Yuen Wen, Pakar Perunding Bedah Plastik dan Rekonstruktif, serta Prof. Dr. Shalimar Abdullah, Pakar Perunding Ortopedik (Pembedahan Tangan dan Mikrosurgeri), yang mengetuai keseluruhan proses rekonstruksi dan pemeliharaan fungsi tangan sepanjang tempoh rawatan selama 10 bulan.
“Setiap kejayaan rawatan pesakit merupakan bukti dedikasi, kerjasama dan keprihatinan warga profesional kesihatan kami.
“Di UKM Specialist Centre, kami percaya bahawa proses penyembuhan bukan sekadar merawat penyakit, malah mengembalikan maruah, membina semula keyakinan dan memperkasakan individu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
“Berpandukan aspirasi Healing Lives, Empowering Wellness, kami kekal komited dalam memberikan penjagaan kesihatan bertaraf dunia yang berpusatkan pesakit kepada setiap komuniti yang kami berkhidmat,” kata Pengarah Perubatan, UKM Specialist Centre, Prof. Madya Dato’ Badrul Akmal Hisham Md Yusoff.
Ternyata gabungan kepakaran Dr. Adzim dan Prof. Dr. Shalimar dalam bidang pembedahan rekonstruktif, pembedahan tangan dan mikrosurgeri memainkan peranan penting dalam memelihara fungsi tangan Nagarajan serta memulihkan kualiti hidup beliau.
Selepas kembali sihat, Nagarajan sempat mendaki Gunung Makalu, gunung kelima tertinggi di dunia.
Kejayaan pemilihan luar biasa pendaki itu membuktikan kepentingan pendekatan multidisiplin oleh pakar-pakar dalam menguruskan kes rekonstruktif yang sangat kompleks.
Kes bersejarah ini menunjukkan bahawa kepakaran serta teknologi perubatan Malaysia mampu memberikan rawatan bertaraf dunia. Sekali gus menawarkan harapan baharu, mengembalikan keupayaan berdikari dan meningkatkan kualiti hidup pesakit yang mengalami kecederaan serius serta mengubah kehidupan.
Di sebalik kejayaan perubatan ini, perjalanan luar biasa Nagarajan menjadi simbol ketabahan semangat manusia serta membuktikan bagaimana kemajuan teknologi dan kepakaran penjagaan kesihatan mampu membantu pesakit membina semula kehidupan mereka dan mengejar impian sekali lagi.
Bagi Nagarajan, meskipun doktor menasihatkan beliau agar ‘berehat’ daripada meneruskan minatnya itu, namun selepas merasakan tahap kesihatannya kembali baik selepas rawatan tersebut, beliau kembali aktif dalam aktiviti pendakian dan berjaya menawan Gunung Makalu, gunung kelima tertinggi di dunia.
Nagarajan tidak akan berundur selagi belum memenuhi impian untuk misi penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.
JIKA sebelum ini kita sering menonton lakonan Idan Aedan di kaca televisyen dan layar filem, kini pelakon tersebut keluar dari zon selesanya dengan mencuba bakat sebagai pelakon teater pula.
Idan Aedan atau nama penuhnya, Muhammad Shahidan Abdullah, 22, bakal muncul dalam teater Tarik Picu pada 16 hingga 19 Julai 2026, di Nero Event Space,Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).
Teater arahan Fazleena Hishamuddin itu adalah naskhah tulisan Amar Amir dan merupakan karya yang kedua belas terbitan produksi teater Mask Team.
Idan yang pernah berlakon filem Anak Rimau The Movie, Abah Saya Uncle Mike, Akad Yang Hilang dan banyak lagi kerana beliau memulakan kerjaya lakonan sejak 2013, mengakui rasa terkejut apabila ditawar berlakon teater Tarik Picu.
Teater Tarik Picu diarah oleh Fazleena Hishamuddin.
“Saya sangat terkejut apabila mendapat tawaran daripada Shawn Amer. Saya rasa itu adalah satu pertaruhan yang dia buat untuk saya.
“Saya memang nak masuk teater tapi expectation saya untuk projek pertama adalah yang kecil saja dulu. Tapi yang ini akan buat di PJPAC dan bagi saya ini satu tanggungjawab besar.
“Kepercayaan yang diberikan oleh MaskTeam itu saya sahut kerana berlakon teater adalah sesuatu yang saya selalu impikan untuk buat. Bila dapat tawaran tersebut kenapa nak lepaskan pula, baik saya cuba,” katanya yang melakonkan watak Wan, adik kepada Ron, lakonan Arfie Shah.
Tidak menafikan terasa bebanan kerana pertama kali beraksi di pentas terbuka, Idan yakin dengan sokongan tim produksi, beliau dapat melaksanakan tangungjawabnya dengan baik.
Juan Ab Aziz harap teater Tarik Picu dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang perkara yang tak dijangka.
“Saya rasa dalam setiap projek ada tekanan tersendiri tapi yang ini tekanan itu saya rasa lebih banyak sikit. Kerana ini kali pertama saya berlakon teater.
“Tapi bila saya dikelilingi oleh mereka yang hebat, saya tak nak sangat fikirkan soal tekanan. Walaupun rasa gementar, saya tetap bersyukur kerana dikelilingi orang yang hebat dan sentiasa menyokong saya.
Pementasan yang diterbitkan oleh Juan Ab Aziz ini menjanjikan pengalaman teater yang mendebarkan, penuh emosi dan sarat dengan konflik masyarakat yang dekat dengan realiti masa kini.
“Teater Tarik Picu ini lahir daripada pemerhatian terhadap realiti yang berlaku di sekeliling kita. Ia mengangkat suara dan pengalaman yang mungkin pernah dilalui oleh ramai orang, khususnya golongan muda yang sedang mencari tempat mereka dalam dunia yang semakin mencabar.
“Kami berharap penonton bukan sahaja dapat menikmati persembahan ini, tetapi juga membawa pulang persoalan dan renungan yang ditinggalkan oleh cerita ini,” jelas Juan Ab Aziz selaku penerbit.
Teater Tarik Picu menggabungkan elemen drama, suspens dan tragedi dalam sebuah penceritaan yang mengajak penonton menelusuri sisi gelap kehidupan manusia apabila berhadapan dengan tekanan dan pilihan yang sukar.
Teater Tarik Picu penuh emosi dan sarat dengan konflik masyarakat yang dekat dengan realiti masa kini.
Antara barisan pelakon lain yang menjayakan teater ini ialah Jay Iswazir (Acai), Khenobu (Alan) dan Amalina Arham (Milie).
Manakala Arfie Shah, peneraju watak Ron yang nama sebenarnya Ad Wafri Shaharuddin, 33, juga pertama kali berlakon teater.
Katanya, sebagai anak seni yang bergiat dalam bidang lakonan, semua platform mahu dicuba termasuklah pementasan teater.
“Mesti kena buat sekali seumur hidup. Teater ini adalah yang pertama kali saya lakukan. Memang ada rasa nervous kerana setiap perkara yang kita buat kalau benda tu susah mesti ada rasa takut. Apapun kita kena cari jalan untuk atasi rasa takut itu.
“Pelakon drama atau filem, kalau kita nak belajar banyak perkara sebelum penggambaran, kita kena masuk kelas lakonan. Tapi dalam teater bila kita sertai, kita boleh dapat ilmu percuma.
“Pada hari pertama latihan kita dah belajar macam-macam. Belajar dari segi lontaran suara, dialog dan pemahaman cerita. Kita belajar semua benda itu serentak. Jadi itu bagus sebab dapat ilmu free dan di waktu yang sama bekerja juga dan dapat berkarya,” katanya.
Naskhah baharu yang belum dipentaskan ini merupakan hasil karya Amar Amir.
Bagaimanapun kata Arfie, jika kesalahan dilakukan di set penggambaran, pengarah boleh minta lakukan semula tapi tidak di pentas teater kerana lakonan secara langsung.
“Waktu latihan pementasan jika salah kita boleh ulang balik tapi dalam pementasan di hadapan penonton, apa yang ditonjolkan itulah babaknya.
“Saya dapat ilmu baharu daripada coach, kalau kita terbuat salah pastikan itu kesalahan yang ada gaya. Setiap kali latihan kita akan jumpa benda baharu. Apa yang kita rasa waktu itu yang paling penting,” kongsinya.
Menerusi teater Tarik Picu, penonton akan dibawa menyelami erti manipulasi, konflik dalam jiwa dan harga yang terpaksa dibayar demi mempertahankan diri serta nyawa.
Dan di akhirnya, satu persoalan besar akan menentukan segalanya, apabila rahsia mula terbongkar, siapakah yang akhirnya benar-benar akan terselamat?.
Bagi yang ingin menonton persembahan Tarik Picu boleh membeli tiket di www.onetix.com.my dengan harga RM58, RM88 dan RM108.
Pertemuan bersama bintang Hollywood terkenal, Mark Wahlberg, yang kini berada di Pulau Pinang bagi menjalani penggambaran filem terbaharu terbitan Netflix berjudul The Big Fix, menjadi satu detik yang cukup membanggakan buat industri kreatif negara.
Filem thriller antarabangsa yang diarahkan oleh pengarah terkenal dari Iceland, Baltasar Kormákur, itu turut menampilkan pelakon terkenal Riz Ahmed, selain penglibatan pelakon Malaysia yang semakin mencipta nama di Amerika Syarikat, Nuha Jes Izman, bersama barisan krew produksi tempatan yang memainkan peranan penting sepanjang proses penggambaran. Baltasar Kormákur sebelum ini dikenali menerusi beberapa filem antarabangsa seperti Everest (2015), 2 Guns (2013) dan Beast (2022).
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, menzahirkan rasa bangga terhadap kehadiran produksi antarabangsa yang memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran, sekali gus membuktikan keyakinan industri perfileman global terhadap kemampuan negara dari segi kemudahan, kepakaran serta bakat tempatan.
Filem thriller antarabangsa yang diarahkan oleh pengarah terkenal dari Iceland, Baltasar Kormákur, itu turut menampilkan pelakon terkenal Riz Ahmed, selain penglibatan pelakon Malaysia yang semakin mencipta nama di Amerika Syarikat, Nuha Jes Izman, bersama barisan krew produksi tempatan yang memainkan peranan penting sepanjang proses penggambaran. Baltasar Kormákur sebelum ini dikenali menerusi beberapa filem antarabangsa seperti Everest (2015), 2 Guns (2013) dan Beast (2022).
Menurut beliau, penglibatan tenaga kerja kreatif tempatan dalam produksi bertaraf antarabangsa bukan sahaja membuka peluang untuk menimba pengalaman dan memperluaskan jaringan industri, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem perfileman negara yang lebih kompetitif, inovatif dan berdaya saing.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, yang terus komited dalam memperkukuh industri kreatif negara serta menarik lebih banyak pelaburan dan produksi antarabangsa ke Malaysia.
Pemilihan Pulau Pinang sebagai lokasi penggambaran turut menyerlahkan keindahan landskap, kepelbagaian budaya serta kemudahan infrastruktur yang dimiliki Malaysia. Perkara ini sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pilihan bagi penerbitan filem antarabangsa serta berpotensi merancakkan sektor pelancongan kreatif dan ekonomi tempatan.
Filem The Big Fix dijangka menemui penonton global menerusi platform penstriman Netflix sekitar tahun 2027, sekali gus membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa melalui penglibatan lokasi penggambaran dan bakat tempatan dalam produksi tersebut.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, yang terus komited dalam memperkukuh industri kreatif negara serta menarik lebih banyak pelaburan dan produksi antarabangsa ke Malaysia.
Beliau berharap agar lebih banyak syarikat produksi antarabangsa akan terus memilih Malaysia sebagai destinasi penggambaran pada masa hadapan, sekali gus membuka ruang yang lebih luas kepada bakat tempatan untuk terus mengharumkan nama negara di persada dunia.
Penglibatan bakat tempatan dalam produksi antarabangsa ini membuktikan keupayaan tenaga kerja kreatif Malaysia untuk berada setanding dengan produksi peringkat global, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai destinasi pilihan penggambaran filem antarabangsa.
TIDAK ramai insan yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk orang lain. Namun bagi Dr. Tazyeen Zahra Abidi, apa yang beliau lakukan selama ini bukan untuk melakar nama di pentas dunia tapi atas rasa tanggungjawab.
Beliau bukan sekadar seorang usahawan tapi juga seorang pakar strategi korporat, aktivis kemanusiaan dan pejuang keamanan yang diiktiraf di peringkat global.
Wanita tersebut berwibawa sebagai pemimpin dalam bidang perdagangan antarabangsa, pendidikan, pelaburan, keselamatan makanan, logistik dan pembangunan sosio ekonomi.
Sebagai Pengasas dan Pengerusi Zain’s Group of Companies (Zain’s International), Dr. Tazyeen berjaya membina sebuah empayar perniagaan yang berlandaskan matlamat untuk menghubungkan manusia, buka peluang baharu dan memperkukuh kerjasama antara negara.
Dr. Tazyeen ialah seorang tokoh korporat, ahli perniagaan, dan aktivis kemanusiaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia .
Berbekalkan pengalaman kepimpinan cemerlang lebih dua dekad, Dr. Tazyeen berjaya menerajui pelbagai inisiatif dalam bidang perdagangan antarabangsa, permudahcaraan pelaburan, hospitaliti, kerjasama penjagaan kesihatan dan pembangunan perniagaan mampan.
Sebelum menubuhkan Zain’s Group, beliau diberi kepercayaan untuk menerajui beberapa organisasi multinasional seperti Schenker, Canon dan The India Today Group.
Pengalaman tersebut bukan sahaja memperkukuhkan keakraban beliau dalam pengurusan korporat dan transformasi perniagaan, malah membuka ruang untuk Dr. Tazyeen memahami landskap global serta membina jaringan kerjasama yang merentasi benua.
Bagi Dr. Tazyeen, seorang pemimpin bukan sekadar membina organisasi tapi juga perlu membentuk masyarakat yang lebih adil, aman dan sejahtera.
Kecemerlangan beliau sebagai usahawan tidak pernah memadam niat sucinya untuk membantu insan lain. Dr. Tazyeen percaya, seorang pemimpin bukan sekadar membina organisasi tapi juga perlu membentuk masyarakat yang lebih adil, aman dan sejahtera.
Sebagai pejuang dalam usaha memupuk keamanan, tadbir urus beretika, pemerkasaan wanita, pembangunan belia dan dialog antara budaya, Dr. Tazyeen menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Negara (Sayap Wanita -Malaysia) bagi International Forum for Anyi Corruption (IFAC) dengan memperjuangkan intergriti, ketelusan dan kepimpinan yang bertanggungjawab. Beliau juga merupakan presiden Project 100 Malaysia dan ahli Wawasnita Malaysia.
Ketulusan beliau melaksanakan tanggungjawab membuka mata banyak pihak dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk Muslim World Rania Award 2019 yang dianugerahkan oleh OIC TODAY kerana kepimpinan perniagaan global dan kecemerlangan keusahawanan beliau yang luar biasa.
Ketulusannya melakukan pelbagai aktiviti pembinaan keamanan, kerjasama kemanusiaan dan persefahaman antarabangsa dihargai pelbagai pihak.
Selain itu, Dr. Tazyeen juga diiktiraf sebagai Duta Keamanan oleh Pejabat Penasihat Presiden bagi Keamanan, Pendamaian, dan Perpaduan (OPAPRU) Republik Filipina, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pembinaan keamanan, kerjasama kemanusiaan dan persefahaman antarabangsa.
Bukan itu saja, Kesultanan Buayan turut menghargai kepimpinan dan sumbangan beliau kepada kemanusiaan dan pembangunan komuniti dengan menganugerahkan gelaran kehormat ‘Bai-Labi’.
Malah pelbagai organisasi antarabangsa, institusi diplomatik, forum perniagaan serta badan pendidikan turut memberi penghormatan atas komitmen beliau dalam memperkasa keusahawanan, kepimpinan wanita, pendidikan dan pembangunan mampan.
Dr. Tazyeen Zahra Abidi adalah seorang yang berwawasan, berjaya merapatkan jurang antara negara, budaya dan industri
Dek kelebihannya itu, Dr. Tazyeen kerap diundang sebagai penceramah utama, delegasi serta penasihat dalam pelbagai persidangan global.
Bagi beliau,kejayaan sebenar bukan sekadar membina empayar perniagaan tetapi membina harapan. Visi Dr. Tazyeen adalah untuk mewujudkan kerjasama global yang mampu memperkasa komuniti, mengukuhkan ekonomi serta melahirkan generasi masa depan yang dipimpin oleh nilai inovasi, intergriti, belas ihsan dan semangat berbakti.
Wanita berwawasan ini berjaya merapatkan jurang antara negara, budaya dan industri. Sekali gus membuktikan bahawa kepimpinan sejati tidak mengenali sempadan, tapi lahir daripada keberanian untuk berkhidmat, kebijaksanaan untuk menyatukan serta keikhlasan dalam membawa perubahan yang memberi manfaat kepada semua orang.
MULAI 16 hingga 19 Julai ini, Festival Teater Antarnusa 2026 (FTA 2026) anjuran Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan berlangsung di Kampus ASWARA, Kuala Lumpur.
Festival berprestij yang membawa tema “Tanda. Temu. Tamu” dijangka menjadi sebuah platform dinamik yang menghimpunkan para penggiat seni, tokoh teater dan anak seni dari lima negara serantau bagi meraikan kepelbagaian landskap seni persembahan teater.
ASWARA yang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi berteraskan bidang seni, budaya dan warisan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu mahu mengangkat FTA 2026 sebagai medan interaksi budaya yang holistik serta wadah apresiasi terhadap Seni Teater Kontemporari.
Melalui penganjuran ini, para pengunjung akan berpeluang menyelami keunikan budaya, aplikasi estetika moden, dan kreativiti anak seni serantau melalui pelbagai pengisian program yang komprehensif.
Sepanjang festival berlangsung, pelbagai acara dipersembahkan.
Tirai FTA 2026 bakal dibuka dengan Majlis Perasmian yang dijadualkan berlangsung pada 16 Julai 2026 (Khamis), bertempat di Dewan Orkestra, ASWARA.
Majlis gilang-gemilang ini akan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot.
Sepanjang empat hari festival ini berlangsung, para pencinta seni dan orang awam dijemput hadir bagi menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dijadualkan bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.
Antara pengisian utama festival termasuklah Bengkel Teater, slot eksklusif yang dikendalikan oleh para seniman serantau untuk mengasah bakat dan menimba ilmu seni persembahan.
Selain itu, Work in Progress pula merupakan sesi perkongsian dan persembahan interaktif yang memperlihatkan proses kreatif di sebalik tabir serta penerokaan karya-karya baharu.
Turut dikongsi sepanjang acara berlangsung adalah aktiviti Kedai Cerita Runcit yang merupakan siri monodrama berdurasi pendek yang mengangkat konsep site-specific. Setiap persembahan menawarkan ruang alternatif bagi penonton menikmati teater secara bukan konvensional.
Bagi yang minat seni, plebagai ilmu dapat dipelajari menerusi festival ini
Menggunakan premis santai sebagai pentas, naskhah ini bukan sekadar persembahan, malah menjadi titik temu bagi dialog seni, pertukaran idea, dan pemerkasaan rangkaian komuniti kreatif.
Manakala segmen Showcase pula merupakan persembahan teater kontemporari berskala tinggi oleh barisan artis dan kumpulan teater jemputan dari dalam dan luar negara.
Penganjuran FTA2026 ini merupakan manifestasi jelas peranan proaktif ASWARA dalam memperkasa pendidikan seni budaya bukan sahaja di peringkat akademik, malah sebagai penggerak kepada transformasi industri seni kreatif yang lebih progresif dan berdaya saing.
Penganjuran festival ini juga amat signifikan kerana ia sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI serta usaha ASWARA dalam menyokong penuh agenda nasional kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 menerusi segmen pelancongan budaya (cultural tourism).
Festival ini bertindak sebagai pemacu dalam memartabatkan seni budaya tempatan ke persada antarabangsa di samping meneroka ruang seni kontemporari dengan mengekalkan keaslian tradisi yang menjadi identiti serantau.
Demi memastikan aksesibiliti seni kepada semua lapisan masyarakat, semua aktiviti FTA2026 adalah percuma, kecuali bagi program showcase yang menetapkan harga tiket bernilai RM10.
Memandangkan kapasiti ruang adalah terhad, para penonton dinasihatkan untuk membuat tempahan slot secara dalam talian menerusi platform Cloudjoi.com.
Oleh SYED WAFA Foto koleksi: SYED WAFA
Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan)
“Air mata di Kuala Lumpur”
Air mata di Kuala Lumpur Jatuh berderai hancur Aku menangis tidak terhingga Putus kasih yang tak ku duga Dikau pergi tak tinggal pesan
Hancur musnah impian mulia Istana ku bina menjadi pusara Gelaplah pasti masa hadapan Jiwaku merayau utara dan selatan
Hidup sudah tiada bererti Zahirku hidup hai batinku mati Remuk redam hatiku hancur Air mata di Kuala Lumpur
Hidup sudah tiada bererti Zahir ku hidup hai batin ku mati Remuk redam hatiku hancur Air mata di Kuala Lumpur
MENGHAYATI setiap bait lirik lagu nyanyian Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma ini, sudah pasti meruntun hati siapa sahaja yang mendengarnya. Bukan sahaja liriknya yang begitu puitis dan menyentuh hati malah melodinya yang mendayu sudah cukup membuatkan anda menitiskan air mata tanpa dipinta.
BIDUANITA Negara yang sentiasa dirindui.ALBUM “Air Mata Di Kuala Lumpur” diterbitkan semula selepas P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973.
“Air Mata di Kuala Lumpur” merupakan lagu terakhir ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebelum beliau meninggal dunia kerana serangan jantung pada 29 Mei 1973. Lagu ini dinyanyikan oleh Saloma dan dimuatkan dalam album berbentuk LP dan diedarkan pada tahun 1972.
Walaupun ada yang menganggap lagu tersebut seolah-olah menggambarkan hari suram P. Ramlee setelah sekian lama menetap di Singapura dengan menghasilkan karya-karya hebat di Malay Film Productions (MFP) akhirnya terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja dengan Merdeka Film Productions. Di Kuala Lumpur, beliau dikatakan begitu kecewa kerana segala impiannya untuk memartabatkan filem dan lagu Melayu ke peringkat antarabangsa musnah apabila beliau ditolak dan disisihkan oleh masyarakat sendiri.
SALOMA digelar ‘Marilyn Monroe Of Malaya’
Bagaimanapun jika anda menghayati setiap bait lirik lagu karya P. Ramlee ini, ia seolah-olah membayangkan beliau akan pergi buat selama-lamanya dan meninggalkan isteri yang tercinta dan disayangi, Saloma.
Pemergiannya yang begitu mengejut bukan sahaja membuatkan para peminat filem Melayu terpana, malah liriknya sudah cukup membayangkan bagaimana keadaan Saloma setelah suami tersayang pergi tidak meninggalkan sepatah kata sebagai pesan.
SALOMA kelihatan manis dengan hairstyle dan kebayanya.ALLAHYARHAM AR Tompel memperkenalkan Saloma kepada bekas isterinya, Allahyarham P. Suriati.
Seperti yang diketahui ramai Saloma dan P. Ramlee bukan sahaja dianggap sebagai pasangan suami isteri yang paling bahagia. Malah mereka adalah pasangan duet yang ideal dan dianggap bagaikan ‘irama dan lagu’ yang sukar dipisahkan.
Namun sudah itu ketentuan-Nya, walaupun dalam sayu dan pilu, Saloma harus kuat menghadapinya apalagi dengan anak-anak yang menjadi tanggungjawabnya.
Sewaktu P. Ramlee meninggal dunia, Saloma harus memberi perhatian kepada anak-anak mereka iaitu Armali Aman Ramli (anak dengan bekas suami pertama, Allahyarham AR Tompel), Nasir P. Ramlee (anak tiri), Safarina Mum (Dian) dan Sabaruddin (anak angkat P. Ramlee), Zakiah Ahmad Rejab (Zazaloma anak angkat.)
ADIK beradik sangat berbakat… Saloma bersama adiknya, Mimi Loma.SALOMA…bukan sahaja ‘mempertaruhkan’ wajahnya tetapi suaranya membuatkan para peminat tidak jemu mendengarnya.
Realitinya setelah P. Ramlee meninggal dunia, hidup Saloma mula diselubungi kemurungan dan kesedihan. Kesihatan Saloma dikatakan semakin merosot dan beliau semakin kurus dan tidak bermaya kerana menghidap pelbagai penyakit antaranya demam kuning (jaundice).
Allahyarham Seniwati Mariani yang lebih mesra disapa ‘Mummy’ yang sempat saya interbiu setahun sebelum beliau meninggal, berkata;
“Sebagai kakak, mummy faham hati dan perasaan Salmah (nama sebenar Saloma). Selepas Ramlee meninggal dia memang tak ada semangat untuk hidup malah sering mengurung diri di dalam bilik.
TIGA beradik yang menjadi legenda.HARI pernikahan P. Ramlee dan Saloma.
“Mummy selalu pujuk Salmah tetapi beliau cakap macam mana dia nak melupakan Ramlee kerana setiap sudut di rumah itu dia nampak Ramlee terutama di piano tempat arwah mencari dan mencurahkan idea.
“Mummy dengan arwah memang rapat kerana kami hanya dua beradik seibu dan sebapa. Kesedihan dia kesedihan mummy. Walaupun mummy pujuk tetapi sekejap aje dia lupa kemudian Salmah akan ingatkan Ramlee.
“Waktu itu, Salmah memang hidup bertemankan air mata. Mummy hanya boleh nasihat tetapi semangat untuk dia hidup bagaikan telah dibawa pergi oleh arwah Ramlee.”
SAAT bahagia dua legenda.PASANGAN bahagia.
Menurut Mariani, apabila kesihatan Saloma semakin merosot kerana jaundice dan ‘warded’ di Hospital Assunta berita yang keluar di sebuah akhbar benar-benar membuatkan beliau sedih.
“Berita itu, melapurkan seolah-olah Biduanita Negara, Saloma hidup melarat dan menagih simpati serta mengharapkan derma orang ramai untuk hidup!
SALOMA bersama P. Ramlee dalam filem “Sabaruddin Tukang Kasut” terbitan tahun 1966.DALAM filem ‘Ahmad Albab’ pada tahun 1968.P.RAMLEE dan Saloma bersama anak-anak dan anak saudara mereka. Berdiri dari kiri: Sazali, Allahyarham Nasir P. Ramlee, Dian dan Armali. Duduk dari kanan: Rozita Rohaizad dan Shasha.
“Hati mummy hancur apabila melihat adik mummy sedih tetapi apa yang mampu mummy buat hanya pujuk Salmah jangan peduli apa mereka nak kata,” cerita Mariani mengimbas kembali penderitaan adiknya.
Sementara itu, adik sebapa Saloma, Allahyarham Mimi Loma atau nama sebenarnya, Aminah Ismail ketika ditanya tentang keadaan Saloma setelah P. Ramlee meninggal beliau berkata;
“Saya pernah tinggal serumah dengan kakak dan Abang Ramlee. Saya melihat kebahagiaan mereka tetapi apabila abang meninggal kakak bagaikan kehilangan segala-galanya. Saya tahu kakak kesunyian tanpa abang tetapi dia lebih suka menyendiri.
P. RAMLEE menerima anugerah dari Golden Harvest Award: Most Versatile Talent pada Festival Filem Asia ke-10 yang berlangsung pada 14-19 April 1963, di Tokyo Jepun. Anugerah tersebut diberikan berdasarkan kehebatannya sebagai Pengarah, Pelakon, Penggubah Lagu, Penyanyi dan Penulis Lakon Layar filem “Ibu Mertuaku.” Turut menemani beliau di festival itu, isteri tersayang, Saloma.PASANGAN sejoli…P.Ramlee dan Saloma yang menjadi pujaan para peminat filem Melayu pada era kegemilangan Studio Jalan Ampas.
“Abang Ramlee pergi bagaikan membawa seluruh jiwanya. Saya sedih mengenangkan kerana suatu waktu dahulu banglo di Jalan Dedap itu sentiasa ceria tetapi tiba-tiba sepi. Kakak memang tidak ada semangat untuk hidup,” kata Mimi Loma.
Menurut Mariani, sebenarnya ramai lelaki yang meminati dan mahu memperisterikan Saloma, tetapi kasih sayang dan cintanya hanya untuk P. Ramlee.
P. RAMLEE dan Saloma sentiasa menjaga penampilan.SALOMA dan P. Ramlee… sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua.
“Apabila Ramlee pergi ia membawa jiwa dan semangat Salmah sehingga membuatkan dia merasakan hidupnya tidak bermakna tanpa Ramlee.
“Mummy sedih tengok hidup adik mummy hanya bertemankan airmata. Kalau mummy nasihatkan Salmah memang dia dengar…tetapi sekejab sahaja, selepas itu hanya airmata menjadi temannya. Salmah tak ambil peduli makan minum apalagi kesihatannya,” cerita Mariani.
Saloma atau nama sebenarnya Salmah Ismail dilahirkan pada 22 Januari 1935 di Pasir Panjang, Singapura. Beliau adalah anak bongsu daripada dua beradik, iaitu kakaknya, Mariam yang lebih dikenali Mariani dan anak kepada pasangan suami isteri, Ismail Osman dan Umi Kalsom Mahbon.
PASANGAN bahagia Saloma dan P. Ramlee.
Bagaimanapun Saloma dan Mariani mempunyai tujuh adik sebapa iaitu enam adik perempuan dan seorang lelaki melalui dua lagi perkahwinan ayah mereka.
Perkahwinan kedua Ismail dengan Intan beliau mempunyai tiga orang anak iaitu Rafeah (telah meninggal), Aminah (Mimi Loma) dan Zaharah (berkahwin dan menetap di Brunei Darussalam).
Melalui perkahwinan ketiga ayah mereka dengan Basnah, mereka mempunyai tiga adik perempuan dan seorang adik lelaki iaitu Jamaiah, Jaemah (menetap di Holland), Jasmaniah dan Abu Bakar (menetapa di Singapura).
ALLAHYARHAM Alias Conga bersama Saloma dan P. Ramlee.
Sejak usia lima tahun Saloma sudah menunjukkan bakat menyanyinya. Apabila ayah dan ibunya bercerai beliau dan kakaknya mengikut bapa mereka balik ke kampung di Tanjung Karang dan tinggal bersama ibu tiri mereka.
Bagaimanapun kerana tidak tahan hidup susah, mereka dua beradik melarikan diri ke Singapura dan tinggal bersama ibunya dan bapa tiri, Mum Yusoff, seorang pemuzik kumpulan keroncong tempatan, The Singapore Boys yang akhirnya dapat membuat persembahan di kelab The New World Cabaret.
Memiliki suara merdu bak buluh perindu ketika menyanyikan lagu “Seven Lonely Days” (penyanyi asal, Georgia Gibbs), akhirnya Saloma yang ketika itu baru berusia 13 tahun memulakan kerjayanya sebagai penyanyi.
SALOMA bergambar kenangan bersama rakan artis.
Kerjayanya sebagai penyanyi tidak terhenti setakat itu, kerana ketika bapa tiri beliau membawanya melihat persembahan orkestra di Radio Malaya, dengan penyanyinya, Rokiah Hanafi atau lebih dikenali Rokiah Wandah tetapi apabila beliau tidak hadir, Saloma menggantikan tempatnya. Bermula dari saat itu bermulalah diari hidup Saloma sebagai penyanyi orkestra Singapura.
Bagaimanapun apabila kerjaya seninya tidak berjalan dengan lancar, Saloma menerima tawaran Nusantara Film berlakon dalam tiga filem pada tahun 1951 “Pelangi,” Perkahwinan Rahsia dan “Norma.”
GAYA dan penampilan pasangan sejoli ini yang tidak pernah ‘menghampakan’ setiap kali muncul pada majlis tertentu.WALAUPUN sudah lebih 40 tahun P. Ramlee meninggal dunia dan 40 tahun Saloma meninggalkan kita…tetapi belum ada penyanyi hari ini yang mampu menandingi kehebatan mereka.
Pada Januari 1952, Nusantara Film menawarkan Saloma watak sebagai penyanyi kelab malam dalam filem “Chinta Nusanta” arahan pengarah dan pelawak terkenal Aman Ramlie atau lebih dikenali AR Tompel. Tidak lama selepas itu, Saloma berkahwin dengan AR Tompel pada April 1952. Sayangnya perkahwinan itu hanya bertahan lima bulan dan setelah filem terakhirnya dengan Nusantara Filem, mereka bercerai dan ketika itu Saloma mengandung lima bulan.
Pada tahun 1957, Saloma berkahwin buat kali kedua dengan Kaswan Yusak, kawan sekelas di Sekolah Inggeris, Tanglin. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan bercerai setelah beberapa bulan.
KARYA pelukis Wafa untuk disiarkan dalam majalah Variapop pada tahun 1988.
Setelah meninggalkan Nusantara Film, pada tahun 1955, Studio Jalan Ampas menawarkan Saloma berlakon dalam filem “Empat Isteri” arahan B.S Rajhans. Filem tersebut turut dibintangi Daeng Harris, Normadiah, Latifah Omar dan Mariani.
Selepas kejayaannya sebagai penyanyi dan pelakon, Shaw Brothers telah memberi nama yang lebih komersial dengan nama pentasnya ‘Saloma’ berdasarkan filem yang sedang ditayangkan ketika itu “Salome” (1953) yang dibintangi Rita Hayworth.
SALOMA bukan sahaja memiliki suara yang lunak dan merdu malah wajahnya yang cantik tidak jemu mata memandang.SALOMA…satu-satunya penyanyi wanita pada tahun 1950-an diundang menyanyi ke Australia.
Pada zaman kegemilangannya, Saloma juga dikenali sebagai ‘Marilyn Monroe Asia.’
Pada April 1958, Saloma kemudiannya bersama pengasas Shaw Brothers, Sir Run Run Shaw ke Manila, Filipina untuk menghadiri Pesta Filem Asean. Filem lakonannya “The Seal of Soloman” memberi tuah kepadanya apabila beliau membawa pulang trofi Anugerah Harvest.
Selain berlakon, Saloma juga banyak menyanyikan lagu-lagu filem terbitan Shaw Brothers disamping membuat persembahan di hotel. Nyanyiannya telah menarik seorang tetamu yang melihat persembahannya dan menawarkan menyanyi di Perth, Australia dan beberapa kelab malam terpilih antaranya, Hotel Oriental dan Melbourne pada tahun 1959. Ini menjadikan beliau penyanyi wanita pertama mendapat kontrak menyanyi di luar negara dan nyanyiannya disiarkan di televisyen Australia.
SELAIN menyanyi, Saloma juga berbakat dalam bidang lakonan dan wajah manisnya membuatkan para penonton tidak jemu memandangnya.SALOMA bersama bonda tercinta Umi Kalsom Mahbon
Saloma telah merakamkan lebih 200 lagu termasuk lagu-lagu filem. Kebanyakan lagu nyanyiannya ciptaan P. Ramlee kerana beliau tertarik dengan kemerduan suaranya.
Antara lagu-lagunya ialah ‘Bila Larut Malam, Tiru Macam Saya, Sekapur Sirih Seulas Pinang, Bossanova, Tari Tualang Tiga, Kasihnya Ibu dan Mengapa Dirindu.’
Selama 30 tahun dalam bidang lakonan, Saloma telah membintangi 30 filem dengan 15 daripadanya arahan P. Ramlee, antaranya “Seniman Bujang Lapok” (1961), “Ragam P. Ramlee”(1964), “Ahmad Albab”(1968) dan “Putus Sudah Kasih Sayang”(1971). Filem terakhir beliau muncul sebagai pelakon undangan istimewa ialah dalam “Bila Hati Sudah Retak” (1983)
Saloma dan P. Ramlee berkahwin pada 21 November 1961. Walaupun perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak namun kehidupan mereka diserikan dengan kehadiran anak daripada perkahwinan lalu dan anak angkat. Mereka dikatakan pasangan paling romantis dan bahagia.
PASANGAN bahagia…Saloma dan P. Ramlee.LEGENDA peninju dunia, Muhammad Ali terpesona mendengar suara Saloma.
Bagaimanapun kebahagiaan mereka hanya bertahan selama 11 tahun apabila P. Ramlee meninggal secara mengejut akibat serangan jantung pada 29 Mei 1973.
Sejak ‘kehilangan’ suami tercinta, airmata menjadi teman setia Saloma dan beliau bagaikan hilang semangat untuk meneruskan kerjayanya. Namun demi anak-anak beliau terpaksa kuat.
DALAM kenangan…Pertemuan bersejarah dua nama besar dalam industri seni suara antara Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dengan Allahyarham Puan Sri Saloma. Pada pertemuan bertarikh 13 Oktober 1978, Sudirman menghadiahkan album keduanya berjudul “Aku Penghiburmu” yang mengabadikan lagu “Mama” yang dicipta khas buat Saloma.CIUMAN mesra Saloma buat Datuk Sharifah Aini (Allahyarham).
Saloma menghembuskan nafas terakhir kerana demam kuning pada 24 April 1983 pada usia 48 tahun. Jenazah Allahyarham disemadikan berhampiran pusara Allahyarham suaminya, P. Ramlee di Tanah Perkuburan Islam Ampang, Kuala Lumpur.
Sebagai mengingati jasa dan sumbangannya pada dunia seni, Saloma telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara (1975), Biduanita Negara (1978) dan Kesatria Mangku Negara (1990).
SALOMA dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara pada tahun 1974 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Kedah ketika itu.PUSARA Saloma…RESTORAN Saloma Bistro & Theatre dibuka pada tahun 2003 di Ampang dan kini tidak beroperasi lagi.
Di samping itu, Restoran Saloma Bistro & Theatre telah dibuka di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Terbaharu Pintasan Saloma, jambatan pejalan kaki dengan kos sebanyak RM31 juta telah dibina berhampiran dengan pusaranya dan dibuka kepada umum pada 5 Februari 2020.
Kami di Ladybosz mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT …Amin.
JAMBATAN Saloma di Kuala Lumpur sebagai mercu tanda mengigati jasa beliau yang tidak terhingga dalam bidang seni tanah air.
Kredit: Terima kasih Ladybosz.com dan Dato Seri Rozita Ramelan
PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem “Qaisy & Laila”, arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005.
Kini bukan filem yang bakal ditayangkan tapi akan dipentaskan teater muzikal yang judulnya “Qais & Laila”, sebuah karya seni persembahan yang menggabungkan elemen drama, muzik, puisi, komedi dan nilai kemanusiaan dalam satu pengalaman pementasan yang menyentuh emosi serta sarat dengan penghayatan jiwa.
Pementasan yang mengangkat kisah cinta agung “Qais & Laila” itu bakal dilaksanakan oleh Pertubuhan Teater Negeri Melaka (PERTEM) pada 24 dan 25 Julai ini di Panggung Bangsawan Melaka.
Antara barisan pelakon yang bakal menjayakan teater muzikal Qais & Laila di Panggung Bangsawan Melaka pada 24 dan 25 Julai ini.
Teater muzikal itu juga turut mendapat sokonganJabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka (JKKN Melaka) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama Tourism Melaka serta MCorp Corporate Services Sdn. Bhd. (MCS).
Turut bersama sebagai rakan strategik ialah Boolan Trending, Panggung Bangsawan Melaka dan World Youth Foundation.
Diangkat daripada kisah cinta agung yang cukup sinonim dalam khazanah sastera dan peradaban Islam, “Qais & Laila” membawa penonton menyelami perjalanan dua insan yang dihimpit rindu, pengorbanan, ujian dan pencarian makna cinta yang sebenar.
Teater ini menonjolkan perjalanan jiwa, ketabahan emosi dan penyucian hati yang menjadikan karya ini dekat dengan nilai kemanusiaan serta spiritual.
Pementasan ini akan menampilkan barisan pelakon yang dibarisi oleh Syahir Shafien dan Isyariana sebagai pelakon utama. Dibantu oleh Datuk Jalaludin Hassan, Rashid Din pelakon dari Singapura, Raja Ema dan Ashraf Muslim.
Teater ini bukan sekadar kisah percintaan, pementasan ini turut menonjolkan perjalanan jiwa, ketabahan emosi dan penyucian hati yang menjadikan karya ini dekat dengan nilai kemanusiaan serta spiritual.
Melalui olahan yang lebih segar dan kontemporari, teater muzikal ini dirangka bagi memberikan pengalaman pementasan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyentuh perasaan dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Teater muzikal ini dirangka bagi memberikan pengalaman pementasan yang menghiburkan dan menyentuh perasaan penonton.
Naratif klasik yang dipadankan dengan susunan muzik yang menyentuh emosi, visual pentas yang memukau, elemen komedi yang menghidupkan suasana serta mesej penghayatan jiwa menjadikan “Qais & Laila” sebuah karya yang berpotensi menarik perhatian pelbagai lapisan penonton.
Pementasan ini juga diyakini mampu menjadi antara pengisian seni yang signifikan dalam memperkukuh ekosistem teater tempatan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi kreatif dan pelancongan negeri.
Dengan sokongan pelbagai pihak, “Qais & Laila” diharap bukan sahaja menjadi sebuah karya seni yang berkualiti, malah berupaya memperluas apresiasi masyarakat terhadap seni persembahan tempatan dan membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik pada masa hadapan.
Teater Qais & Laila berpotensi menarik perhatian pelbagai lapisan penonton.
Konsep ini dipilih bagi memberikan nilai eksklusif kepada karya yang dipersembahkan, di samping menjadikan pengalaman menonton lebih istimewa dan dinanti-nantikan oleh penonton.
Orang ramai yang ingin menyaksikan pementasan ini boleh mendapatkan tiket melalui platform rasmi Ticket2U.
TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu.
Kali ini Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, tampil dengan lagu berjudul “Kisah Terbaik”, sebuah balada penuh emosi yang mengangkat tema penerimaan, kekuatan diri dan harapan untuk melangkah ke hadapan.
“Kisah Terbaik”merupakan hasil kolaborasi bersama komposer, penulis lirik dan penerbit Aiman Sidek serta Reza Ramsey. Manakala lirik dihasilkan oleh Aiman.
Jelas Fazura, “Kisah Terbaik” bukan sekadar sebuah lagu mengenai cinta, sebaliknya membawa mesej yang lebih universal tentang menerima setiap pengalaman hidup sebagai sebahagian daripada proses membentuk diri.
Fazura harap”Kisah Terbaik” dapat menyentuh hati pendengar dan memberi sedikit ketenangan kepada mereka yang sedang melalui waktu-waktu sukar.
“Bagi saya, “Kisah Terbaik” bukan sekadar tentang cinta, tetapi tentang menerima setiap pengalaman yang membentuk diri kita. Walaupun ada kisah yang menyakitkan, akhirnya kita sedar semuanya hadir dengan hikmah.
“Saya harap lagu ini dapat menjadi teman buat sesiapa yang sedang melalui fasa untuk melepaskan dan memulakan lembaran baharu,” katanya.
Berkongsi tentang hubungan peribadinya dengan lagu ini, Fazura mengakui setiap perjalanan hidup yang pernah dilalui menjadi antara sebab utama beliau begitu dekat dengan mesej yang ingin disampaikan.
“Saya percaya setiap orang melalui fasa jatuh dan bangun, begitu juga saya. Ada banyak pengalaman yang mengajar saya tentang kekuatan, keikhlasan dan menerima apa yang telah ditentukan.
“Sebab itu saya begitu terhubung dengan lagu ini kerana ia mengingatkan saya bahawa setiap perjalanan, walaupun sukar, tetap mempunyai makna yang indah,” ujarnya.
Lagu ciptaan Aiman Sidek dan Reza Ramsey dekat dengan pengalaman hidup Fazura.
Bercerita tentang proses pembikinan lagu ini, kata Fazura, beliau selesa bekerjasama dengan komposer Aiman dan Reza kerana mereka terbuka dan memberi kebebasan kepadanya untuk berkarya.
“Proses rakamannya sangat jujur dan terbuka. Kami banyak berbincang tentang emosi yang ingin disampaikan, dan Aiman serta Reza benar-benar memahami apa yang saya ingin luahkan.
“Mereka memberi ruang untuk saya berkongsi pandangan dan pengalaman, jadi lagu ini terasa sangat peribadi dan ikhlas,” jelas Fazura.
Manakala dari sudut muzik, “Kisah Terbaik” mengetengahkan susunan yang sinematik dengan perkembangan emosi yang semakin memuncak, melengkapkan penceritaan yang disampaikan menerusi lirik.
“Saya rasa lagu ini mempunyai perjalanan emosi yang sangat indah. Ia bermula dengan rasa yang lembut dan rapuh, kemudian berkembang menjadi lebih besar dan penuh harapan.
Bagi Fazura, “Kisah Terbaik” mempunyai perjalanan emosi yang sangat indah.
“Susunan muziknya benar-benar membantu menghidupkan setiap emosi dalam lirik. Bagi saya, inilah antara karya yang paling matang dan paling dekat dengan diri saya,” katanya.
Menerusi “Kisah Terbaik”, Fazura berharap lagu ini mampu menjadi teman dan sumber kekuatan kepada para pendengar, khususnya mereka yang sedang berdepan detik-detik mencabar dalam kehidupan.
“Harapan saya sangat sederhana. Saya berharap “Kisah Terbaik” dapat menyentuh hati pendengar dan memberi sedikit ketenangan kepada mereka yang sedang melalui waktu-waktu sukar.
“Kalau lagu ini mampu membuat seseorang rasa difahami, atau memberi mereka harapan untuk terus melangkah, itu sudah menjadi hadiah yang sangat bermakna buat saya,” ujarnya mengenai lagu yang kini boleh distrim di semua platform penstriman.
Dengan melodi yang menyentuh perasaan, susunan muzik yang indah serta lirik yang dekat dengan realiti kehidupan, “Kisah Terbaik” menjadi satu lagi karya yang memperlihatkan sisi matang Fazura sebagai seorang penyanyi dan pengkarya.
Lagu ini mengajak pendengar untuk menerima setiap episod kehidupan sebagai sebahagian daripada perjalanan menuju versi diri yang lebih kuat dan lebih bermakna.
SELEPAS ‘berehat’ sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang disifatkan sebagai tempoh mengenali dan membina semula diri.
Sebagai pelakon yang pernah mencuri perhatian menerusi beberapa drama televisyen sebelum ini, Raja Afiq berkata, beliau bukan menghilang daripada industri, tapi memilih untuk memperlahankan langkah seketika.
Keputusan itu diambil bagi memberi ruang kepada dirinya memperbaiki pelbagai aspek kehidupan, termasuk kesihatan, kecergasan fizikal dan persediaan mental sebelum kembali aktif di hadapan lensa kamera.
Beliau yang cukup sinonim dengan watak ‘ustaz tentera’ dalam drama bersiri “Sayangku Kapten Mukhriz” itu mengakui setiap perjalanan mempunyai waktunya tersendiri. Raja Afiq percaya perjalanan berliku dalam industri seni tanah air menjadikan dirinya lebih matang dalam menilai hala tuju kerjaya serta kehidupan.
Raja Afiq kembali aktif dalam bidang seni lakonan selepas ‘berehat’ seketika.
“Saya melihat perjalanan saya menghadapi liku-liku sebagai seorang selebriti ini satu proses pembelajaran. Saya belajar menjadi lebih berdisiplin, menjaga kesihatan dengan lebih serius dan memahami apa yang benar-benar saya mahukan dalam kerjaya.
“Alhamdulillah, saya kini berada dalam keadaan yang lebih bersedia, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental untuk kembali memberikan komitmen sepenuhnya kepada dunia lakonan,” katanya tanpa berselindung.
Raja Afiq baru saja menamatkan proses penggambaran filem pertamanya, “Black Ops: Operasi Serigala” arahan sutradara Syafiq Yusof, Mei lalu bersama-sama barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Datuk Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad, Anding Indrawani dan MK K-Clique.
Dalam pada itu, penampilan terbaharu Raja Afiq yang dilihat lebih cergas dan kemas turut mengundang perhatian ramai di media sosial.
Namun baginya, perubahan itu bukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang pelakon, sebaliknya beliau percaya kesihatan adalah pelaburan jangka panjang yang memberi kesan kepada kualiti kehidupan dan prestasi kerja.
Banyak menghabiskan masa dengan bermain bola sepak dan bersenam di gimnasium pada waktu senggang.
“Saya mahu menjaga tubuh badan kerana itu adalah satu amanah. Apabila kita sihat, kita lebih fokus, lebih bersemangat dan mampu memberikan yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan,” katanya yang banyak menghabiskan masa dengan bermain bola sepak dan bersenam di gimnasium pada waktu senggang.
Menyedari industri hiburan kini berkembang pesat dengan kemunculan ramai bakat baharu, pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini tidak melihat situasi itu sebagai persaingan yang perlu ditakuti.
Sebaliknya, beliau yang pernah popular dalam drama rantaian seperti “Polis Peronda – Ranjau Jalanan”, “Gerak Khas Undercover”, “Cinta Non Grata”, “Tumpang Lalu Bang” dan Seindah Tujuh Warna Pelangi” itu menganggap perubahan lanskap industri sebagai cabaran positif yang mendorong dirinya untuk terus belajar, memperbaiki kelemahan dan memberikan corak lakonan yang lebih berkualiti.
Katanya, beliau kini lebih selektif dalam memilih karya dan mengutamakan naskhah yang mempunyai jalan cerita kukuh serta watak yang mampu mencabar keupayaannya sebagai pelakon.
“Saya tidak kisah sama ada watak utama atau pembantu. Yang penting, karakter itu mempunyai jiwa dan memberi ruang untuk saya berkongsi sesuatu dengan penonton,” katanya yang mengakui selalu membuat kajian dan latihan menjiwai watak sebelum turun ke set penggambaran, selain mengambil perkongsian daripada pengalaman pelakon yang lebih senior.
Selain kembali aktif dalam bidang lakonan, Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali juga sebelum ini menjalinkan kerjasama dengan pelbagai jenama sebagai duta atau wajah kempen, khususnya yang berkaitan kesihatan, kecergasan, gaya hidup dan pembangunan diri.
Raja Afiq menghargai setiap mesej, doa dan kata-kata semangat daripada peminat.
Baginya, setiap kolaborasi perlu mempunyai nilai yang selari dengan prinsip serta imej yang ingin dibawa pada fasa baharu kerjayanya dan kini bekas duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) itu membuka peluang kepada jenama tempatan dan antarabangsa untuk menjalinkan kerjasama bagi mempromosikan produk mereka.
Dalam masa sama, pelakon yang memiliki ketinggian 178 sentimeter ini turut meluahkan penghargaan kepada peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan meskipun kemunculannya di kaca televisyen sebagai hero sejak beberapa tahun lalu tidak sebanyak seperti sebelumnya.
“Saya sangat menghargai setiap mesej, doa dan kata-kata semangat daripada peminat. Sokongan itu menjadi antara sebab saya mahu kembali berkarya.
“Insya-Allah, saya berharap kemunculan semula ini akan membuka lebih banyak peluang untuk saya terus berkembang dan menghiburkan penonton dengan karya yang lebih baik,” katanya yang kini bergerak dengan pengurusan baharu.
Dengan semangat yang diperbaharui dan azam untuk terus melangkah ke hadapan, Raja Afiq berharap perjalanan baharunya dalam industri seni akan menjadi bukti bahawa setiap rehat bukan bererti mengalah, sebaliknya peluang untuk bangkit dengan versi diri yang lebih matang dan lebih bersedia.
Wanita hebat!, selepas lebih tiga dekad menimba pengalaman dalam industri penerbangan dan hospitaliti, bekas pramugari Malaysia Airlines, Needa Abdullah, kini komited berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai HRD Corp Accredited Professional Trainer dalam bidang Hospitality & Customer Service Excellence, Professional Grooming, Communication Skills serta pembangunan kemahiran insaniah.
Needa, yang turut dikenali ramai dengan gelaran “Mak Tiri” menerusi penampilannya dalam podcast “Borak Dalam Galley” bersama Zarul Umbrella, percaya bahawa hospitaliti bukan sekadar satu kemahiran, tetapi merupakan budaya yang mampu mengubah imej sesebuah organisasi.
Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri penerbangan, hospitaliti dan dunia korporat, beliau kini giat melatih organisasi daripada pelbagai sektor untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan, komunikasi serta profesionalisme di tempat kerja.
Menurut Needa, pengalaman sebagai anak kapal telah mengajar beliau bahawa pelanggan tidak hanya mengingati sesuatu perkhidmatan kerana kecekapannya, tetapi lebih kepada bagaimana mereka dilayan sepanjang pengalaman tersebut.
selepas lebih tiga dekad menimba pengalaman dalam industri penerbangan dan hospitaliti, bekas pramugari Malaysia Airlines, Needa Abdullah, kini komited berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai HRD Corp Accredited Professional Trainer dalam bidang Hospitality & Customer Service Excellence, Professional Grooming, Communication Skills serta pembangunan kemahiran insaniah.
“Hospitaliti bukan hanya untuk hotel atau syarikat penerbangan. Setiap organisasi yang berurusan dengan manusia memerlukan budaya layanan yang profesional, ikhlas dan penuh empati. Itulah yang akan membuatkan pelanggan kembali serta mempercayai jenama kita,” katanya.
Beliau berkata, dalam dunia yang semakin dipacu teknologi, organisasi masih memerlukan sentuhan kemanusiaan yang tidak mampu digantikan oleh mesin.
Menurutnya, ramai pekerja memiliki kemahiran teknikal yang baik, namun nilai-nilai seperti empati, kesopanan, komunikasi berkesan dan keikhlasan dalam melayani pelanggan semakin kurang diberi perhatian.
“Teknologi boleh mempercepatkan urusan, tetapi hanya manusia mampu mencipta pengalaman yang meninggalkan kesan di hati pelanggan,” katanya lagi.
Needa, yang turut dikenali ramai dengan gelaran “Mak Tiri” menerusi penampilannya dalam podcast “Borak Dalam Galley” bersama Zarul Umbrella, percaya bahawa hospitaliti bukan sekadar satu kemahiran, tetapi merupakan budaya yang mampu mengubah imej sesebuah organisasi.
Melalui program latihan yang dibangunkan berdasarkan pengalaman sebenar industri, peserta bukan sahaja mempelajari teori, malah didedahkan kepada simulasi situasi sebenar bagi meningkatkan keyakinan dan kemahiran berinteraksi dengan pelanggan.
Antara modul latihan yang ditawarkan ialah:
– Hospitality Excellence
– Customer Service Excellence
– Professional Grooming & Business Etiquette
– Communication & Presentation Skills
– Personal Branding
– Frontliner Excellence
– Complaint Handling & Service Recovery
Program-program ini sesuai untuk sektor korporat, hotel, hospital, agensi kerajaan, GLC, institusi pendidikan, syarikat swasta serta mana-mana organisasi yang ingin membina budaya kerja berorientasikan pelanggan.
Needa percaya organisasi yang melabur dalam pembangunan kemahiran insaniah akan menikmati peningkatan kepuasan pelanggan, pengukuhan reputasi jenama serta produktiviti tenaga kerja yang lebih tinggi.
“Hospitaliti bukan sekadar memberi perkhidmatan. Ia adalah seni membuat orang lain berasa dihargai, dihormati dan ingin kembali berurusan dengan kita,” ujar Needa.
Untuk pertanyaan, tempahan latihan atau peluang kerjasama hubungi di talian di bawah: Roslan (Pengurus) 📞 019-380 6806
Selain mengendalikan latihan secara profesional, Needa juga aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui sesi siaran langsung di TikTok setiap hari Sabtu, jam 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam menerusi akaun Needa Ross, yang membincangkan pelbagai topik berkaitan hospitaliti, komunikasi dan pembangunan diri.
Untuk pertanyaan, tempahan latihan atau peluang kerjasama hubungi di talian di bawah:
Roslan (Pengurus)
📞 019-380 6806
Ikuti sesi Live TikTok Needa Ross setiap Sabtu, 11.00 malam – 12.00 tengah malam. Imbas kod QR yang disediakan untuk terus ke akaun TikTok beliau.